BAB 17

Romance Completed 4252

Adakah Alawiyah mencuri dengar perbualanku dengan ayahnya tadi? Dan apa maksud sebenar Alawiyah dia tidak buta melihat diri aku yang sebenarnya? Adakah dia memperhatikan juga selama ini?

Aku tersenyum sendirian. Makin tak sabar untuk aku menjadikan Nur Alawiyah halal bagiku.

Hari yang ditunggu-tunggu, akhirnya tiba juga dengan izin Allah. Hari ini aku bakal dinikahkan dengan Alawiyah, gadis pilihan hatiku.

Agak menggigil tanganku menyambut jabat tangan dari ayah. Ayah sendiri yang akan menikahkan aku dengan anak sulungnya, Alawiyah.

Sempat juga aku mencuri pandang ke arah Alawiyah yang duduk tidak jauh dari aku. Aku pandang lalu tersenyum. Cukup ayu perempuan itu mengenakan jubah berwarna putih.

Hajatku untuk menikah di hari Abdul menikah, dipersetujui oleh semua pihak. Abdul paling kuat menyokong. Dia sendiri yang memberi aku tawaran itu. Katanya, tidak salah kami berdua menikah pada hari yang sama. Aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan jalanku.

“Bismillahirrahmaanirrahim. Ali Suffiyan bin Abdullah.” Ayah makin mengenggam kemas tanganku.

“Ya saya.”

“Aku nikahkan akan dikau dengan puteriku, Alawiyah binti Kadir dengan mas kahwin sebanyak 3 dinar tunai!” Tanganku dihenjut kuat. Dengan tenang aku menerima lafaz ijab ayah dengan lafaz kAli lku.

“Aku terima nikahnya Alawiyah binti Kadir dengan mas kahwin sebanyak 3 dinar tunai…”

Jelas di cuping telingaku saksi-saksi mula melafazkan kata ‘sah’ mereka. Itu bermakna, aku dan Alawiyah sudah sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana menjadikan Alawiyah seorang isteri yang halal untuk aku cintai. Kekalkanlah perkahwinan kami berdua hingga ke akhir hayat kami. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience