Sudah dijangka, kawan-kawan kelas pasti akan menyakat mereka setiap kali mereka dilihat bersama. Wasiq nekad dia terpaksa menjelaskan hubungan dia dan Hasya kepada rakan-rakan mereka seperti yang diinginkan oleh Hasya.
“ Guys, aku minta tolong hentikan gosip aku dan Hasya. Kalian kan tahu kami tiada apa-apa hubungan yang istimewa. Kalau kau orang gosipkan aku dan Hasya lagi lepas ni mungkin orang lain yang akan gantikan tempat kami ajar kau orang “
Hasya tersenyum. Dia sangat bersetuju dengan kata-kata Wasiq.
“ Ala..kami gurau je. Kalau gosip tu betul tiada siapa yang marah “ kata Mas yang duduk di sebelah Sabrina.
“ Bukankah kalau salah apa yang kau orang gosip tu dah jadi fitnah? “ ujar Wasiq. Niatnya lebih kepada mahu menyakinkan Hasya. Dia mahu mendapatkan kepercayaan Hasya.
“ Yalah “ balas Mas. Dia baru mahu menjadikan gosip hubungan antara Hasya dan Wasiq sebagai bahan hiburannya. Mas tertekan kerana terlalu fokus pada pelajarannya. Kurang sedikit tekanan yang dihadapi jika dapat mengusik mereka.
“ Aku dan Wasiq tiada apa-apa hubungan. Kau orang tak kesiankan Wasiq ke ? Dia baru berpindah ke sini. Kenapa kau orang cakap perkara yang tak betul. Wasiq tak sukakan aku dan aku tak sukakan Wasiq” jelas Hasya. Dia mahu kawan-kawannya fokus kepada peperiksaan yang tinggal beberapa hari lagi.
Wasiq memandang Hasya. Kata -kata terakhir yang diucapkan oleh Hasya itu membuatkan dirinya tersedar ke alam nyata. Benarkah Hasya tidak suka kepadanya. Wasiq berasa sedikit merajuk.
“ Dahlah kau orang. Kita dengar je cakap Hasya dan Wasiq. Kalau pun betul nanti, pasti dia orang jemput kita makan nasi minyak “ kata Adham kuat dan memekik.
Kelas terus menjadi bising seperti dalam pasar. Masing-masing ketawa mendengar kata-kata Adham. Tidak kurang juga ada yang masih menyakat.
“ Eii kau orang ni !! “ Hasya menjengilkan matanya. Kemudian dia terus keluar dari kelas.
“ Hasya .. “ Wasiq hanya sempat menjerit nama Hasya namun dia tidak sempat menahan Hasya keluar dari kelas.
Hasya bergerak terburu-buru menuju ke pejabat. Dia mahu berjumpa dengan pengetua. Harap-harap orang tua itu ada di biliknya. Sebaik tiba di hadapan pejabat dia melangkah masuk dan memberitahu kerani yang dia mahu berjumpa dengan pengetua. Kerani itu menyuruh Hasya mengetuk bilik pengetua dahulu. Setelah mengetuk beberapa kali pintu terbuka.
“ Hah, kamu. Ada apa ? “ soal Encik Sulaiman. Kemudian dia menjemput Hasya duduk berdepan dengannya.
“ Maaf cikgu, cikgu sibuk ke ? “ tanya Hasya. Rasa macam biadap pula bila tiba-tiba dia
menerjah bilik penegetua.
“ Cikgu memang selalu sibuk. Kenapa ni ? “ Macam ada masalah je kamu “
“ Cikgu. Erm, cikgu boleh tolong saya? “ Hasya bertanya dengan sopan.
“ Jika cikgu boleh tolong cikgu akan tolong. In shaa Allah “
Riak wajah Hasya berubah menampakkan kegembiraannya. Jika pengetua mampu membantunya menutup mulut-mulut jahat yang mengganggunya pasti pengetua akan menjadi orang yang paling disayanginya selepas mak, ayah dan abang Firdaus.
“ Hah apa dia ? Cakaplah “ pinta Encik Sulaiman apabila Hasya kelihatan teragak-agak mahu memberitahunya.
“ Cikgu, kawan-kawan saya selalu gosipka saya dan Wasiq sedangkan kami tak bercinta pun. Kami cuma jadi semakin rapat sejak cikgu minta kami bekerjasama mengajar kawan-kawan yang lain. Gosip itu banyak mengganggu saya. Saya susah untuk tumpukan perhatian pada pelajaran. Macam mana saya nak bantu mereka jika saya tidak fokus “
Encik Sulaiman tersenyum simpul mendengar kata-kata Hasya. Pasti pengetua melihatnya berperangai seperti kebudak-budakkan. Hal remeh temeh pun mahu diadunya.
“ Bagaimana saya mahu menolong awak ? Awak ada solusinya ? “
Hasya sudah pun memikirkan jawapan kepada soalan itu. Dia mahu pengetua sendiri yang memberi amaran kepada kawan-kawan sekelasnya.
“ Macam mana kalau cikgu tolong saya beri amaran kepada kawan-awan kelas saya agar tidak menggosipkan saya dengan Wasiq “
“ Selepas itu ? “ Encik Sulaiman ketawa kecil. Ada-ada sahaja Hasya ni.
“ Cikgu cakaplah cikgu akan denda sesiapa yang tak dapat semua A pada peperiksaan nanti. Tapi kalau mereka tak sakat saya dan Wasiq, tak dapat semua A tak menjadi masalah “
“ Besar sangat permintaan awak tu Hasya. Kalau macam tu biarlah saya benarkan mereka bergosip tentang awak dan Wasiq agar saya boleh mendenda mana-mana pelajar yang tak dapat straight’s A “ Encik Sulaiman pula yang menyakat Hasya.
Hasya menundukkan wajahnya ke bawah. Dia kelihatan sedih. Air matanya sudah bergenang dan hampir menitis. Nampaknya pengetua tidak menyebelahinya.
“ Saya hanya bergurau Hasya. Saya tahu kamu pentingkan pelajaran kamu. Bersabarlah. Ini ujian kamu sewaktu belajar. Saya bukan tidak boleh menunaikan permintaan kamu. Saya hanya mampu memberi teguran kepada kawan-kawan kamu. Soal kemampuan mereka untuk mencapai straight’ A hanya semata-mata gosipkan kamu dengan Wasiq,itu saya tidak boleh membantu. Tidak adil jika saya menyebelahi kamu semata-mata kamu kesayangan guru-guru. Awak mesti banyak-banyak bersabar “
Hasya keluar dengan perasaan hampa. Bukan salah dia jika dia menjadi kesayangan guru-guru di sekolah. Pengetua memang kejam. Tidak bolehkah dia meminta sedikit pertolongan ? Melampau sangatkah permintaannya itu ? Sebelum ini Hasya tidak pernah digosipkan dengan mana-mana lelaki. Hasya seorang yang garang. Dia tidak senang-senang menerima seseorang lelaki menjadi teman lelakinya. Oleh sebab itu tiada mana-mana lelaki yang pernah suka kepadanya sehinggalah hadirnya Wasiq.
Hasya geram. Dia tidak dapat menerima dirinya menjadi bahan gosip kawan-kawan sekelas. Wasiq pun satu. Melayan saja. Bila dia memaksa baru Wasiq mahu menjelaskan kepada mereka. Hasya menukar arahnya. Dia tidak menuju ke kelas sebaliknya dia ke surau. Lagi beberapa minit kelas tambahan selesai. Dia sengaja membiarkan Wasiq mengetuai mereka. Biarlah kelas kosong dahulu baru dia kembali ke kelas. Sementara menunggu kelas menjadi kosong. Hasya segera solat asar.
“ Mana Hasya ni ? Dah pukul 5 tak masuk kelas lagi ? “ Ayra memadang kea rah Wasiq. Wasiq sedang mengemas barang- barangnya.
“ Jomlah cari Hasya. Entah-entah dia merajuk “ ujar Kaira.
“ Kejap “ Ayra bergerak mendekati Wasiq apabila kelas semakin kosong. Kini yang tinggal hanya mereka bertiga.
“ Wasiq, kau tak serba salah ke dengan Hasya ? Minta maaf atau pergilah cari dia “ kata Ayra. Nadanya suaranya sedikit ditinggikan. Kaira cepat-cepat datang dan berdiri di antara mereka.
Melihat Wasiq yang kelihatan tenang dan cool, Kaira menasihati Ayra agar tidak menyalahkan Wasiq seratus peritus.
“ Bukan salah dia pun Ay. Mulut orang ni kita tak boleh nak kawal. Dahlah jom cari Hasya. Nanti lambat pula kita gerak. Aku ni nak masak. Kang tak habis-habis mak tiri aku membebel. Maafkan kami Wasiq “ ujar Kaira.
“ Kau ni dah macam Cinderella moden. Tak habis -habis dengan mak tiri kau. Suruh je la ayah kau ceraikan mak tiri kau tu “ lancar sahaja Ayra mengeluarkan kata-kata. Ketika ini dia dipengaruhi emosi. Dia tidak peduli perasaan Kaira yang sudah berkecil hati dengannya.
Wasiq mengangkat muka dan memandang mereka.
“ Tak apa. Kau orang tunggu sini sekejap. Aku pergi cari Hasya “
Setelah selesai meletak semua buku dan barang-barangnya di dalam meja Wasiq segera keluar. Dia ke bilik guru dan perpustakaan bagi memeriksa keadaan Hasya. Namun bayang Hasya pun dia tidak nampak. Kemudian dia ke kantin. Dia mencari Hasya di bilik koperasi. Tempat Hasya selalu melepak ketika rehat. Hasya juga tiada. Dia sudah cari merata-rata tempat termasuk di tandas perempuan. Mana hilangnya Hasya. Tidak mungkin dia sudah pulang. Begnya Wasiq perasan masih di kelas. Wasiq kembali melalui koridor kelas. Dia terserempak dengan guru kelasnya
“ Awak tak balik lagi Wasiq ? “ tegur cikgu
“ Assalamualaikum cikgu. Belum. Saya ada hal sedikit “ ucap Wasiq. Dia malu berterus terang. JiKa cikgu Kalsum tahu dia sedang mencari Hasya pasti gosip antara dia dan Hasya akan semakin rancak.
“ Esok hari terakhir kelas tambahan. Tapi esok cikgu datang juga pantau dan mengajar. Awak dan Hasya tidak perlu mengajar. Prepare untuk exam “ kata Cikgu Kalsum.
Wasiq menjadi sedikit lega mendengar kata-kata itu. Tuhan memudahkan urusannya dan menjaga hubungannya dengan Hasya.
“ Baiklah cikgu “ balas Wasiq. Cikgu Kalsum meminta diri dan menuju ke parkir kereta. Setelah Cikgu Kalsum meloloskan diri ke dalam kereta Wasiq melirik jam ditangannya. Jam sudah menunjukkan hampir lima setengah petang. Dia teringat perbualan Ayra dan Kaira tadi. Baru dia tahu Kaira mempunyai mak tiri.
Dia juga teringat pada cerita-cerita melayu dan indon yang selalu mengisahkan tentang mak tiri yang jahat. Adakah sama hidup yang dilalui Kaira dengan hidup watak utama yang ditontonnya di kaca televisyen ? Wasiq berasa simpati. Mujur ayahnya tidak kahwin lain. Benar agaknya mak tiri selalu jahat. Wasiq bergerak ke surau mahu menunaikan solat asar. Namun dia terserempak dengan Hasya yang baru keluar dari ruang solat wanita.
“ Hasya ! “ panggil Wasiq.
Hasya menoleh. Da terkejut dengan kehadiran Wasiq di situ.
“ Awak buat apa di sini ? “ soal Hasya. Suaranya kedengaran kasar.
Belum sempat Wasiq membalas pertanyaan Hasya, Ayra dan Kaira sudah menjerit-jerit memanggil Hasya dari luar kelas. Punyalah lama Wasiq mencari Hasya. Rupa-rupanya perempuan ini ada di surau yang berdekatan dengan kelas. Hasya terus meninggalkannya apabila melihat Ayra dan Kaira. Wasiq berasa agak kecewa. Hasya seolah-olah bersikap dingin kepadanya.
Share this novel