“ Allahuakhbar ! “ Firdaus membuntangkan matanya apabila melihat satu sosok tubuh berkain putih melompat dihadapannya. Hasya berhenti melompat dan ketawa kuat melihat abangnya yang tercungap-cungap menarik nafas kerana takut. Mujur Firdaus tidak mencarut. Dia mengurut-urut dadanya yang sedang mengepam darah dengan laju diseluruh tubuh.
“ Tak sangka abang ni penakut “kata Hasya masih dengan sisa tawanya.
Firdaus yang geram berjalan mendekati Hasya setelah ketenangan berjaya diperolehinya. Dia mengetuk kepala Hasya dengan penumbuknya. Perlahan tapi padu.
“ Ouch ! Sakitlah “ marah Hasya sambil memegang atas dahinya.
“ Hah ! Kan dah kena ! Buat lagi perangai bukan-bukan. Mujur kena penumbuk je kalau kena balasah tadi sia-sia muka cantik tu “ bebel Firdaus.
Hasya memuncungkan bibirnya kemudian dia tersengih.
“ Hihi, gurau pun tak boleh. Macam mana keluar tadi ? Best ke ? “soal Hasya.
Firdaus tidak membalas malah dia menyuruh Hasya mengambil barang-barang yang ada di dalam kereta. Hasya membuka telekungnya dan menyarung tudung di kepalanya. Dia teruja melangkah mahu melihat barang-barang yang dibeli Firdaus.
“ Banyaknya . Barang untuk apa ni bang ? “
“ Adalah rahsia “ kata Firdaus sambil tersengih.
Hasya membuka satu kotak yang berisi sepasang kasut perempuan yang mahal harganya. Kemudian dia juga melihat dulang-dulang yang selalu digunakan untuk hantaran. Ada juga satu beg yang dipenuhi dengan pelbagai jenis coklat berserta barang-barang perempuan seperti telekung, beg tangan dan barang-barang kemas.
“ Untuk apa semua barang-barang ni ? “ soal Hasya.
Firdaus hanya tersenyum mendengar pertanyaan adiknya. Tangannya laju mengambil beberapa barang dan diletakkan ke dalam rumah
“ Kejap, abang nak kahwin ke ? “ soal Hasya kuat.
Firdaus mengangguk.
“ Dengan siapa ? “
“ Abang tahu yang Hasya dah tahu abang dan Kaira keluar berdua. Kaira dah tunjukkan mesej Hasya pada abang “ kata Firdaus.
Hasya mengekek ketawa.
“ Jadi betul lah abang dengan Kaira ada hubungan ? “
Firdaus diam. Dia tidak menggeleng atau mengangguk.
“ Abang…” Hasya merengek minta dilayan soalannya.
“Ya, abang memang nak kahwin dengan Kaira “ kata Firdaus mengalah.
Susah benar mahu berahsia dengan Hasya ni.
“ Berahsia betul abang dan Kaira ni. Bercinta sorok-sorok. Tak bagitahu pun “
“ Suka hati kami lah. Sibuk je Hasya ni “ balas Firdaus.
Dalam hati, Hasya mahu tumpang gembira jika hubungan mereka memberikan kebahagiaan kepada mereka sendiri. Hasya mahu bertanyakan tentang kak Alia namun dipendamkan sahaja. Takut abang Firdaus terasa hati.
“ Bila abang nak buat majlis ? “ soal Hasya sambil menjinjit beberapa beg untuk dibawa ke dalam rumah.
“ In shaa Allah, minggu depan “
“ Cepatnya, kenapa tak tunggu Kaira habis SPM ?” soal Hasya.
Firdaus mahu menjawab tapi ditahan mulutnya dari menerangkan perkara yang sebenar. Hanya Firdaus dan keluarga Kaira saja yang tahu sekarang ini Kaira sedang mengandungkan anak Raksaka. Firdaus mahu bertanggunggjawab terhadap apa yang menimpa Kaira. Sebelum perut Kaira membesar, Kaira perlu berkahwin agar orang kampung tidak sibuk bertanya anak siapa yang dikandungkan oleh Kaira.
“ Paparazi betul adik abang seorang ni. Abang yang tak sabar nak kahwin. Kalau boleh abang nak kahwin esok “ kata Firdaus.
Hasya mencerlungkan matanya. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan Firdaus. Pelik. Dulu abang Firdaus menafikan sekeras-kerasnya perasaannya pada Kaira. Dia tidak layak untuk Kaira lah. Kaira layak mendapat orang yang lebih baik dari dia lah. Sekarang ? Siapa yang nak kahwin dengan siapa sebenarnya.
“ Abang sorokkan sesuatu dari Hasya ya ? “ tanya Hasya separuh berbisik.
“ Sorokkan apa? Tak lah abang nak sorok apa dari Hasya “ jawab Firdaus pura-pura yakin.
“ Sebenarnya abang tak cintakan Kaira kan ? “
Firdaus tersentak. Namun dia buat-buat tidak kisah dengan pertanyaan Hasya.
Telefon rumah berdering dengan kuat. Hasya bergegas meletak semua barang yang dipegangnya di ruang tamu. Kemudian dia mengangkat telefon.
“ Assalamualaikum, ini keluarga Datin Adra dan Datuk Zainal ya ? “ soal si pemanggil.
“Waalaikumussalam. Ya, saya anak perempuan mereka, Hasya Nabilah“ jawab Hasya.
“ Macam ni ..”
Jantung Hasya mula berdebar-debar. Dia dapat rasakan ada satu berita tidak baik yang ingin disampaikan oleh si pemanggil.
“ Saya dari Hospital Batu Pahat ingin memberitahu bahawa Datin dan Datuk ditimpa kemalangan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Kami mahu ahli keluarga mereka datang ke hospital sekarang “
Hasya terduduk. Jantungnya hampir terhenti. Benarkah apa yang didengarinya ?
“ Abang ..” panggil Hasya perlahan.
Firdaus ternampak Hasya yang sedang duduk sambil melepaskan telefon ditangannya.
“ Hasya, kenapa ni ? “ tanya Firdaus.
“ Abang, mak dan ayah dah tak ada “ kata Hasya bersuara lemah. Firdaus mengambil telefon rumah yang terlepas dari genggaman Hasya.
“ Ya ni siapa ? “ soal Firdaus.
Pemanggil itu mengulang kata-katanya.
“ Ya Alllah” Firdaus menoleh pada Hasya yang sedang menangis teresak-esak.
“ Baiklah terima kasih. Saya dan adik saya akan ke sana sekarang “ kata Firdaus lalu meletakkan telefon itu ditempatnya.
Firdaus menghampiri Hasya dan memeluknya erat.
“ Sabar ya Hasya “ pujuk Firdaus. Hasya menangis semahu-mahunya di bahu Firdaus.
Beberapa minit kemudia tangisan Hasya reda. Firdaus memujuk Hasya ke hospital. Semua saudara mara dihubungi untuk khabarkan tentang kematian bonda dan ayah yang tercinta.
Tiba di sana Firdaus dan Hasya diminta ke bilik mayat. Pihak hospital meminta mereka mengesahkan bahawa si mati itu adalah Datin Adra dan Datuk Zainal. Hasya dan Firdaus mengesahkan si mati itu adalah mak dan ayah mereka.
Sementara memandikan mayat, Hasya tunggu di luar. Telefon bimbit Hasya tidak henti-henti berbunyi. Saudara mara menelefon dan terkejut mendengar berita kematian ayah dan bonda Hasya.
Setelah jenazah selesai dimandikan, Firdaus memandu dan ambulan mengikut mereka dari belakang. Hasya mengangkat panggilan dari Mak long yang duduk jauh di Selangor.
“ Assalamualaikum Hasya. Apa yang jadi ni ? Tak ada ribut, tak ada petir tiba-tiba mak cik dapat mesej mak ayah kamu dah tak ada. Betul ke ni ? Kamu tak main-main kan ? “ kata mak long nya, Puan Zarina.
Hasya tidak dapat membendung air matanya dari tumpah. Dia menangis tanpa pedulikan mak long nya di talian.
“ Mak long, betul ayah dan mak dah tak ada. Hasya pun macam tak percaya “ kata Hasya setelah tangisannya reda sedikit.
“ Hmm. Sabarlah Hasya. Allah lebih sayangkan mereka. Ni semua dah tahu belum ? “
“ Dah mak long Hasya mesej semua saudara mara “ jawab Hasya.
“ Baiklah, mak long gerak ke rumah kamu sekarang ya “
Hasya mengangguk walau pun dia tahu mak long nya tidak nampak. Firdaus memecut kereta dengan sedikit laju. Mujur kereta yang lalu lalang tidak banyak. Hasya yang asyik menangis dipujuk supaya bersabar. Dia juga berasa amat sedih. Dia juga mahu menangis seperti Hasya namun dikuatkan hati supaya Hasya tidak nampak kesedihannya. Dia perlu kuat untuk Hasya. Dia perlu kuat untuk arwah mak dan ayahnya.
Sampai sahaja di rumah, staf-staf ambulans membantu Firdaus meletakkan jenazah ke dalam rumah. Penduduk kampung mula datang seorang demi seorang. Mereka berjumpa Firdaus dan memujuk supaya dia bersabar. Firdaus hanya tersenyum dan berterima kasih walau hatinya ingin menjerit dan menangis.
“ Terima kasih encik. Moga Allah membalas kebaikan encik “ kata Firdaus kepada salah seorang staf ambulans.
“Itu dah menjadi kewajipan kami. Sabar ya. Moga Allah meletakkan mak dan ayah kamu di tempat orang-orang beriman “ ujar Encik Harun .
“Terima kasih “
“ Kami pergi dulu “ kata Encik Harun.
“ Baiklah, hati-hati dalam perjalanannya “
Firdaus menunggu di luar sehingga ambulans pergi kemudian dia ke dalam bersama jiran-jiran yang sudah tiba. Hasya dilihat sedang duduk dan membacakan yaasin. Jiran-jiran perempuan termasuk Kaira dan Ayra yang baru tiba duduk bersama Hasya dan mengelilingi jenazah.
Kaira perasan dari tadi Firdaus meniliknya dan tidak lekang dari menatapnya namun Kaira buat-buat tidak nampak. Dia perlu menghormati Hasya. Dia tidak mahu Hasya berasa dia meninggalkannya ketika waktu begini. Dia mencintai Firdaus namun dia menyayangi Hasya.
Semua adik beradik arwah Datin Adra dan Datuk Zainal tiba beberapa jam kemudiannya. Saudara lelaki yang baru sampai duduk di luar manakala saudara-saudara perempuan ke dalam cuba mengesan Hasya.
“ Hasya “ tegur Datin Kamalia adik kepada arwah Datuk Zainal.
“ Aunty “ Hasya bersalaman dengan Datin Kamalia dan bangun memberi ruang kepada Datin Kamalia dan saudara yang lain untuk duduk.
“ Sabar ya Hasya “ pujuk Datin Kamalia.
“ Terima kasih aunty “ balas Hasya.
Air matanya menitis entah yang ke berapa kali. Kemudian dia melentokkan kepalanya di atas bahu Datin Kamalia. Beban perasaan yang dirasai sejak dari tadi berkurangan. Dia menumpang kasih kepada Datin Kamalia seketika.
Jam menunujukkan hampir tiga pagi. Jiran-jiran sudah ada yang pulang selepas membaca Yaasin. Kini yang tinggal kebanyakannya saudara mara. Hasya cuba mengecam di mana mak long nya berada. Namun tidak kelihatan. Dia cuba membuat panggilan di luar. Pagar rumah sudah ditutup. Takut dia tertidur sewaktu mak long nya tiba.
Beberapa kali nombor mak long nya di dail. Namun talian asyik dimatikan. Air mata Hasya merembes keluar. Dia berfikiran bukan-bukan. Mak long tak mahu datang kah ? Mak long tak mahu jenguk mama dan papa untuk kali terakhir kah ? Hasya rasa matanya sudah bengkak dan merah.
Dia tidak peduli jika sesiapa menganggapnya cengeng. Datin Kamalia keluar dan memanggil Hasya supaya ke dalam, rehat dan tidur. Namun Hasya enggan. Malah dia yang menyuruh Datin Kamalia dan saudara mara yang lain tidur.
“ Hasya, aku tahu kau pedih untuk terima hakikat yang mama dan papa kau dah tak ada. Tapi kau perlu redha. Rehatkan badan kau sekejap. Pagi nk kita semua akan pergi kebumikan jenazah. Aku takut kau pengsan sebab tak tidur semalaman “ pujuk Fattah sepupu lelaki sebayanya dan anak kepada Datin Kamalia.
Hasya agak berkecil hati dengan mulut Fattah yang tidak berlapik. Namun ada benarnya kata-katanya. Dia dan abang Firdaus perlu berehat sebentar.
“ Terima kasih Fattah sebab ambil berat tentang aku. Nanti kita borak ya “ balas Hasya. Dia cuba tersenyum sambil memandang Fattah namun pedihnya terasa.
“ Hah, macam tu lah sepupu aku “ kata Fattah sambil memukul bahu Hasya.
“ Aduh, sakitnya “
Mujur ini bukan saatnya bergurau. Jika tidak lebam bahu Fattah ditepuknya juga.
Share this novel