Bab 20

Romance Series 4241

Hari ini peperiksaan SPM akan diadakan. Para pelajar sibuk mengulang kaji buat kali teakhir. Hasya berasa matanya bengkak. Dia tidak tahu matanya bengkak kerana kurang tidur atau bengkak kerana asyik menangis teringatakan arwah Datin Adra dan Datuk Zainal.

“Ehem.. “ Firdaus berdehem.

Dia cuba mencari topik untuk berbual dengan Hasya. Hampir berminggu-minggu mereka tidak berborak. Hasya tidak mahu bercakap dan akan mengelak daripadanya jika berselisih. Firdaus buntu. Dia ada berfikir mahu membawa Hasya berjumpa doktor namun bimbang ianya akan mengganggu Hasya yang mahu belajar. Harap-harap ini hanyalah perasaannya sahaja yang berfikir Hasya ada gejala kemurungan.

“ Hasya ..” akhirnya hari ini Hasya tidak mengelak darinya dan makan sarapan bersamanya.

Hasya khusyuk makan nasi goreng yang dibuat oleh bibik Indah. Bibik Indah baru diupah menjadi pembantu rumah oleh Firdaus sejak dua minggu yang lalu. Firdaus sibuk menguruskan syarikat arwah papanya dan tiada masa mengemas rumah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengupah seorang pembantu rumah.

            Hasya tidak menyahut. Dia seakan-akan merajuk dengan orang-orang disekeliling. Dia juga menyuruh Ayra ke sekolah tanpa menunggunya.

            “ Hasya ..” panggil Firdaus sekali lagi. Kali ini lebih lembut.

            Hasya tidak menyahut juga. Kemudian dia bangun dan meninggalkan Firdaus sedirian di meja makan setelah habis makan. Dia mengambil begnya dan terus memakai kasut sekolah dan pergi.

            “ Bibik “ panggil Firdaus.

            Bibik Indah yang sedang mengemas dapur segera menghadap Firdaus.

            “ Ada apa tuan Firdaus ? “ soal bibik.

            “ Maaf mengganggu bik. Macam ni. Hasya ada tegur atau berbual dengan bibik ? “ soal Firdaus.

            Bibik Indah menggeleng.

“ Tidak ada tuan, dengar suaranya juga tidak pernah “ jujur bibik.

Bibik juga bingung. Dari hari pertama dia masuk kerja, Hasya tidak pernah memandangnya apatah lagi berbual dengannya. Bila dia memanggil makan Hasya juga tidak pernah menyahut. Dia ibarat halimunan di rumah ini bagi Hasya.

“ Sabarlah bik, nanti lama-lama dia tegur lah “pujuk Firdaus.

Bibik mengangguk dan menyambung kerjanya semula. Firdaus mengelap mulutnya dan bangun membantu bibik mengemas meja. Kemudian dia bersedia pergi ke kerja.

 

“ Assalamualaikum tuan “ ucap beberapa orang pekerja yang terserempak dengan Firdaus ketika tiba di pejabat.

“ Waalaikumussalam “ balas Firdaus sambil melemparkan senyuman.

Firdaus meletak begnya sejurus masuk ke dalam bilik pejabat. Encik Irsyad selaku setiausahanya mengetuk pintu setelah terlihat Firdaus yang baru sampai. Encik Irsyad masuk setelah pintu bilik dibuka.

“ Ada apa-apa hari ini ? “ soal Firdaus.

“ Tuan, hari ni Datuk Mikhail ingin mengadakan mesyuarat dengan semua ketua department “ jelas Encik Irsyad.

Dia sudah lama bekerja di sini lebih lima tahun dan dia juga lebih lima tahun lagi tua dari Firdaus.

“ Baiklah terima kasih. Nanti awak bincang dengan mereka pukul berapa mesyuarat tu dan inform pada saya ya “ kata Firdaus.

“ Baik, tuan “ balas Encik Irsyad.

Sebaik sahaja Encik Irsyad keluar telefon bimbit Firdaus berdering. Nombor telefon mak long nya tertera di skrin.

“ Assalamualaikum, mak long “ ujar Firdaus.

Pelik juga Firdaus tak pernah mak long nya mahu telefonnya pada awal pagi begini.

“ Waalaikumussalam, apa khabar Firdaus ? Kamu dan Hasya okey ? Sihat ? Mak long call Hasya dari hari tu tak pernah di angtkat. Tu yang telefon kamu pagi ni. Mujur kamu angkat “ kata Puan Zarina.

Puan Zarina ialah satu-satunya kakak dan adik beradik arwah Datin Adra. Jadi dia ada hak untuk ambil tahu tentang keadaan Firdaus dan Hasya.

“Alhamdulillah saya sihat je tapi tu lah masalahnya, Hasya “ kata Firdaus berterus terang.

“ Kenapa dengan Hasya ? Dia tak sihat ke ? Kalau ada apa-apa bagitahu mak long. Susah nak jenguk kamu sebab jauh. Mak long nak bercakap dengan Hasya nak minta maaf sebab masa pengebumian mak long sekeluarga tak datang “ kata Puan Zarina ambil berat.

Firdaus mula berasa sebak ketika arwah mama dan papanya disebut. Namun kini dia tahu serba sedikit mengapa Hasya mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap.

“ Mak long tak perlu risau, Hasya dan saya okey je cuma sejak kebelakangan ni dia susah nak bercakap. Diam je.  Selalu suka duduk bersendirian. Tu yang buat saya risau sikit “ terang Firdaus.

Jika ada apa-apa yang terjadi pada Hasya, Firdaus rasa dia tidak kuat menanggungnya seorang diri. Mujur ada Puan Zarina yang ambil berat tentang mereka.

“ Sabarlah Firdaus. Mak long rasa dia masih terkejut dengan apa yang terjadi. Mungkin dia marah mak long juga sebab tak datang menjenguk “ kata Puan Zarina.

“ Agaknya lah mak long. Doakan kami sentiasa sihat. Kami dah tak ada sesiapa nak menumpang kasih selain mak long. Kami pun bukannya rapat sangat dengan keluarga arwah papa. “ Firdaus berkata jujur.

Dia teringatkan keluarga belah papanya yang kaya dan hidup serba mewah. Mungkin Hasya yang lebih rapat dengan mereka. Firdaus bukannya bersikap angkuh namun dia segan mahu bergaul dengan mereka.

“ Hmm yalah. Jaga diri kamu tu. Jaga Hasya baik-baik. Nanti mak long call lagi ya “ kata  Puan Zarina.

“ Baiklah mak long “ jawab Firdaus.

Firdaus mematikan talian sebaik mengucapkan salam. Kemudian dia segera menyemak  semua dokumen syarikat yang dihantar semalam. Sejujurnya dia masih belum arif tentang selok belok perniagaan dan bagaimana mahu menguruskan sebuah syarikat. Dia kagum dengan arwah papanya yang sangat berjaya hingga mendapat gelaran datuk. Namun dia bukanlah Datuk Rizal. Dia hanyalah seorang yang bernama Firdaus yang baru habis belajar dalam bidang kejuruteraan. Jika bukan kerana arwah papanya, dia pasti tidak berada di dalam syarikat ini.

            Setelah semua dokumen yang dihantar selesai dibelek, Fidaus memanggil Encik Irsyad ke dalam bilik menggunakan telefon pejabat. Tidak sampai berapa detik Encik Irsyad sudah tersenbul di muka pintu.

            “ Cepatnya, Encik Irsyad berjalan ke berlari ? “ tanya Firdaus cuba bergurau.

Dia cuba mengurangkan jurang yang wujud diantara pekerja dan majikan. Encik Irsyad ketawa dan tersipu-sipu malu. Perangai Firdaus dan arwah Datu Zainal cukup berbeza. Seorang tegas dan agak serius. Seorang lagi peramah dan ceria. Mungkin Firdaus mengikut perangai arwah Datin Adra, fikir Encik Irsyad.

Mesyuarat pada petang itu diadakan sebentar. Firdaus memperkenalkan dirinya sebagai ketua syarikat menggantikan arwah papanya. Selepas selesai mesyuarat Firdaus meminta diri untuk pulang kerana dia sudah berjanji dengan Kaira dari hari itu yang hari ini mereka akan berjumpa. Semua pekerja sudah diperkenalkan kepada Firdaus dan selepas ini Firdaus tiada masalah dalam mencari rujukan.

“ Awal nak balik ? Ada buah hati ke ? “ Tuan Mikhail atau dengan nama rasminya Tan Sri Mikhail Hassan Bin Tan Sri Ahmad Hussin  menegur apabila melihat Firdaus yang tergesa-gesa mahu pulang.

Firdaus tersenyum malu-malu kucing .

“Dah habis belajar Pak Lang, tu yang cari satu “ jelas Firdaus.

Dia melihat jam ditangan. Risau terlewat bertemu Kaira. Mahu dibebelnya Firdaus nanti.

“ Anak Tan Sri atau Datuk mana? Kenalkan pada Pak Lang “

Firdasu berasa segan. Dia tidak mahu menjawab. Namun atas dasar hormat kepada abang arwah papanya dia memilih untuk menjawab walaupun telinganya terasa pedih mendengar soalan Tuan Mikhail.

“ Orang biasa Pak Lang. Baiklah saya pergi dulu “ kata Firdaus lalu dia bergegas keluar dari bilik mesyuarat.

Tuan Mikhail berasa tidak puas hati dengan jawapan Firdaus. Dia mahu Firdaus mendengar kata-katanya lagi namun dia seperti dihalang. Firdaus seperti acuh tak acuh melayannya.

Salah seorang ketua jabatan yang mendengar perbualan mereka menyebarkan gosip mengenai Firdaus yang sudah berpunya di kalangan pekerja-pekerja wanita.  Gadis atau wanita mana yang tidak sukakan Firdaus. Firdaus yang berhidung mancung dan berkulit putih iras-iras pelakon korea pasti akan menjadi igauan setiap wanita yang terserempak dengannya.

Firdaus perasan setiap kali dia datang ke pejabat dan terserempak dengan pekerja wanita, pasti mereka akan tersenyum dan tersipu-sipu memandang ke arahnya. Mungkin Firdaus akan menjadi artis terkenal dengan kekacakkannya jika dia memilih bidang lakonan.

Firdaus terlupa dengan Encik Irsyad  yang mengekorinya sejak dari tadi.

“ Encik Irsyad, lepas ni kalau sesiapa mahu adakan mesyuarat minta mereka beritahu awal. Saya tak mahu sesiapa adakan mesyuarat last minute. Mujur tadi sekejap. Saya terlupa petang ini saya ada temu janji “ kata Firdaus jelas dan tegas.

Encik Irsyad mengangguk dan mencatat kata-kata Firdaus ke dalam buku nota kecilnya.

“ Tapi tuan, sebelum ni arwah Datuk Zainal tak pernah marah jika ada yang mahu buat mesyurarat last minute”

Firdaus agak terkejut dengan penjelasan Encik Irsyad.

“ Kalau macam tu  awaklah ganti saya jadi ketua syarikat ini “

Encik Irsyad menelan air liurnya. Tidak disangka lawak-lawak Firdaus ada tegasnya. Dia hanya mampu menuruti arahan tanpa bertanya.

“ Baiklah tuan “

“Oh ya, gaji saya untuk hari ini potong double ya . Saya lupa nak minta cuti hari ini “ kata Firdaus lagi.

Encik Irsyad melepaskan keluhan. Nampaknya cara kerjanya akan berubah mulai hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience