BAB 15

Romance Completed 4252

Adakah apabila Alawiyah berkahwin denganku nanti, kesolehannya akan hilang di sebabkan oleh kegagalan aku mendidiknya untuk menjadi seorang isteri yang mithali? Allah…. Layakkah aku untuk Nur Alawiyah?

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud,“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.” Menurut mazhab Imam Syafie, aspek sekufu ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Mencari yang sekufu adalah suatu keredhaan kepada calon isteri dan walinya. Ayah sangat redha andai Ali dijodohkan dengan Alawiyah. Ayah bukan buta, ayah bukan tuli. Ayah nampak, ayah tahu Ali ni macam mana orangnya. Ali seorang budak yang baik akhlaknya. Ilmu agama boleh dicari, nak. Yang penting kita berusaha untuk terus mencari keredhaan dari Dia. Ali jangan pernah rasa rendah diri. Perkahwinan yang tidak sekufu tetap sah hukumnya. Yang penting Ali sayang anak ayah dan anak ayah sayang Ali.”

Aku pandang muka ayah lama. Hatiku rasa sebak dan terharu mendengar jawapan yang diberikan oleh ayah. Ya Allah, beruntungnya aku dapat bertemu dengan seorang ayah seperti ayah. Semoga aku dapat mengikut jejak langkahnya dalam menjadi seorang Muslim yang berjaya.

“Terima kasih ayah. Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai calon menantu ayah. Saya tak berani nak berjanji. Tapi saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membahagiakan anak ayah. Bagi saya, Alawiyah adalah anugerah dalam hidup saya.” Aku bangun lalu duduk di sebelah ayah. Tangan ayah aku kucup lama. Saat itulah, tanpa aku memulakan dulu, ayah lebih dulu mendakap tubuhku. Saat itu juga dari ekor mataku dapat aku lihat Alawiyah sedang bersembunyi di balik dinding tersenyum ke arahku. Senyuman menawan Alawiyah buat hatiku makin yakin bahawa aku akan bahagia dengan gadis itu.

Malam mula melAli hkan tirainya. Pertemuanku dengan keluarga Alawiyah pagi tadi benar-benar berjaya menjadi detik paling membahagiakan bagi diriku. Tak sangka ayah turut mempelawa aku untuk makan tengah hari di rumahnya. Alhamdulillah dapat juga aku merasa masakan dari air tangan Alawiyah. Sedap. Walaupun kami tidak berbual, namun aku yakin perasaan cinta tetap menggebu dalam hati kami berdua.

Berita gembira ini telah aku sampaikan kepada ibu dan keluargaku di kampung. Ibu terutamanya, sangat gembira dan bersyukur mendengar berita ini. Kata ibu, baik dipercepatkan majlis nikah aku dan Alawiyah. Keinginanku untuk tidak bertunang dengan Alawiyah turut dipersetujui oleh ibu. Yalahkan. Aku pun bukan muda lagi. Umur dah 30 tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience