Bab 19

Romance Series 9860

Setelah pengebumian selesai. Semua tetamu telah beredar. Hanya tinggal Ermira dan Erlena. Erlena menangis di kubur papanya. "Kenapa papa tinggalkan adik? Kenapa mama pergi cepat sangat? Kenapa abang tinggalkan adik? Adik minta maaf kalau adik ada buat salah",Erlena tersenguk senguk. Ermira peluk adiknya. "Sudah. Jangan sedih lagi. Kakak ada, nenek ada. Akak pasti mama, papa dan abang Aliff tenang kat sana. Kita yang masih hidup mesti teruskan hidup". Erlena hanya diam. "Jom kita balik. Esok kita datang lagi." "Okay. Assalamualaikum mama,papa, abang Aliff. Bye, esok Lena datang lagi."

...

Adam hanya perhatikan Erlena dari jauh. Dia tahu Erlena bersedih atas kehilangan ibu bapanya dan abangnya. Dia perlu gembirakan Erlena. Tapi biarlah Erlena bersendirian dahulu. Adam tersenyum,"Saya berjanji pak cik, makcik. Saya akan jaga Erlena baik2.."

...

Seminggu sudah berlalu. Erlena masih tidak bersekolah. Kakaknya Ermira dan Nek Sah puas pujuk Erlena untuk ke sekolah. Tapi perangai degil Erlena tiada siapa boleh hadap kecuali Tan Sri Zainal dan Aliff.

Erlena duduk atas pangkin di bawah pokok. "Lena, rindu mama, papa dan Abang Aliff. Esok Lena datang lagi". "Assalamualaikum..". Erlena pandang ke arah empunya suara. "Waalaikumussalam.. Adam? Apa awak buat kat sini?". Adam tersengih. "Saya nak denda awak!" "Hah? Denda? Apa yang saya dah buat??". "Awak tak tahu kesalahan awak? ish ish ish. Awak tak datang sekolah seminggu tau. Penat saya tunggu awak. So saya nak awak belanja saya aiskrim!" "Cehh ingat apa lah tadi".

Erlena kembali termenung. "Mulalah tu.." "Hah??",Erlena terpinga pinga. "Mula lah nak termenung. Jom ikut saya!" "Ikut awak? Pergi mana??" "Pergi ke hati awak.." "Haish..awak mainkan saya?" "Hahahaha..sorry". Erlena ketawa. Adam tersengih. Sudah begitu lama dia rindu senyuman Erlena apatah lagi ketawanya.

"Hah!! Termenung apa tu?? Cepatlah..tadi kata nak makan aiskrim",kata Erlena. "Heheh jom!".

Ermira tersenyum melihat senyuman adiknya. Sejak Adam datang semalam adiknya selalu senyum. Sudah seminggu keluarganya tinggalkan mereka berdua. Ermira terfikir akan masa depannya dan terutama sekali adiknya Erlena. Apa yang patut aku buat?

...

Malam yang bersinar di langit tapi tak bersinar di keluarga Erlena. Erlena menonton televisyen. Ermira sedang mengurut kaki Nek Sah.

"Lena..". "Ya?" "Lusa akak nak balik KL dah. Akak tak dapat cuti banyak. Lena duduk dengan nenek kat sini baik2 tau". Erlena menahan sebak. Erlena berasa kesedihan atas kehilangan keluarganya. "Habis tu.. bila akak nak datang lagi?". Ermira diam. "Akak?"
"Dah2. Lena duduk je dengan nenek kat sini. Kak Mira ada kerja kat KL, pastu susah nak dapat cuti. Tak yah risau bila Kak Mira nak datang lagi",Nek Sah mula bersuara. Nek Sah tak mahu mendengar tangisan cucunya. Kerana hatinya turut sedih lagi pedih.

"Tapi... sampai bila??" "Lena, nanti akak datang lagi. Setiap bulan akak datang balik" "Maksud akak? Sebulan sekali??" "Hah..lebih kurang macam tu lah" "Akak ni tipu je kan. Selama ni bila mama dan papa balik, kadang2 je akak balik. Ni pula sebulan sekali!". Erlena menyindir. Tak lama kemudian, Erlena masuk biliknya.

Nek Sah menggosok perlahan bahu Ermira. "Jangan ambil hati, Mira. Erlena memang macam tu..dia masih sedih lagi" "Takpelah nek. Mira faham". Ermira harus tabah kerana dia mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai seorang kakak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience