Bab 11

Romance Series 4241

Dari jauh Hasya memandang Wasiq yang sedang berjalan menuju ke arahnya dengan wajah yang ketat.  Dia sudah tidak sabar berbicara dan mungkin akan membebel pada Wasiq. Wasiq memberikan senyuman manis. 

“ Hai apa khabar awak yang cantik hari ini ? “ sapa Wasiq.

Hasya menarik muka. Geli dia mendengar kata-kata Wasiq.

“ Saya baik. Awak janganlah main-main. Okay straight to the point. Kenapa awak bagi surat yang semalam tu ? “ soal Hasya. Dia tidak peduli jika dia tiba lewat ke sekolah gara-gara ingin mendapatkan penjelasan dari Wasiq.

“ Kenapa tak boleh ke saya bagi surat tu pada awak ? “ soal Wasiq.  Hasya merasa aneh dengan perubahan sikap Wasiq. Tidakkah terlalu ketara.

Masa mula-mula mereka berjumpa Wasiq lebih senyap dan kelihatan agak pemalu. Ni mesti kerja Adham yang mengajarnya bukan-bukan.

“ Awak tak maksudkannya kan ? Awak janganlah rapat dengan budak-budak lelaki kelas kita. Dia orang tu suka main-main malas belajar “ balas Hasya. Dia terpaksa mendedahkan sikap kawan-kawan lelaki sekelasnya kepada Wasiq. Bimbang pula Wasiq terikut-ikut perangai mereka yang suka main-main.

“ Perasaan saya ikhlas terhadap awak. Saya serius “ kata Wasiq.

Hasya tergelak besar. Tidak tahu Wasiq suka bergurau rupanya.

“ Wasiq. Awak jangan permainkan saya boleh tak ? Saya anggap awak bergurau “ ujar Hasya.

“ Lepas habis periksa SPM nanti saya nak lamar awak “ kata Wasiq. Nadanya kedengaran serius.

Hasya menelan air liurnya. Biar betul apa yang dikatakan Wasiq. Dia tidak salah dengarkah ? Hasya menunduk. Dia berasa agak malu.

“ Erk..awak boleh tak jangan nak main-mainkan saya ? Kalau macam ni saya tak ada pilihan lain” jelas Hasya.

“ Kenapa awak nak pindah sekolah ke ? “ soal Wasiq. Dia ingin menduga perasaan Hasya.

“ Taklah sampai nak pindah sekolah. Kalau betul awak suka saya. Awak kena jelaskan pada kawan-kawan kelas kita supaya hentikan gosip awak dan saya. Saya tahu saya harus bersabar seperti mana awak katakan dalam surat awak. Namun saya harap awak hormatkan saya.  Jika awak tak cuba hentikan gosip kita. Saya minta maaf. Saya harap awak faham kalau saya jauhkan diri dari awak “ kata Hasya tegas.

Hasya cuba berlalu dengan hati yang pedih. Gara-gara perasaan cinta yang timbul dia akan kehilangan seorang kawan. Sewaktu pertama kali dia bertemu Wasiq, dia tidak berfikir akan wujud perassan cinta antara mereka. Lagipula mereka berkenalan baru tidak sampai sebulan. Rasanya tidak masuk akal jika Wasiq menaruh hati padanya. Hasya memang tidak mempercayai Wasiq. Dia Cuma menyangka kawan-kawan mereka yang menjadi penyetus gosip ini.

“ Hasya..” panggil Wasiq lembut.

Hasya yang baru berlalu menghentikan langkahnya.  Dia mahu memberi peluang kepada Wasiq.

“ Kalau itu yang awak hendakkan, saya akan turut. Tapi awak kena percaya saya. Saya memang suka kan awak “ kata Wasiq. Nadanya juga tegas. Dia tidak sanggup diabaikan oleh Hasya. Dia rela melakukan apa sahaja asalkan Hasya tidak sia-siakan dia.

Hasya tersenyum. Dia sebenarnya tidak pedulikan perasaan Wasiq terhadapnya. Dia cuma risaukan gosip yang semakin merebak dalam kalangan kawan-kawan sekolah.  Perasaan Wasiq bukan menjadi satu masalah. Dia boleh sahaja berlakon yang mereka tiada apa-apa hubungan.

“ Awak janji ? “ kata Hasya. Dia tersenyum.

“ Ya, saya Wasiq berjanji akan mengikut segala perintah dan apa yang dikehendaki Hasya “ Wasiq berikrar. Dia mengangkat tangannya separas bahu.

“ Saya terima “ balas Hasya. Kemudian mereka ketawa bersama-sama.

 

“ Hisy, mana dia orang ni. Lambatnya “ Ayra mengeluh.

“ Kejap lagi sampailah tu “ ujar Kaira.

“ Hah mana duit yang kau nak suruh aku simpan tu. Mehlah sini “

“ Aku ni macam nak bayar hutang pada kau pula “ getus Kaira.

Mereka berdiri rapat di tepi meja Kaira. Kaira mengeluarkan duitnya dan dihulur pada Ayra. Belum sempat Ayra menyimpannya mereka disergah oleh Hasya.

“ Hah ! “

“ Mak kau cantik ! “ Hasya menggelakkan Ayra yang melatah.

“ Hei kau ni. Terkejut aku. Ucap lah salam dulu ke “ marah Ayra.

Hasya cuba melihat tangan Ayra yang disorokkan  ke belakang.

“ Apa tu ? “ soal Hasya.

“ Eh, kau gerak dengan Wasiq kan tadi ? Mana dia“ Kaira cuba mengubah topik perbualan.

“ Ha ah.Dia dahlah keluarlah kot .dahlah jom beratur “ ajak Hasya.

Kaira membontoti Hasya dan Ayra membawa duit itu bersamanya. Ayra cepat-cepat memasukkan duit ke dalam poket baju sekolahnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience