Bab 23

Romance Series 4241

Ke hadapan Hasya gadis yang menjadi idamanku,

            Salam takziah saya ucapkan atas pemergian bonda  dan ayah awak tercinta. Hari tu saya hadir ketika urusan pengebumian dijalankan. Saya mahu berdiri berhampiran dengan awak namun awak dikelilingi saudara mara awak. Saya hanya mampu memahami perasaan awak dari jauh dan berharap awak baik-baik sahaja. Maafkan saya kerana terlalu jujur dengan perasaan saya sebelum ini. Saya tahu awak tidak mahu berjumpa dengan saya dan akan mengelak jika kita bertembung tetapi saya harap kita dapat berbual-bual walaupun sekejap sahaja.. Saya berharap dapat bersama awak di saat nafas kita yang terakhir nanti. Kerana itu saya mahu sentiasa di sisi awak.  Saya mahu menemukan awak dengan ayah saya dan memperkenalkan awak sebagai suri hati saya kepadanya.

            Sebaik sahaja Hasya menamatkan pembacaannya. Surat itu dilemparkan ke atas lantai. Wasiq ni dah gila agaknya . Kata Hasya dalam hati. Dia tidak suka dengan isi yang tertulis di dalamnya. Butakah Wasiq ? Dia sudah secara terang-terangnya menolak cinta Wasiq dengan menjauhkan diri daripadanya namun Wasiq masih berdegil.

            Semakin dia mengingati Wasiq semakin bertambah pula rasa bencinya. Wasiq tidak pernah memahami dan sesekali tidak akan dapat memahaminya. Apa pun dia tidak akan bertemu dengan Wasiq. Dia tidak peduli jika Wasiq membencinya di atas sikap dinginnya terhadap Wsaiq.  Penat dia mengelak dan menjaga hatinya supaya tidak tersakiti.  Dia tidak akan membuka pintu hatinya untuk Wasiq. Noktah.

            Hasya bangun dan mengambil semula surat yang dicampaknya tadi. Dia mengoyakkannya sehingga menjadi kepingan yang kecil-kecil lalu membuangnya ke dalam tong sampah yang berada di dalam bilik.

            “ Aku tak akan terima kau Wasiq. Cukuplah dengan derita yang aku lalui ini. Aku tidak mahu orng luar yang tidak aku kenali menambahkan derita kepada aku. Cukup mama dan papa sahaja yang pergi dalan hidup aku.  Aku tidak mahu kehilangan kau jika aku menerima kau Wasiq “

            Air mata Hasya mengalir laju. Dia mula menangis teresak- esak dengan kuat sambil menutup wajahnya. Bibik Indah yang kebetulan sedang mengemas di bahagian atas rumah terdengar tangisan Hasya.

            “ Cik Hasya okey ke tu ? “ tanya Bibik Indah yang berada di luar bilik. Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik Hasya namun tiada jawapan.

            Hasya tidak menjawab panggilan Bibik Indah. Tangisannya semakin reda. Dia tidak memerlukan sesiapa untuk memujuk dirinya termasuklah Bibik Indah. Setelah penat menangis, dia  menghempaskan dirinya ke atas tilam yang empuk., Dia perlukan masa untuk menenangkan emosinya yang berkecamuk kerana dilanda kesedihan yang melampau.

            Alangkah bahagianya jika mama dan papa masih ada di sini. Ada juga teman bergaduh dan bermanja. Mungkin Allah lebih sayangkan mereka sebab itu mereka pergi dulu.  Hasya cuba memujuk hatinya.  Dia teringatlam seseorang yang mengambil berat kepadanya. Mungkin dia boleh menumpang kesedihannya di bahu orang itu.

            “ Nanti kalau kau perlukan seseorang, aku ada . Call je okey ? “ kata Fattah.

 

            “ Hey Alia, you tak cemburu ke Firdaus kahwin dengan perempuan lain ? Semua kawan kita ingat dia pilih you tau tak. You tak malu ke kalau mereka tahu ? “ sergah Tasya perempuan mulut becok dan suka menyibuk hal orang lain.

            Alia dan Tasya ialah rakan kelas Firdaus sewaktu mereka belajar. Mereka menjadi rapat setelah gosip antara Alia dan Firdaus tersebar. Jika bukan kerana Firdaus belum tentu Tasya mahu berkawan dengannya.

            “ Yang you sibuk ni kenapa ? Antara kami dah tiada apa-apa. I berserah pada takdir. “ jawab Alia tegas.

            “ Alia ! I penat ambil hati you agar kita dapat berkawan dan you kata berserah pada takdir. Itu salah Alia. Yang betulnya you kena berusaha tapi boleh pula you blah macam tu je lepas Fir minta putus. Sekurang-kurangnya you merayu, minta maaf dan tanya apa salah you” kata Tasya meninggikan suaranya.

            “ You ingat senang ke I nak lepaskan dia ? Dia dah jadi milik orang Tasya. I dah tak boleh berpatah balik “ kata Alia dengan sayu.

            Lagu yang didengari di dalam kelab mengurangkan rasa sedih di hatinya. Dia berasa mahu menari. Alia tidak sanggup melupakan Firdaus. Datang ke kelab adalah salah satu caranya bagi melepaskan kesedihan.

            “ Jom menari. I nak berseronok “ ajak Alia cuba mencapai tangan Tasya namun Tasya menolaknya.

            “ No ! Selagi you tak selesaikan masalah yang ada jangan harap I akan berkawan dengan  you “

            “ Masalah? Masalah apa ? “soal Alia berang. 

            “Tu dalam perut you siapa yang nak bertanggungjawab ? “ marah Tasya.

            Alia mengosok-gosok perutnya yang kelihatan buncit sedikit.

            “ Hai masalah, tak lama lagi kita akan berjumpa. I love you so much “

            “ You ni dah gila agaknya, kalau you tak putus dengan Fir tentu you dah kahwin dengan dia. Senang hidup you “

            “ Berapa kali I cakap dengan you, masalah ini  biar I tanggung sendiri. I tak salahkan Fir “

            “ So, I tak akan berkawan dengan you lagi “ ujar Tasya.

            Alia sudah mengagak keadaan akan jadi begini. Namun Alia tidak peduli.

            “Okay, good bye “

            Sebaik sahaja Tasya pergi meninggalkannya keseorangan, Alia yang berasa sangat berang menumpahkan segelas cawan bir yang menjadi kegemarannya selepas putus dengan Firdaus. Malam ini sudah beberapa gelas air syaitan diteguknya. Kemudian dia mencampakkan gelas itu ke lantai dan gelas itu pecah. Alia terjelopok ke lantai.

            “Kau tak guna Tasya, aku bukan budak suruhan kau yang boleh suruh sesuka hati kau. Aku ada maruah juga. Firdaus dah tak nak pada aku tak kan aku nak paksa dia . Fir … “

            Pekerja-pekerja di kelab itu yang ternampak Alia sedang mabuk dan merepek yang bukan-bukan hinggakan tertidur di lantai membawa Alia ke sebuah bilik yang ada di dalam kelab itu.

            “ Perempuan ini kenapa ? “ soal pengurus kelab.

            “ Dia mabuk dan tak ada sesiapa nak hantar dia balik, tu yang kami bawa ke sini “  kata salah seorang pekerjanya.

            “ Lepas semua dah habis kerja nanti atau bila perempuan ni dah bangun suruh dia cepat-cepat pergi dari sini, ini bukan bilik menumpang.  Aku tak nak terlibat dalam apa-apa masalah. Faham ? “ kata pengurus itu dengan garang.

            Tasya yang mahu menghidupkan keretanya mahu pulang, berpatah balik ke kelab itu semula. Dia cuba mencari Alia namun tidak kelihatan. Kemudian dia ke tempat yang mereka duduk tadi dan bertanya pada pekerja di situ.

            “ Encik, ada nampak perempuan yang duduk sini tadi ? “

            “ Oh, dia ada di dalam bilik. Mujur Cik datang awal. Kami baru nak kejut dia “ kata pekerja itu.

            “ Terima kasih “ ucap Tasya.

            Tasya bergerak ke bilik dengan pekerja itu. Mereka memapah Alia hingga ke kereta Tasya.

            “ Terima kasih “ ucap Tasya sekali lagi.

            Pekerja itu berlalu pergi setelah meletakkan Alia ke dalam kereta.

            “ Kau ni memang menyusahkan aku Alia “

 

            Firdaus dan Kaira solat berjemaah sebaik mereka tiba di hotel yang ditempah awal. Kaira mencium tangan Firdaus setelah usai solat.

            “ Abang, Kaira nak cakap sikit boleh ? soal Kaira.

            Firdaus tersenyum. Kemudian dia mencium dahi Kaira dengan penuh kasih.

            “ Cakaplah, nak cakap banyak pun tak apa “  kata Firdaus seraya tersengih.

            “ Kenapa abang kahwin dengan Kaira. Sedangkan abang tahu peristiwa hitam yang jadi pada Kaira, Kaira dah tak suci bang “

            Firdaus melepaskan keluhan mendengar pertanyaaan Kaira.

            “ Kalau Kaira nak tahu, masa abang dengar Kaira diculik, abang rasa takut. Takut kehilangan Kaira. Mujur polis bertindak awal dan menemukan tempat persembunyian penjahat tu . Waktu tu abang dah tak fikir apa-apa. Abang nekad kalau Kaira masih hidup abang akan kahwin dengan Kaira. Dan alhamdulillah Kaira masih hidup “ luah Firdaus panjang lebar.

            Firdaus melipat sejadah dan diletakkan di atas kerusi yang ada di sebelah katil.  Dia membawa Kaira duduk di hujung katil.

            “ Oh, abang kahwin dengan Kaira ni bukan sebab cinta ya ? “ Kaira berpura-pura marah sambil bercekak pinggang.

            “ Kalau tak cinta abang tak kahwin dengan Kaira tau “ Firdaus menarik dan mencubit hidung Kaira.

            “ Sakitlah “ jerit Kaira.

            “ Hah, tau sakit. Jangan tanya soalan tu lagi. Abang ikhlas sayangkan Kaira “

            Firdaus yang berdiri dari tadi mengambil tempat di sebelah Kaira.  Kaira yang semakin hari semakin selesa bersama Firdaus melentokkan kepalanya di atas bahu Firdaus. Dia sangat bersyukur orang yang dicintainya tidak meninggalkannya di saat dia perlukan seseorang.

            Abang Firdaus adalah anugerah yang terindah baginya. Semua sifat lelaki yang diperlukan oleh seorang wanita ada pada abang Firdaus. Kaira teringatkan Azura yang dibunuh dengan kejam. Air matanya menitis. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan Azura.

            Firdaus memegang bahu Kaira lalu mengelap air mata isteri kesayangannya itu.

            “ Abang faham perasaan Kaira. Sekarang ni kita tengah bercuti. Abang nak Kaira lupakan kenangan pahit yang sudah berlalu. Boleh ? “ pujuk Firdaus.

            “ Terima kasih abang sebab berada di sisi Kaira” bisik Kaira perlahan.

            Hari Kaira tewas. Dia tidak lagi marah jika abang Firdaus mahu berbuat sesuatu kepadanya.

            “ Abang nak cium Kaira ke ? “ soal Kaira naif.

            Firdaus sudah tergelak besar mendengar pertanyaan itu.

            “ Dah lah Maisarah. Awak pergi tidur esok kita nak berjalan-jalan “ kata Firdaus nada suaranya kedengaran sangat gembira.

            Kaira mengerutkan dahinya.

            “ Kenapa Maisarah ? Kenapa bukan Kaira ? “

            Firdaus memberikan senyumannya yang paling manis.

            “ Mulai sekarang abang akan panggil Kaira, Maisarah “

            “ Saya rasa janggal lah. Tak pernah ada orang panggil saya Maisarah walaupun nama panjang saya Kaira Maisarah “ luah Kaira.

            Kaira tidak setuju dengan Firdaus yang mahu memanggilnya Maisarah. Kekok bunyiya.

            “ Sebab tu Kaira Maisarah milik abang. Hanya abang sahaja yang boleh panggil Kaira, Maisarah “ Firdaus berseloroh.  Kaira tertawa mendengar kata-kata Firdaus.

            “ Oh, nak panggil Kaira ni Maisarah ya ? Hah ini dia “  Kaira menggeletek pinggang Firdaus. Mereka berdua tertawa bersama. Firdaus yang kegelian bangun dan mengelak dirinya dari digeletek. 

            Kemudian Firdaus mengangkat Kaira dan meletakkannya ke atas katil dengan berhati-hati. Dia membalas dendam dan menggeletek Kaira hingga air mata gembiranya mengalir.  Kaira ialah anugerah Tuhan untuknya. Dia akan menjaga Kaira dengan sebaik mungkin.

            “ Mujur Maisarah ringan walaupun ada baby dalam perut. Boleh lah abang angkat selalu “

            Kaira tergelak mendengar ucapan Firdaus.  Dia memang akui yang tubuhnya memang kecil dan kurus kering. Di antara mereka bertiga, Hasya , Ayra dan Kaira. Kaira yang paling kecil dan kurus.  Hasya kawan yang paling cantik dan Ayra ialah seorang yang agak gempal tetapi masih nampak kecantikannya sebagai seorang perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience