BAB 16

Romance Completed 4252

Kata ibu, dia akan ke sini esok. Dia sendiri akan pergi ke rumah Alawiyah membincangkan majlis pernikahan kami. Nampak gayanya, aku berpeluang menemui Alawiyah lagi esok. Alhamdulillah. Aku harap, esok dapatlah kami berbual. Aku teringin nak mendengar suaranya.

Sebelum aku melelapkan mata, sempat aku kirimkan satu pesanan ringkas pada Alawiyah. Aku harap aku tidak menganggunya malam-malam seperti ini. Ini adalah sms pertamaku kepadanya.

+Assalamualaikum, Nur Alawiyah. Saya Ali Suffiyan, bakal suami awak.J Terima kasih kerana sudi menerima lamaran saya. Kerana Allah saya sayangkan awak. Kerana Allah saya ingin memperisterikan awak. Semoga cinta kita terus diredhai oleh Ilahi. Amin.

Hati kecilku berharap benar gadis itu membalas smsku. Namun, beberapa minit berlalu, masih tiada bunyi sms masuk. Akhirnya, aku pasrah. Mungkin Alawiyah sudah tidur. Tengok jam di dinding aku makin yakin Alawiyah sudah tidur. Sudah pukul 12 malam pun.

Akhirnya, aku turut menarik kain gebar. Doa tidur, ayat Qursi dan tiga Kul aku baca sebelum melelapkan mata. Itulah amalan yang cuba aku kekalkan. Sunnah Nabi siapa yang ikut takkan pernah menemui kerugian.

Baru saja aku ingin memenjamkan mata, tiba-tiba saja ada bunyi sms baru masuk ke telefon bimbitku. Terus saja aku menilik telefon itu. Pesanan ringkas dari Alawiyah?

=Waalaikumussalam, Ali Suffiyan. Saya sepatutnya berterima kasih kepada awak kerana sudi melAbdul saya. Saya juga sayangkan awak kerana Allah. Semoga cinta kita berada dalam redhaNya. Dan awak jangan risau. Walaupun pada pandangan kasar kita tidak sekufu dari segi pekerjaan kita. Tapi yakinlah, saya yakin awak mampu membahagiakan saya. Seperti kata ayah, saya juga tidak buta untuk melihat diri awak yang sebenarnya.J

Aku termangu lama sambil mengulang kembali sms yang datang dari Alawiyah itu. Berkali-kali aku baca dan akhirnya aku mula membuat satu kesimpulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience