Bab 7

Romance Series 4241

Hari ini ada kelas tambahan. Hasya mengetuai para mentor bagi mereka yang mahu bertanya tentang soalan yang sukar. Cikgu Kalsum guru kelas mereka hanya memantau dan membuat kerjanya menanda kerja sekolah budak-budak tingkatan 4.  Sejak itu Hasya dan Wasiq semakin bertambah rapat. Mereka bertukar-tukar menjawab soalan yng susah kemudian diajar kepada pelajar lain.

            Gosip antara Hasya dan Wasiq tersebar satu sekolah. Mereka digelar pasangan bijak. Bercinta tapi tidak meninggalkan pelajaran. Cikgu-cikgu yang tahu juga merestui mereka.  Hasya sebenarnya agak marah apabila dia diusik ketika bersama Wasiq. Namun kerana tanggungajawab dan amanah yang diberikan usikan itu hanya dibiarkan tanpa ada apa-apa bantahan. Penat mahu menutup mulut orang. Lama-lama berhentilah mereka. Fikir Hasya.

“ Nampaknya lepas SPM nanti kita akan makan nasi minyak Hasya dan Wasiq lah “ kata Ayra. Dia paling kuat mengusik Hasya.

“ Jangan nak merepek lah kau. Belajar pun tak habis. Lepas SPM nanti aku kena sambung belajar ok. Aku nak belajar puas-puas baru kahwin “ kata Hasya.

Tangannya ligat memegang pensel sambil menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan.

“ Kau tengok. Orang lain semua tak sabar nak habis SPM. Hasya tak sabar nak sambung belajar pula “ ujar Kaira. Kemudian dia mengintai Wasiq yang sedang mengajar ahli kumpulannya.  

Wasiq perasaan Kaira melihatnya kemudian dia bangun dan bergerak ke tempat duduk Hasya yang berhadapan dengan Kaira.

“ Pakwe kau datang sini lah weh. Dia perasan ke aku tengok dia “ kata Kaira teruja.

Hasya mendengus. Sudah berapa kali dia katakan bahawa dia dan Wasiq tiada apa-apa hubungan yang istimewa namun Kaira dan Ayra galak menyakatnya. Ayra menyembunyikan gelaknya apabila dia melihat Wasiq menukar arahnya bergerak ke kumpulan lain.

“ Dia nak ajar orang lain lah. Stalker betul kau ni Kaira “ kata Ayra. Kaira menutup mulutnya menahan ketawa.

“ Aku rasa kau orang yang patut kahwin dengan dia “ Hasya saja menduga. Mana tahu mereka ada hati dengan Wasiq.

“ Aku ? Kawan je boleh lah. Kalau mak aku tahu aku ada pakwe mahu dibebelnya empat hari empat malam tak habis-habis “ ujar Ayra.

“ Aku pula. Dia tu hanya layak untuk kau tau ? Aku ni biasa-biasa je kau lagi sesuai Hasya “ kata Kaira.

Hasya mengembangkan hidungnya. Entah boleh percaya ke tidak kata-kata mereka. Saja nak menyedapkan hatinya. Ada hati dengan Wasiq cakap je lah .

“ Dah lah. Asyik nak ngumpat dia je. Baik belajar. Tak pasal-pasal nanti dapat dosa “

“ Yalah bos “ jawab Ayra dan Kaira serentak.  

Hasya bangun setelah dia selesai menjawab semua soalan. Dia meninjau satu persatu kumpulan dan mengajar apa yang tidak difahami oleh mereka. Jika ramai yang tidak faham akan soalan dia akan mengajarnya satu persatu dihadapan kelas. Namun kelas menjadi bising apabila Hasya memanggil Wasiq ke hadapan untuk membantunya.

“ Pewit .. “ Sabrina paling kecoh.

“ Merpati dua sejoli..bagai pinang dibelah dua “ salah seorang budak paling nakal dalam kelas, Sulaiman menyambung usikan Sabrina.

Hasya melemparkan senyumannya. Kemudian dia mengangguk-angukkan kepalanya mengiyakan usikan mereka. Satu kelas terhibur dan ketawa melihat reaksinya.

“ Confess! Confess ! Confess ! “ beberapa orang pelajar lelaki menjerit ‘confess’ beberapa kali.

Keliru Hasya dengan mereka. ‘Confess ‘ apanya ? Siapa perlu confess kepada siapa ?

“ Kau orang semua ni tak boleh fokus ke? SPM dah nak dekat ! Siapa nak kahwin sangat jangan ganggu kawan-kawan yang nak fokus belajar ! “ marah Hasya. Suaranya lantang dan kuat.  Makin sakit hati jika dia melayan usikan mereka.

Satu kelas ketawa. “ Wasiq, apa lagi. Luahkanlah perasaan kau ! “

Wajah Hasya merah padam. Dadanya berombak-ombak menahan perasan yang tidak tentu hala. Jantungnya seakan-akan mahu meletup. Luahkan apa Wasiq ? Mahu sahaja ditanya Wasiq sendiri. Hasya menjeling. Dipandangnya Wasiq.

“ Siapa yang tak nak belajar boleh beritahu pengetua sendiri nanti. Sekarang ni aku tak nak sia-sia kan waktu yang ada. Ok, Wasiq tolong ke depan. Dia akan jelaskan soalan C satu “ Hasya cuba menjadi professional. Suaranya tegas. Dia tidak akan membiarkan emosinya mempengaruhi perbuatannya. Diikutkan rasa. Mahu sahaja dilempangnya wajah Wasiq yang sedang tersenyum-senyum memandangnya

“ Siapa buka mulut lagi aku report pada pengetua “ kata Hasya lagi.

Satu kelas terdiam mendengar ugutan Hasya. Namun ada yang tersengih-sengih terutamanya budak-budak lelaki.  

Wasiq berdiri di hadapan dan mula mengajar mereka. Sesekali Hasya mengangguk-angguk dengan penerangan dan apa yang disampaikan oleh Wasiq. Walaupun benci menjadi bahan gosip bersama Wasiq. Namun Hasya sangat kagum dengan Wasiq yang bijak dan lebih pandai mengajar berbanding dengannya.

Sejak kemunculan Wasiq di SMK Seri Puteri. Hasya akui pelajar yang paling pandai dan terkenal di kalangan guru-guru ialah Wasiq. Buktinya Wasiq dapat menjawab soalan yang dirasakan sukar bagi Hasya. Guru-guru semua juga menghormati Wasiq. Malah Hasya dinasihatkan agar banyak belajar dengan Wasiq. Hasya tidak cemburu jika tempatnya diambil oleh Wasiq.  Hasya lebih gembira. Bebannya berkurang sedikit dengan bantuan Wasiq.

Kelas tambahan berakhir pukul 5. Masing-masing  mengemas barang dengan cepat dan mahu pulang. Wasiq mendekati Hasya dan beritahu bahawa dia akan pulang bersama kawan-kawan kelas mereka yang lelaki.

Adham berdehem dan menepuk bahu Wasiq.

“ Minta izin bini ke bro ? “ soal Adham.

Hasya membuat muka. Mahu ditamparnya mulut celupar Adham.

“ Aku bukan bini dia lah ! “ Hasya memekik marah.

“ Kau ni “ Wasiq pura-pura marahkan Adham.

“ Ok, sorry ..”

Hasya tidak memandang Adham. Dia terus bergerak menuju ke tempat Ayra dan Kaira berdiri.

“ Kenapa kau senyum -senyum “ marah Hasya. Moodnya tidak selalu baik sejak digosipkan dengan Wasiq.

“ Chill ah Hasya. Kalau betul apa salahnya “ ujar Kaira.

Hasya mengetapkan bibirnya.

“ Jomlah , Wasiq balik dengan geng Sulaiman “ kata Hasya.

Mereka pulang seperti biasa. Jalan bertiga dan melintas jalan bersama hingga tiba di rumah.

 

“ Hai..monyok je muka tu kenapa ? “ tegur Firdaus.

Hasya tidak membalas kata-kata Firdaus sebaliknya dia terus ke dapur mengambil air. Tekaknya terasa sangat dahaga. Setelah menuang air sejuk yang di dalam botol ke dalam cawan. Dia meneguk air itu dengan rasa yang sangat nikmat. Tekaknya yang dahaga dapat dihilangkan. Hasya rasa segar.

“ Abang tak pergi mana-mana ke hari ni ? “ soal Hasya. Moodnya kembali ceria.

“ Nak pergi mana.  Duduk je lah di rumah. Tolong mak apa yang patut “ jelas Firdaus.

Hasya membeliakkan matanya. Dia memerhati setiap sudut rumah yang kemas dan teratur. Bunga- bunga plastik di pasu yang selalu dilihat berterabur dilantai setiap kali balik dari sekolah kerana dimain kucing peliharaannya kelihatan kemas dan tersusun.  Lantai juga licin seperti baru di mop dan di sapu. Kabinet dapur bersih tidak terdapat sedikit kotoran pun. Di singki tiada langsung sisa makanan.

“ Serius lah . Hebatlah abang dah boleh jadi mr.mama ni “ puji Hasya melangit.

“ Waktu abang tak ada apa-apa nak dibuat bolehlah. Kalau abang dah start kerja. Hasya lah kena bantu  mak nanti “ ujar Firdaus.

Dia tahu Hasya tidak rajin membuat kerja-kerja rumah. Sengaja dia kata begitu agar Hasya tergerak membantu Datin Adra.

“ Mak mana ? “tanya Hasya.

Semuanya sempurna kerja yang dilakukan oleh Firdaus. Namun ada kurangnya. Dia tidak melihat sebarang nasi dan makanan yang terhidang di atas meja makan. Perutnya pula sudah meragam minta diisi.

“ Mak cuti hari ni. Mak keluar shopping dengan mak cik Zaiton “ kata Firdaus. Macam tahu-tahu saja Hasya sudah kelaparan sekarang ini.

“ Hmm.. “ Hasya melangkah lemah menaiki tangga menuju ke biliknya.

“ Hasya kena masak sendiri lah ni “ kata Hasya dengan kuat. Sikap manjanya dengan Firdaus terserlah.

Fridaus mengekek ketawa.

“ Yalah. Hasya kan dah besar dah pandai masak sendiri “

Diikutkan Fridaus boleh saja dia memasak untuk adik kesayangannya tetapi dia sengaja membuli Hasya. Padanya itu bukan membuli tetapi mengajarnya penuh kasih sayang. Hasya membuka pintu biliknya. Beg sekolah diletakkan di atas meja belajar sebelum dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Badannya terasa sangat letih dan dia terus terlelap.

“ Bangun !! Bangun !!! “ Hasya terdengar seseorang menjerit menyuruhnya bangun dari tidur. Hasya bangun dan dia memisat-misat matanya yang masih mengantuk. Di hadapannya Ayra dan Kaira sedang berdiri tersenyum memandangnya.

“ Bila masa kau berdua datang sini. Tak cakap pun nak datang. Aku…”

Muncul Wasiq dari belakang Ayra. Hasya tergamam. Dia meraba-raba kepalanya. Dia tidak sempat menutup aurat kepalanya dengan tudung. Macam mana Wasiq boleh sampai ke biliknya.

“ Tidak !! “ Hasya menjerit dengan kuat. Dia berasa begitu malu berhadapan dengan Wasiq ketika dia begitu serabai dan selekeh. Walaupun Wasiq hanyalah seorang kawan. Dia tidak akan membenarkan Wasiq berada dekat dengannya ketika waktu ini.

“Hasya ! “ Seseorang memegang bahu Hasya dan menggoncangnya dengan sangat kuat.

Hasya tersedar. Dihadapannya Datuk Zainal sedang memandangnya dengan penuh kerisauan.  

“ Oh.. ayah .. “  kata Hasya lesu. Penat sangatkah dia sampai termimpikan kawan-kawannya.

“ Hasya ok ke ? Nak ayah bawa jumpa doktor ? “ soal Datuk Zainal.

Hasya menggeleng kemudian dia segera memeluk tubuh Datuk Zainal. Didakapnya erat-erat tubuh yang sudah dimakan usia itu. Jika dikira-kira dan ditolak tambah ayahnya sudah hampir mencecah 60 tahun. Namun ayahnya masih kuat dan gagah bekerja untuk menyara mereka satu keluarga. Dia sangat rindukan ayahnya. Ayahnya selalu sibuk dan tidak berkesempatan meluangkan masa dengannya.

“ Hah. Tu lah maghrib-maghrib tidur tu yang mengigau “ kata Datin Adra yang baru muncul. Dia meletakkan barang-barang Hasya di atas katil.

“ Tadi mak ada beli baju dan barang-barang yang Hasya suka. Nanti tengoklah “ kata Datin Adra.

Hasya baru teringat. Firdaus ada beritahunya petang tadi. Mak pergi shopping bersama mak cik Zaiton. Tiba-tiba Hasya berasa sebak. Entah mengapa dia sangat rindukan mak dan ayahnya. Mungkin terlalu tertekan dengan peperiksaan yang bakal menjelma.

“ Lepas ni Hasya mandi, solat isyak dulu lepas tu kita keluar. Pakailah baju yang mak baru belikan tu “ kata Datuk Zainal. Dia memang selalu memanjakan Hasya.

“ Kita nak pergi mana ? Yehuuu “ Hasya menjerit kegembiraan. Dia sangat bersyukur mendapat mak ayah yang sangat menyayanginya dan menatangnya bagai minyak yang penuh.   

“ Adalah ..rahsia.. Mandi dulu “ ujar Datuk Zainal.

Mahu atau tidak dia harus mengikut apa yang telah disuruh oleh Datuk Zainal. Meluangkan masa dengan keluarga dapat mengurangkan tekanan yang dirasainya. Hasya tidak henti-henti mengucapkan syukurnya.  Terima kasih Tuhan.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience