Bab 13

Romance Series 4241

Hari ini hari minggu cuti. Kaira seperti biasa akan sibuk dari pagi hingga ke petang. Dia mengemas seluruh rumah dan membasuh baju-baju kotor yang sudah berbau beberapa hari terperap di dalam bakul.  Sudah tengah hari Azura masih membuta.  Pada Kaira biarlah perempuan itu tidur. Kaira lebih bebas dan boleh membuat apa sahaja yang dia suka.

Setelah selesai melakukan kerja-kerja rumah. Kaira keluar dan mahu membeli barang-barang dapur yang sudah habis di kedai runcit. Dia ada juga mengajak Ayra dan Hasya melepak di warung Pak Mail. Namun mereka enggan.  Bosan juga kawan dengan orang pandai. Bila waktu peperiksaan menjelma dia akan rasa keseorangan. Masing-masing sibuk menghadap buku.

Sebelum pulang Kaira singgah ke warung Pak Mail selepas membeli barang dapur.

“ Mana dua orang lagi ? “ tanya Pak Mail. Orang tua itu sudah kenal akan Kaira, Ayra dan Hasya.

Mereka bertiga selalu ke mana-mana. Orang kampung sudah menganggap mereka kembar. Tidak kira waktu sekolah atau cuti pasti mereka kelihatan bersama-sama.

“ Ada di rumah Pak Mail. Tak nak keluar .Belajar exam nak dekat “ balas Kaira.

“ Baguslah. Belajar rajin-rajin nanti dah besar kerja bagus-bagus “ kata Pak Mail.

Kaira tersenyum mendengar kata-kata orang tua itu.  Dia mahu memesan minuman namun dia terpandangkan seseorang yang dikenalinya. Wasiq melambai-lambai ke arahnya. Kaira terasa mahu pengsan. Benarkah jejaka paling hensem di sekolah sedang melambainya atau dia sedang bermimpi sekarang ini. Kaira mencubit tangannya dengan kuat.

“ Ouch ! “

“ Kenapa nak ? “ soal Pak Mail. Dia sedang mengangkat cawan yang telah digunakan dan mengelap-ngelap meja yang kotor.

“ Eh tak ada apa-apa Pak Mail. Macam biasa Pak Mail. Teh tarik satu tapi kali ni bungkus “ kata Kaira .

Dia berjalan mendekati Wasiq yang sedang makan bersama Encik Zamani ayah kepada Wasiq. Dia agak segan mulanya tetapi Wasiq yang memanggilnya. Nanti dia dicop sombong pula jika tidak menegur Wasiq.

“ Hei Wasiq. “ sapa Kaira.

Wasiq meminta Kaira menyertai mereka.

“ Pa, ni Kaira kawan sekolah Wasiq “ kata Wasiq. Encik Zamani memandang Kaira.

“ Oh inilah kawan Wasiq yang Wasiq ceritakan tu. Selalu teman Wasiq ke sekolah ye ? “ kata Encik Zamani.

Kaira segan. Bapa Wasiq kelihatan seperti orang terhormat. Dia memerhatikan pakaian formal yang digunakan oleh Encik Zamani.  Berbaju kemeja biru tua dan bertali leher.  Seluarnya pula panjang berwarna hitam dan dia juga memakai kasut bertutup berwarna hitam.

“ Duduklah “ Encik Zamani menjemput Kaira duduk bersama mereka.

“ Erm maafkan saya pak cik. Saya kena balik cepat “ kata Kaira.

Kebetulan air teh tarik yang dipesan Kaira sudah siap. Kaira dapat menarik nafas lega. Jika tidak mati kutu dia jika perlu duduk bersama Wasiq. Mereka bukannya rapat pun. Dan lagi satu Kaira mahu beritahu Encik Zamani bahawa orang yang selalu teman Wasiq ke sekolah bukannya dia tetapi Hasya. Namun dia pendamkan begitu sahaja.

” Sibuk sangat ke ? Marilah duduk pak cik belanja “ kata Encik Zamani.

Kaira tersenyum. Dia kagum dengan keramahan ayah Wasiq. Wasiq  pasti baik seperti bapanya juga . Tumpah ke mana kuah jika tidak ke nasi. 

“ Saya ada sikit kerja di rumah yang belum selesai. In shaa Allah bila-bila nanti pak cik boleh belanja saya “ balas Kaira.

Kaira meminta diri pulang. Wasiq melambainya kali kedua.

“ Janji kan ? Nanti bila-bila ayah aku belanja kau ye ? “ kata Wasiq sambil tersenyum.

Hampir gugur jantung Kaira melihat senyuman yang diberikan Wasiq. Oh Wasiq. Kenapalah kau kacak sangat ? Dibandingkan dengan abang Firdaus. Kau memang lagi kacak. Tetapi aku hanya cintakan abang Firdaus seorang sahaja.

Kaira menghidupkan motornya dan membalas lambaian Wasiq. Kemudian dia bergerak setelah mendapat teh tariknya dari Pak Mail.

“ Terima kasih Pak Mail “ ucap Kaira.

“ Hati-hati bawa motor tu “ kata Pak Mail.

Jarak rumah Kaira dan warung Pak Mail tidak jauh. Hanya lima minit sahaja Kaira boleh tiba di rumah. Namun dia memperlahankan motornya apabila melihat beberapa orang lelaki di hadapan rumahnya sedang menbentak-bentak Azura. Mereka seperti pernah dilihat. Mereka adalah lelaki yang sama berkunjung ke rumahnya tempoh hari. Kaira cuba bersembunyi dan mahu berpatah balik namun dia berasa sangat marah apabila melihat Azura ditampar dan dipukul oleh salah seorang dari mereka.

Walaupun mak tirinya banyak menyusahkannya tetapi Kaira menyimpan sedikit perasaan kasih terhadap Azura. Dia sudah menganggap Azura ialah mak kedua  yang ditakdirkan untuknya. Dia tidak sampai hati melihat Azura diperlakukan begitu. Lorong masuk ke kawasan rumahnya sangat sunyi. Jarang orang lalu lalang. Kaira mahu meminta bantuan tetapi dia bimbang jika Azura dibawa pergi sekelip mata.  Entah dari mana keberanian datang. Kaira  memarkir motor yang ditunggangnya di tepi jalan dan segera berjalan ke arah mereka.

“ Bos, anak tiri dia datang .” bisik seorang lelaki yang berjaket biru kepada lelaki yang sedang menyeksa Azura.

Azura meronta-ronta minta dilepaskan. Rambutnya ditarik kuat.  Rasa sakit yang dia rasakan membuatkan Azura menjerit sekuat hati. Kemudian mulut Azura ditutup. Raksaka mengacu pisau ke perut Azura.

“Kalau kau jerit lagi aku tikam kau di perut ni.  Aku dah suruh kau bayar semua kan ? Tapi kau bayar separuh “ kata Raksaka separuh berbisik. Dia memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans lusuh. 

“ Ha..bis tu kau nak a..ku bu..at a..pa ? A..ku dah ba..yar se..mua “kata Azura tergagap-gagap. Dia berasa ngeri apabila memikirkan pisau yang diacukan kepadanya akan ditusuk ke perutnya.  Melihat Kaira yang berlari mendekati mereka. Raksaka memberi arahan kepada Manap dan menyerahkan Azura kepadanya.

“ Hai nampaknya kita dapat barang percuma “ kata Raksaka kuat. Kemudian dia ketawa memandang Kaira.

“ Apa yang kau orang buat di rumah aku ? Lepaskan Azura “ marah Kaira.

“ Tolong akak Kaira “ rintih Azura. Kepalanya semakin sakit. Rambutya semakin kuat ditarik. Perutnya diacu pisau.

“ Lepaskan mak tiri aku ! Kalau tak aku panggil polis “ gertak Kaira.

Raksaka dan kuncu-kuncunya semakin galak ketawa.

“ Kau tahu tak mak tiri kau ni dah pinjam duit aku dua ribu. Dia kata nak pulangkan semuanya hari ini tapi apa aku dapat ? 500 je “ kata Raksaka sambil memandang Kaira dengan tajam.

Kaira memandang Azura. Kenapa Azura sanggup meminjam duit dari orang begini ? Tidak cukupkah apa yang diberi oleh ayahnya sampai Azura berhutang dengan lintah darat ?

“ Dia tipu Kaira. Akak pinjam lapan ratus je “. Azura tidak mahu Kaira menyalahkannya seratus peratus. Dia tidak salah. Semua hutangnya berjumlah lapan ratus itu telah diberikan pada Raksaka.

“ Yang dua ribu tu bunga sebab kau bayar lambat ! “ kata Raksaka menengking.

Kiara cuba memikirkan cara bagaimana dia dapat menolong Azura.  Duitnya ada lagi lima ratus pada Ayra. Tapi bagaimana dengan baki lagi seribu setengah ? Dari mana dia mampu mendapatkan duit sebanyak itu ?

“ Kenapa ? Kau nak tolong mak tiri kau yang jahat ni ke ? Atau kau bagi badan kau pada kita orang ? Hutang selesai “ kata Raksaka ketawa jahat. Dia mahu bermain-main dengan Kaira. Gadis ini  telah diidamkannya sejak beberapa hari yang lalu dan akan menjadi habuannya sebentar lagi.

“ Kau jangan apa-apa kan dia. Ambil aku je ! “ jerit Azura. Namun suaranya hampir tidak kedengaran.

“ Angkat dia ! “ arah Raksaka.  Manap melepaskan Azura. Dia menolak Azura hingga terjatuh. Azura cuba menjerit namun dia juga dibawa pergi setelah Raksaka mengarahkan kuncu-kuncunya menculik Azura dan Kaira.

Mereka dibawa masuk ke dalam sebuah van.  Kaira dan Azura cuba menjerit namun mulut mereka ditutup dengan plaster yang sangat kuat dan tebal. Tangan mereka diikat ketat ke belakang dengan tali  tambang. Kaira cuba melawan namun dia terpaksa mengikut arahan mereka apabila diacu pisau.

“ Sabar ya sayang. Sekejap lagi kita sampai “ kata Raksaka sambil menyentuh wajah Kaira. Kaira memalingkan wajahnya. Lelaki tak guna. Ambil kesempatan kepada manusia yang lemah.

Tiba di sebuah rumah kosong Azura dan Kaira dipaksa masuk ke dalam.  Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati di situ ada beberapa orang gadis yang diikat dan ditutup mulutnya seperti mereka. Kaira syak mereka semua ini diculik untuk dijual dan dijadikan pelacur.

“ Welcome to the home. Kau orang mesti suka duduk di sini “ Raksaka menyeringai.  Dia mengarahkan Kaira di bawa masuk ke dalam bilik.

“ Lepaskan dia ! “ jerit Azura. Dia berlari mendapatkan Kaira yang diangkat masuk ke bilik namun tak sengaja dia terlanggar sesuatu dan terjatuh. Azura tidak sedarkan diri.

Di dalam bilik, Kaira meronta-ronta minta dilepaskan. Dia cuba menendang Raksaka yang mendekatinya berkali-kali. 

“ Kau tak akan boleh lepas “ kata Raksaka.

Apabila dia dapat memegang kepala Kaira, pipi Kaira ditampar beberapa kali. Kaira cuba menghantuk kepalanya ke dada Raksaka. Raksaka yang geram menarik plaster dimulutnya dengan kuat. Kaira menjerit kesakitan. Bibirnya pedih mungkin hampir berdarah.

“ Tolong lepaskan aku. Aku janji aku akan bayar semua hutang Azura “ rayu Kaira.

“ Kau ingat aku percaya. Lagipun aku nak berseronok dengan kau “ kata Raksaka.

Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Kaira. Kaira yang menyampah dan membenci perbuatan Raksaka meludah lelaki itu.

“ Hoi..kau main kasar ya ? “ Raksaka mengelap air liur yang terlekat di mukanya.  Kemudian dia cuba membuka seluar Kaira.

“ Jantan tak guna ! “ Kaira menendang tubuh Raksaka sekuat hati. Lelaki itu jatuh ke belakang.

Pintu di ketuk dari luar.  Manap memberi segelas air syaitan kepada Raksaka dan membantunya berdiri.

“ Kau tak akan terlepas. Tubuh kau akan aku ratah sepuasnya “ kata Raksaka lalu dia ketawa dengan kuat.

“ Hah minum ni “

Manap memegang tubuh Kaira agar dia tidak bergerak. Raksaka mendekatkan gelas itu pada bibir Kaira. Ya Allah selamatkan aku. Ampunkan dosa dosaku ya Allah. Kaira cuba melawan tetapi tubuhnya lebih lemah jika dibanding dengan kekuatan dua lelaki ini. Dia tidak mampu melawan. Badannya terasa lain selepas dipaksa meneguk air kencing syaitan itu.  Dia tidak percaya yang dia akan minum air yang diharamkan memasuki tubuh orang Islam.Ya Allah. Kaira mengucap kalimat itu berkali-kali.  Dia berharap apa yang berlaku ini hanya mimpi. Walau mungkin hidupnya hanya setakat ini.

 Ayah !

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience