Bab 40

Romance Series 9860

Sinaran matahari membuat matanya susah nak buka. Siapa pula buka langsir ni? Kepalanya rasa ringan. Maybe dah rebah kut demam aku.

Erlena sedar yang Adam tiada disisinya. Baru sahaja nak bangun, Adam sudah masuk ke bilik.

"Nak pergi mana ni? Rest jer..".

Adam sandarkan Erlena. Lalu, letak tapak tangannya di dahi Erlena. Adam senyum.

"Dah okay sikit demam tu. Ni makan bubur yang abang dah masak. Abang suapkan eh!",kata Adam sambil menyua sudu kepada Erlena.

"Abang tak marah sayang ke?", tanya Erlena perlahan. Masih tak makan bubur itu lagi.

"Tak. Dah makan.". Erlena makan bubur.

"Sayang pula,okay tak?",tanya Adam.

"Erm..". "Betul?" "Ya"

"Abang.."

"Hurm?"

"Nak cendol durian, boleh?"

"Cendol durian? Erm makan bubur ni dulu baru kita makan apa yamg sayang nak makan.."

"Yeah! Ouch!!"

"Tu lah happy sangat.. Sakit kepala?"

"Sakit sikit. Hehe"

"Dah habiskan bubur ni"

..

Adam parking kereta di hadapan kedai Durian King ss2.

"Wahhh tak sabarnya..",kata Erlena.

"Haih..patutnya orang demam tak bileh makan ni"

"Hehehe sayang makan sikit jer nanti. Dah jom masuk!"

Cendol durian dan 2 buah durian terhidang di hadapan Erlena. Matanya sudah berkilauan.

Erlena mulakan bacaan doa lalu makan. Serious sedap gilaa. Adam hanya makan sambil tengok kerenah isterinya. Macam budak-budak. Kejap makan cendol kejap makan durian.. Hadoii

"Abang..."

"Erm?",Adam terkejut juga tengok mangkuk cendol Erlena sudah licin.

"Sayang nak lagi satu mangkuk!"

"Kata sikit jer makan"

"Alaaa pleaseee"

"Yelah...",Adam order lagi satu mangkuk.

"Yeayy!!"

..

"Abanggg.. nak makan kenny rogers",kata Erlena apabila mereka sudah dalam perjalanan yang tidak tahu destinasi.

"Baru pukul 2 and sayang tak kenyang lagi ke makan cendol tadi?"

"Takk.. sayang nak kenny rogers pleaseee.. lapar ni"

"Erm yelah.."

"Ehehheeh"

..

"Erm sedapnya.. abang serious tak nak?",tanya Erlena.

"Tak, sayang makan jelah.."

"Alaaa tak syoklah kalau abang tak makan sekali.. Ni makan sikit..",Erlena menyua nasi dengan ayam.

Nak tak nak, Adam makan. "Sedap kan.. huu"

"Sayang nak beli apa-apa tak?"

"Hurm..sayang nak beli bajulah"

"Okay.."

..

Sedang Erlena sibuk fitting baju kat dalam fitting room. Adam main telefon.

"Adam..",seorang perempuan menegurnya.

"Hannah?"

"Honey buat apa kat sini? Beli baju untuk i ke?",Hannah perasan.

"Hannah, please leave me alone. Go away!"

"Why? I ni sayang you tau. Sayang sangat!!",kata Hannah lalu merapati Adam.

"Apa ni Hannah?! Blah lah!!",Adam tolak Hannah sehingga Hannah jatuh terduduk.

"Auchhh!!!",jerit Hannah.

Erlena yang sudah siap fitting baju terus keluar. Hannah? Abang?

"Apa dah jadi ni?",tanya Erlena yang masih berdiri di tengah-tengah antar Adam dan Hannah.

"Heyy, Hannah apa kau nak ha?!",jerkah Erlena.

Hannah berdiri di hadapan Erlena.

"Apa yang aku nak? Aku nak Adam!!! Kau boleh bagi ke? Haa?!!! Disebabkan kau, aku tak dapat Adam! Disebabkan kau juga..aku hilang kebahagiaan aku!!!",jerit Hannah sehingga menarik perhatian orang ramai.

Adam yang baru ingin bertindak untuk menghalang pertelingkahan antara isterinya dan Hannah terkejut akan...

Panggg!!!

Satu tamlaran hinggap di pipi Hannah. Pipi Hannah mula merah. Erlena rasa puas hati.

"Kau yang nak sangat penampar aku ni! Aku dah lama sabar dengan kau! Lepas ni kalau kau ganggu hidup aku dengan Adam lagi, bukan penampar jer aku bagi, ni kaki sekali aku bagi!!!!",kata Erlena sambil menunjuk kakinya.

"Sayang...dah jom kita pergi, tak payah nak layan perempuan ni!",kata Adam untuk menenangkan isterinya.

Hannah memegang pipinya yang terasa perit itu berdiri.

"Hey perempuan! Kau dengar sini baik2 eh, aku akan balas balik apa yang kau dah buat kat aku!!",kata Hannah apabila pasangan suami isteri itu ingin beredar. Erlena berhenti melangkah.

"Hannah, kau tu patut sedar diri kau! Penampar aku ni memang layak untuk kau! Kalau kau nak tahu, aku balas balik sebab hari itu kau jirus air kat aku kan?! Kau dengar sini baik2, selama ni aku berlembut dengan kau..tapi lepasni jangan haraplah!!!",balas Erlena lalu pergi diikuti Adam.

"Adam!!! I sayang you!!! Argh!!",jerit Hannah.

..

"Sayang..",panggil Adam, apabila mereka sudah di dalam kereta. Memang tak ada mood nak shopping.

Erlena pandang ke luar tingkap lalu tutup mata.

"Sayang.. kenapa ni?",tanya Adam lalu mengusap tangan isterinya.

"Perlu ke nak sentuh?",kata Erlena lalu menepis tangan suaminya.

Sah Erlena marah kat aku juga!,bisik hati Adam.

"Sayang...aba.."

"Macam mana Hannah boleh ada kat situ?",potong Erlena.

"Manalah abang tahu, tetiba jer dia datang kat abang"

"Ergh! Tengok baju pun tak sempat nak beli! Tu semua salah Hannah!!",kata Erlena dengan nada kecewa.

"Errm..sayang nak pergi shopping mall lain tak?"

"Takpelah.. tak ada mood!"

"Haih..okay! Dah jangan marah, tak comel isteri abang ni.."

"Tapi abang.."

"Shuhhh tak payah fikir pasal Hannah dah. Fikir pasal kita berdua jer.. Okaih?"

Erlena senyum lalu mengangguk.

"Abang nak aiskrim baskin robbin!",pinta Erlena.

"Aik, dah okay terus minta aiskrim?"

"Bolehlah.. sayang nak sangat makan aiskrim nii"

"Haa yelah.. Jom!"

"Yeay!!! Thanks abang!!",kata Erlena lalu mengucup pipi Adam.
"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience