Bab 8

Romance Series 9860

Dua hari Erlena tidak hadir ke sekolah selepas peristiwa tersebut. Munirah dan Adam risau tentang Erlena. "Ira, macam mana kalau dia sakit ke apa?" "Awak jangan fikir macam tu. Saya yakin dia okay. Hmm apa kata kita pergi rumah nenek dia petang nanti? Ok?" "Boleh juga. Pukul 3 kita pergi" "Okay!".

...

Nek Sah risau tentang Erlena yang termenung di dalam bilik dan tidak hadir ke sekolah selama du hari. Makan pun tak luak. Nek Sah duduk sebelah Erlena di atas katil. "Kenapa dengan cucu nenek ni? Dua hari termenung dua hari jugaklah tak datang sekolah. Lena sakit ke?" "Lena oklah nek. Lena cuma nak rest jer penat study" "Hmm..baiklah nenek tak nak paksa kamu bagitau tapi kalau kamu nak apa2 bagitau nenek ok?" "Okay nek".Nek Sah gelengkan kepala dengan perangai cucunya yang kuat simpan rahsia dan suka pendam perasaan sendiri.

...

"Assalamualaikum, Erlena!". Adam dan Ira beri salam. "Waalaikumussalam, cari Erlena ke?" "Ya nenek. Erlena ada?" "Oh ada. Jemputlah masuk, nenek panggil dia kejap" "Terima kasih nek"

Tak lama kemudian, Erlena dengan tshirt lengan panjang dan tudung bawal duduk di ruang tamu dengan kawannya. "Kenapa awak datang sini? Kalau datang sini setakat nak hina saya ke atau cakap pasal Ika ke better awak berdua balik". Adam dan Munirah terkejut akan sikap Erlena yang berubah. "Lena, Ira datang bukan nak cakap pasal semua tu. Ira risau dengan Lena ni. Lena okay tak?" "Lena okay..sihat lagi. Tak mati pun kena penampar". Adam dah tak senang duduk.

"Lena, Adam minta maaf atas kelakuan Ika haritu. Adam tahu dia salah so maafkan dia ok?" "Senang kan awak cakap. Of courselah senang sebab awak boyfriend dia. Awak lupa ke apa yang saya cakap haritu? Sekalipun dia melutut minta maaf, saya tak akan maafkan dia!" "Lena..",Munirah kelu. "Awak semua jangan risau esok saya datang sekolah. Dan saya bukan jenis berdendam dengan orang so tak payah risau kalau apa2 yang terjadi pada Ika"

"Lena..saya minta maaf kalau saya ada buat salah",kata Adam. "Apa2 jelah Adam. Awak berdua baliklah. Saya nak rest kalau nak cakap pasal sekolah ke apa ke..kita cakap esok. Saya penat". Adam dan Munirah mati kata. "Okaylah kami balik dulu. Kita jumpa esok. Assalamualaikum..", kata Munirah. "Waalaikumussalam"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience