bab 18

Romance Series 4241

 

 

 

 

 

 

 

 Ayra mengemas mejanya. Buku latihan matematik tambahan yang dipinjam daripada Angel dipulangkan.

“ Nah, thank you angel. You memang brilliant lah “ puji Ayra.

Angel tersengih-sengih.

“ Tapi aku tak boleh kalahkan Hasya. Dia bijak lagi cantik.” kata Angel sambil matanya melirik pada Hasya.

Hasya menoleh kemudian dia tergelak. Ada-ada saja si Angel ni.

“ Thank you Angel temankan aku handle kelas. Kalau kau tak ada aku tak tahu nak gantikan dengan siapa tempat Wasiq ni “ kata Hasya.

“Tak apa lah Hasya. No hal punya “ balas Angel.

“Weh Hasya, cepatlah dah petang ni. Nanti lambat pula nak pergi menjenguk” kata Ayra. Dia mengemas-ngemaskan baju sekolahnya yang renyuk.

“ Nak jenguk siapa ? Wasiq ke ? “soal Angel. Ayra dan Hasya ketawa kecil.

“ Jenguk Wasiq ? Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan” kata Hasya

“ Bukanlah Angel, kami bukan nak jenguk Wasiq “jawab Ayra.

“ Kami pergi dulu ya Angel. Bye. Jumpa Isnin nanti “ ucap Hasya.

Angel melambaikan tangannya kemudian dia menggelengkan kepalanya apabila Hasya dan Ayra sudah jauh dari pandangan.

“ Apalah dua orang itu suka berahsia “

 

“ Assalamualaikum !” Ayra dan Hasya sudah berada di hadapan pintu rumah Kaira.

“ Waalaikumussalam. Hasya, Ayra marilah masuk “

Mak Cik Hani sudah kenal akan Hasya dan Ayra. Mereka berdua kawan yang paling kerap menjenguk Kaira. Mereka membuka kasut sekolah dan masuk ke dalam.

“ Kamu duduklah dulu. Sekejap mak cik buatkan air “

“ Eh, tak perlu susah-susah mak cik. Kami nak tengok Kaira je “ kata Hasya.

Mak Cik Hani tersenyum mendengar kata-kata Hasya.

“ Sebenarnya Kaira tak ada di rumah” kata Mak Cik Hani.

“ Oh, ke mana dia? “ tanya Ayra.

“ Dia keluar dengan seorang budak ni. Siapa namanya ya ? Hah Firdaus tak silap mak cik. Budak tu selalu juga datang tengok Kaira sejak akhir-akhir ni “jawab Mak Cik Hani.

Hasya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“ Oh, patutlah kami rasa dia macam berahsia sahaja. Rupanya dah ada pakwe “ kata Hasya.

Ayra mahu gelak namun ditahan.

“ Firdaus tu abang Hasya cik. “ kata Ayra berterus terang.

“ Lah ye ke ? Patutlah kacak orangnya. Adiknya juga cantik “puji Mak Cik Hani.

Ayra menutup mulutnya menahan diri dari ketawa besar. Hakikatnya begitu. Jika dia ke mana-mana dengan Hasya. Pasti semua akan memuji Hasya cantik. Mana tidaknya, mata besar milik Hasya berserta bulu matanya yang panjang dan lentik pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak lekang dari menatap wajahnya.

“ Hasya ni ramai peminat macam abangnya juga Firdaus “ ujar Ayra.

Mak Cik Hani tersenyum.

“ Syukurlah kalau macam tu. Tak ada lah mak cik nak risau sangat. Kaira keluar dengan abang Hasya rupanya “

“ Kalau macam tu kami minta diri dulu Cik “ kata Ayra.

Mereka bersalaman dan berjalan pulang ke rumah. Hasya membebel sepanjang perjalanan.

“ Patutlah abang Firdaus pun macam berahsia je dengan aku. Diam-diam ubi berisi rupanya. Tapi kalau betul lah Kaira dengan abang Firdaus ada apa-apa hubungan, macam mana pula dengan kak Alia? “

“ Ala, kau tengok je lah nanti. Kalau abang Firdaus dengan Kaira ada apa-apa hubungan apa salahnya. Kak Alia tu bakal tunang bukan tunang. Tapi tak baik juga ambil bakal tunang orang lain. Macam mana kalau abang kau dan kak Alia dah tak ada apa-apa hubungan ? Kaira boleh jadi kakak ipar kau lah kan “

Hasya diam. Betul apa yang dikatakan Ayra. Dia tahu Kaira sudah memendam perasaannya terhadap Firdaus selama bertahun-tahun. Tidak mustahil abang Firdaus dan Kaira bercinta sekarang ni. Namun Hasya berasa sangsi. Adakah benar mereka bercinta atau abang Firdaus hanya mengambil berat tentang Kaira .

Tiba di rumah Hasya terus mandi dan bersiap. Kemudian dia ke bawah menonton televisyen. Datin Adra dan Datuk Zainal ada temu janji selepas maghrib nanti.

“ Hati-hati ya Hasya. Abang kamu dalam perjalanan pulang” kata Datin Adra sebelum keluar.

“Baiklah mak “ balas Hasya.

 Jika ikut jadual, waktu petang selepas pulang dari sekolah dia akan berehat di dalam bilik. Hasya jarang makan malam namun dia akan turun sebentar selepas isyak. Bila waktu peperiksaan bakal menjelma, dia amat fokus pada pelajarannya dan hanya akan menegur keluarganyan jika terserempak. Jika tidak dia rela berkurung di dalam bilik hingga waktu peperiksaan berakhir.

Hari ini lain ceritanya. Dia tidak sabar menunggu abang Firdaus pulang. Banyak benda yang mahu ditanya. Dia menaip sesuatu dan menghantarnya pada Kaira.

Amboi. Seronok ke keluar ? Diam-diam kau keluar dengan abang Firdaus ya ?

Hasya gelak keseorangan dan membaca apa yang dihantarnya itu berulang kali.

Setengah jam berlalu. Mesejnya belum dibalas Kaira. Dia cuba menghubungi Firdaus namun tidak diangkat. Hasya berasa mengantuk. Dia menutup mulutnya ketika menguap. Mana dua orang ni tak balik lagi. Dah nak malam ni. Pergi manalah. Bebel Hasya dalam hati.

Hasya gagahkan dirinya ke atas solat maghrib sebentar. Kemudian dia turun semula. Deruman kereta Firdaus yang berbunyi kuat kedengarannya sudah berada dalam perkarangan rumah. Hasya tersenyum nakal. Dia bersembunyi di belakang pintu. Pintu rumah yang sengaja dikunci Hasya sedang dibuka oleh Firdaus dari luar. Hasya sudah bersedia dengan telekungmya yang dipakai tadi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience