Bab 10

Romance Series 4241

Tepat jam 7.30 petang Kaira mendengar bunyi kereta Encik Hasyim yang memarkir di hadapan rumah. Kaira mengemas sejadah dan telekungnya setelah selesai  solat maghrib. Dia segera ke dapur dan membancuh teh panas untuk ayahnya. Azura berdehem dan mengambil alih tugas Kaira. Air yang dibuat oleh Kaira hanya tinggal ditambah air masak sahaja. Azura mengambil tugas mudah. Dia hanya menghabiskan kerja yang dimulakan Kaira.

            Encik Hasyim muncul di pintu. Sementara Azura konon-kononnya membuat air Kaira bergegas ke pintu rumah dan membukanya. Dia mencium tangan Encik Hasyim sebelum mengiringi ayahnya duduk.

“ Air bang ..” kata Azura sambil membawa secawan teh dari dapur yang sebenarnya dibuat oleh Kaira.

“ Terima kasih Zura “ ucap Encik Hasyim lalu mengambil cawan itu dari tangan Azura.

            Kaira berasa sakit hati  melihat lakonan Azura. Azura pura-pura baik dengannya dihadapan ayahnya.  Setelah menghabiskan teh di dalam cawan, Encik Hasyim bangkit menuju ke biliknya. Azura duduk di ruang tamu bagi memberikan Hasyim peluang membersihkan dirinya. Beberapa minit kemudiannya Encik Hasyim memanggil Kaira.

“ Semalam Kai ada minta ayah rm 500 kan ? “ soal Encik Hasyim. Kaira bersyukur ayahnya tidak lupakan permintaannya.

“ Ya ayah “ jawab Kaira.

“Nah..” Encik Hasyim mengeluarkan duit kertas berwarna ungu sebanyak sepuluh keping kemudian dia memberikannya pada Kaira.

“ Hah ? Banyak sangat ..ni ayah “ kata Kaira terkejut namun dia cuba memperlahankan suaranya.

“ Tak apa. Ambil buat belanja kamu sekali “ jelas Encik Hasyim.

Kaira semakin serba salah. Kalau Azura nampak ni pasti dia akan meminta semuanya.

“ Kai nak rm 500 je yah “ Kaira cuba memulangkan semula baki duit kepada Encik Hasyim namun ayahnya bertegas menyuruh dia mengambilnya.

“ Simpan kalau tak nak guna yang selebihnya “ ujar Encik Hasyim.

Kaira mengangguk perlahan. Dia berasa sedih teringatkan Azura. Mungkin dia patut lebih menghormati perempuan itu dan tidak mencari masalah demi ayahnya tercinta. Namun bila difikir semula bukan dia yang selalu cari gaduh. Azura yang sentiasa mencari salahnya dan suka membulinya. Salah dia juga kah ? Kaira keluar dari bilik Encik Hasyim dan bergerak menuju ke biliknya. Dia perasan Azura yang sudah menjelingnya. Tiba di dalam bilik dia melepaskan keluhan. Mahu disimpan mana duit selebihnya. Jika dia simpan di dalam biliknya pasti akan hilang pada hari kemudiaanya.

Sudah dua biji telefon bimbit yang diberikan ayahnya hilang begitu sahaja. Duit yang pernah disimpannya di dalam tabung juga lesap tanpa jejak. Kaira tidak mahu menuduh Azura namun sejak kehadiran Azura di rumah ini barang-barangnya selalu hilang. Pernah dia terserempak Azura yang keluar dari biliknya. Namun dia tidak bertanya dan pura-pura tidak nampak Azura. Dia perlu mengunci biliknya waktu dia tiada di rumah namun tombol pintunya rosak pula. Pasti ayahnya akan bertanya mengapa tiba-tiba sahaja dia mahu mengunci biliknya. Kaira pening kepala. Dia terlalu banyak berfikir.

Azura mengetuk pintu dan memanggilnya dengan lembut. Kaira berasa meluat. Menyampah sangat dia dengan lakonan Azura yang tidak pernah berhenti.

“ Kaira mari makan..” panggil Azura.

Kaira mengajuk kata-kata Azura. Dia tidak peduli jika dia kelihatan kebudak-budakkan.

“ Kejap..” Kaira membuka pintu lalu menghulur rm 500 pada Azura.

Azura segera mengambilnya dan menarik Kaira masuk ke dalam bilik.

“ Bapak kau nampak nanti ! Kan aku dah cakap bagi tunggu aku minta “ marah Azura. Dia mengetuk kepala Kaira

Kaira mencebik. Dia memegang kepalanya yang berasa sakit.  Semua dia buat salah.

“ Nanti saya lupa “ balas Kaira.

“ Eh budak ni..muda-muda dah nyanyuk. Kalau bapak kau tahu, tahulah nasib kau nanti“ getus Azura.

“ Yalah “ jawab Kaira.

“ Dah jom makan. Bapak kau dah tunggu “

“ Tak apa makanlah dulu. Kenyang lagi “ kata Kaira acuh tak acuh. Dia malas mahu melihat wajah Azura yang suka berpura-pura depan ayahnya.

Azura menyembunyikan duit itu ke dalam poket seluarnya.

“ Suka hati engkaulah “

Kaira bergerak menuju ke rak-rak bukunya setelah Azura keluar dari biliknya. Masalah dengan Azura dah selesai. Dia mencari idea bagaimana mahu menyembunyikan duit bakinya. Hah ! Dia teringatkan Ayra. Esok dia akan meminta tolong Ayra memegang duit ini. Yang dia  pasti dia tidak akan benarkan pencuri mencuri duitnya.

 

“ Kau berdua geraklah dulu. Aku ada benda nak cakap dengan Wasiq “ kata Hasya. Dia bersungguh-sungguh meminta Kaira dan Ayra pergi ke sekolah dahulu.

“ Kenapa ? “ Ayra mengerutkan dahinya.

“ Adalah tu dia orang nak cakap. Jomlah “ ujar Kaira.

Hasya memudahkan urusannya. Bolehlah dia minta bantuan Ayra tanpa diketahui oleh  Hasya.

“ Hah yalah..” ujar Ayra.

Kaira menarik lengan Ayra agar mengikutnya.

“ Kalau ya pun janganlah pegang tangan aku kuat sangat “ marah Ayra.

Kaira tergelak. Lembik betul Ayra. Baru dia pegang sekejap tangannya sudah sakit.

“ Hmm..aku nak minta tolong kau boleh ? “ tanya Kaira.

“ Tolong apa ? Macam pelik je permintaan kau “ jawab Ayra.

.“ Kau ni.. aku nak kau jagakan duit aku boleh ? “ pinta Kaira.

Ayra menggaru-garu tudung di atas kepalanya. Tiada rambut. Ah ! Asalkan dia boleh menggarunya.

“ Apahal kau tiba-tiba nak suruh aku jaga duit kau. Ada apa-apa ke yang berlaku? “ soal Ayra. Secara tidak langsung dia cuba memahami keadaan Kaira.

“ Aku takut mak tiri aku ambil “ balas Kaira.

“ Oh. Kenapa kau tak simpan dalam bank je “

Kaira terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Ayra. Mengapalah dia tidak terfikirkannya. Tetapi ada masalah juga . Dia tidak tahu bagaimana mahu menyimpannya.

“ Kenapa kau diam ? Aku salah cakap ke ? Eh,sorry beb “ kata Ayra.

Dia tidak bermaksud enggan membantu Kaira namun dia sendiri pun cuai. Takut juga jika duit tu hilang jika ada di tangannya.

“ Kau tak salah cakap. Aku pun tak terfikir “

“ Banyak sangat ke duit yang kau nak aku simpan “

“ Tak banyak rm 500 je “ kata Kaira perlahan.

“ Banyak tu “

“ Kau boleh tolong tak ? “ soal Kaira nakkan kepastian.

“ Boleh. “

“ Baiklah. Terima kasih sahabatku “ kata Kaira lalu dia mencium pipi Ayra.

“ Cet..bluek…” Ayra mengesat pipinya yang basah dicium Kaira.

Kaira sudah tergelak-gelak. Seronok sekali sekala menyakat Ayra.

“ Kau rasa apa yang dibualkan Hasya dan Wasiq “ kata Ayra.

“ Entahlah. Kau nak tahu ke ? “ soal Kaira.

“ Mestilah “ jawab Ayra pendek.

“ Aku rasa mesti pasal gosip antara mereka “ ujar Kaira.

“ Ye ke ? Aku kesian juga dengan Hasya. Asyik kena sakat je “

“ Kau tanya lah Hasya sendiri. Kalau dia suka antara satu sama lain tak salahkan. Wasiq dan Hasya tu sama padan. Wasiq pandai dan ada rupa . Hasya pula cantik dan bijak. Kan sesuai tu. Lainlah kalau kau dan aku yang tak pandai ni nak digandingkan dengan Wasiq “ kata Kaira.

“ Hah betul lah tu. Kau kalau cakap tak merendah-rendahkan kita tak boleh ke ? Apa salahnya kalau orang macam Wasiq tu suka kau atau aku ? “ Ayra membalas. Nadanya sedikit marah.

“ Kenapa kau tak boleh terima hakikat ke ? “

“ Bukan. Apa salahnya kalau orang macam kita ni dicintakan oleh seorang lelaki. Lelaki yang baik dan pandai “

“ Maksud kau macam abang Firdaus juga ? “ soal Kaira. Kaira tahu walaupun mereka berkawan rapat namun pendapat mereka selalu berbeza.

“ Erk..eh .. Kai..ra. Aku tak maksudkan macam tu. Maksud aku kalau lelaki tu sebaya kita”

Kaira tergelak. Ayra sudah kalah.

“ Ei dah lah. Kalau cakap pasal ni sampai esok pun tak habis agaknya”

Mereka berjalan laju menuju ke sekolah.  

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience