Babak 16

Romance Completed 10235

“Helo… Assalamualaikum… Feeqa…”

“Waalaikumsalam… Deriz… maaf sebab saya kol awak tadi…”

“Eh… takpe… kenapa Feeqa kol saya tadi?...”

“Oh… esok awak sibuk tak?...”

“Tak sibuk… kenapa? awak nak jumpa?...”

“Ya… kalau kau tak keberatan..”

“Boleh.. Kita jumpa di kafe dekat di hospital...esok…”

“Boleh… saya pun nak jumpa Deeqa esok…”

“Okey… jumpa esok..”

“Jumpa esok…”

Keesokan harinya, Shafeeqa dalam perjalanan ke kafe sementara Deriz tergesa-gesa ke kafe sebab dia lambat keluar dari pejabatnya akibat jangka masa mesyuaratnya terlalu panjang. Deriz ingin menelefon Shafeeqa tetapi telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Deriz mula gelisah kalau Shafeeqa akan fikir bukan-bukan.

Sudah sejam Shafeeqa menunggu dan dia cuba menelefon Deriz tapi dia tak jawab. Perbuatan Deriz itu telah menghampakan Shafeeqa dan Shafeeqa mula berfikir yang bukan-bukan.

“Dah.. agak dah… semua lelaki takleh dipercayai… baru aku nak minta maaf… dia tak datang… Dah lah… aku pergi jumpa Deeqa lagi…” Shafeeqa terkejut apabila melihat Deriz muncul secara tiba-tiba dengan badannya berpeluh.

“Feeqa… maafkan saya sebab…”

“Dah lah… Deriz… awak tipukan saya lagi… mungkin awak sama macam laki-laki lain…” Shafeeqa berpaling dari Deriz lalu bergerak ke hospital.

“Feeqa!... SAYA CINTAKAN AWAK!...” Deriz berpaling pada Shafeeqa sambil menjerit. Shafeeqa terhenti seketika.

“Kalau awak benci kan saya… saya faham… tapi… sekurang-kurangnya… biarlah saya jelaskan dulu… lepas tu… saya tak akan ganggu hidup awak lagi…” Deriz cuba memberi perhatian pada Shafeeqa dan Shafeeqa berpaling semula ke depan Deriz.

Mereka pun duduk di meja makan dan Deriz mula menjelaskan semuanya kepada Shafeeqa. Setelah itu, Deriz bangun dari kerusi itu lalu beredar dari itu.

“Deriz…” Shafeeqa memanggil Deriz dengan rasa serba salah.

“Ada apa Feeqa…”

“Saya… minta maaf… Tolonglah… jangan tinggal kan saya…”

“Feeqa… saya faham yang awak tak percaya kan dengan mana-mana lelaki… tapi yang buat saya kecewa pada awak… sebab awak tak bagi saya ruang untuk jelaskan…”

“Okey… saya minta maaf… saya buat apa saja... asalkan awak maafkan saya…”

“Hmm… Betul ni?...”

“Betul… apa saja... “

“Okey… awak tutup mata… dan tadah kedua tangan awak…”

“Okey… okey… saya akan buat…” Shafeeqa menutup matanya sambil menadah tangannya.

Deriz mengeluarkan kotak kecil berwarna merah jambu itu dalam kocek kirinya lalu meletak kan kotak itu ke tangan Shafeeqa.

“Dah… awak boleh buka mata…” Shafeeqa membuka mata lalu melihat kotak kecil itu.

“Kotak?... cincin?... cincin untuk apa ni Deriz?...”

“Siti Shafeeqa binte Abdul Ghazal… sudikah awak menjadi makmum saya untuk seumur hidup saya?…” Deriz merendah kan badan sambil memandang ke muka Shafeeqa. Shafeeqa tidak berkata lalu dia menunduk kepalanya.

“Jadi itu makna setuju?...” Deriz mula keliru. Shafeeqa tunduk kepalanya sekali lagi.

Bagaikan emak mandul baru beranak, Deriz berasa kembang hati sebab cita-citanya tercapai juga. Shafeeqa pun teruja dengan kelakuan Deriz yang suka buat kejutan padanya. Akhirnya, Deriz berjaya menyembuh luka dalam hati Shafeeqa. Mereka berdua pun menuju ke hospital untuk melawat Nideeqa.

“Deeqa… “

“Eh… Feeqa... “ Nideeqa gembira melihat sahabat baiknya datang melawatnya.

“Kau apa khabar?...”

“Aku Alhamdulilah… dah sihat… esok atau lusa… aku boleh keluar… jap...jap.. Kau ni nampak ceria je… mesti ada apa-apa ni…”

“Ya ke?... aku nampak ceria?... biasa-biasa je…”

“Cerita lah… aku kan kawan kau…”

“Okey… okey… sebenarnya… Deriz dah melamar aku!....”

“Abang Deriz dah melamar kau?... Syukur Alhamdulilah… tahniah beb… aku tumpang gembira untuk kau” Nideeqa memeluk Shafeeqa.

“Terima kasih… aku doakan kau cepat sembuh juga…”

“Wah… Tahniah Abang Deriz… tapi ingat tau… jaga Feeqa macam Deeqa jaga dia… kalau tak…”

“Ish… Deeqa ni… suka sakat Abang lah… ya… hospital besar ini jadi saksi… Abang akan jaga Feeqa…”

“Kalau tak apa Deeqa?.. Apa kau janji dengan Deriz?…”

“Oh… yang itu.. Kau kena tanya Abang Deriz sendiri…” Nideeqa masih mengusik mereka berdua.

“Deriz… apa yang awak janji dengan Deeqa…”

“Wo...wo… bawa bertenang Feeqa… aku cuma mengusik korang je…”

“Ish… kau ni kan suka usik aku pula….”

“Abang Deriz dah lama kenal aku… jadi dia tahu aku suka gurau sakan…”

“Kalau kenal takpe lah… jangan jatuh hati sudahlah…”

“Eleh… aku anggap abang Deriz macam Abang aku sendiri lah… lagipun aku dah kahwin…”

“Eh... beb aku gurau je lah…”

“Aku tahu lah… kita kan dah lama kawan…”

“Feeqa… nak dekat senja ni… baik kita pergi dulu… nanti benda lain yang jadi…”

“Okey lah… beb.. Kita gerak dulu… kau jaga diri tau… jangan lupa makan ubat dan berehat..”

“Baiklah… kau pun hati-hati bawa kereta tau… aku rindu kau lah...” Nideeqa memeluk Shafeeqa.

“Alah… alah… manjanya kau ni kan… dah aku pergi dulu…”

“Okey… bye Feeqa… Abang Deriz… terima kasih sebab sudi melawat Deeqa…” Nideeqa menlambai kedua kawannya dengan muka manisnya.

Sementara di rumah Mak Kiah, Mak Kiah menerima berita buruk dari panggilan polis mengatakan bahawa Kamil telah terlibat kemalangan jalan raya semasa ingin ke Kuala Lumpur dari Sabah. Mak Kiah membisu dan telefonnya terjatuh apabila mendengar berita itu.

Mak Kiah pun pergi ke hospital dari alamat yang diberikan oleh pihak polis. Setelah sampai di sana, doktor beritahu pada Mak Kiah bahawa nyawanya tidak dapat di selamatkan. Mak Kiah tidak boleh terima hakikat bahawa anaknya meninggal dunia.

“Tidak… Kamil!.... Kenapa kau pergi dulu Kamil…” Air mata Mak Kiah berlinangan.

Manakala Kamal pula sedang diburu oleh anggota polis sebab disyaki memiliki dadah. Kamal sedang sembunyi di tempat terpencil.

“Mana aku nak sembunyi ni… banyak mata-mata di luar…”

“Ini semua kau punya pasal!…” Arif meninggikan suara pada Kamal.

“Eh… kau cakap ni salah aku?...”

“Ya lah… aku dah cakap… tempat itu banyak mata-mata… tapi kau masih nak ke situ juga…”

“Hei… kalau kau takut!... kenapa kau masih ikut… bodoh!...”

“Dah lah… susah nak cakap orang bendul macam kau!...”

“Eh kau dengar sini… aku tak hairan… kau nak caci aku ke… apa ke… itu aku punya pasal... sekarang aku nak kau pergi sembunyi tempat lain!...” Kamal menarik baju Arif lalu dia menolak Arif.

“Eh… kau dah gila ke!... kau nak aku kena tangkap dulu?...”

“Aku tak kira… kau buat hal kau!... aku buat hal aku…”

“Eh… kau ni dah lupa diri kan!... bila senang... kau cari aku… bila susah… kau campak aku macam kucing kurap!...”

“Hoi… tempat kau cuma layak di tong sampah!”

“Bangsat!... “ Arif menumbuk Kamal. Mereka kelahi tanpa henti dan oleh perkelahian itu secara berterus-terusan, ia telah menarik perhatian dari pihak polis. Pihak polis pun berjaya buat serbuan di tempat tersebut.

Keesokan harinya, selepas mayat Kamil selamat dikebumikan, Mak Kiah menerima panggilan dari pihak polis.

“Helo… ini Puan Rokiah?...”

“Ya saya Puan Rokiah… kenapa Encik?...”

“Anak Puan… Kamaluddin telah ditahan atas memiliki dadah…”

“Ya Allah…” Mak Kiah rebah di tengah perkuburan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience