Mereka berempat berjalan pulang bersama. Hasya paling becok antara mereka banyak berbual dengan Wasiq. Wasiq hanya melayan walaupun dia tiada topik untuk dibicarakan. Disebabkan rumah Hasya yang paling hujung mereka menghantar Kaira dan Ayra pulang dahulu.
“ Thanks sangat Hasya. Kalau kau tak ada tak tahu apa nak jadi pada aku. Banyak betul kau tolong aku dalam pelajaran “ kata Ayra sebelum dia bergerak masuk ke halaman rumah keluarganya.
“ No hal lah. Kau kan kawan aku. Dah lama kita susah senang bersama. Nanti aku susah kau pula tolong aku ya Ayra “ kata Hasya seraya tersengih.
“ Bukan apa, aku risau SPM dah dekat tapi aku macam tak ready. Kau lah harapan aku untuk berjaya dalam SPM “ luah Ayra.
“ Aku pun sama Hasya. Thanks banyak-banyak. Rasa macam banyak menyusahkan kau “ ujar Kaira.
“ Hei, kenapa kau orang berdua ni. Aku tak kisah lah. Awkward pula aku bila kau orang berterima kasih “ kata Hasya.
Dia agak segan dengan Wasiq kerana Ayra dan Kaira tidak habis-habis memujinya.
“ Ok lah. Bye. Jaga Hasya baik-baik ya Wasiq. Temankan dia sampai pintu rumah dia” kata Ayra menyebabkan semua tergelak.
“ Beres “ jawab Wasiq.
Hasya menggelengkan kepalanya. Ingat dia budak-budak ke sampai nak kena hantar hingga depan pintu rumah. Pergi sekolah pun dia boleh jalan kaki sendirian. Setelah menghantar Kaira pulang mereka berdua bersendirian. Walaupun baru mengenali Hasya. Wasiq amat mengagumi dengan kepadaian Hasya dalam semua subjek yang dipelajari oleh mereka. Dalam hati Wasiq bersyukur ditemukan dengan budak pandai seperti Hasya. Bolehlah dia tanya apa-apa subjek yang dia tidak mampu faham.
“ Kau bertiga memang dah lama berkawan ke ? “ tanya Wasiq.
“ Dari kecil lagi kami membesar sama-sama cuma sekolah menengah baru sama satu sekolah” jawab Hasya.
“ Hah tadi kau tak cakap lagi kenapa kau pindah sini “ Hasya mengangkat sedikit keningnya.
Wasiq tersenyum. Keletah Hasya menggelikan hatinya. Naif dan semua benda nak tahu. Mungkin orang bijak begini.
“ Ayah aku yang nak pindah sini “ jelas Wasiq pendek. Mungkin perihal keluarganya tidak perlu dikatakan semuanya.
“ Ayah kau kerja apa ? “ soal Hasya. Wasiq sudah mengagak dengan pertanyaan itu.
“ Biasa je “ balas Wasiq.
Bapa Wasiq ialah seorang engineer yang sudah bekerja bertahun-tahun di sini. Dulu waktu ayahnya muda. Ayahnya akan berulang alik dari sini ke bandar. Namun kesihatan ayahnya yang semakin merosot membuatkan mereka terpaksa berpindah ke kawasan yang berdekatan dengan tempat kerja ayahnya.
“ Mak kau ? “ soal Hasya lagi.
“ Mak aku dah tak ada “ jawab Wasiq.
Hasya terkedu mendengar kata-kata Wasiq. Dia jadi serba salah.
“ Weh, sorry ..”
Wasiq pun terdiam. Dia hanya tersenyum. Apabila tiba di depan halaman rumah Hasya melambai pada Wasiq.
“ Jumpa esok ! Assalamualaikum….” Hati Hasya berbunga riang. Dia begitu gembira dapat bertemu Wasiq. Kawan-kawannya akan semakin bertambah.
“ Dah balik ye anak mak “ tegur Datin Adra.
Hasya tersengih.
“ Jangan lupa turun makan lepas tukar baju” kata Datin Adra.
“ Yalah Hasya tahu mak “
“ Yalah yalah. Tapi nanti tidur di atas tak turun-turun. Malam baru bangun. Jaga kesihatan tu SPM dah dekat “ sempat lagi Datin Adra berleter.
Hasya terus ke atas meletakkan begnya. Bilik Firdaus di ketuk namun tiada jawapan. Kemudian dia bergegas ke bawah.
“ Mak ! Abang pergi mana ? “ panggil Hasya. Dia menjengah ibunya yang ada di dapur.
“ Abang keluar jumpa kawan-kawan dia “ jawab Datin Adra.
“ Oh “
“ Kenapa ? “ soal Datin Adra.
“ Ingat nak ajak abang keluar beli sesuatu “
“ Tungglah abang balik. Ni makan tengah hari ni dulu “
Hasya membantu ibunya menghidangkan lauk. Bagi orang luar mereka kelihatan mewah namun Datin Adra tidak pernah menganggap kemewahan mereka sebagai tiket untuk dia bersenang lenang. Orang lain pasti akan mengambil orang gaji namun dia lebih selesa menguruskan rumah sendiri tanpa bantuan orang gaji. Segala kemewahan yang dia miliki adalah hasil titik peluh suaminya Datuk Zainal yang bekerja siang malam bagi menyara keluarga mereka.
Jika suaminya sudah bersusah payah mencari rezeki tiada salahnya jika dia pula bersusah payah membantu suaminya dalam menguruskan hal-hal rumah. Datin Adra perlu bijak dalam menguruskan ekonomi keluarganya. Membazir sahaja jika dia mengupah orang gaji sedangkan dia mampu buat semuanya sendiri. Dia masih sihat dan bertenaga.
“ Kamu nak beli apa ? Kirim je pada abang Fir “ kata Datin Adra sambal mencedok nasi untuk diletakkan ke atas pinggan.
“ Adalah.. “ kata Hasya dengan bersemangat. Senyumannya terukir di bibir apabila teringatkan Wasiq.
“ Sejak bila pandai berahsia dengan mak ni ? Selalunya nak beli barang kirim pada ayah je. Ni mesti ada sesuatu “ ujar Datin Adra.
Lauk yang dihidang sudah tersusun di atas meja. Mereka makan berdua memandangkan Firdaus dan Datuk zainal tiada di rumah. Sementara makan Hasya terpaksa menadah telinganya mendengar Datin Adra bercerita. Ada sahaja benda yang dia mahu bebelkan jika bersama Hasya. Hasya pendengar yang setia. Walau rapat macam mana sekali pun dia dengan Datin Adra. Namun ada ketikanya dia bercanggah pendapat dengan ibunya.
Datin Adra memuji Alia kawan atau bakal tunang Firdaus yang memiliki rupa paras yang cantik. Dia juga memuji Firdaus kerana pandai memilih. Hasya tidak memberi reaksi. Dia tahu apa yang dikatakan oleh Datin Adra itu benar. Jika dilihat rupa paras abangnya yang elok memang sesuai digandingkan dengan Alia yang rupawan. Namun jauh di sudut hatinya dia berasa kasihan dengan Kaira. Mereka sudah berkawan lama. Dia sangat masak dengan sikap kawan-kawannya.
Walaupun mereka sudah lama berkawan dia tidak mampu memaksa abangnya menerima pilihannya. Dia mahu menjaga hati Kaira namun dia tidak boleh memaksa Firdaus mencintai Kaira. Abangnya juga ada hak menetukan hidupnya sendiri. Lebih-lebih lagi dengan siapa dia akan berkahwin. Tadi disekolah mahu sahaja dia nasihatkan Kaira agar redha dengan apa yang berlaku. Tetapi Hasya bimbang jika dimarahi oleh Kaira kerana menyibuk akan halnya.
“ Mak. Apa pandangan mak kalau abang Fir dengan Kaira ? “ tanya Hasya. Dia tidak berniat mahu membocorkan rahsia Kaira. Dia cuma mahu tahu pandangan ibunya.
“ Hmm..” Datin Adra memikir. Kemudian dia mengeluh sedikit.
“ Mak tahu ramai yang suka abang Fir. Tapi hati ni tak boleh dipaksa. Mak tak kisah jika abang Fir kahwin dengan mana-mana budak kampung ni tapi Kaira kan muda lagi. Kamu jangan nak berangan pula. Belajar dulu tinggi-tinggi baru kahwin. Sama dengan Kaira tu, abang kamu dah 25 tahun. Kamu dan Kaira SPM belum habis lagi. Belajar tinggi-tinggi kejar kerjaya yang bagus-bagus. Jodoh tu jangan risau. In shaa Allah Kaira boleh dapat yang lebih bagus dari abang kamu “ Datin Adra menyambung dengan panjang lebar.
Kemudian dia bangun dan membuat air kopi panas untuknya dan Hasya.
“ Mak.. Hasya dah cakap jangan manjakan Hasya. Mak suka buatkan Hasya air panas“ Hasya bangun dan membantu ibunya.
“ Kamu je harapan mak dirumah ni sekarang. Nanti abang kamu dah kahwin dia akan berpindah. Kamu pula nanti akan sambung belajar lepas SPM. Inilah masa mak menghargai anak-anak mak yang ada di depan mata “ luah Datin Adra. Nadanya kedengaran sedih.
Hasya tergelak. Ibunya suka sangat bergurau. Dia memeluk Datin Adra dari tepi.
“ Dari kecil sampai besar mak dah banyak menghargai kami adik beradik. Masa kami baby siapa yang basuh kencing berak kami ? Mak kan ? Semua tu dah cukup mak. Mak jaga kami bagi kami makan minum. Alhamdulillah. Hasya bersyukur ada mak, ayah dan abang. Tapi kali ini biarlah kami menghargai mak pula” Hasya tersengih kemudian dia mencium pipi Datin Adra.
Hati Datin Adra yang sangat lembut tersentuh. Air matanya menitis. Syukur dia dapat anak perempuan yang baik seperti Hasya. Walaupun hampir setiap hari dia membebel pada Hasya. Namun anaknya itu masih sangat sayangkannya.
“ Ala..tak payah sedih-sedih lah mak “ Hasya memujuk. Dia mengesat air mata Datin Adra yang tumpah.
“ Taklah.. Hasya anak yang baik “ kata Datin Adra. Hatinya terpujuk apabila melihat senyuman Hasya. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya menjadi begitu sensitif tiba-tba.
selamat membaca dgn enjoy
Share this novel