Bab 39

Romance Series 9860

Dua minggu sudah berlalu..

Jam menunjuk pukul 6 petang. Masa untuk Erlena balik dan masak. Sejak duduk berdua dengan Adam, inilah rutin hariannya balik, masak untuk suami yang tercinta.

Erlena singgah ke pasar raya terlebih dahulu untuk membeli bahan2 masak. Sedang sibuk mencari bahan masak tetiba ada seseorang terlanggar Erlena.

"Jalan tu pakai mata bukan lutut!!",marah seorang perempuan yang langgarnya. Aik aku yang kena marah? Dia yang main telefon tak tengok depan. Ni memang nak kena!

"Assalamualaikum..bukan salah saya tapi salah awak yang tak reti nak pandang depan sibuk dengan telefon!",kata Erlena yang masih gosok lengannya lalu pandang ke arah perempuan itu. Dia?!

"Eh kau rupanya! Eh perempuan kau ni tak ada mata ke?! Hah?!! Dahlah rampas lelaki aku, dasar perempuan tak sedar diri! Kau ingat eh, aku takkan lepaskan Adam!! Kalau aku tak dapat dia, kau tak akan bahagia dengan dia! Aku akan runtuhkan rumahtangga korang tuh!! Ingat!",kata Hannah lalu meninggalkan Erlena yang terkejut.

"Aku tak akan percaya dan aku akan halang kau. Aku ada Allah, aku pasti Allah akan tolong aku..",bisik Erlena untuk menyedapkan dirinya yang panas.

..

Dah pukul 8.30, Adam masih tak pulang. Erlena sudah penat menunggu.

"Mana dia ni? Tak cakap pun balik lambat ke apa. Aku dah lapar ni, perut asyik berbunyi jer.. Haih, takpe tunggu jelah",kata Erlena lalu sambung menonton televisyen.

..

Jam menunjuk pukul 9.45, Erlena sudah terlena di sofa.

Pintu dikuak dari luar dan salam diberi. Adam terlihat sekujur tubuh di sofa. Haih, Erlena..

"Sayang",kejut Adam. "Sayang,bangun". Erlena tersedar.

"Abang dah makan?",tanya Erlena.

"Dah dengan klien tadi". Erlena rasa geram, orang ni dari tadi tunggu dia nak makan bersama, noleh pula dia pergi makan dulu?!

"Sayang dah makan ke?",tanya Adam.

"Belum"

"Laaa kenapa tak makan lagi?"

"Tunggu abang lah tapi abang dah makan kan. Dah lah nak pergi makan kejap",Erlena terus ke meja makan.

Adam diselubungi rasa bersalah. Adam mengekori Erlena dan duduk di sebelah isterinya. Erlena tidak hiraukan Adam disitu, yang dia tahu dia sakit hati sangat. Dah makan bukan nak bagitahu awal2!

"Sayang..". Tiada respon.

"Abang lupa nak bagitahu yang abang balik lambat. Abang ingat sekejap jer meeting tapi tak sangka sampai ke malam. Im so sorry. Please..",sambung Adam.

"Dah habis cakap? Kalau dah, jangan kacau saya makan boleh?",kata Erlena dengan selamba.

Adam mula berdiri lalu masuk ke bilik.

..

Sudah pukul 8 pagi. Haaa hari sabtu lah katakan memang bangun lambat sikit! Erlena lihat sebelahnya, Adam dah tak ada.

Dari semalam lagi, Adam tak tegur dia or pujuk dia langsung! Apasal dengan dia? Aku ke dia yang patut tak tegur? Haih..malas aku layan dia baik pergi makan. Hehe.

Erlena sedang makan buah di ruang tamu sambil tengok drama korea.

Pintu utama dibuka dari luar. Erlena sudah tahu siapa gerangannya. Yes, Adamlah. Baju t-shirt Adam basah dengan peluh. Hujan ke kat luar? Apasal basah gila suami aku ni..

"Aabang..kenapa basah sangat ni?",tanya Erlena. Sebab firstime nampak Adam macam ni. Jogging sampai basah kuyup and nampak body shape.

Adam hanya diam lalu masuk ke bilik. Aik? Marah aku ke?,bisik Erlena.

Erlena sambung makan buah. Haih, lantak dia lah..yang aku tahu aku nak rest hari ini. Tv dan makanan adalah milik aku. Haha.

Tak lama kemudian, Adam menuruni tangga dan ambil kunci kereta. Erlena tertanya-tanya, Adam nak pergi mana dengan segak macam tu sekali? Cari madu aku ke? Memang kena lukulah jawabnya!! Haha.

"Abang nak pergi mana?"

"Jumpa kawan kejap",jawab Adam lalu keluar rumah.

..

Dah pukul 5 petang. Adam masih tak balik lagi, makanan tengah hari pun, hanya Erlena seorang saja makan.

"Kata kejap jer jumpa kawan, ni dah pukul berapa tak balik lagi. Aduh dia ni buat aku risaulah!",bebel Erlena.

"Entah-entah dia ada girlfriend? Lelaki ni mana boleh percaya sangat en!",Erlena sudah rasa marah dan cemburu.

"Penting sangat kawan tu kan sampai lupa bini kat rumah ni!"

"Assalamualaikum..",ucap Adam.

"Waalaikumusalam",jawab Erlena perlahan.

Apabila Adam hendak menaiki tangga, Erlena menahannya.

"Abang pergi mana? Kata kejap jer jumpa kawan! Ke abang ada girlfriend? Jawablah.."

"Apa Erlena merepek ni? Girlfriend bagai ni, abang mana ada.."

"Habistu pergi mana? Kata kejap jer jumpa kawan ni petang baru balik! Lunch kat mana tak tahu lah.. Dah lupa ke isteri kat rumah ni?",kata Erlena dengan perasaan marah.

"Haish..Erlena!! Cuba kawal marah awak tu! Suka hati saya lah nak pergi mana. Nak tahu sangat kan?! Saya pergi jumpa kawan dan pergi office buat kerja!",Adam balas dengan marah. Panggilan abang dan sayang sudah tiada.

Erlena berasa terkejut dan sedih apabila Adam berkata sebegitu. Dia tak tahu ke yang aku ni risau pasal dia? Aku takut apa-apa yang terjadi kat dia.. At last dia marah aku balik?!.

Air mata mula menitis di pipi Erlena. Erlena terus berlari masuk ke bilik kerjanya. Khas untuk dia.

Pappp!! Pintu dihentam kuat dan tertutup rapat dengan berkunci. Tangisan Erlena mula menjadi-jadi. Erlena peluk bantal yang ada di sofa lalu menangis sepuas hatinya. Tak pernah Adam marah aku macam tu. Sampai hati Adam buat aku macam ni!

..

Dah pukul 9, Adam hanya makan lauk yang masih ada. Erlena masih belum keluar dari biliknya. Erlena terlelap.

Adam mula rasa bersalah dan risau. Entah apa isterinya buat dalam tu. Petang tadi dengar Erlena menangis buat hatinya risau. Adam sedar yang dia sudah buat hati isterinya terluka.

Adam sudah berdiri di hadapan bilik isterinya. Sunyi. Tiada bunyi. Adam ketuk perlahan. Lalu, semakin kuat apabila tiada respon dari dalam.

Adam mengambil kunci pendua lalu buka bilik itu. Suasana bilik itu gelap. Adam tekan suis lampu dan terlihat Erlena sedang lena di sofa. Aku ketuk macam nak runtuh pintu tapi dia tak sedar?

"Sayang..",Adam sudah melutut disisi isterinya. Pipi isterinya diusap perlahan. Jap! Asal panas? Adam lekapkan telapak tangannya di dahi Erlena. Panas. Demam lah pula Erlena ni.

Tanpa berlengah Adam mencempung isterinya masuk ke bilik tidur dan baringkan isterinya. Adam mengambil kain dan satu mangkuk air sejuk. Ubat dan air kosong juga diambil.

Erlena tersedar. Dia tak larat nak bangun hanya nampak Adam sedang perah kain lalu letak di dahinya. Sejuk.

"Aaa..bbang",bergetar suara Erlena.

"Ya? Sayang rest lah"

"Ssejukk...ssaa..kitt"

"Kita pergi hospital nak?"

Erlena bergeleng perlahan. Dia memang benci hospital.

"Haih..okay tapi kalau makin teruk abang bawa sayang pergi hospital. Faham?"

Erlena tersenyum. Adam tak marah dia lagi?, mahu saja dia tanya tapi apakan daya dia tak larat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience