“Waalaikumussalam. Eh, Abdul. Kau buat apa kat sini?” Tangan segera aku lap pada baju mekanikku. Jabat tanganku dihulurkan pada Abdul. Abdul menyambutnya sambil tersenyum.
“Sorrylah ganggu kau. Aku ke sini sebab tak sabar nak beritahu kau satu berita gembira. Sebagai sahabat baik aku, aku nak kau tahu berita ni dulu.” Aku mula berdebar. Berita apa yang dimaksudkan oleh Abdul? Mungkin berita mengenai perjodohannya dengan Alawiyah. Mungkinkah?
“Apa kata kita pergi makan. Sekarang memang waktu makan tengah hari aku.” Ajakanku disambut baik oleh Abdul. Cukup bahagia aku lihat wajah Abdul detik itu. Pasti Alawiyah telah menerima lAbdul annya. Alhamdulillah. Akhirnya Abdul menemui jodohnya. Dan aku. Aku tahu aku juga harus bergembira dengan berita ini. Alawiyah memang bukan jodoh aku.
“So apa cerita. Berita baik apa yang kau nak ceritakan pada aku. Kau dah nak kahwin ke?” Pertanyaanku buat Abdul tertawa kecil. Namun, dia tetap menganggukkan kepalanya penuh yakin. Jadi memang betul Abdul nak kahwin dengan Alawiyah.
Abdul sempat membetulkan kopiah di kepalanya sebelum bersuara. Aku pula cuba mengumpul sepenuh kekuatan untuk mendengar perkhabaran gembira ini dari mulut Abdul sendiri.Tahniah Abdul. Tahniah kerana berjaya memiliki seorang wanita solehah seperti Alawiyah.
“Aku dah jumpa sendiri dengan ibu bapa Alawiyah. Alawiyah ada keluar hidangkan air untuk aku hari tu. Aku curi-curi tengok dia. Subhanallah dia memang cantik, Ali. Cantik wajahnya, cantik lagi hatinya.” Aku mengemaskan kepalan tanganku. Bertabahlah wahai hati.
“Tapi selepas aku buat solat sunat Isthikarah, bukan Alawiyah yang muncul dalam bayangan aku. Tapi….” Badanku segera tertegak. Bukan Alawiyah? Maksud Abdul apa?
Abdul menarik nafas panjang sebelum bersuara. “Tapi adik dia yang muncul dalam bayangan aku, Ali. Nur Mashitah Humairah. Masa aku ke rumah mereka tu, aku bertembung dengan Mashitah di halaman rumah. Dia on the way nak ke kuliahnya. Aku tak ambil kisah pasal dia. Aku senyum pada, dia senyum pada aku. Setakat tu aje sebab motif aku adalah untuk melAbdul Alawiyah. Ini semua rahsia Allah Ali. Aku yakin,Mashitah adalah jodoh aku. Dan kalau kau nak tahu, Mashitah sudi terima aku sebagai calon suaminya.”
Share this novel