BAB 4

Romance Completed 4252

Aku terpana mendengar cerita Abdul. Benarkah begitu pengakhiran kisah Abdul dan Alawiyah? Jadi Abdul memilih Mashitah? Tidak pula aku tahu Alawiyah ada adik perempuan. Dan tak sangka orang lain yang dilAbdul,orang lain pula yang menerima lamaran itu.

Rasa kesyukuran kupanjatkan pada Ilahi. Hati aku rasa cukup lapang setelah mendengar berita ini. Alawiyah masih belum dimiliki. Itu bermakna aku masih ada peluang. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk menjadikan Alawiyah sebagai calon zaujahku.

“Tahniah, Abdul. Tahniah! Bila kau rancang nak kahwin?” soalku mula bersemangat. Aku nekad. Selepas ini, aku akan berusaha mempersiapkan diriku untuk menjadi lelaki terbaik untuk Alawiyah. Semoga Allah meredhai usaha baikku nanti.

“InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan nikah dua bulan dari sekarang. Buat persiapan apa yang patut dulu. Eh, kau kena tolong aku tau. Kau tahukan aku ni anak yatim piatu.” Laju saja aku menganggukkan kepala. Sesungguhnya berita yang disampaikan oleh Abdul ini benar-benar satu berita yang menggembirakan. Pertama aku gembira kerana Abdul nak bernikah dalam tahun ini juga. Kerana itu memang niat Abdul sejak dari habis belajar lagi. Dia memang nak kahwin muda.

Sebab yang kedua, mestilah aku gembira kerana aku masih berpeluang untuk mencintai dan menyayangi Alawiyah walaupun dalam diam. Semoga Allah memberi aku cukup keberanian untuk berterus terang mengenai perasaanku kepada Alawiyah. Tapi andai Alawiyah tidak mampu menerima aku insan yang kerdil ini,bagaimana? Tiba-tiba rasa takut membelenggu jiwa.

Sebulan berlalu, aku menyibukkan diri dengan pekerjaanku di bengkel dan kelas agamaku di surau. Aku mula ambil kelas mengaji al-Quran. Mengaji dengan Ustaz Abdul, iaitu sahabat baikku sendiri. Aku bukanlah tak pandai mengaji. Tapi aku ingin melancarkan bacaanku.

Selain menjadi ustaz di sekolah rendah, Abdul juga seorang guru mengaji bagi pelajar lelaki di surau di kampung kami. Ustazah yang mengajar mengaji bagi kaum Hawa sudah semestinya wanita solehah bernama Nur Alawiyah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience