Bab 12

Romance Series 9860

~Biar matahari terus bersinar,
Bulan pula terbenam.
Mimpi ini mustahil,
Kita tak akan bersama.~.

Erlena tutup buku jurnalnya. Buku yang penuh tentang kisah hidupnya. Erlena mengeluh. Tiba2 dia rindukan keluarganya dia Kuala Lumpur. Erlena mencapai telefon bimbitnya. Apabila panggilannya dijawab wajahnya terus gembira.

"Helo, mama!!" "Helo sayang. Rindunya dengan anak mama ni!!",kedengaran suara Puan Sri Zahirah. "Rindu dengan mama juga! Mama bila nak datang sini?" "InsyaAllah minggu depan" "Yeke ma? Arghh tak sabarnya. Abang Ngah ikut tak? Kak Long?" "Semua ikut kecuali Kak Long. Dia tak dapat cuti" "Hmm..ok. Asalkan mama,papa and abang Ngah ada!! Im so happy ma!" "Why,sayang? Lena tak happy ke kat sana?", suara Puan Sri mula resah. "Erm..im happy ma. But.." "But..what??" "Err..nothing ma" "Sure?" "Yeah..im sure. Ma datang cepat tau. Lena nak borak dengan mama. Nak manja dengan mama!" "Amboii..ha yelah. Okay lah Lena Aisyah, mama kena buat kerja ni" "Okay, Assalammualaikum, bye" "Waalaikumussalam. Bye sayang"

...

..Seminggu kemudian..

"Mama!! Papa!! Miss you!!". Erlena peluk mama dan papanya. "Haih, kat abang tak rindu?". Erlena senyum. "Mesti Lena rindu. Rindu sangat2". Erlena peluk erat abangnya. Tan Sri dan Puan Sri senyum melihat gelagat anak2nya. "Dah2 lah buat drama jejak kasih kat sini. Meh masuk, nenek dah siap masak. Kang sejuk makanan tu". Suasana di situ terus riuh rendah dengan ketawa mereka sekeluarga.

"Ma, cuba makan ikan ni. Sedap" "Ha okok" "Erm sedapnya ibu masak". Nek Sah tersenyum mendengar kata2 menantunya. "Zah, bukan ibu yang masak, tu anak dara kamu yang masak". Semua memandang ke arah Erlena yang tersipu malu. "Lena masak??? Biar betik??!", Aliff Iskandar, iaitu abang Ngah Erlena. "Betul ke, Lena yang masak?",ibunya pula bersuara. "Haah, Lena yang masak. Tapi lauk ni jelah yang lain tu nenek yang masak". Semua di situ tersenyum. "Pandai anak papa sekarang ni. Macam ni lah bagus. Nanti senang bila dah besar dah kahwin boleh jadi isteri yang pandai masak", papanya ketawa. Semua disitu tersengih akan kata2 Tan Sri Zainal kecuali Erlena.

Erlena cuba kawal riaknya. Hanya Aliff perasan riak muka adiknya itu tapi dia hanya berdiam diri. "Err..mama dengan papa berapa hari kat sini? Seminggu? Dua minggu??" "Eh taklah 4 hari jer. Papa kamu tu ada kerja kat ofis" "Laa..papa lama lah sikit kat sini. 4 hari tak cukup tau!!",Erlena mula merengek. "Lain kali papa datang lagi. Nanti kita pergi jalan nak?", Tan Sri Zainal cuba umpan Erlena. "Tak nak lah. Lain kali papa tu dua tiga bulan nanti. Dah lah Lena dah kenyang". Erlena berlalu dari dapur selepas mencuci pinggannya. Semua di situ berasa pelik dengan merajuk Erlena.

...

Erlena duduk di pangkin halaman rumah neneknya. Masih dengan rajuknya. Aliff mendekati Erlena dan duduk di sebelahnya. "Adik abang ni tak comel tau bila merajuk. Muka macam angsa jer abang tengok" "Kalau tak suka tengok muka angsa ni, pergilah masuk rumah. Tak suruh datang sini and tengok muka angsa ni pun!". Aliff senyum, gurau tak bertempat. "Dahlah, nanti kitaorang datang lah lagi. 4 hari lama tau. So, 4 hari ni abang nak spend time dengan adik jer. Kita jalan2 naik motor. Pergi mall tengok wayang. Okay?". "Abang pergilah sorang2".

Aliff tak percaya, serious adiknya tak pernah macam ni. Biasanya pujuk sekali dah okay kalau ajak pergi jalan2, sekarang lain gila. "Adik abang ni dah berubah lah. Adik ada masalah ke?". Erlena senyap. "Abang tahu adik ada masalah kan? Ceritalah kat abang. Mana tahu abang boleh tolong ke apa." "Abang tak boleh tolong pun, kalau adik cerita". "So ada masalah lah ni?" "Errr..." "Now, abang nak adik cerita kat abang. Cepat cerita!". "Tak ada apalah abang" "Lenaaaa" "Yelah2.. tapi satu syarat" "Apa dia??" "Jangan bagitau siapa2. Mama and papa especially!" "Pernah ke abang pecah rahsia adik selama ni?".
Betul juga, abangnya sentiasa simpan rahsianya.

......

Dari A sampai Z Erlena cerita apa yang jadi. Abangnya hanya diam buat seketika. "Adik still cintakan dia??" "Errr..kalau ya?" "So, still love him.. tak salah dik. Tapi abang rasa better adik stop" "Why? Abang, you know right, this is first time i falling in love with someone. He's my first love! I love him so much. But..." "But he's not love you? Adik kena ingat cinta tak semestinya dimiliki. Percayalah cakap abang, suatu hari nanti adik akan jumpa seseorang yang lebih bagus" "Tapi kalau dia seseorang itu? Kalau dia jodoh adik?" "Hmm terima jelah" "Hurm..." "Adik tak payah lah fikir semua ni. Now adik focus dengan pelajaran, that's more important than love story"

"Abang... adik tak boleh lah. Dah lah Atika tu suka kacau adik, padahal adik dah tak layan Adam pun dia nak marah adik". "Sabarlah adik, be strong. Anggap ini ujian dari Allah. I'll support you from behind. And kalau ada apa2 cerita je kat abang. I'm always be there for you!" "Thanks abang! Love you!!". Erlena peluk abangnya. "Merajuk lagi?". Erlena gelengkan kepalanya. "So nak pergi jalan2 tak esok?" "Nakk" "Okay.. cun!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience