Bab 9

Romance Series 9860

Pelik bin Hairan. Semua pelajar di sekolah itu menegur dia dan layan dia dengan baik. Erlena betul2 rasa pelik. Yelah biasanya dia seperti halimunan. Tapi takpelah 'whatever' jer.

"Lena!!".."Ira? Kenapa?" "Adam..adam diaa". Tercungap cungap Munirah kerana berlari. "Kenapa dengan Adam? Dia kat mana? Ira??"
Lepastu Munirah hanya senyum. Dalam hati Munirah harap plan dia dan Adam menjadi. "Awak kenapa Ira? Cepatlah bagitau saya, kenapa dengan Adam?". "Sayang juga awak kat saya eh. Ingat dah tak nak ambil berat pasal saya dah". Perlahan lahan Erlena pandang empunya suara. Adam. Kemudian, dia pandang Munirah bersilih ganti. "Ira?" Cepat2 Munirah lari sambil menjerit "Adam yang suruh saya buat macam tu. Im sorry". Terus hilang bayang Munirah. Sekarang hanya dia dan Adam.

Erlena masih bingung apa yang dah jadi sekarang ni? "Awak okey ke, Adam?" "Im fine" "Then, tadi tu..Ira...". Erlena sengih. "Pandai eh awak berdua kenakan saya". Adam senyum. "Saya suka tengok awak macam ni, Lena". "Maksud awak?" "Saya suka tengok awak senyum, happy jer bukan macam semalam murung". "Awak ni Adam. Saya ni memang cheerful lah cuma pasal haritu jer". "Awak dah tak marah saya lagi?" "Tak cuma.." "Cuma apa?" "Cuma saya rasa nak awak belanja makan aiskrim.. hehe" "Oh..boleh jer" "Betul?" "Ya betul".

"Adam.." "Yes?" "Kalau saya tanya ni awak jangan marah ke apa eh.." "Tanyalah" "Apa cerita awak denga Ika?". Berubah air muka Adam. Moodnya sudah hilang. Erlena ni spoil betul lah.
Erlena yang perasan mood Adam berubah terus rasa bersalah. "Adam, saya cuma tanya jer. Kalau awak tak suka saya tanya pasal tu, saya takkan tanya dah. Saya tahu saya tak berhak masuk campur hal peribadi awak. Im sorry". Adam terus berjalan tanpa hiraukan Erlena. "Adam! Saya minta maaf". Adam terus berjalan dan dia semakin jauh dari Erlena.
"Apahal dia tu? Aku tanya jer, itupun nak marah"

"Eh betina!!". Erlena menoleh menghadap Atika. "Awak nak apa lagi Ika? Saya malad la layan awak. Saya busy!". Baru saja Erlena nak pergi, Atika tarik lengan Erlena. Erlena meraung kesakitan. "Eh lepaslah! Sakitlah Ika!! Ika!" "Disebabkan kau, aku dengan Adam putus tahu tak?!!! Aku dipandang serong oleh semua pelajar. Aku ni budak hot kat sekolah and ramai orang hormat aku now diorang dah tak respect aku disebabkan kau!!!!!". Semakin kuat cengkaman di lengan Erlena. "Arghhhh!! Sakit". Mata Erlena mula berair. Kawan2 Atika hanya senyum melihat muka sakit Erlena.

Munirah yang lihat kejadian itu cepat2 tolong Erlena. "Erlena!!" "Saya sakit Ira" "Eh! Ika lepaskan Lena. Aku kata lepas lah!" "Kau pandai kan sekarang Ira. Kau ignore aku then kau kaean dengan betina ni. Dasar kawan tak kenang budi!!". Terus Atika lepaskan Erlena. Beberapa orang pelajar menjadi penonton.

"Kau yang patut kenang budi aku, Atika!". Erlena menangis. "Mulalah drama air mata kau!"..Firdaus yang dari tadi menjadi penonton mula masuk campur. "Cukuplah Ika. Better kau blah sebelum ada cikgu yang nampak. Kau dah melampau lah Ika!" "Eh Daus, asal kau pertahankan dia ha?!! Asal semua orang nak pertahankan dia??! Dasar perempuan murahan!!"
Pangg!!!! Semua di situ terkejut. "Enough!! Jangan sesekali kau panggil aku dengan panggilan itu! Sebelum aku report kat cikgu better kau blah!!". Suasana di situ sunyi. Tiada siapa dapat melawan cakap Erlena. Semua terkejut dengan suara Erlena yang lantang kerana tak sangka Erlena berkata seperti itu.

Atika terkejut. "Kau ingat eh. Sampai bila2 kau takkan dapat Adam!".Selepas saja selesai berkata Atika dan rakannya pergi dari situ.

"Lena, awak okay ke?".Munirah bertanya. Sekarang semua perhatian tumpu kepada Erlena. "Saya okay. Saya nak pergi kelas". Adam yang baru saja sampai setelah ada orang bagitau dia bahwa Ika menyerang Erlena. "Awak okay?". Erlena hanya pandang dan berkata "Nampaknya saya perlu menjauhkan diri dari awak. Kalau tak perkara seperti ini akan berulang".

Erlena mula menangis setelah jauh dari semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience