Bab 8

Romance Series 4241

Azura mengoyakkan bungkusan kuaci dan mengambil senggenggam kuaci lalu menggigitnya satu per satu. Dia menelan kuaci yag telah dilumatnya sambil menonton televisyen yang hampir kehilangan warna siarannya. Orang lain pasti akan menukar televisyen baru tetapi dia tidak. Selagi tidak rosak teruk atau masih boleh dipakai dia tidak akan mengganti yang baru.

Lagipun dia di sini hanya menumpang. Dia tidak ambil peduli jika sebarang peralatan atau barang-barang dirumah ini rosak.

Kaira yang baru pulang berhati-hati membuka kasutnya dan meletaknya di tepi rak kasut. Rak itu kepunyaan mak tirinya, Azura. Jika Kaira dilihat mengusik atau menyentuh barang mak tirinya pasti dia akan dimarahi dengan teruk. Paling tidak pun dia akan dipukul dengan penyangkut baju atau apa-apa barang yang boleh dijadikan alat pemukul.

“ Assalamualaikum..” Kaira mengucapnya perlahan. Dia sangat takut berhadapan dengan Azura.

“ Waalaikumussalam ! “ balas Azura hampir menengking.

Kaira masuk perlahan-lahan dan mahu menuju ke biliknya tetapi belum sempat tiba dia dipanggil oleh Azura.

“ Kenapa kak ? “ Kaira memanggil mak tirinya ‘ kak’ kerana usia mereka hanya berbeza 10 tahun. Lagipun Azura yang memintanya memanggil ‘kak’.

Kaira berasa tidak sedap hati. Pasti ada sesuatu yang perlu dia dilakukan.

“ Tolong bersihkan tempat ni “ kata Azura sambil menunjuk ke arah kulit kuaci yang bersepah di atas lantai.

Kaira tersenyum tetapi rasa pahit. Macam tertelan ubat. Bukan dia tidak biasa menjadi hamba abdi kepada Azura. Hampir 2 tahun mereka hidup serumah. Pada mulanya sewaktu  ayahnya Encik Hasyim mahu berkahwin dengan Azura, Kaira bersetuju kerana disangkanya Azura mungkin hampir sebaya dengan ibunya Namun dia agak terkejut apabila mereka berjumpa buat pertama kalinya pada hari pernikahan mereka. Azura  rupanya seorang gadis muda dan masih dara.

“ Saya letak beg dulu ya kak. Kejap lagi saya bersihkan “ pinta Kaira.

Azura menarik mukanya. Dia kelihatan marah.

“ Hei, kau duduk dulu “ kata Azura. Matanya dijengilkan.

Kaira hanya menurut. Dia duduk dan cuba menahan perasaannya. Geram dan sakit hati diperlakukan seperti itu.

“ Nanti bapak kau balik. Minta dia 500 ringgit. Kata kau nak beli buku sekolah atau kau cakaplah kau nak guna 500 “ kata Azura.

“ Ei..banyak sangat tu kak “ balas Kaira.

“ Jangan banyak bunyi. Kau minta je lah lepas tu bagi pada aku ya “ kata Azura memaksa.

Kaira hanya mengangguk tanpa membalas kata-kata. Dia tidak mahu menuduh Azura yang bukan-bukan namun dia tidak tahu mengapa dengan mudahnya dia selalu menurut setiap apa yang disuruh oleh Azura. Bila dirumah dia sentiasa berasa dirinya seperti orang gaji atau orang asing yang menumpang dirumah ayahnya. Ayahnya pula tidak pernah melarang atau menegah Azura dari mengawal tindak tanduknya.

Kaira masuk ke bilik dan meletak begnya ke lantai. Beban buku sekolah yang berat masih terasa walau dia sudah tidak mengangkatnya. Kini dia berasa terbeban dengan permintaan Azura.  Ada duit ke ayah jika dia meminta 500 ratus ? Kaira cuba mencari jalan agar dia ada alasan untuk tidak meminta 500 ratus dari ayahnya. Namun itu semua hanya bayangan. Dia tidak akan terlepas dari kawalan Azura.

Jam di tangan menunjukkan pukul 6 petang. Sebentar lagi pukul 7 ayah akan pulang. Dia akan menghadap ayah dan berlakon seolah-olah dia memerlukan 500 ratus untuk buku-buku sekolahnya. Tetapi adakah ayah akan percaya? Kaira mati akal. Jika dia tidak dapat duit itu hari ini pasti Azura akan mencari masalah dengannya esok. Kaira mati akal. Tanpa disedar air matanya menitis.

Dia rindukan maknya yang telah pergi 3 tahun yang lalu. Dibandingkan Azura dan arwah emaknya. Sikap mereka sangat jauh berbeza. Arwah emaknya tidak pernah memaksanya membuat kerja-kerja dirumah. Tidak pernah meminta dia menipu ayahnya semata-mata hendakkan duit. Arwah emaknya selalu menasihatinya tentang perkara-perkara yang baik. Apatah lagi mahu menengkingnya. Sangat jauh sekali. Menjentiknya lagi lah tidak pernah.

Namun Kaira mampu memaafkan Azura. Dia tahu mak tirinya masih muda dan bersikap  kebudak-budakkan. Cuma dia masih belum ada keberanian bertanya kepada ayahnya mengapa Azura yang terpilih menjadi emak tirinya. Banyak lagi wanita-wanita janda dan sudah berumur yang belum berkahwin dalam kampung mereka. Bila difikirkan lagi. Kaira bersangka baik dengan aturan yang Tuhan tetapkan untuknya. Mungkin Azura adalah pilihan yang tepat menjadi emak tirinya.

Pintu diketuk dari luar. Kaira mengesat air matanya dan cuba mengembalikan senyumannya walau terasa tawar.

“ Ya kak  ? “ Kaira membuka pintu dan menjengah kepalanya.

“ Ingat tau. Bapak kau balik nanti minta dia duit. Kalau kau tak minta kena kau nanti “ Azura memberi amaran.

“ Kalau ayah cakap tak ada duit banyak tu macam mana kak ? Tak kan nak paksa ayah bagi juga “ balas Kaira.

“ Kau jangan nak lawan aku ya. Aku cakap minta mintalah “ kata Azura lalu dia menarik kolar baju sekolah Kaira yang belum sempat ditukar. Gayanya ala-ala samseng lalu dia melepaskam penumbuknya ke dahi Kaira.

Dahi Kaira terasa sakit akibat kesan tumbukan itu. Dia mahu membantah dan membalas segala perbuatan Azura yang menyakitkan dirinya.  Namun dia tidak berdaya. Sikap dan layanan buruk Azura terhadapnya dipendam. Dia mahu menjaga hati ayahnya. Dia tidak mahu gara-garanya Azura dan ayahnya bergaduh.

“ Sekarang kau cakap. Nak dengar cakap aku ke tak ? “ ugut Azura.

“ O..k..ok ..saya minta “ Kaira beralah.

“ Ha macam ni baru bagus. Anak yang baik “ kata Azura sambil mengusap-usap rambut Kaira.

“ Ada apa-apa panggil aku. Aku nak masuk bilik. Lagi satu nanti bapak kau balik kalau dia kata rumah ni bersepah. Kau kena juga ya “Azura tersenyum sinis.

Kaira hanya mengangguk.  Setelah Azura berlalu pergi dia menutup pintu bilik. Dia mahu solat asar dan berdoa kepada Tuhan agar hatinya dikuatkan dengan dugaan ini. Arwah emaknya selalu berpesan agar dia berdoa jika inginkan sesuatu. Setelah selesai solat dia keluar ke  ruang tamu dan memastikan ianya kemas dan bersih. Kemudian dia ke dapur. Dia membuka peti sejuk mencari barang-barang basah yang boleh dijadikan lauk.  

Dalam peti sejuk hanya ada sayur kacang panjang dan beberapa ekor ikan tongkol yang telah disiang. Dia memutuskan untuk masak ikan tongkol asam pedas dan sayur kacang goreng. Kaira mencari bahan perencahnya dan mula menumis setelah itu dia menghiris dan memotongnya. Hatinya puas kerana dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Mungkin pada pandangan orang lain dia adalah Cinderella zaman moden namun Kaira nampak hikmahnya dengan segala dugaan yang Allah berikan untuknya. Dia dapat menjadi seorang anak yang baik dan berbakti kepada ayahnya. Jika emaknya masih ada mungkin dia tidak akan menjadi sebaik ini. Mengurus rumah dan memasak untuk ayah.  

“ Dah siap ke ? “ Azura muncul dari belakang. Dia memeranjatkan Kaira yang tengah khusyuk.

“ Dah nak siap kak “  ujar Kaira. Dia sendiri bingung dengan perwatakan Azura.

Sekejap baik sekejap jahat.

“ Kau nak aku tolong ke ? “ tanya Azura.

“ Tak apa kak “ balas Kaira.

Azura tersenyum puas. Tidak sia-sia dia mengambil keputusan mengahwini Hasyim. Hidupnya memang senang lenang sejak dia berkahwin. Lebih seronok kerana dia ada orang gaji yang tidak berbayar. Makan dan baju yang dipakainya semua diuruskan oleh Kaira. Dia hanya duduk goyang kaki dan tidak membuat apa -apa.

 

“ Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you..Happy birthday..Happy Birthday.. Happy birthday to Hasya Nabilah ..”

Lagu ‘happy birthday’ kedengaran sebaik sahaja Hasya melangkah masuk ke sebuah restoran mahal yang ditempah oleh Datuk Zainal khas untuk menyambut hari jadi Hasya.  Hasya terkejut. Tidak sangka keluarganya akan membuat parti hari jadi untuknya.  Kemudian dia memandang Firdaus yang membawa kek yang telah di pesan dari sebuah kedai kek.

“ Selamat hari jadi adik. Abang beli ni mahal tau khas untuk Hasya “ ujar Firdaus.

Air mata Hasya hampir menitik. Dia sudah lama tidak menyambut hari jadi semenjak Firdaus pergi. Ini pasti idea Firdaus.

“ Happy birthday kepada anak manja dan kesayangan mak ayah “ ucap Datin Adra. Dia memeluk Hasya dan mencium pipi anaknya itu.

“ Terima kasih mak. Terkejut Hasya. Patutlah mak beria belanja Hasya macam-macam hari ni.  “ soal Hasya.

“ Tu memang untuk Hasya tapi hadiah dari mak lain “ ujar Datin Adra.

“ Hah ? “ Banyak betul Datin Adra belanja dia hari ini.

“ Ini dari abang “ kata Firdaus sambil tersengih penuh makna. Dia memberikan satu kotak besar yang dibalut dengan sampul hadiah kepada Hasya. Kotak itu berat dan dia mendapat bantuan Firdaus meletakkan kotak itu di sebelah kek.

“ Apa ni kenapa besar dan berat ? “ soal Hasya. Risau dia Firdaus memberikannya hadiah yang bukan-bukan. Abangnya ni bukan boleh percaya.

“ Ni pula dari mak dan ayah “  Datin Adra menghulurkan satu kotak hadiah yang agak nipis dan bersegi empat tepat. Hasya dapat mengagak apa di dalamnya.

Kemudian Datuk Zainal memeluk dan mencium dahi Hasya.

“ Selamat hari jadi Hasya anak ayah. Semoga menjadi orang yang baik dan mendapat kejayaan dunia akhirat. Semoga juga kamu dapat straight A dalam SPM “

Mereka sekeluarga ketawa mendengar ucapan Datuk Zainal. Mereka bersama-sama meniup lilin yang dinyalakan di atas kek. Hilang segala tekanan yang dirasakan Hasya. Dia terlalu sibuk dengan pelajarannya hingga terlupa hari ini hari jadinya.

“ Mak harap kamu dapat membanggakan mak dan ayah serta abang Firdaus kamu dengan result SPM yang cemerlang nanti “ kata Datin Adra.

“ In sha Allah mak. Hasya akan buat yang terbaik “ balas Hasya. Dia memeluk Datin Adra sekali lagi.

Datuk Zainal dan Datin Adra mengharapkan yang terbaik untuk Hasya. Mereka bukannya mahu membebankan Hasya dengan pelajaran. Namun mendapat keputusan yang cemerlang adalah satu kebaikan. Mereka mahu Hasya menjadi pelajar cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Datuk Zainal tidak bimbang jika syarikat yang dimilikinya tidak diwariskan kepada mana-mana anaknya. Yang penting anaknya berjaya dan dapat menjadi apa yang mereka inginkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience