“Mestilah Alawiyah nak kahwin dengan abang. Sebab abang adalah lelaki itu.” Jawapan Alawiyah buat aku bertindak dengan drastic dengan mendakap tubuhnya.
Aku tersenyum sendirian. Ya Allah, kuat juga sifat cemburu dalam diriku. Nasib baik aku tidak menuduh perempuan sebaik Alawiyah dengan perkataan yang bukan-bukan. Jadi itu bermakna… Aku segera merungkaikan pelukan kami. Tangan Alawiyah aku gamit kejap.
“Jadi sayang cintakan abang dari dulu lagi? Sejak bila, hmm?” Makin tak sabar untuk aku mengetahui kebenarannya. Ya Allah, Alawiyah turut sama menyimpan perasaan terhadapku seperti mana aku menyimpan perasaanku terhadapnya?
Alawiyah mengulum senyumannya seraya menjawab soalanku.
“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud. “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seorang lelaki yang kamu redha terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima, kalau kamu menolaknya padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.” Melihat abang selalu berjemaah di surau, dan selalu buat kerja kebajikan, benar-benar buat Alawiyah jatuh suka pada abang. Akhlak abang meruntun jiwa Alawiyah yang lemah ni.” Suara Alawiyah kedengaran sebak dan bergetar.
Hatiku terharu lagi mendengar pengakuan Alawiyah. Melihat matanya mula berkaca, segera aku memujuknya. Pujukan pertamaku sebagai suaminya.
“Kejernihan wajahmu sempurna pada pandanganku. Keturunan terpilih disanjung serta dihormati. Kesederhanaan mu mengecap kekayaan dunia. Ketaqwaan dirimu itu yang merantai jiwaku…” Aku membawa tangan Alawiyah ke dadaku. Lalu kukucup tangannya lama. Hanya itu yang mampu aku luahkan. Lagu Bisikan Nurani dari kumpulan Inteam benar-benar kena dengan apa yang aku rasakan pada Alawiyah. Bukan aku memuji, apa lagi memuja. Tapi salahkah ku kagumi perhiasan dunia? Seindah perhiasan adalah wanita solehah, bukan?
“Abang bersyukur kerana Allah menganugerahkan cinta dalam hati kita berdua. Walaupun cinta kita, cinta bersenikan diam, saling memendam rasa, itu kerana abang yakin kita berdua tidak ingin cinta kita melebihi cinta kepadaNya. Betul kan sayang?” Alawiyah mengiyakan kata-kataku. Air mata mula menitis ke pipinya. Aku yakin itu adalah air mata gembira. Segera aku seka air mata itu dengan ibu jariku.
Perlahan-lahan aku mengucup dahi Alawiyah penuh rasa cinta. Akan aku bahagiakan wanita bernama Alawiyah ini seumur hidupku. Kerana bagi aku, Alawiyah adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah untuk lelaki bernama Ali Suffiyan ini. Aku Ali dan dia Alawiyah
Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana Tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melAbdul gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple pula, teladanilah Alawiyah h, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Share this novel