Sebulan kemudian.
“Deeqa… bangun… sayang… Abang rindu kan Deeqa… Qesyah pun rindu kan mamanya… tolonglah… jangan tinggal kan Abang... “Kuzyari memegang tangan kiri Nideeqa sambil mengalirkan air matanya.
Tiba-tiba, badan Nideeqa mula bergerak tidak tentu arah. Kuzyari mula cemas lalu dia memanggil jururawat dengan hatinya tidak tenteram. Doktor dan jururawat sempat datang untuk meredakan Nideeqa.
“Doktor… macam mana dengan isteri saya?...”
“Alhamdulilah… isteri Encik sudah sedar… cuma keadaannya kini sangat lemah… oleh itu… dia perlu berehat secukupnya… buat masa ini… saya nasihat agar Encik beri ruang untuk isteri Encik berehat…”
“Baiklah… Doktor… terima kasih Doktor… Syukur… Alhamdulilah…”lapang dada Kuzyari apabila mendengar berita itu.
Kuzyari pulang untuk membersih kan diri sambil membawa bekal dari rumah. Kuzyari memberi ruang untuk Nideeqa rehat sehingga dia sembuh. Di rumah, Elqesyah tidak henti menanya keadaan ibunya pada Kuzyari. Sukar Kuzyari memujuk Elqesyah sebab dia faham perasaan seorang anak yang rindu kan ibunya.
“Qesyah… Papa faham… Qesyah nak jumpa Mama… tapi doktor pesan kat Papa supaya beri Mama berehat… kalau Mama dah sembuh… Qesyah orang pertama… Papa beritahu ya… dan Papa akan bawa Qesyah jumpa Mama…”
“Baiklah… Papa… tolong berikan ini kat Mama….”
“Bekal apa ini sayang?...”
“Karipap ikan bilis… Qesyah dan Tok Esah buat… Qesyah tak tahu sedap ke…”
“Wah… Karipap ikan bilis… pandai anak Papa… terima kasih sayang…” Kuzyari memberi kucupan di kepala Elqesyah.
Semasa sampai dari hospital, ketika Kuzyari membuka pintu bilik wad itu, dia ternampak kelibat orang memakai baju hoodie sambil memegang sebelah pisau dengan kedua telapak tangannya lalu ingin menusuk ke tubuh Nideeqa.
“Sayang… Abang…datang… Eh… Kau?… Kau ni siapa?...”Kuzyari terperanjat
“Kau tak kenal aku?...”orang itu membuka hoodie.
“Marjeena?...”
“Hahaha… pandai juga kau ni kan… aku lah Marjeena…”
“Apa semua ni?...”
“Kau cakap apa semua ni?... kau nak tahu…”
“Kau nak apa dengan isteri aku?...”
“Aku tak nak apa-apa… Aku nak tolong isteri kau je… jumpa mak abah dia… hahaha… di sana…”
“Eh… kau dah gila ke?...”
“Gila?... kau kata aku gila?... hahaha… habis tu kau tu apa?... orang alim?...”
“Okey… kalau marah kan aku… bunuh aku je… jangan apa-apa kan dia… dia tak bersalah…”
“Helo… aku nak bunuh kau berdua… tapi aku nak kau rasa apa yang aku rasa… kalau perempuan ini… mati dulu… kau akan sengsara kan…”
“Marjeena… kenapa aku dendam sangat dengan aku?... apa salah aku?...”
“Apa salah kau?... hahaha… kau lupa ke… pasal perkahwinan itu…”
“Pasal… itu… bukan ke... kau mengandung… jadi macam aku nak kahwin dengan… kau...”
“Ya... pasal aku mengandung… tapi kau boleh teruskan je perkahwinan itu…”
“Tak nak lah… aku tak sudi jadi pak sanggup…”
“Pasal kau batal kan perkahwinan itu… aku kehilangan semuanya… mama aku… papa aku… bayi dalam kandungan aku… dan tempat tinggal….”
“Apa kau cakap ni?... aku tak faham?...”
“Bisnes papa aku hampir muflis dan dengan cara mengahwinkan aku dengan kau adalah satu jalan penyelesaian… sejak kejadian itu… papa dan mama bertengkar sehingga kami semua menghadapi kemalangan jalan raya… aku saja selamat cuma keguguran... “
“Habis apa kau nak dari aku?...”
“Hutang darah… hahaha… dibayar darah…lah...”
“Kau dah gila… Nurse!... Nurse!...”
“Shuu…Shuu… kalau kau jerit… aku tak teragak-agak… letak kan pisau ini di dada isteri kau..”
“Okey… Okey… apa kau nak?...”
“Aku nak kau cerai kan perempuan ini… dan kahwin dengan aku…”
“Tak boleh... “
“Kau tak boleh?...”
“Aku tak boleh…sebab... dia sedang koma nanti perceraian itu tidak sah... “
“Baik… aku beri masa seminggu je kalau tidak… kau dah tahu apa aku boleh buat kan…” Kuzyari cuba mengambil pisau itu dari secara mendadak semasa Marjeena berpaling belakang. Oleh tindakannya sangat pantas, Marjeena tertikam Kuzyari di tepi kiri perutnya.
Tiba-tiba, dua orang jururawat datang dan menyaksikan kejadian itu. Salah seorang darinya memanggil pegawai keselamatan untuk menangkap Marjeena.
Dua hari kemudian.
“Abang… Deeqa dah sembuh… terima kasih Abang sebab menjaga kan Deeqa… Abang bangun lah… Deeqa rindu kan Abang… tolong jangan tinggalkan Deeqa...“Nideeqa meratap sambil memegang tangan kiri suaminya.
“Puan… boleh ikut saya sekejap…”
“Ada apa doktor?...”
“Keadaan suami Puan sangat kritikal sebab banyak darahnya mengalir sejak kejadian itu…”
“Habis tu macam mana saya boleh bantu suami saya?...”
“Kami perlukan darah berjenis AB dan darah ini sangat sukar dicari oleh penderma darah…”
“Kebetulan darah saya jenis AB… boleh saya derma kan darah saya pada suami saya…”
“Kita cuba dulu… tapi berisiko…”
“Apa yang risiko Doktor… darah jenis sama kan?..”
“Sebab Puan baru saja sembuh… saya khuatir Puan akan lemah… nanti…”
“Takpe Doktor… yang penting saya nak suami saya sembuh… tolong lah… Doktor…”Nideeqa menyampuk.
“Baiklah… saya akan urusan semua ini…”
“Terima kasih doktor…”
Tanpa berlengah kan lagi, Nideeqa pun pergi ke bilik penderma darah untuk derma darahnya kepada orang yang dia sayang. Setelah selesai menderma darahnya, Nideeqa terasa mabuk dan pandangannya mula kabur lalu dia tiba-tiba rebah di lantai. Dua jururawat ketika itu menolong Nideeqa lalu membawanya ke bilik periksaan.
5 hari kemudian.
“Deeqa… Abang minta maaf… sebab Abang… Deeqa jadi macam begini…”Kuzyari merintih dan terharu dengan pengorbanan isterinya itu.
Tiba-tiba, tangan Nideeqa mula bergerak dan dia terjaga dari koma itu lalu dia menjerit ibu bapanya.
“Deeqa?...Deeqa… Nurse!... Nurse!...”
Doktor pun sempat merawat dan tenangkan Nideeqa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kuzyari tak sampai hati melihat keadaan isterinya sedangkan dirinya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bekalan doa pada yang Esa.
“Abang… Abang… ABANG!!...” Nideeqa terjaga dari tidur.
“Deeqa… Deeqa… Deeqa...Ya Allah… Deeqa dah sedar…” Kuzyari memeluk Nideeqa.
“Abang.. Abang… Abang… okey?...”
“Abang.. Okey… Deeqa okey?...”
“Mana Qesyah?...”
“Qesyah ada di rumah… Nanti Mak Esah, Mak Mah dan Qesyah datang…”
“Abang… Deeqa… kalau Deeqa tak koma hari tu… Abang tak kan cedera…”
“Deeqa… Abang sepatutnya berterima kasih kat Deeqa… sebab sanggup derma darah untuk Abang… walaupun… Deeqa baru sembuh… “
“Abang… Abang ingat tak apa yang Deeqa cakap dulu…”
“Hmmm tak.. Abang.. Tak ingat…”Kuzyari pura-pura saja sebab ingin mengusik Nideeqa.
“Ish… Abang ni… cepat lupa pula…” Nideeqa mencubit-cubit tangan Kuzyari.
“Abang gurau je lah… Abang tahu… Deeqa akan buat apa saja demi Abang… dan Abang nak Deeqa tahu… Abang akan sentiasa ada di sisi Deeqa…”
“Deeqa sayang Abang...” Nideeqa bermanja dengan Kuzyari.
“Wah manjanya… sudah-sudah lah tu…” Mak Esah menyampuk.
“Mama!”
“Qesyah!... sini anak Mama…” Elqesyah datang pada Nideeqa sambil memeluk ibunya. Nideeqa memberi kucupan pada anaknya tersayang.
Mak Mah membawa Puan Kamsyiah untuk jumpa Nideeqa dan meminta maaf. Nideeqa mula berontak dengan ketakutan bila berdepan dengan Puan Kamsyiah. Dia memeluk Kuzyari kuat-kuat sehingga Kuzyari hampir hilang nafas.
“Abang… tolong… Deeqa… Deeqa takut… Abang… tolong… Deeqa takut…” perasaan ketakutannya meluap-luap.
“Deeqa… Deeqa… Deeqa. Deeqa tak perlu takut.. Bonda ingin meminta maaf dengan Deeqa… Bonda dah insaf… Jangan risau… Abang akan ada di sini…” Kuzyari cuba tenang kan Nideeqa.
Bila Nideeqa sudah tenang, Puan Kamsyiah cuba meminta maaf.
“Deeqa… Maaf kan Bonda… Bonda banyak berdosa pada Deeqa… Bonda caci Deeqa… hina Deeqa...tapi Deeqa tetap tabah… Bonda harap Deeqa maaf kan Bonda… Bonda menyesal dengan perbuatan Bonda ini...” Puan Kamsyiah memohon ampun dari Nideeqa.
“Puan… Deeqa… tahu… Deeqa tak layak dengan Abang Ari… Tapi Deeqa cinta kan Abang Ari bukan kerana harta… sebab hati Abang Ari yang ikhlas itu dan penyayang… Deeqa dah maaf kan Puan…”
“Terima kasih Deeqa… sebab maaf kan Bonda…”
“Alhamulilah… Deeqa dah maaf kan Bonda… Mak Mah bangga dengan anak Mak Mah ini…”
“Bagus lah… kita ni sekeluarga… sekarang… kita buang yang keruh, ambil yang jernih ya…”tambah Mak Esah.
“Betul tu Esah… kita buka buku baharu…” Mak Mah sokong pendapat Mak Esah.
Share this novel