“Assalamualaikum… Mak Esah… Deeqa?....”
“Hmm… bau apa ni?... macam Nasi Lemak Mak Syiah… Eh… Tak mungkin… Mungkin aku hanya terbawa-bawa masak Mak Syiah kut…” Kuzyari sedang keliru lalu dia pergi ke bilik untuk salin pakaian dan buat apa yang wajib.
Setelah itu, Kuzyari pun turun sambil mengajak Mak Esah dan Nideeqa makan bersamanya. Nideeqa mula sedukkan nasi ke pinggan Kuzyari. Semasa Kuzyari menjamah nasi itu, dia dapat merasakan bahawa masakan itu tidak tumpah dari Mak Syiah, ibu saudaranya yang hilang 18 tahun dulu. Dia mula terkenang kan saat Mak Syiah menghidangkan Nasi Lemak kepadanya.
“Nah… ini Nasi Lemak… Ari suka kan?…”
“Suka… Nasi Lemak Mak Syiah paling sedap pernah Ari rasa… terima kasih Mak Syiah...”
Selera Kuzyari memukau dan dia tambah lagi buat kali pertamanya. Mak Esah tak menyangka lalu dia menyendok nasi kepada pinggan Kuzyari. Setelah itu, Kuzyari pun memakan Karipap. Kuzyari dapat merasakan bahawa aduan Karipap ini sama dengan Mak Syiah.
“Karipap ikan bilis?.. Sedap juga Karipap ini… Mak Esah masak ke?...”
“Eh.. tak… Deeqa yang masak semua ni termasuk Karipap itu… Mak Esah cuma belikan bahan-bahannya je…”
“Deeqa?... aku nak tahu siapa ajar kau masak Nasi Lemak?!...”
“Arwah Mak Deeqa… Kenapa?...”
“Siapa nama arwah Mak Deeqa?..”
“Syamsyiah…”
“Nama penuh Mak kau lah!...”
“Abang Ari boleh jangan marah tak… Deeqa takut lah…”
“Okey.. Okey… aku minta maaf… tolong beritahu aku nama penuh Mak Deeqa…”
“Nama penuh Mak Deeqa ialah Nur Syamsyiah binte…”
“Daud Mukris…” Kuzyari menyampuk.
“Ya lah betul nama penuh Deeqa… Nur Syamsyiah binte Daud Mukris… macam mana Abang Ari tahu nama Mak Deeqa?...”
“Alhamdulilah… Deeqa… arwah Mak Deeqa ialah mak saudara aku yang hilang 18 tahun dulu… Jadi kau sepupu aku…”
“Deeqa ni sepupu Abang?...”
“Masya-Allah kecil dunia ni… Ari… Ari dah jumpa sepupu Ari…”
“Dee… Deeqa tak faham… Apa semua ni?.. Mak Esah?...”
“Mak Esah… tolong ceritakan…”
“Baiklah… Kalau Ari dah izinkan… biarlah Mak Esah cerita… Ceritanya begini...” Mereka semua pun beralih ke ruang tamu lalu Mak Esah mula ceritakan apa yang berlaku.
“Semasa itu, Ari masih umur 8 tahun, Mak Deeqa, Syamsyiah, telah dapati mengandung 2 bulan selepas tamat belajar dari universiti. Tuan Mukris kecewa perbuatan Syamsyiah kemudian dia halau Syamsyiah tanpa usul periksa.. Beliau pun tak bagi Syamsyiah peluang untuk jelaskan. Mak Esah tahu bahawa Syamsiah dah kahwin semasa belajar di universiti lebih kurang setahun sebelum dia balik rumah Tuan Mukris. Disebabkan Tuan Mukris sibuk bekerja, semua hal anaknya, Mak Esah tahu… “
“Jadi… Deeqa bukan anak luar nikah?...”
“Kenapa Deeqa cakap begitu… Mak Abah Deeqa melahirkan anak yang sah…”
“Biarlah Mak Esah ceritakan… Mak Deeqa selalu dibuli oleh pelajar lelaki… Abah Deeqa yang sangat membantunya… Abah Deeqa selalu beritahu semua pelajar yang membuli Mak Deeqa bahawa dia adalah suami Mak Deeqa sehingga ia menjadi satu kenyataan. Abah Deeqa seorang yang baik dan penyayang… sebab itulah Mak Deeqa terima lamaran-nya. Deeqa jangan takut… setelah Tuan Mukris dapat tahu bahawa dia dah kahwin semasa belajar, dia kecewa dan cuba mencari Mak Deeqa. Namun tidak jumpa sehingga Tuan Mukris menghembus nafas terakhirnya. Mencari keluarga Deeqa adalah salah satu dari amanah Tuan Mukris…”
“Alhamdulilah… tapi pelik… macam mana Mak Esah tahu arwah Abah Deeqa?”
“Arwah Abah Deeqa… Nama Farouk kan?”
“Ya betul..”
“Mak Esah pernah jumpa arwah Abah Deeqa… Dia datang jumpa Mak Esah untuk menerangkan apa yang berlaku…”
“Baru Deeqa tahu… Yang Mak Deeqa ni sebenarnya orang berada… Okey.. yang menghairankan… Macam mana Abang Ari tahu rasa masakan Mak Deeqa”
“Mak Syiah selalu masak kan Nasi Lemak untuk aku apabila dia datang ke rumah Ayah Bonda aku… susah aku nak cari masakan serupa gini..”
“Terima kasih Abang… Mak Esah… Deeqa minta maaf sebab Abang Ari tidak tengok arwah Mak Abah Deeqa…”
“Sudahlah… ini semua takdir… yang penting kami ni semua keluarga Deeqa sekarang… Ari… Ari dah boleh beritahu Bonda Ari..”
“Ari akan beritahu tapi bukan sekarang... “
“Oh ya… pasal Bonda Abang… boleh tak Abang ceritakan sikit pun jadilah…”
“Aku minta maaf… Aku belum sedia lagi… aku harap kau faham…”
“Okey… lah… Deeqa pergi bilik dulu ya…”
“Hmm… nanti jap…”
“Kenapa abang?...”
“Kau nak pendapatan sendiri tak?..” Kuzyari menanya dengan mukanya yang tegang.
“Abang nak kasi kerja apa?!... Deeqa tak nak jual badan Deeqa!...” Teriak Deeqa sambil menutup badannya.
“Kau ni… asyik fikir bukan-bukan je… Maksud aku… berniaga… faham?...’
“Oh.. berniaga… ingatkan Abang nak Deeqa kerja sebagai pelacur tadi… Habis tu muka Abang bengis sangat… macam bapak ayam...” Muka Deeqa berubah menjadi merah sambil mengoyangkan tangannya.
“Apa?... ‘Bapak ayam’? Jahat sangat ke aku ni?... Aku cuma cadangkan kau jual Karipap ikan bilis kau ni… setuju tak?...”
“Ya ke… setuju.. Bila nak mula?...”
“Besok aku akan beritahu kau… kau cuma catatkan senarai bahan yang perlukan buat sebanyak 80-100 Karipap… boleh?...”
“Boleh.. Deeqa pergi tidur dulu…”
“Nanti dulu…”
“Apa lagi?... “
“Hmm… Terima kasih sebab masak kan makan malam tadi… besok pagi boleh tak kau buat Karipap ikan bilis untuk aku?..”
“Hmm… Tengoklah… selamat malam…” Dengan tidak hiraukan lagi, Nideeqa berpaling ke depan lalu jalan ke arah biliknya.
Pada pagi esok, Kuzyari sedang mencari sebab hendak memberi wang modal untuk Nideeqa. Nideeqa tengah ada di meja makan sambil menghidang kan Karipap Ikan bilis dan mee goreng.
“Deeqa… sini jap…”
“Ada apa Abang?...”
“Ini aku nak bagi kau duit untuk beli keperluan masakan supaya kau boleh buat Karipap itu…”
“Banyaknya duit ini… Deeqa tak nak… Abang kasi Deeqa RM800… Deeqa cuma perlu RM500 je…”
“Ambil lah… selebihnya untuk barang keperluan kau… masa kau di sini… kau cuma bawa sehelai pinggang je… beli lah pakaian kau…”
“Betul ke ni Abang… terima kasih…”
“Dah Aku nak pergi pejabat… tolong letak kan Karipap itu dalam bekas… Aku nak bawa bekal…”
“Boleh Abang… 5 minit ya…” Nideeqa mengambil bekas lalu letak kan 4 keping Karipap ikan bilis.
“Nah ni bekal Abang…”
“Terima kasih… Ingat kau jangan buat kerja rumah… Aku tak nak kau kerja berat-berat… Lagipun kau bukan orang gaji aku… faham?...”
“Faham abang.. Selamat jalan ya…”
“Hmm… Bye..” Kuzyari pun keluar sambil menaiki keretanya.
“Abang Ari ni… dengan muka bengis dia tu pun... masih peduli kan aku… terharu sangat… Eh… apa yang aku fikirkan?… Tak kan lah dia nak kan aku… mungkin dia dah ada yang punya… kolot lah aku ni…” Nideeqa berkata-kata di fikirannya.
Pada waktu malam setelah habis makan malam, Kuzyari memanggil Nideeqa untuk bincang tentang perniagaannya.
“Ada apa Abang panggil Deeqa?...”
“Ish... Kau ni... Cepat sangat lupa… Dah duduk jap…”
“Sori… Deeqa tak ingat…” Muka Nideeqa bertukar merah sambil memandang ke arah lain.
“Takpe… ni… Aku nak bincang dengan pasal Karipap kau tu… Berapa bilangan kau nak jual?... dan berapa harga kau nak letak?...”
“Deeqa kurang pasti… lagipun Deeqa masih baru lagi… Abang boleh tolong ajar Deeqa?...”
“Okey… macam gini… Aku ajar sikit… Aku tengok karipap kau besar dari yang lain… Apa kata… kita letak untuk Karipap sardin dan kentang harga RM2.50 Sekeping dan Karipap Ikan bilis harga RM3.00 sekeping… Deeqa buat 200 keping… 50 sardin… 50 kentang dan 100 ikan bilis… oleh kerana kau takde warung atau gerai… Aku akan hantar Karipap ini di warung Pak Kassim hujung rumah aku tu… Aku dah bincang dengan Pak Kassim dan dia setuju sebab Karipapnya kurang laku… Jadi,.. setiap Karipap di jual… 50sen sekeping dari hasil itu,... kita bagi pada Pak Kassim sebagai sewa gerai… kau setuju tak?...”
“Deeqa setuju apa yang Abang cadangkan… tapi kenapa 100 Karipap ikan bilis?...”
“Sebab itu… tak ramai orang merasa Karipap ikan bilis… jadi kau perlu buat lebih… kalau… risau rugi… aku tanggung…”
“Wow… Deeqa dah boleh berniaga… Terima kasih Abang…”
“Sama-sama… Besok kau sediakan 200 Karipap… dan… 4 Karipap ikan bilis dan bekalan aku… boleh?...”
‘Boleh… Untuk Abang Ari… Apa saja Deeqa boleh buat…”Nideeqa tutup mulut kerana terlepas cakap.
“Wow… betul ni kau boleh buat apa saja?...”Kuzyari bertanya dengan mukanya yang ketat itu.
“Alamak… terlepas cakap pula… apa yang aku cakap ni… kalau dia minta aku tidur dengan dia macam mana?...” fikiran Nideeqa terganggu sambil mengerakkan tangannya.
“Hey… aku cuma nak kau masak Nasi Lemak setiap makan malam je… Kenapa dengan kau ni… suka fikir bukan-bukan…”
“Oh.. itu… ingat Abang nak apa tadi… boleh… Abang tak jelak ke?...”
“Kau kata arwah Mak Syiah jual Nasi Lemak hari-hari kan?...”
“Ya betul..”
“Kau ni jelak tak?...”
“Mesti lah tak jelak… masakan orang yang Deeqa sayang…”
“Aku pun…” Kuzyari terhenti seketika.
“Apa abang cakap tadi?...”
“Oh… aku cakap… dah lewat ni… dah pergi tidur… nanti liat nak bangun…” Kuzyari bangun dari sofa lalu menyusul ke biliknya.
“Ish… Abang poyo ni… macam aku tak apa dia kata tadi… dia suka masakan aku… Yay!...” dengan senang hati, Nideeqa pun pergi ke biliknya dan tidur.
Keesokan pagi, Nideeqa sedang menyusun 200 Karipap ke dalam 3 bekalan sambil mencatat kan agar Pak Kassim tahu yang mana satu dan tidak ketinggalan dia meletakkan 4 keping Karipap ikan bilis untuk Kuzyari. Apabila Kuzyari turun dan jalan ke ruang tamu, dia memerhati kan Nideeqa sedang menyusun Karipap itu dan dia terpegun dengan kesungguhan Nideeqa.
“Tengok apa tu?...” Mak Esah menegur pada Kuzyari dari belakang.
“Oh… Mak Esah… takde… Ari nak pasti kan Deeqa tu buat kerja je… Ari pergi dulu…”
“Okey… Mak Esah panggilkan Deeqa… Deeqa… Ni Ari nak pergi pejabat…”
“Dah siap Mak Esah… Mana nak letak?...”
“Deeqa pergi tanya Ari…”
“Okey… Abang.. Abang jap…”
“Oh ni… kau letak belakang kereta... “
“Okey… dah… hati-hati jalan...”
Kuzyari singgah ke gerai Pak Kassim dan bagi kertas yang mengandungi harga setiap keping dan komisen Pak Kassim. Setelah itu, dia pergi ke pejabat dan masuk ke biliknya. Memandang kan tak ada mesyuarat pada waktu itu, dia pun mengambil masanya untuk makan Karipap ikan bilis itu. Tiba-tiba kawan Kuzyari, Megat Deriz, cuba masuk bilik Kuzyari untuk memberi salam.
“Wah… Wah… bukan main seronok makan tu…”
“Oh Deriz… Karipap ikan bilis… cuba lah…’
“Karipap ikan bilis?... mana kau dapat Karipap… ‘very rare’ kan?...”
“Alah… aku dapat dari….” Kuzyari terpaku.
“Dari mana?... langit?...” Deriz bergurau.
“Dari warung Pak Kassim di hujung rumah aku… macam mana rasanya?...”
“Hmm… sedap lah… tak sangka rasa nya unik… aku ambil satu lagi?...”
“Eh… aku dah bagi kau satu pun dah cukup bro… kalau nak beli kat warung Pak Kassim… RM3.00 sekeping je…”
“RM3.00 sekeping?... Kau tolong aku beli 10 keping?... Nah ini RM40…”Deriz mengeluarkan duitnya dan memberi kepada Kuzyari…”
“10 keping?... banyak tu bro?... kau telan semuanya?...”
“Ish… kau ni… aku beli untuk keluarga aku lah… nak mereka rasa Karipap ikan bilis… susah nak dapat perisa macam ni kat KL…”
“Bro… kalau 10 keping… RM30… lebih RM10 buat apa ini?...”
“Yang itu… ‘tips’ untuk pembuat Karipap itu…”
“Okey lah… nanti aku bilang kepada pembuat Karipap tu..”
Setelah habis kerja di pejabat, Kuzyari menuju ke warung Pak Kassim untuk mengumpul hasil jualan Karipap itu. Kuzyari memandang wajah Pak Kassim yang kelihatan suka ria dan Pak Kassim beritahu pada Kuzyari bahawa Karipap itu semua habis di jual.
Pak Kassim pun memulangkan bekalan kosong serta wang sejumlah RM450 kepada Kuzyari. Pak Kassim juga pesan pada Kuzyari agar Karipap ikan bilis buat 20 keping lebih sebab ramai pelanggannya suka. Kuzyari pun timbang kan pesanan Pak Kassim sebab dia risau kalau Nideeqa boleh 20 keping lebih dan dia tidak mahu Nideeqa berasa letih.
Setelah sampai ke rumah, Kuzyari pun pergi ke biliknya untuk membersih kan dirinya dan menunaikan solat sebelum makan malam. Selepas makan malam, Kuzyari memanggil Mak Esah dan Nideeqa ke ruang tamu untuk memberi pengumuman. Apabila semua dah berkumpul, Kuzyari pun beritahu pada mereka bahawa semua Karipap Nideeqa sudah habis di jual. Kuzyari memberi RM450 kepada Nideeqa dan dia menanya Nideeqa kalau Nideeqa tak keberatan membuat 20 lebih keping Karipap ikan bilis.
“Boleh lah Abang… Deeqa okey je… asal kan kerja halal…”
“Okey… kalau gitu… biar aku tolong kau boleh?...”
“Abang boleh ke bangun pukul 4 pagi?...”
“Aku boleh lah… Aku akan pastikan sebelum kau bangun… aku dah terpacak kat dapur… oh lagi satu… Kawan aku buat tempahan 10 keping Karipap ikan bilis dan ini duit tempahan… selebihnya komisen kau...” Kuzyari memberi RM40 kepada Nideeqa.
“Syukur Alhamdulililah… Nah... Mak Esah… ini RM 300 untuk bahan-bahan keperluan Karipap…”
“Eh… kenapa kau kasi duit kat Mak Esah?...”
“Untuk barang....”
“Dah… Kau simpan saja duit itu… Kau kan nak belajar Universiti… Kau kumpul je…”
“Tapi… Deeqa… dah susah…”
“Tak susah pun… aku dah bagi duit pada Mak Esah untuk barang keperluan Karipap Deeqa…”
“Takpe… Deeqa tak nak susah kan Abang… cukup lah Abang dah beri tempat pelindungan untuk Deeqa…”
“Kan aku dah bilang kat kau… selagi kau tinggal kat rumah aku… aku kena patuh semua arahan aku faham?...”
“Sudah lah itu… Deeqa simpan duit ini… betul apa Ari cakap… Deeqa kata nak jadi Peguam kan?... Jadi Deeqa kena simpan duit untuk bayar yuran… keperluan Deeqa…
“Te..Terima kasih Abang… Mak Esah…” Nideeqa memeluk Mak Esah sambil menitiskan air matanya.
“Okey… Hmm… apa-apa pun ‘good job’ Deeqa... dah… Ari pergi tidur dulu…”
“Ya Allah… kenapa aku mula rasa suka pada Deeqa… Tapi dia nak kan aku ke?... umur dah 26 tahun… Atau dia dah ada yang punya… Ish… malas aku nak fikirkan…” Kuzyari bertanya pada dirinya.
Pada keesokan paginya, Kuzyari bersungguh-sungguh bangun awal dan ingin membantu Nideeqa. Nideeqa pun terkejut apabila Kuzyari terpacak di depannya. Mereka pun mulakan buat Karipap sambil sembang dan bergurau-gurau antara satu sama lain. Sejak itu, Kuzyari sering bangun awal untuk menolong Nideeqa.
Hari demi hari, akraban mereka semakin mesra walaupun Kuzyari berkata kasar pada awalnya. Kuzyari mula berasa cinta dan dia masih terpendam perasaan itu pada dirinya sementara Nideeqa pun mula terasa sayang pada Kuzyari cuma dia takut kalau Kuzyari sudah ada yang punya.
Share this novel