Keluarga Hasya Nabilah membuat kenduri kesyukuran bagi menyambut kepulangan abang kesayangan Hasya Nabilah,Firdaus Azizi yang baru pulang dari London. Mereka menjemput semua penduduk kampung hadir. Datin Adra sibuk menyediakan lauk pauk dan makanan di dapur bersama beberapa orang penduduk kampung. Sebelum bermula,para lelaki dijemput ke ruang tamu rumah bagi mengadakan bacaan Yaasin beramai-ramai.
"Hasya!!!" jerit Datin Adra dari bawah.
"Mana budak ni. Orang ramai dah datang dia sibuk melaram dalam bilik" bebel Datin Adra.
Para wanita yang mendengar tertawa.
"Biasalah budak zaman sekarang ni Datin. Nak suruh ke dapur memang payah" celah Hajah Zaiton jiran sebelah.
"Memang payah nak minta tolong. Asyik membuta je "
Datin Adra menggeleng-gelengkan kepalanya sambil bercekak pinggang. Dari depan pintu rumah dia ternampak kelibat Kaira dan Ayra yang datang bersama.
"Tu geng dah datang Datin. Kejap lagi turunlah si Hasya tu" kata Puan Zarina pula.
Ayra dan Kaira terus ke dapur berjumpa dan bersalaman dengan Datin Adra.
"Mana mak Ayra ? " tegur Datin Adra.
"Sekejap lagi datanglah Datin" jawab Ayra berseloroh.
"Datin?" Datin Ayra mengetap bibirnya pura-pura marah.
"Lain kali panggil mak cik ataupun kakak je lah"kata Datin Adra bergurau.
Ayra dan Kaira tersengih. Mereka sendiri tidak tahu mahu panggil Datin Adra apa.
"Mana Hasya mak cik?" tanya Kaira. Dia sengaja menjaga hati Datin Adra.
"Hah kan macam tu bagus. Hasya tu dari tadi kat atas. Mak cik panggil tak turun-turun. Tidur agaknya. Cubalah kalian jengah sikit dia buat apa"
"Kami naik atas dululah mak cik" kata Ayra
"Hah naiklah. Lepas tu turun tolong mak cik di bawah ya? " balas Datin Adra.
"Beres" jawab Kaira dan Ayra serentak.
Mereka berdua terus bergegas baik ke atas dan menuju ke bilik Hasya. Mereka menngetuk pintu dahulu lalu memulas tombolnya.
"Hah!" sergah Ayra.
Hasya dilihat sedang mengemaskan bajunya di hadapan cermin. Kemudian dia mengambil gincu dan menyalitkannya sedikit di bibirnya.
"Lamanya kau bersiap. Mak kau dah membebel suruh tolong dia kat bawah tu" kata Ayra
"Biarlah. Kan ramai pembantu dia di dapur tu. Kalau aku turun tak ada benda nak buat."jelas Hasya. Sebenarnya dia malas dengar mak cik- mak cik kampung ni mengumpat.
"Kau macam tak tahu nanti macam-macam cerita aku dengar"kata Hasya lagi.
"Cerita apa?" tanya Kaira.
"Kau macam tak tahu makcik-makcik ni. Kuat mengumpat" balas Hasya sambil membuat muka.
"Biasalah orang tua Hasya. Tandanya tu mereka ambil berat dengan orang sekeliling" kata Kaira.
"Yalah" jawab Hasya pendek. Malas nak bertekak.
"Kau dah siap belum ni?" tanya Ayra.
"Belum. Kalau kau orang nak turun, turunlah dulu. Aku lepas habis bacaan yaasin baru aku turun kot " jawab Hasya.
"Kot? " Kaira mengelengkan kepalanya.
Ayra melompat ke atas katil empuk milik Hasya.
"Kita orang ikit kau lah. Kalau kau tak turun kami juga tak mahu turun"kata Ayra.
Kaiea turut mengikut Ayra melompat ke katil tapi dia duduk di bucu katil.
"Tak takut ke mak aku bebel" Mereka bertiga ini tergelak.
"Mak kau sayang kat kita orang. Dia bebel kat kau seorang je nanti" kata Kaira.
"Abang kau dah habis belajar lah ni?" soal Ayra mengubah topik perbualan.
" Ha ah" jawab Hasya.
"Mana? Tak nampak pun " kata Ayra.
" Dia ada kat bawah tadi kau orang sampai tak terserempak dengan dia ke?" soal Hasya sambil menjungkitkan keningnya sebelah.
“ Tak Nampak batang hidung pun “ jawab Kaira.
“ Kejap lagi bacaan yaasiiin adalah tu “
“ Aku dah tak ingat rupa abang kau macam mana “ kata Ayra.
“ Yalah dah lima tahun kot dia kat luar negara. Balik pun sesekali. Susah jumpa. Kenapa kau tanya banyak soalan pasal abang aku ni ? Rindu dia ke ? “
Wajah Ayra sudah kemerahan. Dia gagal menyembunyikan perasaannya.
“ Siapa yang tak suka abang kau tu dalam kampung ni. Anak mak cik Zaiton pun suka abang kau . Patutlah dia beria-ria tolong mak kau di dapur. Bakal besanlah katakan “ kata Ayra selamba.
Ayra sebenarnya juga ada hati dengan Firdaus namun dia lebih pandai menyorokkan perasaannya dibanding dengan budak-budak perempuan yang lain .
“ Anak mak cik Zaiton yang mana ? Bukan semua anak dia dah kahwin ke ? “ tanya Hasya.
“ Ala, yang tua dua tahun dari kita tu. Pendiam budaknya tapi satu kampung dah tahu dia suka abang kau “ kata Ayra.
“ Macam mana aku boleh tak tahu ni “ Hasya tergelak besar.
“ Mana aku tahu kau” kata Kaira memberanikan diri bersuara. Risau juga jika Hasya tahu tentang perasaannya juga.
Suara penduduk kampung yang hadir kedengaran dari bawah. Bacaan yaasin sudah bermula. Mereka mengambil keputusan berdiam di bilik Hasya . Mungkin setengah jam kemudiannya nanti bacaan yaasin akan berakhir.
“ Kau pakai cantik-cantik lepas tu pakai make up ni kenapa ? Nak jumpa denga sesiapa ke ? “ soal Ayra.
“ Saja je. Bukan selalu mak ayah aku buat kenduri. Pakailah cantik-cantik sikit. Kau berdua nak make up juga ke ? Sini aku pakaikan “ kata Hasya.
Ayra menolak namun Kaira tidak. Dia rela mukanya diconteng oleh Hasya demi dinampak cantik oleh Firdaus. Mana tahu ada rezeki dapat bertemu dengan Firdaus dibawah.
“ Memandangkan kau first customer aku. Aku bagi kau diskaun 50 perastus. Macam mana ? “ kata Hasya apabila dia mula melukis di muka Kaira.
“ Hah ? “ Kaira kelihatan lurus. Dia hampir mempercayai apa yang dikatakan Hasya.
“ Kau ingat free ke aku solek kau ? Tenaga aku ditambah dengan barang make up aku semuanya seratus “ kata Hasya.
Ayra sudah tergelak. Mujur dia tidak jatuh dalam perangkap Hasya. Sia-sia saja bersolek habis seratus. Wajah aslinya lagi cantik.
“ Eh. Aku tak bawa duit lah. Tak pe lah aku tak nak “ tolak Kaira.
Hasya menahan perutnya tergelak. Wajah lurus Kaira mencuit hatinya.
“ Aku gurau je lah. Aku tahu kau berdua bukannya suka solek-solek ni. “
“ Kau ni …. “ Kaira mengetap bibirnya menahan geram. Sempat pula si Hasya ni bergurau.
Setelah siap bersolek. Mereka menunggu hampIr 15 minit sebelum bacaan yaasiin tamat. Kemudian mereka turun ke bawah. Rumah keluarga Hasya yang seakan banglo mempunyai ruang tamu yang luas. Mujur tangga dekat dengan dapur. Tidaklah mereka terserempak dengan penduduk kampung.
“ Adik !!! “ Firdaus menjerit dari ruang tamu.
Dada Kaira sudah berdebar-debar. Mahu menoleh atau tidak. Malunya dia jika dia dilihat bersolek oleh Firdaus. Firdaus mendekati mereka bertiga.
“ Abang, kenapa ? “ soal Hasya.
“ Kenapa lambat turun. Kan boleh yaasin bersama tadi “ kata Firdaus.
“ Adik uzur lah bang” balas Hasya.
“ Tiga -tiga ni uzur sekali ? “ soal Firdaus.
Muka Kaira sudah merah padam. Dia tidak tahu sama ada Firdaus ingat akan dia atau tidak. Ayra sudah tergelak mendengar pertanyaan Firdaus. Dia memang uzur. Baru dua hari.
“ Kebetulan sama “ Hasya menipu.
“ Kenalkan bang. Ni Ayra dan Kaira “ kata Kasya.
“ Abang kenal dua orang ni. “ balas Firdaus
“ Saja . Mana tahu abang tak ingat “
“ Hah baru turun anak dara tiga orang ni “ kata Datin Adra yang muncul dari dapur .
Ayra dan Kaira sudah tersengih-sengih. Mereka meninggalkan Hasya dan mengikut Datin Adra ke dapur. Datin Adra memita mereka menghidangkan minuman untuk tetamu bersama sepupu Hasya yang lain. Setelah itu mereka dijemput makan. Hasya mendapatkan mereka setelah perbualannya dengan Firdaus tamat.
“ Kau berbual apa je dengan abang kau ? “ soal Ayra.
“ Dia kata ada kawan dia nak datang nak suruh aku berbual dengan mereka nanti “ jelas Ayra.
“ Lelaki ke perempuan ? “ soal Kaira.
“ Amboi banyaknya kau nak tahu “ kata Hasya. Kaira tersengih.
“ Kalau lelaki mana tahu dapat jumpa jodoh “
Hasya gelak.
“ Weh, SPM pun belum habis kau dah gatal nak bercinta “ kata Hasya.
“ Kami nak berkawan juga . Saja je “ kata Ayra membela Kaira.
“ Nanti mereka dah datang kau ikutlah aku. Kejap lagilah agaknya mereka sampai “
“ Orang mana ? “ soal Ayra.
“ Abang aku kata mereka datang dari Sarawak. Orang Malaysia lah “ jawab Hasya. Ayra tergelak kecil.
Makanan yang ada di mulut Kaira hampir tersembur. Kemudian dia meneguk segela air dan menahan ketawa bersama Ayra.
“ Tu lah. Makan sambal bercakap memang mecam ni lah jadinya “ bebel Hasya.
Dia tidak faham apa yang kelakar sangat dengan kata-katanya hingga Ayra dan Kaira gelak tak henti-henti. Ada-ada saja lah mereka berdua ni.
Kaira termenung jauh. Dia tidak sedar kelas matematik tambahan sudah berakhir. Cikgu Ibrahim memberikan kerja sekolah yang banyak. Dia memandang Hasya yang duduk di hadapan. Hasya sedang berborak dengan Lilian bertanyakan tentang latihan matematik tambahan. Kaira hampir tidak bersemangat. Jiwanya seakan melayang teringat pertemuannya dengan insan istimewa bagi Firdaus dua hari yang lepas.
“ Adik you ni Fir ? “ tanya wanita itu.
Kulitnya sangat cerah dan wajahnya seakan-akan ada kacukan dengan orang filipina. Matanya pula tidak besar atau terlalu kecil. Badannya langsing. Senyumannya menceriakan sesiapa yang ada disampingnya. Dibanding dengan Kaira yang kurus kering dan hanya gadis kampung. Kecantikan wanita itu tiada bandingannya.
“ Ni kawan abang dari Sarawak ke ? “ soal Hasya.
“ Perkenalkan. Ni lah kawan abang a.k.a bakal tunang abang “ jelas Firdaus.
“ I Alia. Kawan Firdaus “ Alia menghulurkan tangannya pada Hasya.
Ayra dan Kaira yang berada di situ turut menyambutnya.
“ Abang tak pernah cakap pun dah ada calon ? “ Hasya agak terkejut.
Dia tahu abangnya ramai peminat dan tidak pernah bercinta. Tidak tahu pula selama ini abangnya diam-diam bercinta dengan kawan sekuliahnya.
“ Surprise tak ? “ soal Firdaus bergurau.
“ Mestilah. Baru nak carikan abang calon isteri. Kesian Kaira dan Ayra. Mereka dua ni mesti kecewa “ kata Hasya yang juga bergurau.
Ayra mencebik. Namun riak wajah Kaira nampak jelas kecewa. Dia cuba tersenyum.
“ Ini siapa ? “ soal Alia.
Ayra mencelah.
“ Saya Ayra dan ini Kaira calon isteri abang Fir yang tak jadi calon “ sempat Ayra mengenakan Kaira.
Kaira menyiku Ayra. “ Merepeklah kau ni “ dia berkata dengan nada yang sangat perlahan.
Hasya tergelak.
“ Untunglah kak Alia dapat abang Fir. Dia ramai peminat tapi setia dengan akak je “ kata Hasya.
Alia tersipu-sipu malu. Kaira berasa tidak selesa. Dia mahu beredar dari situ.
“ Macam mana akak dengan abang Fir boleh jatuh cinta ? “ soal Ayra menyibuk.
Alia tersenyum. Kaira menarik lengan baju Ayra.
“ Minta maaflah kak. Ayra ni sibuk je. Dah lewat malam ni. Kami balik dulu lah “ ujar Kaira.
“ Eh, dah makan ke ? Cepatnya balik “ kata Firdaus.
“ Ha ah. Lepaklah dulu “ kata Hasya.
“ Mak tiri aku tak bagi balik lewat sangat. Dah makan tadi . Minta diri dulu “ Kaira memberi alasan yang nampak munasabah.
Mereka terus bersalaman dan meninggalkan ruang tamu rumah keluarga Hasya.
“ Kau kenapa ? Aku baru nak borak-borak dengan bakal kakak ipar Hasya “ kata Ayra.
Kaira berdehem. Dia memandang keliling. Risau perbualan mereka di dengari oleh orang lain.
“ Tak ada apalah. Aku penat. Memang mak tiri aku suruh balik awal . Tak elok anak dara balik lewat “ kata Kaira.
“ Yalah. “ Ayra mengalah. Mereka berdua pulang ke rumah. Hati Kaira seakan diremuk-remuk. Hancur lumat. Dia tidur pada malam itu dalam keadaan hatinya yang terluka.
“ Kaira !”
“Kaira !”
Bahu Kaira disentuh. Kaira terjaga dari lamunannya.
“ Kenapa ? “ soal Kaira.
“ Aku panggil kau tak dengar. Kau tidur ke ? “ soal Ayra
“ Eh taklah. Kenapa ni ? “
“ Kau dah siap ke latihan add math ? “ soal Ayra.
“ Belum. Kau nak tengok ke ? “
“ Ha ah lah kalau kau dah siap “ balas Ayra.
“ Aku buat di rumah nanti “ ujar Kaira.
“ Hah ? Weh, cikgu Ibrahim minta hantar petang ni lah “
“ Astaghfirullah..” Kaira meraup mukanya. Ayra sudah berdekah. Pasti Kaira berangan sewaktu cikgu Ibrahim mengajar di depan tadi.
“ Jomlah buat sama-sama “ pinta Kaira. Dia sendiri malu dengan teman baiknya Ayra.
“ Kau ok ke ni ? Tak sihat ? “ soal Ayra.
Kaira tersenyum hambar. Dia mahu sangat meluahkan isi hatinya dan beritahu tentang apa yang dirasakannya pada Ayra. Namun dia bimbang jika Ayra memberitahu Hasya. Kaira tidak mahu jika apa yang dirasakannya kini membuat persahabatan mereka renggang.
“ Tak ada apa lah Ayra. Aku ok je. Nanti habis sekolah kita buat add math di library ok? Ajak Hasya sekali kalau dia nak lah “ kata Kaira.
“ Ok tapi Hasya macam tengah buat je. Kita boleh tiru dia kalau dia dah siap nanti “
Mereka tergelak.
“ Bebel mak cik tu nanti weh “ kata Kaira.
Petangnya selepas habis kelas mereka pergi ke perpustakaan. Ramai rakan sekelas yang menyertai mereka. SPM tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Hasya yang sudah hampir siap mengetuai mereka. Dia meminta mereka yang mahu berguru dengannya duduk di dalam kumpulan.
Hasya sememangnya antara pelajar yang dijangka akan mendapat semua A dalam SPM. Kebijaksaannya terserlah apabila dia selalu medapat markah tertinggi setiap kali ujian. Hasya yang selalu membantu rakan yang lebih lemah menjadi penyebab mengapa Ayra dan Kaira selesa berkawan dengannya. Hasya bukan sahaja bijak tetapi dia juga cantik dalaman dan luaran.
“ Kau tanya Lilian ke yang tak dapat jawab “ soal Ayra.
“ Ha ah. Mujur Lilian ada. Dapatlah juga aku jawab semua soalan “ jawab Hasya merendah diri. Walhal dia yang banyak mengajar Lilian.
“ Macam mana? Kau nak aku ajar part mana? “ soal Hasya.
Ayra dan Kaira menunjukkan soalan yang mereka tidak berapa pandai buat. Kemudian Hasya mengajar mereka satu per satu hingga dapat jawapan. Mereka sangat bersyukur dapat berjumpa dengan orang seperti Hasya. Bagi mereka Hasya kawan yang sempurna. Kaira dilihat susah untuk fokus. Fikirannya asyik melayang teringatkan Firdaus. Salahkah dia terlalu mengharap pada Firdaus? Dia tidak bertanya banyak soalan.
“ Kaira kau ok ke ni ? Macam ada masalah je aku tengok ? “ soal Hasya.
Kaira tersenyum pahit. Dia cuba memendam perasaannya. Namun dia tidak dapat menahan air mata yang hampir mengalir. Setiap kali dia melihat Hasya pasti dia terbayang Firdaus. Layakkah dia patah hati hanya gara-gara cintanya bertepuk sebelah tangan. Apabila dia teringat mereka belum lagi habis belajar cepat-cepat dia beristighfar. Bimbang syaitan akan merosakkan pemikirannya. Namun di sisi yang lain dia amat membenci pada Hasya yang mengambil berat tentangnya.
Kaira mengelap sedikit air matanya.
“ Kau kenapa? Cuba cerita pada aku “ ujar Hasya.
“ Mood dia tengah tak stabil tu. Biasalah datang bulan “ kata Ayra menyampuk.
Kaira lega kerana Ayra membantu menyembunyikan perasaannya. Dia meminta diri ke tandas.
“ Kejaplah. Kau ajar orang lain dulu aku nak ke tandas “ ujar Kaira.
Dia cuba melawan perasaannya dan menguatkan dirinya. Bangkitlah Kaira !
Hasya mengajar teman-teman yang lain. Namun mereka yang belajar dengan Hasya lebih berminat dengan Firdaus. Banyak yang mereka tanya kepada Hasya tentang Firdaus. Hasya tahu abangnya menjadi contoh kepada mereka yang mahu melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Ayra duduk di meja sebelah. Dia tidak mahu fikirannya terganggu dengan perkara lain selain pelajaran. Dia cuba fokus namun perasaan Kaira sedikit sebanyak mengganggunya. Patutkah dia menasihati Kaira agar melupakan Firdaus.
Ayra menjawab latihan add math seperti yang di ajar oleh Hasya. Dari jauh dia melihat kelibat seorang pelajar lelaki berjalan ke arahnya. Dia macam pernah nampak lelaki itu. Namun tidak ingat.
“ Boleh saya duduk sini ? “ tanya Wasiq
Ayra teragak-agak memberikan jawapan.
“ Boleh ..”
Ayra memandang Hasya yang fokus mengajar di meja sebelah. Menyesal dia membenarkan Wasiq mengambil tempat Hasya. Bebel pula perempuan tu nanti.
“ Add math ? “ soal Wasiq.
“ Hah ? ha.. ah “
Wajah Ayra kemerahan. Malu pula budak kelas lain bertegur dengannya.
“ Saya Wasiq budak baru. Tinggal di kampung Hilir. Baru pindah sini “ Wasiq perkenalkan dirinya.
“ Ayra. Oh.. kau lah budak yang aku jumpa di kedai Pak Mail semalam tapi tak nampak kau pun di kelas tadi “ kata Ayra membahasakan dirinya aku.
“ Aku masuk kelas Mutiara “ Wasiq mula membahaskan dirinya ‘aku’.
“ Oh..err sorry. Aku tak biasa berlembut dengan lelaki. Kau aku je lah tak apa kan ? “ Ayra cuba mengawal keadaan. Dia hanya menjaga hatinya.
“Eh tak apa lah. Boleh ajar aku add math ? “ tanya Wasiq.
Hasya mendekati mereka.
“ Mana Kaira? Lamanya dia ke tandas ? “ tanya Hasya.
“ Ala.. tengah period kan ? Dia tengah tukar lah “ jawab Ayra. Tukar maksud Ayra ialah tukar tuala wanita.
“ Ni Wasiq. Dia baru masuk sekolah ni. Jiran baru kita “ ujar Ayra.
“ Hasya “ Hasya memberikan sebuah senyuman. Dia menghulur tangan tanda perkenalan.
Wasiq memandangnya tidak berkedip.
“ Eh, maaf “ Wasiq menunduk lalu tersengih.
“ Best tak sekolah baru ni ? “ tanya Hasya mesra cuba menghilangkan keadaan yang sunyi.
“ Alhamdulillah. Ok je “ ujar Wasiq.
“ Kalau kau nak tanya add math. Kau tanya Hasya. Dia memang legend. Dalam sekolah ni dia memang jadi rujukan semua orang “ kata Ayra.
“ Suka hati kau je. Mana ada “ kata Hasya.
“ Oh.. “ balas Wasiq.
Kaira menyertai mereka dan duduk di sebelah Ayra.
“ Kau dah ok ke ? “ soal Hasya.
“ Eh, ok je “ jawab Kaira.
Share this novel