Bab 9

Romance Series 4241

Assalamualaikum w.b.t

Kepada Hasya,

Saya Wasiq.  Sebenarnya saya agak malu untuk mengatakan ini dan apa yang bakal berlaku membuatkan saya perlu memberi surat ini kepada awak. Hasya, saya minta maaf jika surat saya mengganggu awak dan membuatkan awak tidak selesa. Jujur saya cakap saya memang suka pada awak. Namun disebabkan umur kita masih muda dan SPM pun belum habis saya mengharap kesabaran dari awak. Saya berharap awak akan menunggu kita habis peperiksaan SPM untuk membincangkan tentang perkara ini. Setiap kali di kelas saya juga harap awak bersabar dengan usikan-usikan kawan-kawan kita. Saya nampak awak tidak selesa dan bencikan perkara itu. Tapi perasaan saya terhadap awak benar, saya tidak berbohong mengatakan bahawa saya akan menjadikan awak suri hati saya  suatu hari nanti,

Yang benar,

Wasiq

 

Hasya melipat surat itu dan meletakkan ke dalam laci meja yang terletak di sebelah katilnya. Dia mengetap bibirnya kemudian mengembang-kempiskan pipinya. Apa masalah Wasiq sebenarnya? Wasiq ni dah hilang akal agaknya. Waktu dah nak exam dia boleh main-main pula. Hasya bercadang mahu berdepan dengan Wasiq dan bicarakan tentang surat yang dia berikan. Tidak boleh jadi ni. Hasya tidak mahu mengikut telunjuk Wasiq. Dia tidak akan bersabar jika asyik memikirkan perkara ini.

Apa pula yang harus dikatakan pada Ayra dan Kaira esok. Surat itu diberi oleh Wasiq ketika waktu rehat tadi di sekolah. Memang betul apa yng dikatakan Wasiq. Surat itu sangat mengganggunya. Jadi dia mengambil keputusan untuk membacanya di rumah sahaja.

Terdengar ketukan di pintu.

“ Masuklah “ jerit Hasya.

“ Hah buat apa tu ? “ soal Datin Adra.

Hasya sangkakan abangnya yang mengetuk tadi.

“ Mak rupanya..ada apa mak? “ soal Hasya.

“ Mak nak ajak kamu makanlah.. nanti kalau dah tidur sampai esok pagi kamu tak bangun. Jaga kesihatan sikit. Periksa Dah nak dekat kan ? “ kata Datin Adra peduli.

Hasya tersengih.

“ Yalah mak “ kemudian dia berlari dan memeluk Datin Adra.

“ Eiii..dahlah busuk peluk mak pula. Pergilah mandi dulu “ Firdaus yang lalu di hadapan bilik Hasya yang pintunya terbuka mengejek. Dia nampak adiknya yang manja mengada-ngada.

“ Eley jelas lah tu “

Firdaus masuk ke dalam dan menarik rambut Hasya.

“ Mak jangan manjakan dia sangat “ Hasya mencubit tangan Firdaus yang laju mencapai rambutnya.

“ Hei kamu berdua ni… “ kata Datin Adra. Dia menggeleng.

Hasya teringat dia belum membuka hadiah yang diberikan Firdaus apa agaknya.

“ Mak.terima kasih sangat-sangat bagi Hasya hadiah tu. Tak mahal sangat ke ? “ tanya Hasya.  Dia sudah membuka hadiah dari mak dan ayahnya. Telahannya benar. Mereka membelikannya satu set emas. Gelang tangan, gelang kaki, rantai dan subang yang diperbuat dari emas. Pada Hasya harganya tertalu mahal.

Firdaus tergelak-gelak dan keluar dari bilik itu meninggalkan mereka.

“ Bukan selalu. Dah jom makan “ ajak Datin Adra.

“ Ala.. Hasya belum mandi lah. Busuk ni “ balas Hasya.

“ Heisy. Jangan dilayan abang kamu tu. Bukannya kamu pergi jalan ke lumpur atau ke tempat kotor nak mandi dulu “

Salah satu sikap Datin Adra yang Hasya suka. Maknya seorang yang sangat suka berterus terang.

“ Kejap je mak. Tak suka lah nanti abang ejek “  kata Hasya. Dia tidak mahu beralah .

“ Yalah. Lepas mandi terus turun ya “

“ Ok mak “

Hasya tergesa-gesa mengambil tualanya yang digantung di tepi almari tetapi dia terpandangkan kotak hadiah yang belum dibuka. Dia berjalan menuju ke kotak hadiah itu dan tanpa teragak-agak dia mengoyakkan sampulnya.  Hasya berasa teruja dan tidak sabar melihat isi kotak itu. Setelah sampul itu dikoyakkan. Dia membuka kotak itu dengan pantas.

“ Abang !!!! “ Hasya menjerit kuat. Satu rumah bergegar dek suaranya yang kuat.

Firdaus sudah tergelak-gelak di dalam biliknya sendiri. Itu adalah cara yang paling bagus bagi mengajar adiknya yang manja sangat. Dah nak umur 18 tahun masuk dapur pun susah. Oleh sebab itu dia terpaksa belikan periuk belanga untuk Hasya sebagai hadiah.

 

Kaira serba salah. Dia berjaya meminta duit dari ayahnya. Duit itu pula terpaksa diberi pada Azura hari ni.  Kaira melangkah dengan rasa lemah. Kenapalah dia tiada kekuatan untuk menceritakan segala perbuatan buruk Azura kepada ayahnya. Kaira sangat risaukan dirinya. Apa yang akan berlaku jika ayahnya tahu. Mungkin ayah tidak akan percayakannya. Azura kelihatan baik di hadapan ayah. Dia suka berpura-pura. Kadang Kaira jadi meluat. Hatinya mendesak supaya mendedahkan perangai Azura yang sebenar. Namun Hasya mencari waktu yang sesuai.

Kaira cepat-cepat bersembunyi apabila dia melihat Azura sedang bercakap dengan seorang lelaki di hadapan rumah. Lelaki itu kelihatan muda. Mungkin sebaya atau hampir sama umur dengan Azura. Siapakah lelaki itu. Kaira tidak pernah melihatnya sebelum ini. Kemudian dia nampak Azura menghulur beberapa wang kertas kepada lelaki itu. Kaira mula bersangka buruk. Dia tidak dapat memaafkan Azura jika duit yang akan diberikan kepada Azura nanti jatuh ke tangan lelaki itu.

Beberapa lelaki muda lain muncul di atas jalan raya sambil menunggang motor.  Mereka bergerak menuju ke hadapan rumah Kaira. Kaira jadi cuak. Dia tidak dapat menyembunyikan dirinya dengan aman.

“ Weh, anak tiri kau tengah tengok kau tadi “ ujar salah seorang dari mereka.

“ Kaira ? “ Azura memandang sekeliling cuba mengesan kehadiran Kaira.

“ Tu ke nama anak tiri kau ? Sedap “kata lelaki yang mengambil duit dari Azura tadi.

“ Kau jangan nak macam -macam.. “ ujar Azura memberi amaran.

Lelaki-lelaki yang lain ketawa.

“ Rilekslah.. tu anak tiri kau je “ balas lelaki yang baru sampai.

“ Jangan risau. Esok aku  langsaikan hutang aku “ kata Azura. Dia tidak mahu berkata banyak.

“ Ok sayang. Kau dah janji ok ? Kalau kau tak bayar kau tahu kan nasib kau ? “ ugut lelaki tadi.

“ Ya aku tahu.. janji “ balas Azura.

Mereka semua bergerak meninggalkan Azura. Azura menarik nafas lega. Lelaki-lelaki itu amat menyusahkan dirinya. Baru pinjam duit tidak sampai seribu bunganya sudah hampir beribu-ribu. Memang cekik darah. Dia teringatkan Kaira. Itu satu lagi masalah. Bagaimana jika budak itu memberitahu ayahnya ? Tidakkah mati dia nanti. Fikirannya kusut. Dia cuba merancang apa yang perlu dilakukannya pada Kaira.

“ Hai baru balik ? “ tegur Azura. Dia memberikan senyuman yang semanis mungkin tetapi ada maksud tersirat disebalik senyumannya.

“ Ha..ha ah “

Macam selalu Kaira membuka kasutnya dan meletakkannya di tempat biasa. Kaira cuba melangkah masuk ke dalam rumah.

“ Kau nampak apa tadi ? “ tanya Azura. Nadanya berubah kasar. Dia menghalang laluan Kaira.

Kaira cuba menenangkan dirinya yang hampir gelabah. Pasti mat-mat motor tadi sudah mengadu pada Azura.

“ Hah? Nampak apa ? “ Soalan Azura dibalas dengan soalan. Dia cuba sebaik mungkin berlakon tidak tahu apa-apa.

“ Kau jangan nak tipu aku . Kau nampak aku jumpa siapa kan tadi ? “ getus Azura.

Dia memprovok Kaira agar mengaku apa yang dia telah lihat. Kaira menarik nafas dalam-dalam. Dia dapat maafkan Azura yang tidak mengenalinya.

“ Kak, saya tahu saya ni hanya anak tiri kakak tapi saya faham anak tiri tak sama dengan anak kandung. Jadi kakak janganlah salah sangka dengan saya. Saya tak ada niat nak masuk campur urusan akak walau saya tahu apa yang akak buat “ terang Kaira panjang.

“ Jadi kau nampaklah “

Kaira tidak menjawab. Dia tidak mahu mengaku. Kemudian dia cuba menepis Azura. Azura dengan pantasnya memegang pergelangan Kaira.

“ Kalau Hisyam tahu pasal aku siap kau nanti “

Kaira meronta dan dia berjaya melepaskan tangannya dari cengkaman Azura.

 “ Kalau saya tak nampak mungkin orang lain nampak. Jangan salahkan saya kalau ayah tahu nanti “ Kaira tidak tahan asyik diugut. Mungkin kali ini dia harus lebih berani.

“ Kau kurang ajar kan “

Azura cuba menampar Kaira namun Kaira cepat mengelak. Azura hampir tersungkur dan Kaira cepat-cepat lari masuk ke bilik menyelamatkan dirinya. Azura menampung badannya yang hampir terjatuh dengan sofa. Nafasnya turun naik menahan amarah yang amat sangat. Darahnya meluap-luap. Ikutkan hati mahu sahaja dia mengurung Kaira di dalam bilik namun terfikirkan Hasyim yang belum pulang dia tidak jadi melakukannya. Nasibnya akan buruk jika Hasyim tahu siapa dia sebenarnya.  

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience