Aku tersenyum juga. Apa lagi nak cakap eh. Kebisuan sekali lagi melanda kami.
“Erm… kalau boleh saya…eh maksud abang… kalau boleh abang tahu, kenapa sayang sudi terima lamaran abang? Kita tak pernah bercakap, nak bercinta jauh sekali. Cepat sayang terima lamaran abang. Kenapa?” tanyaku dengan penyusunan ayat yang aku rasa cukup teratur itu. Harap-harap Alawiyah tidak salah faham pula. Aku betul-betul nak tahu apa penyebab utama dia menerima aku. Ya, memang kami bersatu kerana Allah dah tetapkan jodoh kami. Tapi sebagai manusia biasa. Aku ingin tahu apa pandangan Alawiyah terhadap aku sebelum ini. Adakah benar dia selama ini memperhatikan aku?
Alawiyah memberikan sepenuh tumpuannya ke arahku. Buat aku malu pula apabila dia memandang aku seakan-akan nak makan aje. Atau dia nak menggoda aku?
“Terlebih dulu, Alawiyah nak minta maaf dengan abang.” Dia menghentikan ayatnya di situ. Aku kerut dahi. Minta maaf kenapa pulak?
“Kenapa?” soalku tak sabar.
Agak payah juga Alawiyah nak bersuara dan akhirnya sambil menundukkan muka dia menyambung kata.
“Maafkan Alawiyah kerana sebelum menikah dengan abang Alawiyah pernah sayangkan seorang lelaki.” Pengakuan Alawiyah benar-benar buat aku terpana. Tak semena-mena aku melepaskan pegangan tangannya.
Alawiyah, si wanita solehah pernah menyayangi seorang lelaki? Siapa? Habis tu kenapa dia berkahwin dengan aku!
“Kalau macam tu kenapa sayang masih nak kahwin dengan abang? Dan siapa lelaki tu?” Rasa cemburu merajai jiwa.
Lain nada aku tika itu. Ada marah,ada kecewa, ada sedih dan yang paling jelas aku cemburu! Adakah Alawiyah cuba mempermainkan aku. Wanita solehah seperti Alawiyah tidak mungkin sanggup mencintai lelaki lain selain suaminya. Melainkan lelaki itu… suaminya sendiri.
Share this novel