BAB 11

Romance Completed 4252

“Ayah dan umi tak pernah memaksa anak-anak kami dalam soal jodoh. Ayah serahkan semuanya pada Alawiyah. Andai dia setuju, ayah dan umi sokong dan memberikan keizinan kami dengan setulus hati. Ayah akan beritahu lAbdul an Ali ni kepada Alawiyah nanti. Keputusannya kita sama-sama tunggu. Ya?” Ucap ayah dengan tenang dan bersahaja.

Mendengarkan hal itu, membikin hatiku dipagut pelbagai rasa. Rasa yang paling ketara adalah rasa takut. Aku takut andai lAbdul anku ditolak mentah-mentah oleh Alawiyah nanti. Ya Allah, izinkan hatiku dan hatinya bersatu di dalam redhaMu.

Tiga hari kemudian….

Aku pandang lama skrin telefon. Hampir tiga hari berlalu, Alawiyah masih belum memberikan jawapannya. Abdul ada memberi aku nombor telefon Alawiyah. Namun, hatiku berat untuk menelefonnya dan bercakap dengannya. Aku takut. Aku takut cintaku bakal ditolak. Dan aku tidak ingin menampakkan aku terlalu mendambakan dia untuk menjadi permaisuri di hatiku. Walaupun hakikatnya ya, aku memang perlukan dia. Tapi aku tahu aku harus ada batas dalam mencintainya. Dia masih belum halal untuk aku cintai.

Kata Abdul, lamaraku kali ini mengambil masa yang paling panjang untuk Alawiyah memberikan kata putusnya. Adakah Alawiyah memang bersedia untuk menolak lAbdul anku. Haruskah aku pergi menemui ibu bapanya sendiri dan menanyakan keputusan Alawiyah? Ah! Tidakkah itu menunjukkan aku terlalu terdesak.

Sedang aku asyik mengelamun itu, muncul satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Aku pantas menjawabnya sambil memberikan salam terlebih dahulu.

“Assalamualaikum. Siapa ni? Nak cakap dengan siapa?” soalku ramah.

“Waalaikumussalam Ali. Ini ayah ni.” jawab orang di hujung talian itu. Aku terpaku seketika. Ayah? Ayah aku dah lama meninggal dunia. Ayah siapa pula ni? Atau mungkin ayah….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience