bab 17

Romance Series 4241

Berminggu-minggu Kaira terbaring di atas katil dalam biliknya. Sejak dia keluar dari hospital tempoh hari dia tidak lalu makan dan susah untuk tidur. Mak ciknya, Hani menjaganya sementara ayahnya keluar bekerja. Mak Cik Hani berasa kasihan dengan apa yang menimpa Kaira. Mungkin ada hikmahnya kerana Kaira dapat melepaskan diri dari Azura yang suka mendera.

            Mak Cik Hani mengetuk pintu dan membukanya. Kaira dilihat baru bangun dan sedang menuju ke bilik air.

            “Kaira, sarapan” tergur Mak Cik Hani.

            “ Terima kasih cik, nanti tengah hari mak cik tak perlu hantar makanan ya. Kaira akan keluar makan “ balas Kaira

            “ Betul ni ? Kamu dah okey ke ? “soal Mak Cik Hani.

            Mak Cik Hani amat bimbangkan kesihatan Kaira. Walaupun Kaira hanyalah anak saudaranya namun dia telah berjanji pada Hasyim yang dia akan menjaga Kaira dengan sebaik mungkin.

            “ In Shaa Allah, okey je mak cik. Lepas mandi Kaira nak keluar sekejap ambil angin” kata Kaira.

            “ Kaira mandi dulu, nanti lepas mandi tunggu mak cik bersiap ya ? Mak cik temankan Kaira ambil angin “balas Mak Cik hani.

 Kaira tersenyum tawar. Hampir dua bulan dia terperap dalam bilik. Makan tak lalu. Tidur je kerjanya. Kejadian hitam yang menimpanya membuatnya trauma dan seolah-olah memberinya satu hukuman. Dia tidak mampu berdepan dengan mana-mana manusia ketika ini walaupun dengan Hasya dan Ayra.

“Kaira nak ambil angin berseorangan” kata Kaira tegas.

“ Bukan mak cik nak halang kamu keluar tapi mak cik tak nak apa-apa berlaku kepada kamu. Kalau ayah kamu tahu macam mana ? “ soal Mak Cik Hani. Dia bukan apa, takut kalau apa-apa terjadi kepada Kaira macam mana dia mahu menjawab pada Hasyim nanti.

“ Mak Cik tak perlu risau. Penjenayah tu kan dah kena tangkap. Kaira tak akan buat apa-apa yang tak masuk akal . Kaira janji “ kata Kaira.

Mak Cik Hani tiada pilihan selain dari membenarkan Kaira yang berdegil mahu keluar. Sebaik sahaja Kaira meloloskan diri ke dalam bilik air Mak Cik Hani cepat-cepat menelefon Hasyim. Hasyim meminta Mak Cik Hani bersabar dan membiarkan sahaja Kaira.

“ Tak apa ke ni ? Aku pula yang risau Syim “ kata Mak Cik Hani.

“Tak apa, mungkin dia stress duduk dalam bilik je . Biarlah dia keluar “ jelas Hasyim.

“ Baiklah, harap-harap tak berlaku apa-apa “ balas MaK Cik Hani.

Selepas mematikan talian Mak Cik Hani bergegas mengemas ruang tamu. Dia mengemas dari ruang tamu hingga ke dapur. Begitulah rutin harian setiap hari semenjak duduk dirumah adiknya menjaga Kaira. Mak Cik Hani sebenarnya ialah seorang usahawan yang menjual pelbagai kerepek dan kek. Dia mempunyai tiga orang anak dan ketiga-tiganya sudah dewasa dan bekerja. Oleh sebab itu dia tiada masalah untuk menjaga Kaira ketika Hasyim meminta pertolongannya menjaga Kaira.

Anak-anaknya sudah besar dan pandai menjaga diri. Pandailah mereka berdikari. Hampir satu jam Kaira bersiap. Dia keluar dari bilik dan menegur Mak Cik Hani.

“ Mak Cik, Kaira keluar ya ? “

“ Baiklah, hati-hati. Jangan lama-lama “ kata MaK Cik Hani.

Kaira tidak membalas kata-kata Mak Cik Hani. Dia terus keluar dan menuju ke tempat yang paling dirinduinya. Di hujung kampung berdekatan dengan rumah Kaira ada satu sungai yang jarang orang datang. Sungai itu tidaklah panjang mana namun cukup mendamaikan bagi Kaira. Duduk dan mendengar bunyi air mengalir cukup menenangkan jiwa yang gundah gelana. Kaira berjalan laju dan menuju ke sebuah batu besar di tepi sungai itu.

“ Hai, seorang je ke ? “ Kaira menoleh apabila ditegur.

Firdaus sedang melambai dan tersenyum kepadanya.

“Hai abang Firdaus “ Kaira turut tersenyum namun terasa pahit.

Dia tidak tahu apa yang patut dirasakan pada saat ini. Gembira kerana Firdaus berada di sisinya ketika ini atau kecewa kerana orang yang disukainya tahu yang maruahnya telah dirobek oleh seorang penjenayah.

“ Abang tak kerja? Mengapa di sini ? “ soal Kaira. Dia bergerak dan duduk di atas batu.

Kemudian Kaira menanggalkan seliparnya. Kakinya dicelupkan ke dalam air dan dia bermain-main dengan air seketika.  Dari atas air sungai itu kelihatan cetek. Airnya jernih. Kaira dapat melihat beberapa ekor ikan berenang-renang di dalamnya.  Kaira berasa tenang. Dia terlupa sekejap akan kehadiran Firdaus dan peristiwa hitam yang menimpanya.

“ Kenapa ? Tak boleh ke abang ke sini ? . Lagipun abang tak kerja hari ini. Kerja di pejabat tak banyak sangat “kata  Firdaus memecahkan kebisuan antara mereka.  Firdaus berjalan dan mengambil tempat di batu kecil berdekatan dengan tempat Kaira duduk.

Kaira tidak membalas. Dia hanya termenung melihat ikan yang sedang bermain di dalam air.

“ Kaira dah okey ? “ soal Firdaus.  Sejujurnya Firdaus amat mengambil berat tentang Kaira. Pada hari ketika dia menerima surat dari Kaira, Firdaus sudah menyimpan sedikit perasaan pada Kaira. Masa itu dia baru sahaja mahu menjejakkan kaki ke menara gading. Namun surat itu tak pernah dibalas. Dia tahu Kaira menunggu balasannya bertahun-tahun namun dia tidak mengendahkannya. Dia fikir belum masanya dia membalas perasaan itu. Jadi dia pendamkan sahaja perasaan itu.

“ Kaira marahkan abang ke ? “ soal Firdaus sekali lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab.

Kaira menghela nafasnya perlahan. Bukannya dia tidak mahu jawab. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia sudah okey atau belum. Sejak beberapa hari ini perutnya masih meragam. Dia takut mahu berjumpa doktor. Dia takut tidak dapat menerima kenyataan jika ada benih yang sedang membesar di dalam perutnya.

“ Abang, tak perlulah bersusah payah ambil berat akan Kaira. In shaa Allah Kaira okey “

Kaira bangun dan bergegas lari ke rumah namun Firdaus sempat mengejarnya dan menghalangnya dari pergi. Kaira berhenti.

“ Abang nak apa sebenarnya ? “ marah Kaira.

“Abang nak bertanggung jawab ke atas Kaira ! “ kata Firdaus tegas.

"apa maksud abang? "

" abang nak kahwin dengan Kaira.." kata Firdaus lemah

“ Merepeklah ! “

“ Abang tak tipu, abang sayangkan Kaira “

" Kaira tahu abang kesiankan Kaira. Tapi janganlah sampai korbankan orang yang abang sayang"

" maksud kaira? "

Air mata Kaira hampir menitis. Dia berasa sangat gembira walaupun ada sedikit rasa sangsi di hati.

“ Kak Alia macam mana ?  Bukan ke dia bakal tunang abang ? “

“ Abang dah tak ada apa-apa dengan dia. Abang ikhlas dengan Kaira “ kata Firdaus cuba memujuk.

Kaira menunduk. Dia cuba mencubit lengannya. Harap-harap ini bukan mimpi.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience