Bab 16

Romance Series 4241

Langit semakin malap. Angin bayu meniup lembut membuatkan orang yang merasainya pasti berada dalam ketenangan. Namun tidak pada Kaira. Walaupun dia telah selamat dijumpai oleh pihak berkuasa. Hatinya masih tidak mampu tenang. Dia masih terbayang-bayang apa yang Raksaka telah lakukan padanya. Sewaktu diminta memberi keterangan air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia bimbang keadaan ayahnya apabila mengetahui Azura telah tiada. Setelah disoal siasat Kaira dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“ Terima kasih abang sebab bantu Kaira “ ucap Kaira lembut. Hatinya tersentuh melihat Firdaus yang mengambil berat kepadanya.

“ Tak ada apa pun perkara ini. Kecil je. Kejap lagi ayah Kaira datang.  Tunggu sekejap ya abang keluar sekejap “ kata Firdaus.

Sementara menunggu ahli keluarga Kaira datang. Firdaus berborak sebentar dengan polis yang menjaga di situ. Hasil perbualan mereka Firdaus mendapati bahawa penculik yang menculik mereka telah melakukan beberapa jenayah. Penculik itu suka merapati mana-mana gadis untuk dijadikan mangsa penipuannya.  Gadis-gadis yang ditipu perlu membayar sejumlah wang atau mereka akan dijual.

Encik Hasyim terduduk mendengar berita yang disampaikan oleh pihak polis. Tubuhnya terasa lemah dan kaku apabila dia dapat tahu tentang kematian Azura. Dia mahu menangis namun air matanya tidak tumpah. Apa yang dirasakan ini amat sukar untuk diluahkan. Dia rasa sedih dengan apa yang terjadi pada keluarganya namun dia juga berasa sakit hati.  Dia sakit hati kerana penculik itu sewenang-wenangnya membunuh isteri keduanya dan menyeksa anaknya.

Encik Hasyim dijemput ke hospital menemui jenazah Azura dan Kaira yang disyaki diperkosa. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan sebaik sahaja dia menemui Kaira. Firdaus memujuknya agar bersabar. Pihak polis sedang membuat penyiasatan ke atas mereka yang telah melarikan diri.

“ Terima kasih Firdaus. Jika tak ada kamu tak tahulah apa yang berlaku pada Kaira. Pak Cik tak tahu macam mana nak balas pertolongan kamu ini “ luah Encik Hasyim.

Firdaus tersenyum kemudian dia memeluk Encik Hasyim dengan erat.

“ Tak apa pak cik. Saya akan membantu kalau pak cik perlukan pertolongan. Kita kan dah macam keluarga sendiri “ Encik Hasyim mengangguk-angguk.

Sesungguhnya budi yag ditabur oleh Firdaus kepada keluarganya terlalu besar. Dia berasa terhutang nyawa dengan Firdaus.

“ Ayah ! “ Panggil Kaira. Matanya sudah berlinangan apabila dia ternampak Encik Hasyim menjejakkan kaki ke dalam wad.

Encik Hasyim tahu luka yang dirasakan oleh Kaira. Pasti anaknya itu sangat kecewa setiap orang yang disayanginya meninggalkannya begitu sahaja.

“ Sabarlah Kaira. Allah sayangkan kamu sebab tu dia menguji “ pujuk Encik Hasyim.

Kaira memeluk ayahnya dengan erat dan menangis sepuas-puasnya dalam dakapan Encik Hasyim.

“ Maafkan Kaira yah..Kaira yang tak jaga akak “ kata Kaira sambil meraung.

“ Tak lah.. Kaira tak salah pun. Ini kan takdir Allah “ Encik Hasyim menggosok-gosok kepala Kaira supaya anaknya itu tenang.

“ Tak yah.  Semua ni salah Kaira “ kata Kaira. Dia hampir menjerit.

Seorang doktor dan dua orang jururawat masuk ke dalam wad. Encik Hasyim diminta menemui doktor di luar.  Jururawat yang bertugas mengambil alih menjaga Kaira dan memberikan sedative kepadanya.

“ Awak bapanya Kaira ?” soal doktor india itu.

“ Ya saya “ balas Encik Hasyim. Dia sudah risau.  Dia yakin apa yang mahu dikatakan oleh doktor itu pasti berita buruk.

“ Macam ni Encik. Saya nasihatkan encik refer pada pakar psikiatri.  Anak encik Kaira Maisarah di diagnosis memiliki tekanan akibat trauma diperkosa. Traumanya bertambah teruk setelah dia melihat kematian ibu tirinya Azura di hadapan matanya sendiri. Dia ada memberi laporan Azura ditikam bertubi-tubi dan mati dipangkuannya. Saya pasti anak encik sangat ketakutan dan memerlukan penjagaan yang rapi. Boleh saya tanya ? Dia ada saudara perempuan yang lain ? “ tanya doktor itu setelah memberikan penerangan yang panjang lebar .

Encik Hasyim meraup wajahya berkali-kali. Besar sungguh dugaan yang terpaksa anaknya terima kali ini.  Encik Hasyim berdoa agar dia diberikan kekuatan.

“ Dia seorang je anak perempuan saya.  Mak kandungnya dah lama meninggal “ kata Encik Hasyim.

“ Jika begitu Encik boleh minta mak cik-mak ciknya atau sesiapa yang rapat menjaganya jika encik perlukan bantuan. Saya akan bagi semua dokumen  dan surat pengesahan penyakit agar encik boleh refer mana-mana pegawai psikiatri “ jelas doktor itu.

“ Baiklah, terima kasih doktor “ balas Encik Hasyim.

“ Dan lagi satu, Encik boleh hantar anak encik pergi scan dalam beberapa bulan kemudian jika dia muntah-muntah atau alergi sesuatu “

“ kenapa doktor ?”

“ Saya bimbang jika perbuatan jahat penculik itu membuatkan Kaira Maisarah mengandung “ 

“ Terima kasih doktor “

“ Saya tahu berat bagi encik mendengar berita ini. Pihak hospital sedia membantu jika encik memerlukan pertolongan “  kata doktor itu.  Kemudian doktor itu masuk ke dalam wad untuk memeriksa keadaan Kaira.

“ Allhuakhbar “ Dada Encik Hasyim terasa sesak tiba-tiba.  Seperti ada sesuatu yang menghempap tubuhnya.  Firdaus yang datang selepas berbual panjang dengan pihak polis kelam kabut cuba merangkul Encik Hasyim agar lelaki tua itu tidak jatuh.  Dia membawa Encik Hasyim ke kerusi tetamu yang disediakan di luar wad.

“ Sabarlah pak cik”

Encik Hasyim cuba mengiyakan kata-kata Firdaus. Kemudian dia menahan nafasnya cuba menyedut udara sebanyak yang mungkin.  Nafasnya tercungap-cungap.

 

Lepas exam esok kau nak pergi hospital tak ? Tengok Kaira

Hasya menghantar satu pesanan ringkas kepada Ayra. Dia bersyukur abangnya dan pihak polis menjumpai Kaira sebelum terlambat. Pulang sahaja ke rumah tadi ibunya memberitahu Firdaus ada di hospital menemani Kaira. Hasya agak terkejut bagaimana abangnya tahu tentang kehilangan Kaira. Rupanya Datuk Rizal yang meminta Firdaus membantu orang kampung mencari Kaira. Baguslah pasti Kaira gembira dapat bertemu Firdaus.  Pesanan ringkasnya dibalas Ayra.

Orang kampung dah jumpa Kaira ? Alhamdulillah.

Hasya mahu membalas mesej Ayra namun telefonnya berbunyi.  Ayra memanggil.

“ Amboi kau tak sabar-sabar tunggu mesej aku terus telefon “ kata Hasya sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu. 

Hasya mendengar suara Ayra mengekek di hujung talian.

“ Mestilah. Aku gembira dengar Kaira dah dijumpai.  Nampaknya Wasiq dah jadi hero orang kampung sebab dapat jumpa Kaira “ kata Ayra sambil menjerit keriangan.  Hasya terpaksa menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Pekak pula telinganya nanti mendengar jeritan Ayra. Setelah jeritan Ayra berhenti barulah dia menyambung perbualan mereka. Bukan ke mak cik ni kata Wasiq tak hensem ke ? Dia yang beria-ia pula ni kenapa.

“ Eh, kejap. Kenapa pula Wasiq ? Abang aku lah yang jumpa Kaira. Abang aku ada di hospital sekarang ni “

Talian sepi seketika. Suara di hujung talian tidak kedengaran. Hasya tidak mendengar suara Ayra membalas kata-katanya.

 “ Ayra ! “ panggil Hasya.

“ Eh, sorry. Kau cakap siapa tadi ? Ulang balik “ pinta Ayra.

Ayra terdengar dengusan Hasya di hujung talian.

“ Hm.. abang aku lah. Dia yang jumpa Kaira. Dia yang bawa Kaira ke hospital “

“ Seriously ? Macam mana abang kau pula yang jumpa Kaira “ kata Ayra.

            “ Bapak aku yang suruh abang aku tolong orang kampung cari Kaira “

            “ Ya Allah.  Untungnya Kaira. “

            Sebelum dia mendengar Ayra terjerit-jerit kegedikan  lebih baik dia tamatkan perbualan mereka sekarang.

            “ Ok esok lepas exam ya. Bye Assalamualaikum “ Hasya terus mematikan talian.

            Tidak sampai beberapa saat mesej dari Ayra masuk.

Minta tolong abang kau belikan buah tangan sikit. Nak bagi pada Kaira. Duit nanti aku bayar balik.

Ok bos

Hasya membalas mesej Ayra yang terakhir pada hari ini.  Jam hampir pukul 10 malam. Hasya perlu tidur awal untuk persediaan peperiksaan pada hari esok. Namun dia tidak dapat tidur. Dia bimbangkan keadaan Kaira yang berada di hospital. Baikkah keadaan Kaira. Dapatkah Kaira meneruskan hidupnya seperti biasa setelah kejadian buruk menimpanya ? Hasya ada dengar ura-ura mengatakan ibu tiri Kaira mati dibunuh. Namun dia tidak mahu membuat sebarang kesimpulan. Abang Firdaus masih belum pulang. Perlukah dia menelefon sahaja abang Firdaus atau menunggu hingga esok hari untuk tahu cerita sebenar.

Hasya cuba membayangkan jika dia berada di tempat Kaira. Ya Allah, kasihannya Kaira. Hasya bangun dan turun ke bawah. Dia mahu menunggu Firdaus pulang.

“ Ya Allah, terkejut mak. Kenapa tak tidur atas ? “ kata Datin Adra sebaik sahaja dia ternampak sekujur tubuh berbaring di atas sofa.

“ Hasya tunggu abang mak “ jawab Hasya . Dia bangun dan menghadap Datin Adra.

“ Kamu bimbangkan Kaira ya ? “

Hasya mengangguk.  Datin Adra mendekati Hasya dan memegang tangannya.

“ Jangan risau. Abang kamu dah uruskan semuanya.  Kaira dalam keadaan selamat sekarang ni. Encik Hasyim bapa Kaira dah datang tengok anak dia. Kamu janganlah risau.  “

Kata-kata Datin K melegakan rasa hati Hasya yang sudah berombak-ombak tidak keruan.

“ Baiklah kalau macam tu. Bila abang balik mak ? “ tanya Hasya.

“ Kan mak kata tak perlu risau. In shaa Allah Kaira dah tak apa-apa. Bukan kamu dah kata nak jenguk dia juga esok ? “ ujar Datin Adra lagi.

Hasya tersenyum.

“ Bukan itu mak.  Hasya nak pesan kat abang beli buah tangan nak bagi pada Kaira esok “

“ Oh, nanti mak pesan. Kamu jangan lupa juga mesej abang kamu. “

“ Ok. Thank you mak. Maklah ibu terbaik yang ada di dunia ni  “ puji Hasya tingg melangit. Dia memeluk dan mencium pipi Datin Adra.

“ Yalah tu. Bodek kita je lah “

Hasya tergelak mendengar maklum balas dari Datin Adra.

“ Dah lah mak. Hasya naik dulu ya. “

“ Yalah. Memang mak suruh kamu tidur atas kan. Tidur awal nanti esok jangan bangun lambat”

Hasya tersengih-sengih. Sempat juga maknya membebel malam-malam begini. Agaknya begini dia nanti jika menjadi emak suatu hari nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience