Beberapa minit berselang, giliran Abdul dan Mashitah pula yang dinikahkan oleh ayah. Dengan sekali lafaz, Mashitah dan Abdul sah menjadi suami isteri. Bacaan doa mula berkemundang tenang.
Usai doa dibaca, aku dan Abdul diminta untuk melakukan upacara pembatalan air sembahyang. Abdul yang segak mengenakan baju Melayu warna putih, aku pandang dengan senyuman. Impian kami berdua akhirnya dimakbulkan oleh Allah. Kalau dulu aku pernah kecewa kerana Abdul turut menyayangi Alawiyah dan ingin menyunting Alawiyah menjadi isterinya. Kerana rasa cintaku pada sahabat baikku iaitu Abdul, aku cuba sedaya upaya untuk melupakan perasaan cintaku pada Alawiyah. Demi kebahagiaan Abdul, aku sanggup berkorban.
Kini, pengorbananku akhirnya berbalas. Takdir Allah menentukan Abdul dan Alawiyah tidak bersatu. Cinta tidak pernah meminta untuk menanti. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.
“Assalamualaikum…” Kuucapkan salam pertamaku sebagai suami kepada Alawiyah. Gadis itu menyambut salamku perlahan. Dia tertunduk sambil tersenyum malu.
Tangan kuhulurkan padanya. Alawiyah menyambut tanganku lambat-lambat. Saat tangan kami saling bersentuhan, hatiku makin kuat berdebar. Pertama kali aku menyentuh tangannya.
Semuanya berlaku sekelip mata. Tidak bercinta, tidak berkasih. Aku dan Alawiyah kini sah menjadi suami isteri. Takdir Allah tiada siapa yang tahu.
Kukucup perlahan dahi Alawiyah. Usai itu kami saling menyarungkan cincin. Aku pandang wajah ibu. Ibu benar-benar kelihatan gembira. Doa ibu pasti akan mengiringi kebahagiaan rumahtanggaku bersama Alawiyah.
Abdul, Mashitah, Alawiyah dan aku diminta untuk mengambil gambar untuk dibuat kenangan. Tiada majlis persandingan. Hanya majlis nikah. Itu pun keluarga terdekat saja yang dijemput.Cukup simple. Apa yang wajib dibuat dengan sebaik mungkin.
Sedar tidak sedar, sepanjang acara ambil gambar tadi, tanganku tidak lepas menggamit tangan Alawiyah. Dan gadis itu tidak pula malu-malu untuk mengemaskan pegangan kami.
Share this novel