Pagi sebelum ke sekolah, mereka bertiga menunggu Wasiq. Hari ini ceria Hasya lain macam. Tidak pernah Ayra atau Kaira melihat Hasya segembira ini. Melihat Wasiq dari jauh dia sudah melambai. Kaira menyiku Ayra. Ayra menoleh.
“ Aku tak pernah nampak Hasya gembira macam ni. Selalu membebel malas pergi sekolah “ kata Kaira.
Ayra gelak.
“ Aku happy kalau dia happy. Malas malas dia pun setiap kali ujian score weh “
“ Budak bijaklah katakan“ Kaira pula ketawa. Hasya memandang mereka.
“ Amboi, ngumpat aku ke tu ? “ soal Hasya. Mereka tersengih. Wasiq tiba di hadapan mereka tidak lama kemudian . Dia mengukir senyuman.
“ Kenapa tak pergi dulu ? Tunggu aku ke ? “ soal Wasiq.
“ Memang tunggu kau lah. Tak sudi ke gerak dengan kami ? “ soal Hasya pula.
Wasiq tersengih. Wasiq tidak terlalu selesa merapati perempuan. Namun dia cuba bersikap selamba dan bersahaja. Dia seorang lelaki yang amat menjaga batas pergaulannya.
“ Bukan tak sudi. Nanti kau bertiga lambat pula sampai di sekolah. Aku tak nak dipersalahkan “
Ayra tergelak. Pandai pula mamat ni bergurau.
“ Tapi tak lambat kan ? “
“ Tu lah. Dah jom gerak “ Kaira menyambung kata-kata Hasya.
Hasya mengambil peluang berjalan di sebelah Wasiq. Mereka berempat bergerak bersama dan tiba di sekolah 10 minit kemudian.
“ Esok tak perlu tunggu aku. Kau orang pergi je lah. Aku tak kisah “ ujar Wasiq apabila mereka tiba di perkarangan sekolah.
“ Eh apa kau cakap ni ? Kita kan dah jadi kawan. Aku mesti lah tunggu kau “ balas Hasya.
Ayra dan Kaira mahu tergelak. Nampak sangat Hasya yang terhegeh-hegeh pada Wasiq.
“ Apasal korang gelak ? “ marah Hasya. Mereka memandang Wasiq.
“ Wasiq, kitaorang memang akan tunggu kau setiap pagi tapi kalau kau lambat kita orang gerak dulu nanti “ jelas Kaira. Ayra turut mengangguk.
“ Hah? Amacam ? Deal ? “ Kata Hasya . Dia juga bersetuju dengan Kaira.
“ Ok deal “ balas Wasiq. Hatinya menarik nafas lega. Dia jadi serba salah dengan budak-budak perempuan ini. Mereka bergerak menuju ke kelas masing-masing.
“ Weh, kau dah syok ke dengan Wasiq tu ? “ soal Ayra.
“ Syhhh ! Kau jangan cakap kuat sangat “ jawab Hasya.
Ayra gelak. Dia meletakkan beg dibangku tempatnya dan bergerak semula ke arah Hasya.
“ Nampak sangat kau suka pada dia “ kata Ayra.
Hasya melihat sekelilingnya. Beberapa kawan sekelas yang sedang bertugas membersihkan kawasan kelas ada berhampiran mereka.
“ Aku nak ke toilet kejap “ Hasya mengubah topik perbualan. Kemudian dia beredar.
Kaira mendekati Ayra.
“ Memang Hasya minat kat si Wasiq tu ke ? “ soal Kaira. Ayra menjungkitkan bahunya.
“ Tak tahu. Mungkin “ kata Ayra.
Mereka menunggu Hasya di luar kelas dan bergerak ke perhimpunan bersama.
“ Kau berdua kisah ke kalau aku ada hati dengan Wasiq tu ? “ soal Hasya dengan nada yang serius.
Ayra mengekek perlahan.
“ Weh, suka hati kau lah. Aku bukan mak ayah kau pun nak larang kau suka siapa ? “ kata Ayra.
“ Betul lah ni kau suka Wasiq ? “ celah Kaira. Hasya tersipu-sipu malu.
“ Kenapa ? Tak boleh ke ? Yang kau orang busy body sangat ni kenapa ?“ tanya Hasya kepada Kaira.
“Haha..kita orang ambil berat. Boleh sgt je kau suka Wasiq tu“ jawab Kaira laju.
Hasya mengekek. Pelajar-pelajar yang sedang beratur berdekatan mereka memandang dan terdengar sedikit apa yang mereka bualkan. Hasya menunduk dan memberi syarat supaya mereka diam. Takut jika pengawas lihat mereka bercakap dan mereka akan dikenakan denda.
“ Aku gurau je lah. Tak minat pun Wasiq tu. Nampak macam skema je “ kata Hasya. Dia berbisik ke telinga Kaira.
“ Ceh, playgirl betul kau ni “ balas Kaira perlahan.
Mereka menunggu di perhimpunan hampir 15 minit. Kemudian pengetua memberikan ucapan dan perhimpunan dimulakan dengan nyanyian negaraku dan lagu sekolah. Di akhir perhimpunan para pelajar beratur masuk ke kelas sambil pengawas membuat spot check. Mana mana pelajar yang melanggar peraturan sekolah akan didenda. Kuku panjang, tudung dan stokin yang pendek adalah kesalahan yang selalu dilakukan oleh pelajar.
Kebetulan hari ini Hasya terlupa memeriksa kukunya sebelum ke sekolah. Dia melihat kukunya yang panjang. Dirinya sudah mula gelabah. Mahu disorokkan tidak boleh sebab ini tangannya sendiri. Lupa pula dia membawa sepit kuku.
“ Weh ada sepit kuku tak ? “ soal Hasya.
Mereka hampir melepasi pengawas yang menjaga.
“ Kau ni. Mana ada Apasal kau tak check kuku kau tadi ? “ marah Kaira yang beratur di hadapannya.
“ Ala..kena denda je pun “ ujar Ayra. Dia sempat ketawakan Hasya.
“ Senang kau cakap ? “
Hasya sudah menjaga nama baiknya selama lima tahun. Tak kan semata mata kukunya panjang dia dikenakan hukuman. Habis nanti buruk namanya dikalangan cikgu-cikgu.
“ Paling tak pun kau kena cuci toilet je nanti “ Ayra sengaja menakutkan Hasya.
“ Kau ni “ kata Hasya cuak.
Kaira sudah melepasi pengawas. Selepas ini giliran dia pula. Dia menunjukkan tangannya pada pengawas.
“ Hasya ? Awak boleh ke tepi “
Hasya mengeluh perlahan. Dia sudah agak. Dia ternampak cikgu disiplin mereka yang berada di tepi perhimpunan. Pasti sedang bersedia menghukum mereka yang bersalah. Setelah semuanya selesai diperiksa. Pelajar yang disuruh ke tepi diminta berjumpa dengan Cikgu Sabri. Cikgu paling tegas di sekolah. Namun Hasya ternampak seseorang yang dia kenal dari kelas lain.
“ Wasiq “ Hasya menegur perlahan.
“ Eh, Hasya . Awak buat apa di sini ? “ soal Wasiq.
Hasya menunjukkan kukunya yang panjang. Wasiq tergelak melihat perlakuan Hasya yang seperti kebudak-budakan.
“ Awak ? “ soal Hasya pula.
Wasiq tidak menjawab. Cikgu Sabri datang menghampiri dan memanggil Wasiq. Mereka bercakap berdua secara perlahan kemudian Wasiq pergi ke arah budak-budak lelaki yang ditahan.
“ Awak Hasya ? “ tanya cikgu Sabri.
Hasya hanya mampu tersengih. Jujur dia malu.
“ Ok semua berkumpul “ arah cikgu Sabri. Masing-masing berjalan mendekati cikgu Sabri dan mendengar apa yang mahu dikatakannya.
“ Bagi yang pertama kali melakukan kesalahan kamu dimaafkan tetapi yang lebih tiga kali akan didenda membersihkan padang hari ini. Untuk setengah jam pertama waktu kelas kamu akan dipadang. Kalau ada yang mengeluh tanya diri kamu. Kenapa susah sangat mengikut peraturan ? Siapa yang pertama kali melakukan kesalahan boleh bersurai “ kata cikgu Sabri.
Beberapa orang yang telah melakukan kesalaham lebih tiga kali mencemik mendengar kata-kata cikgu Sabri. Hasya menarik nafas lega. Jika dia didenda pasti dia akan tertinggal pelajaran untuk waktu pertama. Dia tidak suka pelajarannya terganggu. Hasya melangkah masuk ke kelas. Dia memandang Ayra dan Kaira yang tersengih-sengih memandangnya.
“ Dah kena denda ke ? “ usik Ayra.
“ Taklah tak kena pun “ balas Hasya.
Satu kelas diam selama beberapa minit. Mereka semua lebih berminat dengan buku. Maklumlah ujian pertengahan tahun hampir tiba. Jika tidak pasti bising mendengar suara orang-orang berbual.
Cikgu Kalsum guru kelas mereka yang mengajar Bahasa melayu masuk. Dibelakangnya ada seorang pelajar yang mengikut. Pelajar itu mengendong begnya dan berdiri di hadapan kelas.
“ Ok, awak boleh duduk di meja belakang yang kosong “ arah Cikgu Kalsum.
Wasiq menjadi perhatian satu kelas. Masing-masing mata tidak berkedip memandangnya terutama pelajar perempuan. Ada bisik-bisik yang kedengaran bercakap mengenai wajah Wasiq yang rupawan.
“ Weh, hensem giler mamat ni “ Hasya dan Ayra terdengar kata-kata Hazirah yang duduk disebelah Kaira dibelakang mereka.
Kaira mencuit Hasya dari belakang.
“ Weh pakwe kau “ kata Kaira.
Hasya tidak menjawab. Dia segan. Melihat wajah Wasiq pun dia segan. Semasa Wasiq baru masuk ke kelas tadi dia tidak sengaja bertentangan mata dengan lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan redup dan lembut. Apa yang menarik bagi Hasya bukanlah rupa parasnya yang elok namun ketenangan yang dimiliki oleh Wasiq. Wasiq kelihatan tidak banyak cakap namun dia mampu memberikan aura yang bahagia kepada orang ang berada di sekelilingnya.
“ Ok, kenalkan kawan baru awak Wasiq “ kata cikgu Kalsum.
Wasiq bergerak dan menuju ke hadapan kelas. Dia mula memperkenalkan dirinya.
“ Buat pengetahuan awak. Kawan awak Wasiq ni dari sekolah berasrama penuh. Tapi dia tukar di sekolah ini sebab mengikut keluarganya berpindah. Dan dia memegang rekod pelajar yang selalu mendapat semua A di sekolah lamanya. Jadi apa-apa yang awak tak faham boleh belajar dengan dia “
Satu kelas bising dan menepuk tangan. Wasiq jadi segan. Dia melihat Hasya yang menundukkan wajahnya. Ayra dan Kaira melihatnya dengan tersengih. Wasiq jadi serba salah. Seolah-olah seperti dia menipu akan hakikat dirinya kepada mereka bertiga.
Share this novel