Bab 45

Romance Series 9860

Suasana malam di kampung memang agak sunyi . Selesai makan Erlena menolong ibu dengan mencuci pinggan . Sudah dilarang tapi tu lah Erlena degil .

Adam mencari Erlena lalu masuk ke dapur tempat terakhir pencariannya .

"Laaa kat sini rupanyaa",kata Adam .

Erlena terkejut nasib baik tak jatuh pinggan . Ibu tersenyum.

"Ish abang nii.. terkejut tahu tak!",marah Erlena lalu menyusun pinggan semula.

"Hahaha ni kenapa buat kerja? Meh abang tolong!",kata Adam lalu mengambil pinggan dari tangan Erlena .

"Ehhhh!"

"Apa eh eh? Pergi rest!".

"Ehhh?! Ibu tengok nii.. Eeee abang ni biarlah sayang buat kerja tuu"

"Nope!",jawab Adam .

"Haih..kamu berdua nii. Biarlah Lena dia buat kerja. Bukan selalu orang lelaki masuk dapur, kan?"

"Apa ni bu? Adam selalu tolong Lena kat dapur apa.."

"Tolong apa? Tolong tengok?",balas ibu. Erlena sudah ketawa. Aduhhh lawakk .

"Haa yang ni gelak-gelak dah kenapa?",sergah Aiman dari belakang.

"Uish mak kau!",Erlena melatah.

"Hahahahaha tu lah seronok gelakk kena camtu terus melatah",kata Aiman lalu ketawa .

"Eeee abang Aiman ni.. dari kacau orang baik pergi cari bini!"

"Haaa betul apa yang Lena kata tu Aiman. Bila nak bagi ibu menantu?",tanya ibu . Adam dan Erlena ketawa lalu senyum2 melihat muka Aiman terus berubah . Lalu pasangan isteri tu tepuk tangan 'high 5'.

"Hah! Jawab ar kau!",kata Adam . Erlena sudah memaut lengan Adam kerana perutnya rasa sakit .

"Apa kau? Alaa ibu nanti jelah ehh.. Takde jodoh lagi"

"Macam mana takde jodoh kalau kamu asyik terperap kat bilik pastu buat kerja",bebel ibu. Aiman cuma sengih . Lalu ibu dan Adam ketawa.

"Argh!",jerit Erlena disisi Adam .

"Kenapa ni sayang?",tanya Adam gelabah. Ibu dan Aiman terus mendekati Erlena yang menjerit seperti dalam kesakitan .

"Ergh perut ni sakit!",jawab Erlena.

"Hurm.. Adam bawa Erlena rehat di bilik. Ni kena rehat banyak2, tak boleh buat kerja sangat!",arah ibu .

"Okay ibuu!",kata Adam lalu memimpin isterinya ke bilik . Aiman dan ibu ke ruang tamu .

.

"Abang",panggil Erlena setelah dibaringkan di katil.

"Erm.."

"Betis sayang sakit",kata Erlena dengan muka tahan sakit .

"Kejap abang ambik minyak angin". Setelah mendapatkan minyak Adam terus mengurut kaki isterinya .

"Abang dah cakap kan, jangan buat kerja berat. Kalau boleh tak perlu buat apa2. Panggil jer abang, biar abang buat. Ni sekarang kan dah sakit..",bebel Adam. Erlena cuma senyap.

"Dengar tak apa yang abang cakap ni?",tanya Adam lalu memandang isterinya . Tidur .

"Kurang asam betul! Orang dari tadi bebel dia boleh tidur pula",kata Adam lalu tersenyum. Adam menyelimutkan isterinya, botol minyak diletak atas meja .

"Good night my sweetie honey and my baby . Assalamualaikum .",ucap Adam lalu mengucup ubun-ubun isterinya .

.

Erlena masak sarapan nasi lemak awal pagi . Ibu yang baru masuk dapur terkejut tengok menantunya sedang memasak .

"Awalnya Lena bangun . Adam mana?",tanya ibu lalu membantu Erlena yang sedang menggoreng ayam .

"Eh ibu . Takdelah awal mana . Adam tidur balik lepas subuh tadi.."

"Ooo.. haih susah2 jelah Lena buat sarapan ni . Biar ibu buat sarapan ."

"Eh takpe ibu . Dah nak siap ni . Erm abang Aiman dengan ayah mana bu?",tanya Erlena .

"Ayah pi kedai nak beli kopi dia . Aiman tu sambung tidur lah kut"

"Amboiii sedap jer cakap Aiman sambung tidur . Aiman buat kerja lah.",kata Aiman yang baru masuk dapur .

"Astaghfirullah.. Aiman! Lain kali bagi salam, terkejut ibu!",marah Ibu .

"Hahaha sorry ibu .",kata Aiman lalu memeluk ibu dari belakang . Manja .

"Erm patutlah tak kahwin2 lagi, manjanya ya ampunn!",kata Erlena lalu ketawa .

"Eh biarlah kan ibu? Nak manja dengan ibu kita bukannya ibu awak pun ! Bluekk!",balas Adam kembali sambil mengejek .

Erlena teringat mamanya yang sudah lama pergi meninggalkannya .

"Mama dah lama pergi",hanya itu yang keluar dari bibir Erlena . Erlena yang perasan emonya terlebih pagi ni dia memandang ibu dan Aiman yang melihatnya lalu senyum . Erlena sambung memasak .

"Lena..",panggil Aiman .

"Sokay abang Aiman. Lena okay.",pintas Erlena kerana tahu apa yang Aiman mahu katakan kepadanya . Ibu tepuk lengan Aiman kerana keterlanjuran kata2 anaknya itu .

Adan yang baru jejak kaki di lantai dapur berasa aneh dengan tiga orang itu . Apa dah jadi ?

"Kenapa ni?",tanya Adam lalu mendekati isterinya .

"Tak ada apalah . Abang nak makan dah ke ?",tanya Erlena .

"Dah siap ke? Kalau dah jomlah makan . Ibu? Aiman?"

"Dah nak siap ni.. Abang duduk dulu minum air "

"Erm Lena meh ibu tolong, Lena pergila berehat kejap ."

"Okay..",jawab Erlena tanpa membantah . Aiman masih kaku dan diam .

"Abang Aiman, jomlah minum sekali . Lena buat teh o panas dengan milo panas jer ",ajak Erlena .

"Okaylah tu . Abang minum dua2 tu" .

"Oh yaa mana Aisyah?",tanya Erlena .

"Haa anak dara tu membuta jer . Kejap lagi bangun lah tu .",kata ibu tentang anak daranya itu .

"Haha biarlah ibu.. lagipun dia penat study kan."

"Hurm tahu"

.

Erlena melihat Adam berjalan mendekatinya yang sedang duduk di atas pangkin .

"Sayang okay tak ni?"

"Sayang rindu mama dengan papa",jawab Erlena perlahan namun masih dapat didengari Adam .

"Nak menziarah kubur mama tak?",tanya Adam .

"Erm nak tapi sayang takut sayang tak kuat nanti",kata Erlena lalu mengalir air mata yang ditahan dari tadi .

"Shuhhh... abang ada . Petang nanti kita pergi .",kata Adam sambil mengusap bahu isterinya .

"Okay". Erlena melentokkan kepalanya di bidang dada suaminya itu . Adam mengusap perut isterinya yang kelihatan besar itu .

"Dah besar baby dalam ni . Nanti keluar mesti gemuk kan? Sebab baru 5 bulan dah besar ."

"Hahah abang nii .",Erlena ketawa kecil .

Aiman tersenyum melihat pasangan yang sweet di atas pangkin itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience