Bab 4

Romance Series 4241

Selesai mandi dan menunaikan solat maghrib, Ayra termenung seketika dan memerhatikan setiap sudut bilik. Kemudian dia menoleh ke arah rak buku-bukunya yang tersusun rapi. Teringatkan kerja sekolah yang belum disiapkan. Semakin lama dia biarkan dirinya berbaring sambil teringatkan kerja-kerja sekolah, semakin sakit kepalanya.  Dia bangun dan bergegas keluar menuju ke dapur.

Ketika tiba di meja makan dia terpegun dengan lauk sambal petai dan ikan goreng yang dimasak oleh emaknya. Ayra berasa gembira. Dia sangat bersyukur kerana emaknya memasak sambal petai kegemarannya.

“ Hah, marilah makan “ panggil Puan Zainab.

“ Petai tu tadi pagi Mak Peah bagi. Dua kilo dia bagi mak “ ujar Puan Zainab lagi. Macam tahu-tahu je apa yang mahu Ayra tanya.

“Oh, alhamdulillah kan mak. Baiknya Mak Peah tu selalu bagi kita macam-macam “

Mak Peah jiran sebelah rumah mereka yang sangat pemurah. Dia rajin mengikut anaknya balik ke rumah besannya. Bulan lepas je Mak Peah ada beri mereka dua kilo keropok lekor yang mentah.

“ Alhamdulillah Allah beri kita rezeki. Dah duduk makan “ ujar Puan Zainab.

“ Mak makanlah sekali jom “ kata Ayra.

Aina adiknya yang paling bongsu yang berusia 13 tahun duduk di kerusi sambil tersengih-sengih.

“ Oh kakak ada kawan baru. Hensemnya abang tu. Nak kenal dengan dia boleh tak ? “ kata Aina.

Ayra mengerutkan dahinya. Kawan baru ? Siapa ? Kaira ? Hasya ? Apa benda adik merepek ni ?

“ Eh, adik..eh kejap. Kawan lelaki ke ? “ soal Ayra.

“ Yalah. Tak kanlah perempuan yang hensem pula “

Kedengaran suara Amalina adik nombor duanya berdekah-dekah ketawa. Puan Zainab yang terdengar juga ketawa.

“ Bila pula adik nampak akak ada kawan lelaki ni ? “ soal Ayra.

Bahaya juga si Aina. Kuat stalker ! Ayra menjeling pada emaknya. Membuat isyarat yang Aina saja membuat cerita palsu.  

“ Apa salahnya kalau kak Ayra ada kawan lelaki. Kawan je kan ? “ Puan Zainab mencelah.

“ Ha ah, ramai kawan lelaki sekolah akak tu “ tambah Ayra.

“ Hisy mak dengan kak Ayra ni. Aina saja tanya. Tadi masa rehat Aina nampak kak Hasya , Kak Kaira dengan akak keluar dari library dengan abang tu. Tanya pun tak boleh. Abang tu boleh tahan hensem orangnya “

Mula-mula dia mahu merajuk namun teringat Wasiq. Hatinya berbunga kembali. Dia tersenyum.

“ Amboi, kecil lagi dah gatal ye ? Awak tu baru form 1 tau “ Ayra bercekak pinggang.

Dia tahu orang yang dimaksudkan oleh Aina ialah Wasiq. Tak ada lah hensem mana. Kata Ayra dalam hati.

“ Apa gaduh depan rezeki ni. Tak baik. “ tegur Puan Zainab.

“ Aina please tolong baca doa sebelum makan “ kata Amalina.

“ Asyik Aina je. Hisy “ sempat Aina menjelirkan  lidahnya pada Amalina.

“ Hei budak ni. Kena kang kejap lagi “ marah Amalina.

Ayra hanya menggeleng melihat telatah Aina yang suka buat orang marah.

“ Dah baca doa cepat “ tegas Ayra.

“ Yalah “ balas Aina. Dia mula mengangkat tangan menadah dan terus membaca doa.

Rutin harian mereka makan malam memang akan didahulukan dengan doa makan. Setiap hari begitu. Puan Zainab selalu menasihati mereka agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperoleh. Awal-awal selepas kematian bapa mereka lima tahun yang lalu keluarga mereka hidup dalam keadaan yang sangat susah. Puan Zainab yang tidak bekerja dan arwah suaminya yang hanya meninggalkan jumlah wang yang sedikit membuatkan Puan Zainab mengambil keputusan untuk mencari kerja. Dia terpaksa meminjam duit saudara-mara dahulu bagi meneruskan kehidupan mereka anak-beranak.

Mujur keluarga arwah suaminya tidak lokek memberi bantuan walaupun arwah sudah tiada. Mereka masih menganggap Puan Zainab dan anak-anak adalah keluarga mereka. Kemudian Puan Zainab mendapat peluang pekerjaan di sebuah kilang terdekat. Jadi, mereka sekeluarga dapat kurangkan meminta bantuan dari saudara-mara. Ketika itu usia Puan Zainab 40 tahun. Dia masih layak untuk bekerja di kilang tersebut. Duit gaji yang diperoleh memang sepenuhnya untuk pembiayaan anak-anaknya. Dia sangat bersyukur anak-anaknya sangat memahami kehidupan mereka yang tidak mewah. Cuma kadang kala dia akan memberikan ganjaran jika Aina, Amalina atau Ayra mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan.

“ Lepas makan ni jangan lupa buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Nak pandai kena rajin “ sempat Puan Zainab memesan.

Mereka mengangguk. Puan Zainab tidak jemu mengingatkan mereka tentang kerja sekolah. Puan Zainab juga adalah seorang ibu yang sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anaknya. Susah mana pun dia Puan Zainab akan pastikan yang anak-anaknya ke sekolah. Dia tidak mahu hanya disebabkan kesusahan yang ditanggung oleh mereka menyebabkan anak-anaknya tercicir dalam pelajaran. Kerajaan juga banyak memberi bantuan. RMT ada, biasiswa pun ada untuk anak orang susah seperti mereka. Jadi tiada alasan untuk mereka tidak ke sekolah.

Suasana sunyi seketika apabila masing-masing asyik mengadap makanan. Ayra pula menjadi pelahap apabila dia dapat menjamu makanan kegemarannya. Oh sambal petai kegemaranku. Marilah untuk ku makan. Ayra menyanyi dalam hati. Moodnya ceria. Ayra mencedok lagi nasi setelah nasi yang di atas pinggannya sudah habis dimakan.

“ Lajunya akak makan. Banyak pula tu “ tegur Aina kepoh. Dia sengaja memecah kesunyian.

Amalina hampir hendak tergelak. Namun dilihat mood Ayra yang berubah dia hanya berdiam diri menundukkan wajah. Perangai kakaknya yang satu ni pelik. Makan banyak tapi tak gemuk juga. Dia yang makan nasi tak sampai satu pinggan pun esok dah naik satu kilo.

“ Bukan selalu akak makan banyak “ kata Ayra. Kemudian dia tersengih.

“ Syyyh ! “ Amalina membuat isyarat supaya menutup mulut.

“ Makan tak boleh bercakap lah “ Dia mengenakan Aina.

“ Dia tu boleh pula “

“ Hei “

Mereka cepat-cepat menghabiskan makanan sebelum Puan Zainab berleter. Kang dari malam sampai esok pagi tak habis Puan Zainab berleter. Selesai makan Amalina mengambil tugas membasuh pinggan. Puan Zainab terus ke bilik namun Ayra dan Aina berehat sebentar di ruang tamu.

“ Esok adik pula ya basuh pinggan. Kesian kak Amal. Hari ni dia dah basuh “ ujar Ayra.

“ Ya kak. Esok Aina basuh “ balas Aina.

“ Akak tak nak beritahu Aina ke siapa nama abang tu ? “ soal Aina teruja. Riak wajahnya ceria.

Ayra terbatuk-batuk kecil. Macam manalah orang semuda Aina ni boleh ingat pada perkara yang remeh temeh ini.

“ Abang tu nama dia Wasiq, baru pindah kat kampung ni. Rumah dia selang dua rumah sampailah rumah kak Hasya “

“ Bolehlah datang “ Aina tersengih kambing. Memang serupa Ayra lihat.

“ Jangan gatal “ marah Ayra.

“ Aina gurau je lah “ getus Aina. Sakit telinganya jika dengar kakaknya membebel nanti.

Hisy bukan boleh percaya mak cik ni. Nanti esok lusa nampak dia berborak dengan Wasiq. Ayra tahu Aina seorang yang peramah. Namun dia mahu menjaga adiknya dari mana-mana lelaki. Jika boleh dia tidak mahu adiknya terlibat dengan cinta terlarang. Cinta sebelum kahwin yang membawa kepada pergaulan bebas. Sekarang paling penting pelajaran. Jalan Aina masih terlalu jauh untuk dia terlibat dengan apa-apa masalah. Ayra berharap, Aina menumpukan pelajarannya dan mementingkan keluarga dahulu.

“ Hmm…” Ayra melepaskan satu keluhan. Jauh betul apa yang difikirkan. Dia terlalu banyak berfikir.

“ Marahlah tu …” kata Aina perlahan lalu tersengih.

“ Hah ? Apa Aina cakap ? “ soal Ayra sambal berkerut dahi.

“ Tak ada apa-apa “ ujar Aina lalu dia bangun masuk ke bilik.

“ Jangan dilayan sangat Aina ni kak. Bukan-bukan je sikap dia “ kata Amalina. Dia baru muncul dari dapur.

“ Yalah “ Aina mencemik lalu menutup pintu biliknya.

“ Hmm tak ada lah bukan-bukan sangat. Harap sangat Aina ni tumpukan pada pelajarannya “ sengaja Ayra menguatkan suaranya agar Aina dengar.

Rumah yang didiami oleh mereka tidaklah besar mana. Berbual di ruang tamu memang satu rumah boleh dengar. Nak nak suara macam Ayra yang kuat dan memekik. Amalina tergelak. Hah. Tu belum kak Ayra bebel lagi. Dia pun kalau tak utamakan pelajaran memang kena bebel juga dengan Ayra. Namun Ayra seorang kakak yang baik. Selalu melebihkan adik-adiknya dari segala hal.

“ Harap-harap peperiksaan nanti dia dapat straight’s A lah “ Amalina mengikut jejak langkah Ayra. Suaranya dikuatkan.

Aina membuka pintu dan mengeluarkan kepalanya.

“ Aina tahulah. Bising je lah kak Ayra dan kak Amal ni ! “ kata Aina. Suaranya juga dikuatkan.

Sakit hatinya apabila kakak-kakaknya sibuk mencari kesalahannya. Bukan berdosa pun kalau tak utamakan pelajaran.

“ Kita orang nak ingatkan kau. Macam kak Amal tak tahu kau nak ngurat budak baru tu “ balas Amalina. Nadanya tegas.

“ Kak Amal buat fitnah. Aina tanya je “

“ Yalah kau.”

“ Kak Amal jahat ! “ Mereka sudah mula berbalah. Masing-masing tak mahu mengalah.

“ Dah dah jangan nak bertekak pula. Pergi masuk bilik belajar “ Arah Ayra.

Aina merajuk dan menutup pintu biliknya dengan kuat.

“ Kalau tercabut pintu tu kau ganti eh ?!! Kau kaya kan. Orang tegur sikit pun nak merajuk ! “ marah Amalina.

“ Dahlah Amal. Bairkan je lah dia. “ pujuk Ayra. Dia mahu memadamkan api kemarahan Amalina. Perangai Aina memang mengada-ngada namun Ayra tahu itu sifat semulajadinya. Anak bongsu macam tu lah. Kadang keras kepala dan suka melawan kakak-kakanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

selamat membaca dgn enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience