bab 21

Romance Series 4241

Peperiksaan SPM telah tamat. Semua pelajar bersorak keriangan sebaik sahaja kertas peperisaan yang terakhir diambil oleh pengawas yang menjaga mereka kecuali Hasya. Sewaktu yang lain bersorak kegembiraan Hasya hanya mendiamkan diri dan melayan kesedihan yang bersarang di hatinya.

Ayra yang duduk di barisan belakang memerhatikan Hasya sejak dari tadi. Dia faham kesedihan yang dirasakan oleh Hasya. Namun dia tidak dapat membantu apa-apa melainkan menasihati Hasya agar bersabar  dan redha dengan ketentuan Tuhan serta berada di sisi Hasya sepanjang masa  memberikannya semangat.

“ Kau okey Hasya hari ini ? “

Inilah soalan yang ditanya Ayra setiap hari sepanjang peperiksaan SPM dijalankan.

“ Hmm.. okey kot “ balas Hasya acuh tak acuh. Dia cuba menyimpulkan senyuman namun terasa hambar.

“ Aku tahu kau sayangkan aku. Tak payahlah setiap hari tanya aku okey ke tak “ kata Hasya lagi cuba bergurau melawan kesedihannya.

Ayra gelak dan menepuk bahu Hasya. Haish, sama je macam Fattah sakit bahu aku dibuatnya. Kata Hasya dalam hati.

“ Habis kau diam je, macam mana aku tak risau” kata Ayra mengambil berat.

“ Cuba senyum sikit ke, berbual dengan aku. Tak ada lah aku risau sangat “ tambah Ayra.

“ Kaira  macam mana ? Dia ambil SPM  ke ? “ soal Hasya. Dia cuba mengubah topik perbualan. 

Namun dalam hati dia bersyukur dikurniakan kawan seperti Ayra yang tidak pernah meninggalkannnya dalam waktu senang atau susah.

“ Bukan kau ke yang patut lebih tahu ? Dia kan bakal kakak ipar kau “ ujar Ayra.

Dia berasa sedih dengan apa yang menimpa Kaira dan Hasya namun dia agak terkejut apabila mendapat tahu  Kaira dan Firdaus bercinta. Ayra berasa tidak sedap hati. Manakan sama pipit dengan enggang. Dari segi rupa mereka bagai pinang dibelah dua akan tetapi perbezaan taraf mereka terlalu besar.

Kaira bukanlah datang dari golongan orang yang berada. Mampukah Kaira berhadapan dengan ahli keluarga Hasya dan Firdaus yang kaya raya ? Fikir Ayra.

Hasya tersengih. Macam mana dia nak tahu keadaan Kaira sedangkan dia tengah buat perangai dengan abang kesayangannya Firdaus.

“ Aku pun tak berbual sangat dengan abang aku. Aku merajuk sikit. Dia nampak kuat walaupun papa dan mama aku dah tak ada. Aku rasa mesti sebab Kaira. “ luah Hasya.

Ya, Hasya perasan yang Firdaus sangat kuat. Dia tidak pernah nampak Firdaus menangis atau pun menunjukkan kesedihannya walaupun selepas pemergian mama dan papa. Firdaus sentiasa ceria dan banyak mulut.

“ Entahlah Hasya. Kalau kau merajuk, aku cemburu sebab Kaira dapat abang kau yang hensem dan bijak. Tak sia-sia dia cintakan abang kau sejak dulu lagi  dan akhirnya dia bakal berkahwin dengan orang yang dicintainya. “

Pap ! Hasya menepuk bahu Ayra.

“ Aduh ! “ Ayra mengaduh kesakitan sambil memegang bahunya yang mungkin sudah merah ditepuk Hasya dengan kuat.

Hasya ketawa berdekah-dekah melihat reaksi Ayra.

“ Tau pun kau sakit. Kau dengan sepupu aku sama je suka tepuk bahu aku” kata Hasya.

Ayra tergelak kuat. Kemudian dia memeluk bahu Hasya dan mereka berjalan bersama-sama.

 

Majlis perkahwinan Firdaus dan Kaira diadakan secara sederhana di sebuah dewan. Hanya saudara mara terdekat dan kawan-kawan rapat yang dijemput bagi memeriahkan suasana. Kaira berasa apa yang berlaku padanya ini seperti satu mimpi. Dia tidak pernah membayangkan yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang sudah lama dicintai dalam usia yang begitu muda.

Umurnya sekarang sudah mencecah 18 tahun. Antara dia, Hasya dan Ayra, dia yang paling tua lahir pada bulan Januari. Kaira sedang bersiap-siap dan disolek oleh juruandam bertauliah yang ditempah khas oleh Hasya. Hasya kata jika dia disolek dengan cantik abang Firdaus akan bertambah cinta kepadanya. Kaira menggeleng. Ada- ada saja Hasya ni.

Setelah siap bersolek Ayra dan Hasya menunggu di hadapan pintu bilik persalinan untuk mengiringi Kaira ke tempat persandingan. Mereka berdua menjadi pengapit Kaira dan Firdaus. Sepatutnya  yang menjadi pengapit ialah Hasya dan Wasiq. Namun awal-awal lagi Hasya katakan yang dia tidak mahu ada kaitan dengan Wasiq. Dia tidak mahu berpasangan dengan Wasiq dan benci menjadi bahan gosip dan usikan.

Hasya juga ada beritahu Ayra yang dia menyesal berbuat baik kepada Wasiq pada awal pertemuan. Tidak sangka mamat itu ada hati dengannya. Pengantin sudah siap berdandan. Ayra dan Hasya berdiri di sebelah Kaira dan membawanya keluar.

Para tetamu yang hadir memerhatikan mereka dengan rasa teruja. Masing-masing sibuk mengambil gambar pengantin perempuan yang duduk sendirian sambil menunggu pengantin lelaki. Ada juga yang sempat berselfie.

“ Hasya kau okey ? “ soal Kaira perlahan. Hasya disebelah sedang mengipas-ngipasnya.

“ Kau ni, tak habis-habis tanya aku okey ke tak. Aku yang sepatutnya tanya kau. Ni kan majlis perkahwinan kau “ balas Hasya suaranya juga diperlahankan.

Kaira cuba tersenyum walaupun mukanya terasa ketat.

“ Aku risaukan kau tahu “

“ Shuh..” Hasya menyuruh Kaira diam. Jika dia balas semua kata-kata Kaira mungkin air matanya akan menitis.

Apa yang berlaku biarkan berlalu. Hasya sudah redha dengan permergian mama dan papanya yang tercinta. Lagipun buat malu je jika para tetamu yang terdiri dari saudara mara terdekat dan kawan-kawan Firdaus melihat dia menangis. Dia dah besar dan bukan anak manja lagi.

“ Kau jangan risau Kaira, kalau aku tak ada, Wasiq ada untuk jaga Hasya “ sempat lagi Ayra menyakat Hasya.

Hasya mencubit lengan Ayra dan Ayra mengaduh kuat

Para tetamu yang duduk berdekatan pentas memandang ke arah mereka. Hasya, Kaira dan Ayra ketawa perlahan.

“ Terima kasih Hasya sebab terima aku sebagai kakak ipar kau “ kata Kaira.

            “ No hal Kaira. Sebab kau kawan aku, aku tak kisah kalau kau kahwin dengan sesiapa yang kau nak. Yang penting kau masih kawan aku. Apa-apa yang terjadi pada kita bertiga, aku harap kita akan masih berkawan lagi. Aku tak nak kehilangan kawan yang baik macam kau dan Ayra “ kata Hasya panjang dan kedengaran pada telinga Kaira dan Ayra.

            Hasya sengaja kata begitu bagi menenangkan Kaira yang gemuruh. Pengantin lelaki sudah sampai. Hasya turun dari pentas dan menyambut kedatangan Firdaus.  Dia mengiringi Firdaus ke tempat duduk pengantin lelaki. Suasana bertambah meriah. Bunyi paluan kompang memenuhi suasana yang meriah di dewan.

 

            Kaira memilih destinasi percuitian bulan madu mereka di Pulau Langkawi. Pada mulanya Firdaus enggan mendengar cadangan Kaira dan mahu membawa Kaira ke Paris. Namun disebabkan Kaira berkeras mahu bercuti di dalam negara lagipun tidak banyak belanja yang keluar akhirnya Firdaus bersetuju setelah didesak dan dipaksa Kaira yang perutnya semakin membesar saban hari.

            Kaira memberi alasan dia tidak mahu berjalan jauh dengan tubuh yang sarat mengandung dan dia juga mahu menikmati keindahan pulau-pulau yang ada di Langkawi.

            “ Betul Kaira tak menyesal kalau kita tak ke Paris ? Best tau tempatnya “ kata Firdaus. Dia cuba memujuk berkali-kali mana tahu hati Kaira berubah mahu ke Paris pula.

            Kaira menggeleng.

            “ Saya takut tak larat jalan jauh sangat. Apa pandangan abang kalau saya gugurkan sahaja kandungan ini ? Lagipun ini bukan benih abang “ kata Kaira agak tegas dan cuba mengalih topik perbualan.

            Jika perempuan lain ditempatnya sekarang pasti sudah setuju dengan cadangan Firdaus yang ingin ke Paris. Namun itu bukan tujuannya dia bersama Firdaus. Dia mahu cintakan Firdaus seikhlasnya tanpa ada sebab tertentu. Tidak kira susah atau senang dia sentiasa mahu di sisi Firdaus.

            “ Apa Kaira cakap ni ? Abang dah anggap anak dalam perut Kaira dah macam anak sendiri. Lagipun kandungan Kaira  dah nak masuk 5 bulan. Sia-sia sahaja Kaira penat menjaganya hingga sekarang “  ujar Firdaus.

            Dia mendekati Kaira dan berdiri di belakang Kaira. Kemudian dia merangkul tubuh kecil Kaira dari belakang. Perlahan-lahan tangan Firdaus singgah di pinggang Kaira. Kaira agak tersentak. Dadanya tiba-tiba berdebar-debar dan jantungnya mengepam darah ke seluruh tubuh  dengan sangat laju. Kaira jadi pemalu apabila tubuh Firdaus mendekat dengan tubuhnya.

            “ Apa abang buat ni ? “ marah Kaira.

            “ Shh..” Firdaus menyuruh Kaira berdiam diri.

            Kaira mendiamkan dirinya tatkala  Firdaus mula mencium lehernya.  Kemudian tangan Firdaus merayap dari atas tubuh Kaira hingga ke pinggangnya.  Jari jemari Firdaus singgah di bibir Kaira. Firdaus memusingkan tubuh Kaira agar dia dapat menyatukan bibirnya dengan bibir Kaira.

            “ Stop !”  Kaira menahan bibir Firdaus dari menyentuh bibirnya.

            “ Maafkan Kaira bang. Kaira belum ready lagi “ kata Kaira jujur.

            Dia menolak tubuh Firdaus dan meminta Firdaus menunggunya di luar.

            “ Kali ini Kaira terlepas, lain kali tahulah abang nak buat apa “ ujar Firdaus menyakat Kaira.

            Kemudian dia menggosok kepala Kaira seolah-olah Kaira budak kecil yang perlukan perhatian. Kaira tidak gembira mendengar kata-kata Firdaus. Dia berasa serba salah melibatkan Firdaus dalam kehidupannya yang entah ada masa depan atau tidak.

 Air mata Kaira mengalir laju sebaik sahaja Firdaus meninggalkannya keseorangan. Dia tidak tahu benar atau tidak tindakannya menerima Firdaus sebagai suami. Yang penting dia serba salah yang teramat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience