BAB 2

Romance Completed 4252

Ya, Abdul memang terbaik. Seorang ustaz berkelulusan universiti di Mesir. Nak bandingkan ilmu aku dengan dia. Memang macam langit dan bumi.

“Petang ni aku nak pergi rumah Alawiyah. Jumpa dengan ayah dia sendiri. Lebih baik aku berterus terang ajekan dengan ayah dia.” Ujar Abdul sambil menyedut jus oren yang baru dipesannya tadi.

Aku angguk lemah menyetujui rancangan Abdul itu. Aku tahu aku tak layak untuk berkecil hati dengan Abdul. Mungkin Abdul memang telah dijodohkan oleh Allah untuk Alawiyah sejak di Loh Mahfuz lagi.

“Baguslah tu. Lelaki kena berani meluahkan perasaan dia. Semoga Alawiyah memang ditakdirkan untuk kau, sahabat.” Aku tepuk beberapa kali bahu Abdul. Abdul senyum lebar seakan-akan sedang terfikirkan sesuatu yang indah.

“InsyaAllah, sahabat. Terima kasih atas doa kau. Aku sayang dia kerana Allah. Sebab tu aku nak memperisterikan dia. Aku harap dia sudi terima aku. Tiada paksaan. Sebab aku tahu, Alawiyah juga mempunyai hati dan perasaan. Tapi aku memang berharap dia adalah jodoh aku, Ali.” Abdul menghela nafas lemah.

Aku tidak mampu bersuara apa-apa lagi. Mulut ini terasa berat untuk bersuara. Hati aku tiba-tiba dipagut rasa pilu. Andai Abdul dan Alawiyah memang telah berjodoh, adakah aku akan menemui ‘Alawiyah ’ yang lain dalam hidupku? Atau mungkin hanya ada seorang ‘Alawiyah ’ sahaja yang mampu aku temui dalam hayatku ini?

Beberapa hari kemudian, aku tetap meneruskan kehidupanku seperti biasa. Alhamdulillah minggu ini rezekiku makin bertambah. Mungkin ini adalah berkat dari solat sunat Dhuha yang aku lakukan. Walaupun tidak kerap, tapi aku cuba sedaya upaya untuk melakukan solat sunat itu jika aku ada kelapangan.

Minggu ini saja hampir 20 buah kereta yang berjaya aku baiki. Kata bos, bonus akan diberikannya kepadaku cukup bulan nanti. Alhamdulillah.Bolehlah aku belanja ibu makan di restoran besar nanti.

“Assalamualaikum.” Aku segera berpaling ke belakang seraya menjawab salam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience