Encik Hasyim mencari Azura dan Kaira merata-rata. Jika tidak di bawah dia mencari di atas. Namun bayang dua orang itu tiada. Dia juga menelefon Kaira tetapi telefon bimbitnya tidak dibawa. Dia cuba menelefon Azura namun tidak diangkat. Mana perginya mereka. Hasyim cuba bertanya jiran-jiran terdekat namun tiada seorang pun tahu di mana keberadaan mereka. Biasanya jika pulang lewat pasti Kaira memberitahunya namun yang peliknya Azura juga tiada di rumah. Encik Hasyim berasa sangat cemas. Dia berasa tidak sedap hati.
Sementara menunggu mereka hingga lewat malam Encik Hasyim mengambil telefon bimbit Kaira dan memeriksanya. Mana tahu ada petunjuk di mana mereka sekarang. Dia membuka fail mesej dan whatssap memeriksa semua perbualan Kaira namun kosong. Tiada apa-apa mesej yang dihantar atau masuk. Mungkin Kaira yang memadamnya. Mujur ada sejarah dua panggilan yang dibuat lantas Encik Hasyim menghubungi nombor tersebut.
“ Ya ? Kaira ?” suara Hasya di talian kedengaran.
“ Ni kawan Kaira ya ? “ tanya Encik Hasyim.
“ Ya saya Hasya. “ jawab Hasya.
“ Kaira ada dengan kamu ke ? “ tanya Encik Hasyim lagi.
“ Pak Cik ni ayah Kaira ke ? “
“ Ha ah “
“ Maaf pak cik. Kaira tak ada dengan saya” Jantung Encik Hasyim berdebar. Firasatnya kuat mengatakan bahawa Kaira dan Azura hilang.
“ Ok terima kasih Hasya “
Encik Hasyim menutup talian. Dia cuba menelefon nombor yang satu lagi .
“ Kenapa kau telefon aku tengah malam ni mak cik oi “ suara Ayra yang serak serak basah kedengaran di hujung talian.
“ Maaf nak. Kamu Ayra ya ? “ tanya Encik Hasyim. Suara di hujung talian sepi. Ayra tidak membalas.
“ Hello ? Ayra ? “
Ayra yang sedang terkejut tidak dapat mengatakan apa-apa. Dia tidak sangka Pak Cik Hasyim yang menelefonnya malam-malam begini. Talian dimatikan. Kemudian dia menelefon nombor Kaira kembali.
“ Maaf pak cik. Ada apa ya ? “ soal Ayra.
“ Kaira tak ada dengan pak cik. Dia ada dengan kamu tak ? “ soal Encik Hasyim.
Mulut Ayra melopong. Kaira hilang ke ?
“ Pak Cik dah tanya Hasya ? “
“ Kaira tak ada dengan Hasya. Tu yang pak cik telefon kamu. Ingat dia ada dengan kamu “ kata Encik Hasyim.
“ Kaira hilang ke pak cik ? “
“ Pak cik tak tahu. Mak tiri dia pun tak ada di rumah” jelas Encik Hasyim.
Ayra menutup talian setelah dia menasihati Encik Hasyim agar bersabar. Jika benar Kaira hilang. Di akan membantu Encik Hasyim mencari Kaira.
Esoknya masih cuti sekolah. Berita tentang kehilangan Kaira dan Azura tersebar satu kampung. Hasya yang terkejut dengan berita itu menemui Ayra. Setahu Hasya, Kaira tidak mempunyai musuh untuk dia diculik. Atau yang menculik mereka berdua adalah musuh Azura. Namun Hasya tidak kenal sangat akan Azura. Sesekali terserempak dia hanya memberikan senyuman kepada ibu tiri Kaira itu.
“ Kaira hilang ke weh ? “ tanya Hasya.
“ Taklah “ ujar Ayra.
“ Kau ni main-mainlah “ marah Hasya.
“ Tak tahu betul ke Kaira hilang. Entah-entah dia ikut mak tiri dia balik kampung sedara belah mak tiri dia “ jawab Ayra.
“ Yeke kau ni ? Kalau dia balik kampung sedara belah mak tiri dia mesti pak cik Hasyim tahu. Tak kan mak tiri dia atau Kaira tak beritahu pak cik Hasyim “ kata Hasya.
“ Entahlah aku tak tahu. Kau jangan nak hebohkan sangat berita ni “ ujar Ayra.
“ Mana ada nak heboh. Tapi ramai dah tahu. Ni pun aku dapat tahu dari mak aku. Mak cik Zaiton yang khabar “
“ Nak buat macam mana ye ? Aku dah cakap pada pak cik Hasyim. Kalau mereka tak balik juga malam ni baru report polis “ jelas Ayra.
“ Kau nak cari mereka di sekitar kampung ni tak ? “ soal Hasya.
“ habis tu study aku macam mana ? Esok exam “ Ayra serba salah. Dia mahu membantu Encik Hasyim mencari Kaira tetapi jauh di sudut hatinya dia mahu belajar. Ada beberapa subjek yang belum habis diulang kajinya.
“ Tak lama pun. Sekejap je “ ujar Hasya.
“ Sekejap kau tu lama tahu tak ? Kejap, macam mana kalau penculik tu bawa Kaira dan mak tiri dia jauh dari tempat ni“ kata Ayra.
Hasya mengangkat bahunya. Dia sendiri pun tiada idea apa yang terjadi pada Kaira.
“ Kau nak cari Kaira ke tak ? “ soal Hasya.
“ Yalah “ Akhirnya Ayra bersetuju membantu Encik Hasyim mencari Kaira.
Haysa dan Ayra bergerak ke rumah Kaira. Mereka terserempak dengan Wasiq yang sedang berbual dengan Encik Hasyim. Apa yang mamat ni buat di sini. Menyibuk je. Marah Hasya dalam hati.
“ Hasya , Ayra. Wasiq ni. Dia cakap dia ada teserempak dengan Kaira semalam di warung Pak Mail “ kata Encik Hasyim.
Hasya tidak memandang Wasiq. Dia hanya memandang Encik Hasyim dan mendengar kata-katanya.
“ Dia ada nampak ke Kaira pergi mana ? “ soal Hasya.
“ Ha ah pak cik. Kalau semalam ada sesiapa nampak Kaira pergi ke mana senang sikit nak cari Kaira “ tambah Ayra.
“ Tak nampak tapi Wasiq kata ada orang perasan ada satu van semalam depan rumah ni “ ujar Encik Hasyim.
“ Hah ! Betul lah Kaira kena culik “ kata Ayra cemas.
“ Saya gerak dulu pak cik. Nanti apa-apa saya beritahu pak cik “ ujar Wasiq. Dia dapat merasa perubahan pada sikap Hasya. Perempuan itu tidak melayannya seperti sebelum ini. Mungkin Hasya sudah membencinya. Namun Wasiq cuba memujuk hatinya. Mungkin juga Hasya tiada mood menegurnya. Peperiksaan akan bermula esok. Kaira sahabat baiknya hilang pula.
“ Kau nak pergi mana Wasiq ? “ soal Ayra.
“ Nak cari Kaira. Nak ikut ke ? “ pelawa Wasiq.
“ Eh boleh juga “ kata Ayra. Hasya menarik baju Ayra.
“ Kau kata tak nak cari tadi. Bila Wasiq offer laju pula kau eh ? “ bisik Hasya.
Ayra sudah tersipu-sipu malu. Dia memandang Wasiq. Lelaki ini ada daya tarikan. Mengapa hanya Hasya sahaja yang tidak menghargainya ? . Mungkin Hasya akan menyesal kerana mensia-siakan Wasiq.
“ Weh, kawan kita hilang kot. Kau tak sayang Kaira ke ? “ marah Ayra.
Hasya mencebik. Moodnya sekarang tidak baik. Ada juga kena hempuk dengan aku ni. Dia salah dengar ke ? Bukan tadi Ayra ke yang keberatan mahu mencari Kaira.
“ Apa-apa je lah !” kata Hasya. Suasana agak tegang antara mereka bertiga. Wasiq dapat lihat wajah Hasya yang seakan mahu menelannya.
“ Kamu tak perlu susah-susah cari Kaira. Ada lagi yang akan ikut Wasiq. Lagipun yang akan cari Kaira semua lelaki. Pak Cik pun serba salah nak suruh kamu je yang perempuan untuk tolong pak cik. Terima kasih ya sebab ambil berat pada Kaira “ kata Encik Hasyim.
Hasya yang anginnya tidak baik tadi terus tersengih. Dia bukan apa. Geram dengan Ayra yang cakap sekejap lain kemudian lain pula. Lepas tu Wasiq pula ada di sini. Mana tak moodnya hilang.
“ Kaira kawan saya pak cik, mestilah saya ambil berat tentang dia “ ujar Hasya.
Kaira membuka matanya. Dia cuba bangkit namun kepalanya berasa sangat sakit dan seperti berputar-putar. Tekaknya juga terasa sangat loya dan dia terus memuntahkan air syaitan yang ditelannya semalam. Kaira terasa jijik. Dia jijik dengan dirinya dan air yang mengalir di dalam tubuhnya.. Kemudian dia meraba-raba pakaiannya. Baju dan seluar slack yang dipakainya semalam telah ditukar. Kaira cuba mengingat kembali apa yang terjadi kepadanya semalam. Dia teringat Wasiq, Azura dan bagaimana dia boleh berada di situ..
Kaira mahu bangun tetapi dia terasa sesuatu di bahagian bawah badannya. Dia menyelak kain yang menutupi bahagian bawah badannya. Kelengkangnya dan kemaluannya melekit. Tak guna ! Perkara yang paling dibimbangkan adalah kesucian dirinya. Dia tidak sanggup membayangkan apa yang terjadi kepadanya malam tadi. Maruahnya telah tercemar. Lelaki jahat seperti Raksaka pasti telah meratah tubuhnya. Kaira terduduk dan menangis. Dia menutup wajahnya dan berasa terlalu sedih mengenangkan dirinya yang sudah tidak suci. Kaira menangis semahu-mahunya.
Pintu dihempas dan dibuka oleh Raksaka dari luar. Dia melihat Kaira dan tersenyum lebar.
“ Macam mana ? Puas kau tidur malam tadi ? “ kata Raksaka. Kemudian dia ketawa mengejek Kaira.
“ Kau tak guna ! Kau bukan manusia tapi binatang ! “ jerit Kaira.
Raksaka mencangkung dan mendekati Kaira.
“ Aku dah kata. Lepas dah seronok nanti aku lepaskan kau lah. Hutang selesai “ bisik Raksaka.
“ Kau jangan ingat kau terlepas dari hukuman. Suatu hari nanti pasti kau akan ditangkap “ jerkah Kaira.
Raksaka ketawa bagai orang gila.
“ Tangkap ? Tak mungkin. Aku akan pastikan polis tidak jumpa kau. Kau akan ku lepaskan jauh “ kata Raksaka.
Lelaki jahat itu keluar dan meninggalkan Kaira. Beberapa saat kemudian dia datang sambil memegang Azura di lengannya.
“ Akak “ jerit Kaira.
“ Kaira ..” kata Azura. Dia cuba melepaskan diri Raksaka.
“ Hei ! “ Raksaka memekik. Dia memegang Azura kuat agar tidak sampai terlepas.
“ Manap ! Bagi aku pisau ! “ jerit Raksaka.
“ Jangan ! Tolong…aku mohon.. lepaskan Azura “ rayu Kaira.
“ Kau tahu..perempuan ni penipu. Dia cakap dia akan kahwin dengan aku tapi sebenarnya dia tidak cintakan aku. Dia pergi kahwin dengan bapak kau ! Dan aku perangkap dia supaya berhutang dengan aku. Dan sebab itu lah kau menjadi mangsa kerakusan aku. Kau masih nak aku lepaskan dia? “ kata Raksaka. Matanya mencerlung tajam.
Manap datang memberikan pisau pada Raksaka.
“ Jangan !! “ Kaira merayu lagi sambil menangis.
“ Nah rasakan ! “ Raksaka terus menikam Azura apabila pisau berada dalam genggamannya. Dia menyeringai dan menusuk perut Azura secara bertubi-tubi. Tidak sampai beberapa saat darah banyak mengalir keluar dari perut Azura.
“ Akak !! Kau tak guna ! “ gumam Kaira.
Raksaka tesenyum puas. Sekarang dia tidak memerlukan lagi Azura yang selalu menyusahkan dirinya. Tubuh Azura ditolak ke arah Kaira. Azura jatuh dan terbaring di lantai. Raksaka menutup pintu dan merancang keluar dari rumah kosong itu sebentar. Beberapa orang gadis yang diculiknya melihatnya dengan penuh ketakutan.
“ Kau nak nasib sama macam betina tu ke ? “ jerkah Raksaka.
Mereka cepat-cepat menggeleng.
“ Manap kau jaga perempuan-perempuan ni kejap. Aku nak keluar “ kata Raksaka.
Manap menuruti arahan itu. Dia memastikan semua tingkap dan pintu tutup dan berkunci.
“ Akak “ panggil Kaira. Dia cuba mengejutkan Azura yang hampir hiang nyawa.
“ Kai..ra ..” balas Azura. Kaira memerhatikan sosok tubuh Azura yang lemah dengan pandangan yang sayu.
“ Maafkan Kaira kak “ Air mata Kaira menitik. Dia merasa menyesal. Jika dia tidak menyorokkan lagi lima ratus itu dari Azura pasti mereka tidak akan diculik dan Azura tidak akan ditikam.
“ Salah..a.kak “ balas Azura.
“ Jom kita keluar dari sini kak. Bertahanlah “ pinta Kaira
“ Tak.. biarkan a..kak di sini .Per..gi..”suara Azura tersekat-sekat dan Azura menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“ Akak !! “ jerit Kaira. Air matanya mengalir deras. Dia seakan tidak percaya Azura mati di pangkuannya sendiri.
Kaira mahu mengangkat atau mengendong Azura untuk lari dari situ. Namun dia sendiri pun berasa sangat lemah. Dia keluar dari bilik itu dan membuka semua ikatan perempuan-perempuan yang telah diculik oleh raksaka. Kaira cuba membuka pintu utama tetapi pintu itu berkunci. Dia tahu salah seorang kuncunya Raksaka sedang menjaga diluar. Kaira masuk kembali ke bilik . Dia cuba memecahkan tingkap di situ dengan cangkul yang dijumpai. Tingkap itu hampir retak. Kemudian Kaira melontarkan tempat abu rokok ke tingkap itu dengan sekuat tenaganya. Bunyi kaca berderai kedengaran.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi kenderaan bergerak masuk ke kewasan rumah kosong itu. Kaira menyuruh mereka semua lari namun tidak sempat. Manap yang terdengar sesuatu dari luar cepat-cepat bertindak.
“ Jangan bergerak !! “
Manap yang mahu menyelak poketnya mengambil pistol diarah agar mengangkat tangan. Pihak polis telah menjumpai markas mereka. Perempuan-perempuan yang diculik semuanya di bawa naik ke kereta polis. Manap yang tidak terima dirinya tertangkap memaki hamun polis yang mengawalnya ketat. Kaira berasa bersyukur. Nampaknya Allah memanjangkan usianya.
“ Kaira..” seseorang memanggilnya. Kaira dapat mendengar suara itu dengan jelas. Sepertinya suara iru sangat di kenali.
“ Kaira ok ? “ tanya lelaki itu.
“ Ya Allah, abang..abang Firdaus ..” Mulut Kaira seakan terkunci. Tidak sangka Firdaus dan pihak polis yang menemuinya.
Share this novel