“Erm, kalau ayah tak keberatan. Boleh bagi saya sedikit masa untuk bincang dengan family saya dulu? Tapi saya memang tak berniat nak bertunang ayah. Saya nak cepat-cepat menjadikan Alawiyah isteri saya yang sah.” Tanpa berselindung, aku mula berani berterus terang.
Ayah hanya tersenyum. “Baguslah tu. Ada tiga perkara yang Nabi suruh umat dia lakukan cepat-cepat tanpa bertangguh-tangguh. Sabda Rasulullah saw, "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama, solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”. Kebetulan pula nama kamu juga Ali, ya…” Ayah meneruskan senyumannya.
Aku juga ikut mengulum senyuman. Namun mendengar ayat terakhir dari hadis baginda Nabi membuat hati kecilku dilanda rasa takut pula. Aku tidak sekufu dengan Alawiyah. Aku hanya mekanik biasa dan dia seorang ustazah. Di manakah sekufu kami?
“Tapi Ali ini tak sekufu dengan Alawiyah, anak ayah. Ilmu agama saya cetek. Saya takut saya gagal membimbing Alawiyah menjadi isteri yang solehah ayah.” Aku tertunduk memandang lantai. Tiba-tiba level keyakinan aku menurun secara mendadak. Kegembiraan aku ikut sama merundum. Perasaan takut kembali menyapa jiwa.
Mungkinkah aku berjaya mendidik Alawiyah sedangkan diri aku sendiri tidak terdidik dengan sempurna. Namun syukurlah Alawiyah seorang wanita yang solehah. Dia mampu menjaga dirinya sendiri. Tapi sebagai seorang suami, aku wajib mendidiknya dan bertanggungjawab ke atasnya dalam segala segi. Pernah aku mendengar ceramah dari ustaz yang terkenal dari pantai timur itu. Ustaz cakap,pemuda soleh digalakkan kahwin dengan wanita tak solehah untuk tujuan dakwah. Wanita solehah tidak digalakkan kahwin dengan pemuda tak soleh kerana ditakuti hilang kesolehannnya.
Share this novel