Bab 41

Romance Series 9860

Masa rehat kerja. Erlena menyusun semua fail di tepi. Kemudian, dia mengambil beg lalu melangkah ke meja Nadia. Kawan baik dia kat sini. Nadia jer paling rapat dengan CEO, yang lain takut. Hahaha.

"Nad, jom lunch!",ajak Erlena.

"Ha? Tapi aku ada banyak kerja ni.."

"Alaa takpe..aku bagi kau masa siapkan nanti. Dah jom teman aku makan.. Aku lapar gila ni!",adu Erlena sambil mengusap perutnya yang berbunyi.

"Haih..jap! Ha okay jom! Nak lunch kat mana?",tanya Nadia.

"Kita makan chicken chop! Okay?"

"Okay! Aku pun dah lama tak makan chicken chop. Hehehe"

Mereka berdua bergerak seiring dan menaiki kereta Erlena ke kedai western.

..

"Uish, sedapnyaaaa!!",kata Erlena.

"Kau ni lapar sangat ke? Macam setahun tak makan!",kata Nadia.

"Hahaha aku makan dah breakfast tadi tapi tu lah sejak kebelakangan ni aku asyik lapar jer setiap masa! Nak makan tu lah inilah!",kata Erlena sambil sengih.

"Jap! Ke kau pregnant?",teka Nadia.

"Hah?! Prregnant? Aku?",Erlena terkejut.

"Yelah..tak kan aku pula. Kau yang kahwin bukan aku!!!"

"Hahahaa entah aku pun tak tahu. Tak mungkinlah en!"

"Kalau ya? Apa kata kita check kat klinik. Kau ada rasa pening tak?",tanya Nadia.

"Adalah sometimes. But makan paling aku suka, dah jadi hobi aku. Adam stress tengok aku makan!",kata Erlena lalu ketawa. Teringat Adam kena beli sate malam2 dengan muka dia yang baru bangun tidur!

"Ha! Jom lepas makan ni kau ikut aku!"

"Pergi mana?". "Adalah.."

..

Klinik?

"Aku tak sakitlah Cik Nadia oiii!!"

"Kita check kau pregnant ke tak? Tu saja..Puan Erlena oiii"

"Heeheh..okay jom!",Erlena setuju.

Erlena masuk ke bilik doktor untuk dicheck, Nadia tunggu diluar.

Selepas check semua, Erlena disuruh duduk berhadapan dengan doktor perempuan itu.

"Puan Erlena, ada rasa sakit kepala ke atau muntah2?"

"Sakit kepala tu adalah tapi muntah2 tak"

"Ohh..hurm last period bila?"

"Bulan lepas, sebelum saya kahwin.."

"Okay.. patutlah",kata doktor Arifah itu lalu senyum.

"Saya ada problem ke doc?"

"No. Lepasni puan tak boleh buat kerja berat, jangan stress kalau boleh biarlah suami puan handle kerja rumah.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab puan mengandung 2 minggu. Tahniah ya Puan!"

"Serious doc??!",Erlena seperti ingin menjerit.

"Ya.. so setiap bulan puan kena datang buat check-up! Ni kadnya.. Puan boleh ambil vitamin kat kaunter. Okay itu sahaja"

"Thanks.. doc!!"

..

"So macam mana?",tanya Nadia.

"Aku pregnant!!!!"

"Serious lah?! Ya Allah tak sabarnya aku jadi aunty!! Weh bagitahu Ira sekali!!"

"Haah en.. but aku nak buat surprise kat Adam dulu lah!!"

"Hahahah boekk"

..

Selesai saja makan malam, Erlena ambil kek recipe yang dia order kat Adam. Kemudian, duduk disisi suaminya yang menonton televisyen.

"Abangg..."

"Ya?"

Erlena letak mangkuk kek itu di atas meja. Lalu, lentokkan kepalanya di dada suaminya. Adam mengusap kepala Erlena. Mood manja dah datang lah tu. Haih, sejak 2 3 hari ni Erlena makin manja.

"Abang..sayang nak cakap something ni.."

"Apa dia?"

Erlena mengambil tangan Adam lalu letakkan di perutnya yang sudah berisi.

Adam berasa aneh.. Kenapa pulak ni?

"Sayang?"

"Im pregnant!",ucap Erlena perlahan. Tapi dapat didengari Adam.

"What?! Say again!",kata Adam untuk kepastian.

"Abang..im pregnant. Kita bukan berdua dah tapi bertiga..",kata Erlena lalu senyum.

"Ya Allah!! Alhamdulillah.. berapa lama?"

"2 weeks.. im so happy!!"

"Me too honey!!",kata Adam lalu mengucup dahi isterinya. Perut isterinya yang masih kempis diusap lembut.

"Patutlah kuat makan kan!",sambung Adam ingin mengusik isterinya.

"Eeee mana ada.. makan sikit jelah!"

"Makan sikit? Cuba sayang ingat balik semalam punya.. lepas makan nasi, makan kek lepastu makan aiskrim then sebelum tidur makan buah.. itu baru malam, siang?"

"Alaaa bukannya gemuk pun kan.. kalau gemuk abang tak sayang lah eh?",kata Erlena lalu muncungkan mulut. Merajuk.

"Hahaha abang lagi sayang tau. Boleh gigit pipi yang dah macam pau tu! Mulut muncung nanti abang cium baru tahu!"

Erlena pantas tutup mulut dan jauhi Adam.

"Gatal!! Dahlah nak makan kek!"

"Hhahahah..nanti kita bagitahu kat ibu dengan abah eh.."

"Okayyy! Abang esok belikan cheese cake tau! Ni dah nak abis!! Nak 3 potong!"

"Aik? Baru beli dah abis?"

"Haah.. then abang belilah buah mangga yang manis punya.. boleh?"

"Boleh.. lagi?",tanya Adam kerana dia tahu mesti banyak lagi kena beli.

"Oohhh hurm..nak coklat bueno 3, air susu dan coklat then esok malam kita order pizza jelah.. Teringin lah pulak!"

"Ha yelah.. tu je kan? Nanti abang beli!"

"Okay..jangan lupa tau. Abang mana boleh percaya sangat kadang2 lupa 2 3 benda.. Haihh"

"Hahahaha amboiii... ni abang dah beli untuk hari ni tak nak bagi kiss ke?"

"Alaaa kan dah bagi.. ni baby ni!"

"Hahaha baby lain sayang lain"

"Okok nah!",Erlena cium pipi Adam.

Lalu Adam membalas dengan mengucup dahi isterinya dengan lembut.

"So, mulai hari ni sayang jangan kerja berat tau! Mop ke tak boleh, biar abang buat. Kat office jangan stress, ada faham?"

"Faham.."

"Jaga baby elok-elok.. baby ni mesti comel nanti!"

"Of course macam mama dialah"

"Hahahah yaa macam mama dia yang chubby ni!!"

"Hehehehe abang nak kek?"

"Tak nak sayang habiskan lah"

"Okay..sayang abang!"

...

Haih, dah pukul 8 Adam tak balik lagi. Maybe dia balik lambat kut.. Aku dah lah nak makan pizza ni.. Jap lagi pizza sampai!

"Assalamualaikum..",ucap Adam.

"Waalaikumusalam",jawab Erlena lalu mengambil beg bimbit Adam dan letak di atas sofa. Lalu menadah tangan kat Adam.

"Nak apa?",tanya Adam.

"Kek, coklat, buah dan air yang sayang ledan semalam!",kata Erlena sambil senyum. Serious dia tak sabar.

Adam tepuk dahi. Dia lupa! Nak cakap apa ni?

"Errr..abang lupalah!",kata Adam perlahan. Terlihat riak muka kecewa di wajah Erlena.

"Alaaa abang ni! Kan dah cakap jangan lupa.. Erlena dah order pizza and just tunggu coklat semua tu... Eee abang ni, dah lah!! Ish!", kata Erlena lalu ke dapur nak buat air milo!

"Sayang..",panggil Adam lalu mengekori Erlena.

"Nak apa? Pergilah mandi sana!"

"Sorry, abang janji esok abang beli! Sorrylahh.."

"Sory naik lori lah! Sayang nak makan coklattttttttttt... abang ni",mata Erlena mula berair.. Haih...baru nak makan..

"Shuhhh tak mau nangis, kesian baby ni"

"Ooo kesian kat baby jelah? Kat sayang? Sayang tunggu abang tau dari tadi sebab nak makan coklat tu! Abang boleh lupa pulak! Abang tak sayang baby ni ke yang lapar?"

"Haish tak baik cakap macam tu..abang..."

Bunyi loceng tanda penghantar pizza dah sampai.

"Dahlah nak makan pizza!"

Selepas buat pembayaran, Erlena terus menghidang di meja sofa.

Adam yang berada disitu bagai tak wujud. Erlena makan pizza tanpa ada perasaan.

"Okay..kita keluar beli coklat semua tu.. Nak?",pujuk Adam.

"Abang tak penat ke?"

"Tak sangat.. kejap lagi kita keluar. Okay?"

"Betul?" "Ya..dah makan!"

..

Adam hanya perhati Erlena mengambil makanan yang hendak dibeli. Coklat lah, airlah, keropok, aiskrim dan banyak lagi..

"Abang.. nanti kita pergi secret recipe!"

"Ya... dah habis beli ke?"

"Dah..jom!"

Adam buat pembayaran di kaunter. Cashier pun terkejut tengok barang yang Adam beli. Sorry cashier isteri saya mengidam!,bisik hati Adam.

Erlena pegang kemas tangan Adam.

"Tu secret recipe!",kata Erlena.

"Ha jom.."

Mata Erlena memang berkilau habis! Banyak jenis kek ada.

"Saya nak cheese cake ni 2 potong then coklat ni satu potong. Ha tu saja!",order Erlena.

"Okay miss, sekejap ya.."

"Lena?",terdengar ada orang panggil Erlena. Pasangan suami isteri terus menoleh ke arah empunya suara.

"Kak Mira??? Akakk!!!",panggil Erlena lalu peluk..

"Haihh dia ni, dah makin chubby akak tengok.. Dah berisi ke?",tanya Ermira. Suaminya yang mendukung anaknya bersalaman dengan Adam.

"Dah..2 minggu."

"Wahhh tahniahhh... Jaga pemakanan tau jangan nak makan kek jer!"

"Erk"

"Kak mira tolong nasihatkan Lena ni.. ni dia beli kek sampai 3 potong"

"Alaa sikit jer tu en kak?!"

"Amboi sikit pebendanya..ni plastik ni ada apa?"

"Aaaa coklat, air"

"Uishhh Lenaa..."

"Alaaa akak sikit jer ni..lagipun bukan Lena yang makan tapi baby!"

Adam, Ermira dan Iman ketawa dengan kerenah Erlena. Erlena sengih.

"Haihhh ha nanti datang rumah akak.. Akak masak special untuk Lena.."

"Okay... insha Allah kitaorang datang!"

"Akak pergi dulu lah yaa.. Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam...", serentak Adam dan Erlena jawab..

..

"Suka tak?",tanya Adam.

"Sukalah dapat beli.."

"Tapi kena ingat takleh makan banyak sangat..."

"Erm okay.. nanti sabtu ni kita pergi rumah Kak Mira ehh"

"Okay sayang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience