Selesai berborak dengan ayah di ruang tamu, aku terus masuk ke dalam bilik. Hati berdebar melalui malam pertamaku dengan Alawiyah. Kali pertama aku dan dia tinggal dalam satu bilik. Tak pernah berbual lama, tak pernah bercinta. Mampukah aku hilangkan rasa kekokku nanti? Ah! Aku lelaki. Kena berani. Bak kata Abdul, Alawiyah sudah sah menjadi isteriku. Aku harus membahagiakan dirinya setiap detik. Jangan sia-sia walau satu saat ketika bersamanya.
“Assalamualaikum…” Kuhulurkan salam sebaik saja kakiku melangkah ke ruang bilik.
Aku pandang Alawiyah yang sedang duduk di birai katil tanpa mengenakan lagi tudung lAli hnya. Pertama kali aku melihat rambutnya. Subhanallah. Cantiknya. Macam bidadari. Bidadari di hati Ali Suffiyan.
“Waalaikumussalam…” Suara Alawiyah dengar tidak dengar di cuping telingaku. Aku melangkah ke arahnya.
KulAli hkan duduk ke birai katil. Mata tidak dapat aku larikan dari memandangnya. Kami saling berbalas senyuman.Tiada kata yang terluah. Keadaan itu berlanjutan agak lama. Akhirnya, tak disangka-sangka, Alawiyah lebih dulu bersuara sambil mengucup tanganku lama. Aku kaget.
“Terima kasih kerana memilih saya untuk menjadi isteri awak.” Ucap Alawiyah dengan sopan.
Aku memaksa lembut dia mengangkat mukanya. Tanganku agak menggigil menyentuh pipinya. Kuusap pipinya penuh kelembutan.
“Boleh saya minta sesuatu dari awak?” Aku bertanya.
Lambat-lambat Alawiyah mengangguk setuju. Aku tersenyum lalu menyambung kata.
“Boleh saya panggil awak ‘sayang’ dan awak panggil saya ‘abang’?” Alawiyah kelihatan agak terkejut. Namun, ada senyuman manis terpamer di bibirnya. Cukup aku suka dengan senyumannya itu. Jarak kami sekarang memang dekat. Kalau aku cukup berani, sudah pasti aku dakap dia kemas-kemas.
“Boleh.” Ucapnya malu.
Share this novel