Tiga minggu kemudian.
Kuzyari sedang keluar dengan Nideeqa di pusat beli-belah. Datin Nora, kawan Puan Kamsyiah, ternampak Kuzyari sedang berdua-duaan dengan seorang gadis yang berpegangan tangan dan terlalu mesra. Dengan pantas, Datin Nora menangkap gambar mereka sedang makan sambil bersuap-suapan untuk tunjukkan kepada Puan Kamsyiah.
“Ewah...Ewah... bukan main mesra si Kuzyari tu?… Siapa perempuan tu?… mudanya…” Ujar Datin Nora sambil menangkap beberapa gambar.
Datin Nora pun mengekori Kuzyari dan Nideeqa dengan senyap sehingga mereka sampai di rumah mereka. Datin Nora pun menangkap gambar apabila mereka sedang mengangkat barang-barang itu lalu masuk ke dalam rumah mereka.
“Biar betul… Kuzyari ada perempuan simpanan?... Ish takleh jadi ni… aku mesti beritahu pada Kamsyiah…” Datin Nora pun menutup jendela keretanya lalu bergerak ke rumah Puan Kamsyiah.
Setelah sampai ke rumah Puan Kamsyiah, Datin Nora tergesa-gesa bilang tentang Kuzyari kepada Puan Kamsyiah.
“Ini gambarnya… sumpah… aku nampak Kuzyari ajak perempuan tu ke rumahnya…”
“Eh… ini orang gaji Kuzyari… Ish.. memang nak kena perempuan ni...” Puan Kamsyiah pun keluar dan pergi ke rumah Kuzyari.
Pada waktu yang sama, Kuzyari keluar sekejap untuk membeli hadiah istimewa dan Nideeqa pun ada berita baik untuk beritahu Kuzyari bahawa dia sedang mengandung lalu dia menunggu kepulangan Kuzyari. Tiba-tiba, Nideeqa terdengar ketukan yang kuat. Nideeqa pun turun dari biliknya dan membuka pintu.
“Puan Kamsyiah?...”
“Kenapa?... terkejut?... Kau cakap terus terang dengan aku?... apa hubungan kau dengan Kuzyari?...”
“Saya cuma pembantu rumah Encik…”
“Bohong!…” Puan Kamsyiah mula naik minyak lalu dia menampar Nideeqa
“Betul Puan… Deeqa cuma pembantu rumah je nanti nak balik ni…”
“Kau jangan nak tipu aku… kalau betul kau cuma pembantu rumah… kenapa kau boleh mesra dengan anak aku?... Cakap!...”
“Sebenarnya... Deeqa ini... Encik Kuzyari…”
“Sudah lah!... aku dah tahu…”
“Puan dah tahu?...”
“Ya… Aku tahu kau ni perempuan simpanan Kuzyari kan…”
“Tak tak… Deeqa bukan…”
“Cukup!... aku nak kau kemas kan barang kau dan berampus dari rumah ini…”
“Puan.. tolong jangan halau Deeqa… sekurang-kurangnya… tunggu Encik Kuzyari balik dulu…”
“Eh… kau pekak ke?... Kalau aku kata sekarang… maknanya sekarang… cepat!...”
Nideeqa pun pergi ke biliknya sambil mengemaskan barang. Sedih di hatinya yang Tuhan yang tahu.Kemudian,Nideeqa turun bawah dengan begnya.
“Ah… dah siap pun… Nah ambil cek… dalam cek itu bernilai RM100 ribu… memandang kan kau cuma nak duit kan?... kau guna duit itu untuk kau belajar… tapi… jangan berhubung dengan anak aku lagi… Lagipun aku nak jodoh kan Kuzyari dengan Putri Marjeena… Seorang model terkenal... Faham…” Puan Kamsyiah pun merampas telefon bimbit Nideeqa.
“Baiklah Puan… Deeqa turut perintah Puan…” Nideeqa mengambil cek itu lalu dia berundur dari rumah Kuzyari. Nideeqa cuma memikirkan keselamatan anak dalam kandungannya. Oleh itu, dia tidak mampu berkata apa-apa untuk menjelaskan pada Puan Kamsyiah.
Sejam kemudian, Kuzyari pulang dengan membawa gelang yang direka khas untuk Nideeqa. Kuzyari membuka pintu rumahnya dengan hati yang girang sambil memanggil nama isterinya. Tiba-tiba, Kuzyari terlihat Bonda-nya sedang duduk atas sofa di ruang tamu.
“Bonda?... Bila Bonda sampai?...”
“Kenapa?... Ari terkejut?... Ari ni ada apa-apa nak beritahu Bonda?...”
“Eh.. takde lah… kenapa Bonda tanya?…”
“Habis tu… kenapa Ari asyik memanggil ‘Deeqa’ je… siapa dia?...”
“Oh Deeqa tu pembantu rumah Ari…”
“Ya ke ni… atau perempuan simpanan Ari…”
“Bonda?!... Apa Bonda cakapkan ni?...”
“Ari jangan berdolak dalih lagi… Bonda dah tahu semua…”
“Bonda… Deeqa tu bukan perempuan simpanan… Deeqa ialah is…”
“Sudahlah Ari... cukup… Bonda tak mahu dengar lagi… Bonda dah usir perempuan tu…”
“Kenapa Bonda usir Deeqa tanpa usul periksa dulu?... Ari boleh…”
“Dah lah Ari… Bonda tak nak cakap banyak lagi… Bonda nak Ari kahwin dengan Marjeena Faham!...”
“Bonda tak leh paksa Ari… bukan ke Bonda beri 6 bulan pada Ari untuk cari calon isteri Ari sendiri… kenapa boleh ubah fikiran pula…”
“Sebab Ari dah menconteng arang di muka Bonda… Bonda tak nak kawan Bonda fikir Bonda tak pandai didik Ari… Bonda tak kira… hujung bulan ni… Ari mesti kahwin dengan Marjeena… Titik!...”
“Baiklah… Ari ikut je apa Bonda nak…” Kuzyari cuba tenangkan keadaan.
“Bagus… nanti Bonda akan uruskan… Ari berehat dulu… Bonda balik ni…”
“Okey Bonda…” Kuzyari pun keluar untuk mencari isterinya. Dia teramat risaukan keselamatan Nideeqa dan dia pandu sekeliling kawasan perumahan kalau Nideeqa masih ada di situ.
Berapa jam kemudian, Kuzyari pulang rumahnya lalu pergi ke biliknya sambil merenungkan gelang yang ingin menghadiahkan kepada Nideeqa.
“Deeqa… Abang minta maaf… Abang tak patut tinggal kan Deeqa keseorangan tadi…. Ya Allah.. Tolong selamatkan isteriku... “
Hari demi hari, selepas selesai bekerja, Kuzyari tidak putus asa untuk mencari isterinya dari satu tempat ke satu tempat sementara Puan Kamsyiah membuat persiapan perkahwinan antara Kuzyari dengan Marjeena.
Sebulan kemudian.
Kuzyari sedang bersiap sedia untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Majlis yang gah itu sangat meriah namun Kuzyari tidak rasa apa-apa sebab dia tidak cinta kan Marjeena. Hatinya cuma pada Nideeqa. Kuzyari terpaksa buat demi Bonda-nya.
Sewaktu Tok Kadi sedang membuat lafaz akad nikah, Marjeena mula terasa mual-mual lalu dia pergi ke tandas. Dia termuntah tanpa henti dan oleh kerana badannya lemah, dia mula rebah sehingga tidak sadar kan diri. Bonda dan Kuzyari menghantar Marjeena ke hospital diperiksa. Setelah sejam doktor memeriksa Marjeena, doktor pun beritahu keadaan Marjeena.
“Doktor.. Macam mana Marjeena?...” Puan Kamsyiah bertanya.
“Yang ni suami pesakit ke?...”
“Tak saya ni... bakal suami dia… belum kahwin lagi … kenapa doktor?...”
“Sebenarnya… Cik Marjeena sedang mengandung dua bulan lebih…”
“Apa doktor?... Mengandung?...”
“Ya betul … dia mengandung…”
“Ish… Bonda tengok?... siapa mengambil kesempatan?.... Ari tak nak jadi Pak sanggup… Ari dah mengambil keputusan… kita batal kan perkahwinan ini…”
“Ari...Ari.. Bonda minta maaf… Bonda tak tahu Marjeena mengandung…”
“Sudahlah Bonda… mulai hari ini… Jangan masuk campur urusan Ari lagi faham!...”
“Kenapa Ari nak marah Bonda pula?... atau Ari masih teringat perempuan tak guna tu…”
“Apa? Perempuan tak guna… Perempuan yang Bonda benci tu adalah ISTERI ARI… Walaupun dia muda, dia yang dapat melembutkan hati Ari… Ari akan cari isteri Ari… Bonda kena ingat… selagi Ari belum jumpa Deeqa… Ari tak kan maaf kan Bonda...” Kuzyari pun beredar dari hospital itu.
“Ari… Ari… Maaf kan Bonda… Ari!... Ya Allah... apa yang aku buat ni…”
Ahli keluarga Marjeena berjumpa dengan Puan Kamsyiah lalu mereka meminta maaf atas apa yang berlaku.
Pada masa yang sama, Nideeqa, kini berada di rumah kecil, sedang termenung dan teringat suaminya sambil membelai perutnya.
“Deeqa… Deeqa fikir apa tu…” Mak Mah bertanya.
“Oh… Mak Mah… Deeqa cuma teringat suami Deeqa… “
“Sudah lah tu… jom kita makan… Deeqa sedang berbadan dua… tak baik fikir terlalu banyak…”
“Mak Mah… terima kasih sebab menjaga Deeqa… “
Nideeqa mengingatkan semasa dia bertemu dengan Mak Mah. Sehari selepas Nideeqa diusir oleh Puan Kamsyiah, Nideeqa rasa lapar dan badannya sangat lemah tidak bermaya. Namun begitu, Nideeqa cuba meneruskan perjalanannya untuk mencari tempat teduh. Tiba-tiba, kepalanya mula terasa pitam dan Nideeqa pengsan tepi jalan berdekatan pasar tani. Masa itu Mak Mah sedang keluar dari pasar tani lalu dia ternampak seorang perempuan terbaring di jalan.
“Ya Allah… Bangun Nak… Nak… Bangun... “ Mak Mah pun memanggil orang sekelilingnya untuk membantunya supaya hantar perempuan itu ke rumahnya..
Setelah di rumah Mak Mak, Mak Mah meletakkan Nideeqa sebuah bilik kosong dan biarkan dia berehat sementara Mak Mah pergi ke dapurnya sambil memasak bubur ayam dan sedia kan perubatan.
“Dee.. Deeqa kat mana ini?... Rumah… siapa ini…?” Mata Nideeqa mula celit perlahan.
“Oh Anak bangun… Nah… ini Mak Mah bawakan bubur dan segelas air untuk Anak…”
“Terima kasih… Makcik..”
“Anak ni siapa?... kenapa pengsan di jalan?...”
“Deeqa… sebenarnya diusir oleh Mak mertua Deeqa…”
“Sungguh kejam betul Mak mertua kamu…”
“Makcik pun tak boleh salah kan Mak mertua Deeqa... dia tidak tahu Deeqa dah kahwin dengan anaknya..”
“Kenapa kamu berkahwin secara senyap… kan ada masalah nanti…”
“Oh itu kalau nak diceritakan.. Panjang… nanti kalau Deeqa sedia… Deeqa akan ceritakan..”
“Takpe… nama Makcik ni Rahmah… panggil je Mak Mah… siapa nama kamu?”
“Nama saya… Nideeqa Elmenda… panggil Deeqa je… Terima kasih Mak Mah… Mak Mah tinggal seorang je?...”
“Mak Mah seorang je di rumah ini… semua dah tinggalkan Mak Mah…”
“Ditinggalkan?... Mak Mah diusir ke?...”
“Eh… taklah… Nanti Mak Mah cerita… Deeqa berehat dulu… orang mengandung ni perlu banyak berehat…”
“Macam mana Mak Mah tahu Deeqa mengandung?..”
“Mak Mah pun pernah alami nya jadi Mak Mah kalau Deeqa mengandung atau tak…Buat sementara waktu… Deeqa tinggal lah rumah Mak Mah tak seberapa ni… Mak Mah pun takde orang nak borak...”
“Baiklah Mak Mah… Terima kasih..”
“Mak Mah sebenarnya kerja di rumah besar di hujung sana tu… jadi… selepas 6 petang… Mak Mah akan pulang…”
“Oh okey… Mak Mah… Deeqa faham…”
Setelah Nideeqa termenung kejadian itu, dia pun pergi ke meja makan. Sebenarnya Nideeqa ingin menyampaikan hajatnya. Tapi sebelum itu dia ingin tahu keluarga Mak Mah.
“Mak Mah… Deeqa nak tahu… mana keluarga Mak Mah…”
“Oh keluarga Mak Mah… mereka dah tinggalkan Mak Mah… kenapa?...”
“Takde.. Deeqa nampak gambar seorang perempuan sebaya dengan Deeqa… siapa dia Mak Mah…”
“Itu… anak Mak Mah,Siti Amirah… tapi dia dah takde…”
“Dia pergi mana?...”
“Anak Mak Mah dah meninggal dunia… akibat menghidap barah payu-dara… setahun lepas…”Air mata Mak Mah mula mengalir.
“Deeqa minta maaf… Deeqa tak berniat buat Mak Mah sedih…”
“Takpe Deeqa… Deeqa pun kena tahu juga kan… Bilik yang Deeqa tidur tu adalah bilik arwah Amirah… apabila Mak Mah lihat wajah Deeqa… Mak Mah teringatkan arwah Amirah…”
“Mak Mah… Deeqa pun takde Mak Abah… Mak Abah Deeqa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya…”
“Kesian Deeqa ni… takpe… anggap Mak Mah ni macam Mak Deeqa sendiri…”
“Terima Kasih Mak Mah… Mak Mah... anggaplah Deeqa ini anak Mak Mah dan anak dalam kandungan Deeqa... cucu Mak Mah…” Nideeqa pergi ke arah Mak Mah lalu memeluk Mak Mah.
Sembilan bulan kemudian.
Nideeqa pun selamatkan melahirkan anak perempuannya bernama Nur Elqesyah dan dia bersyukur pada Allah sebab mudahkannya untuk bersalin dengan tenang. Mak Mah pun senang hati apabila dapat cucunya. Nideeqa sebenarnya mendapat tawaran belajar di ‘University of Reading Malaysia’(UofRM), Johor Bahru, dalam jurusan undang-undang dan jurusan tersebut bermula 2 bulan dari sekarang dan ia mengambil tempoh 3 tahun untuk menerima ijazah.
Nideeqa kini dalam dilema sebab dia perlu menjaga anaknya yang masih perlukan belaian seorang ibu. Mak Mah menasihati Nideeqa agar teruskan cita-citanya untuk menjadi Peguam yang berwibawa. Nideeqa enggan mendengar nasihat itu kerana dia tak mahu berjauhan dengan anaknya. Baginya, dia rela mengetepikan impiannya daripada hidup berpisah dengan keluarganya.
“Deeqa.. Mak Mah faham.. Deeqa sayang kan Qesyah… tapi… Deeqa mesti fikirkan masa depan Deeqa… Sekarang… Qesyah masih kecil… nanti bila dia dah besar… apa Deeqa nak bilang kalau dia tanya Deeqa bahawa Deeqa pernah memenuhi cita-cita Deeqa tu… Kita sebagai ibu ni ibarat acuan… macam mana kita bentuk diri kita… macam itu anak kita akan jadi kelak… Mak Mah tak paksa Deeqa… Mak Mah cuma harap… Deeqa boleh buat keputusan yang tepat…”
“Tapi Mak Mah… 3 tahun Deeqa perlu pisah dari Qesyah… Deeqa sebenarnya tidak daya hendak kehilangan anak Deeqa…”
“Deeqa… 3 tahun tidak lama… kalau Deeqa rindu… semasa cuti semester, Deeqa boleh pulang ke sini menjenguk Qesyah… Jangan risau… Mak Mah akan jaga Qesyah macam cucu Mak Mah… lagi pun… ini permintaan arwah ibubapa Deeqa… Deeqa kena kuat hadapi ini semua…”
“Baiklah Mak Mah… erhmm… Mak Mah… tolong beg Deeqa di bilik Deeqa…”
“Okey jap ya… Mak Mah ambilkan..”
Mak Mah pergi ke bilik Nideeqa lalu mengambil beg Nideeqa berwarna hijau kelabu itu dan dia keluar untuk diberikan kepada Nideeqa.
“Nah ni Beg Deeqa…”
“Terima kasih Mak Mah..” NIdeeqa mengeluarkan cek berjumlah RM100 ribu lalu memberi kepada Mak Mah.
“Untuk apa Deeqa bagi cek ni pada Mak Mah?...”
“Mak Mah… duit ini untuk keperluan Qesyah… semasa Deeqa di universiti nanti… Deeqa mungkin tidak sempat untuk kirim duit… Jadi… Mak Mah guna duit itu untuk keperluan Mak Mah dan Qesyah…”
“Mak Mah… tak boleh ambil cek ini… Deeqa kan perlu untuk bayar yuran… dan keperluan Deeqa di sana...”
“Deeqa ada duit simpanan sendiri… pasal yuran… dan pembelanjaan universiti… Deeqa mampu kalau kurang… Deeqa akan kerja sambilan di sana…”
“Baiklah… kalau begitu… Mak Mah berdoa kan supaya Deeqa dapat capai cita-cita Deeqa… Mak Mah berjanji… Mak Mah akan jaga Qesyah... “
“Terima kasih Mak Mah… kalau Mak Mah takde… Deeqa tak tahu… macam mana…”
“Eh… jangan kata begitu… ini semua dugaan Allah… kalau Allah nak temukan Mak Mah dengan Deeqa… itu kehendak-Nya… Mak Mah pun bersyukur sebab ada Deeqa dan Qesyah dalam hidup Mak Mah…”
“Baiklah… Deeqa akan buat Mak Abah dan Mak Mah bangga dengan Deeqa dan Deeqa tak kan melepaskan peluang ini…” Nideeqa memeluk Mak Mah dengan kuat. Kedua-dua pun menitiskan air mata mereka.
Sementara itu, Kuzyari kini berada di rumahnya yang lama dengan Mak Esah. Kuzyari menjauhkan dirinya dari Bonda-nya. Banyak kenangan manis antara Kuzyari dengan Nideeqa di rumah itu. Walaupun sudah 9 bulan, Kuzyari masih tidak putus asa mencari Nideeqa selepas kerjanya tiap-tiap hari.
Mujurlah Nideeqa masih menyimpan kad ATM Maybank yang diberi oleh Kuzyari dan Kuzyari tidak putus memasukkan RM5000 setiap bulan ke dalam akaun kad ATM tersebut. Mak Esah bersusah hati melihat keadaan Kuzyari kini walaupun pernah tinggal berdua saja, namun kini, tidak lengkap tanpa kehadiran Nideeqa.
Setiap malam sebelum Kuzyari tidur, dia sering memegang gelang yang dia mahu hadiah kan kepada Nideeqa dan termenung seketika sambil menenang kan saat-saat indah bersama isterinya. Dia sangat menyesal apabila tidak dengar nasihat isterinya yang sepatutnya beterus terang pada Bonda-nya terlebih dulu sebelum Bonda mula curiga.
“Deeqa… Abang minta maaf… Deeqa ada di mana sekarang?... Abang berjanji… Abang terus mencari Deeqa sampai jumpa… Abang rindu kan Deeqa… Ya Allah… tolong aku temukan isteriku… hanya pada-Mu aku bermohon…” Titisan air mata Kuzyari mengalir di gelang itu.
Di rumah Mak Mah, sedang Nideeqa membelai Qesyah, dia tidak pernah lupa kan suaminya yang dicintai dan dia berdoa agar dia boleh bertemu suaminya semula.
“Abang… ini anak kita…Nur Elqesyah… Deeqa rindu kat Abang… Maaf kan Deeqa… Deeqa tak berniat tinggal kan Abang… Ya Allah… Kau tabahkanlah hatiku ni… Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi hari esok…”
Share this novel