BAB 7

Romance Completed 4252

“Tolak? Kenapa? Alawiyah yang tolak atau ayah dan ibu dia yang tolak?” soalku berminat ingin tahu. Tak mungkin ayah dan ibu Alawiyah menolak. Siapa yang tak nak anak gadisnya dinikahi oleh lelaki soleh dan baik pekertinya.

“Alawiyah lah yang tolak. Mashitah cakap, kakak dia tolak sebab dalam bayangan dia, dia gagal mencari wajah ustaz tahfiz tu. Langsung tak ada. Ada wajah lelaki lain yang muncul. Kau nak tahu berapa kali lelaki tu muncul dalam mimpi Alawiyah?” Aku diam saja. Tapi hati aku memang membuak-buak nak tahu.

“Sebanyak solat sunat Isthikarah yang dia lakukan.” Kali ini aku memang tidak mampu bersuara. Aku tercengang. Aku terkejut. Lelaki lain muncul dalam mimpi Alawiyah? Alawiyah sudah menemui lelaki lain? Siapa?

“Macam nilah, Ali. Kita kawan bukan sehari dua. Aku nak kau terus terang dengan aku. Kau ada simpan perasaan sayang tak pada Alawiyah?” Soalan Abdul buat hati aku makin berdegup laju. Meliar jadi mataku tidak mampu membalas renungan matanya.

Aku diam lama. Kebisuanku buat Abdul tersenyum sebelah. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

“Aku tahu kau suka Alawiyah. Mungkin dari aku lAbdul Alawiyah lagi kau dah makan hati kan?” Mataku membulat. Tak semena, kepala aku gelengkan tanda tidak setuju dengan telahan Abdul.

Perbuatanku itu buat Abdul makin kuat menyakat.

“Alah janganlah malu nak mengaku dengan aku, Ali. Kau sayang dia, kau cintakan dia. Kau memang pasang impian nak lAbdul dia jadi isteri kau kan?” Dalam kelembutan, Abdul bagaikan cuba untuk menjerat aku untuk mengaku tentang perasaanku.

Lama aku diamkan diri. Untuk menipu aku tidak sanggup. Untuk mengaku aku memang malu. Tapi bagaimana Abdul boleh sebegitu yakin bahawa aku cintakan Alawiyah?

“Aku nak kau lAbdul Alawiyah. Cintai dia secara halal, Ali.Kau mampu. Kau lelaki yang baik. Aku yakin kau mampu bahagiakan Alawiyah.” Abdul bersungguh meyakinkan aku. Bagaikan aku sudah mengaku saja yang aku ini betul-betul sayangkan Alawiyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience