Babak 20 Akhir

Romance Completed 10235

Keesokan harinya.
Nideeqa menyiapkan dirinya untuk pergi melawat ibu saudaranya itu. Kuzyari ingin menemani Nideeqa namun, Nideeqa perlu berdepan dengan traumanya sendiri. Kuzyari tidak berkata apa-apa melainkan hanya menyokong isterinya dari belakang. Sejujurnya, ketakutan di dalam tubuh badan Nideeqa masih melekat ke dirinya dan dia berusaha untuk menguatkan semangatnya demi membantu ibu saudaranya itu.
Setiba di penjara, Nideeqa diiringi oleh pegawai polis untuk berjumpa dengan Puan Rokiah. Apabila mata Puan Rokiah memandang wajah Nideeqa, mulutnya kelu dan tidak mahu menyusahkan Nideeqa sebab dia berpegang pada janji.
“Mak Kiah... Deeqa datang sini nak bantu Mak Kiah selesaikan kes ini...”
“Buat apa kau nak tolong aku?... aku tak layak dibantu...”
“Bawa bertenang Mak Kiah... Deeqa kenal Mak Kiah sejak Mak Kiah mula jaga Deeqa dulu... Mak Kiah pernah seksa Deeqa dulu... dera Deeqa... pukul Deeqa... tapi tak terlintas di fikiran Mak Kiah nak membunuh orang...”
“Kenapa kau nak tolong aku sangat... aku dah banyak buat salah dengan kau...”
“Mak Kiah... Deeqa ni manusia biasa... Arwah Abah pernah berkata... ‘Harta benda semua boleh dicari... tapi keluarga sangat sukar dicari dan tiada ganti...’ oleh itu... Deeqa sanggup berkorban apa saja demi keluarga Deeqa...”
“Maafkan Mak Kiah... Deeqa...”
“Sudahlah tu... Deeqa dah lama maafkan... sekarang kalau boleh... Mak Kiah tolong ceritakan kat Deeqa... apa yang berlaku?...”
“Baiklah... Mak Kiah ceritakan...”
Puan Rokiah menceritakan bahawa majikannya tertikam dirinya sendiri sebab ingin mengejar Puan Rokiah. Silap Puan Rokiah adalah dia pergi menuju ke majikannya untuk membantunya. Tanpa disedari, tukang kebun, Pak Salim, ternampak Puan Rokiah mengeluarkan sebilah pisau di perut majikannya lalu dia memanggil polis dan menuduh Puan Rokiah sebagai pembunuh. Dengan usia yang lanjut, Puan Rokiah tidak mampu melarikan diri dan hanya menyerah diri.
“Okey... Mak Kiah pernah cakap Mak Kiah didera kan?... ada tanda-tanda cedera ke... luka ke... atau lebam?...”
“Ada tapi... buat apa Deeqa nak tahu...”
“Itu boleh dijadikan bahan bukti...”
“Kalau mereka tak percaya macam mana?...”
“Mak Kiah bawa bersabar... kesan-kesan itu semua sukar dihilangkan... ada kamera CCTV tak kat sana?...”
“Ada... di depan ruang tamu saja... masa itu Mak Kiah sedang berlari ke ruang tamu...”
“Baiklah... nanti Deeqa akan lihat rakaman itu...” Nideeqa senaraikan maklumat yang diberi kepada Puan Rokiah.
“Masa lawatan dah tamat...” pegawai polis itu mengangkat Puan Rokiah lalu mengiringinya ke dalam penjara.
Nideeqa kemudian pergi ke tempat kejadian itu. Apabila sampai ke rumah tersebut, Nideeqa mendapati bahawa ahli keluarga Puan Fareedah hadir ke tempat kejadian. Nideeqa memujuk Karem, anak sulung kepada Puan Fareedah, untuk memberi salinan rakaman CCTV itu dan Karem setuju dengannya.
Dari lihat bahasa badan keluarga Puan Fareedah, mereka tidak bersedih malah mereka hanya kaku tanpa bicara. Tiba-tiba, Karem berdepan dengan Nideeqa dan ingin berbincang hal ibunya itu secara peribadi.
“ Ada apa Encik Karem?... boleh saya bantu...”
“Sebenarnya saya nak cakap... Puan Rokiah tak bersalah...”
“Kenapa Encik berkata begitu?... cuba jelaskan...”
“Saya faham kalau Cik Deeqa berasa hairan kerana saya tidak berpihak kepada ibu saya... sebab kes serupa macam ini pernah berlaku dulu...”
“Jadi maksud Encik... Puan Rokiah dijadikan mangsa?...”
“Ya betul... banyak pembantu rumah telah dijadikan bahan buli... itu pun sejak bapa saya kahwin lagi satu dan bawa kami beradik pergi bersama...”
“Encik tahu tak... mana saya boleh jumpa bekas pembantu rumah yang lain?...”
“Saya tak tahu... sebab setiap kali saya melawat rumah ini... pembantu rumah asyik tukar saja... bila saya tanya... ibu saya cakap mereka diberhentikan sebab kelalaian kerja...”
“Boleh saya tanya... kenapa tanah di belakang rumah itu tidak rata?...”
“Yang itu... saya tak pasti... saya pernah tanya dengan ibu saya... tapi dia enggan berjawab... saya pun pernah pergi ke sana dan cuba tengok... tapi ibu saya marah saya supaya saya dilarang pergi ke sana...”
“Boleh kita pergi sana dan lihat?..”
“Boleh... apa salahnya... saya panggil Pak Salim...” balas Karem sambil memanggil Pak Salim. Bibit-bibit lampau tidak henti-henti menghantui otak Pak Salim sehingga dia perlahan menuju ke arah Karem.
“Ya Tuan...”
“Pak Karem boleh gali tanah ini tak?...”
“Bo... Boleh...” Pak Salim tergagap. Pak Salim mengambil cangkul dan menggali tanah itu sehingga mendengar bunyi hentakan.
Karem menyapu debu-debu pasir dan akhirnya dia terjumpa rangka-rangka tulang. Karem terjerit sehingga pegawai polis yang berada dalam rumah itu bergegas ke belakang rumah itu. Karem berterus-terus menanyakan kepada Pak Salim jika dia juga terlibat sama. Dari reaksi dan bahasa badan Pak Salim, Nideeq dapat merasakan bahawa Pak Salim sedang sembunyikan sesuatu. Pegawai polis terpaksa menahan Pak Salim untuk disoal siasat.
Dua minggu kemudian.
Pembicaraan mahkamah sedang berlangsung. Puan Rokiah sedang duduk di kerusi yang dikepung dengan pagar-pagar. Oleh kerana bukti-bukti kukuh sudah nyata, Puan Rokiah tidak bersalah atas kematian Puan Fareedah dan dia akan dibebaskan secepat mungkin. Pengumuman dari peguam hakim itu telah melenyapkan segala bicara khuatir-khuatir Puan Rokiah. Puan Rokiah menghulurkan dua telapak tangan lalu berdoa pada yang Esa. Kuzyari teramat bangga dengan isterinya yang berjaya mengatasi traumanya sambil membantu ibu saudaranya itu. Walaupun berhenti dari menjadi peguam, Nideeqa sanggup menyelesaikan kes terakhirnya.
Setelah itu, Puan Rokiah bergegas ke Nideeqa lalu memeluk dengan hatinya melonjak gembira.
“Terima kasih Deeqa... sebab sudi bantu Mak Kiah...”
“Syukur Alhamdulillah... Mak Kiah sudah bebas dari hukuman...”
“Makcik... harap maaf ya... kalau boleh jangan peluk Deeqa kuat-kuat...” Tegur Kuzyari. Puan Rokiah melepaskan pelukan itu.
“Abang ni dah kenapa?... cemburu eh?...” Tanya Nideeqa.
“Taklah... Cuma Deeqa kan sedang mengandung...”
“Oh Deeqa mengandung?.. syukur Alhamdulillah...” ujar Puan Rokiah.
“Ya... tak lama lagi Qesyah akan ada adik...”
“Mak Kiah doakan semoga kandungan Deeqa sihat dan selamat...”
“Amin...” Deeqa dan Kuzyari berkata secara spontan.
9 bulan kemudian.
Kelahiran cahaya mata baharu, adik Elqesyah, telah menjadi keriangan sekeluarga. Bayi lelaki bernama Nurhan Eyash (Eyash) telah menyinari hidup Nideeqa dan menjadikan lambang kedamaian demi menyatukan semula keluarga yang lama berpisah dari segala perselisihan faham. Bukan kemewahan yang di impikan. Tetapi hanya mencari kebahagiaan diri. Nideeqa bersyukur mendapat suami yang sering mempercayainya dan memberi semangat untuk teruskan hidup.
Majlis perasmian cukur rambut bayi sedang diadakan dengan meriah. Meskipun tidak banyak orang dijemput, sorakan dan laungan tetamu memberi rahmat kepada keluarga Nideeqa dan Kuzyari. Mak Kiah mendodoi Eyash sambil memberi kucupan mesra di dahi Eyash. Kuzyari menarik tangan Nideeqa sambil mengiringinya ke balkoni rumah.
“Kenapa ni Abang?... tetamu banyak di dalam... kenapa kita kat luar ni?...”
“Deeqa tak perlu risau... kan ada Mak Esah... Mak Mah... Bonda dan Mak Kiah... mereka boleh uruskan...”
“Sebenarnya Abang nak apa ni?...” Nideeqa terpinga-pinga. Kuzyari mengambil kedua tangan Nideeqa sambil memandang wajah isterinya yang jelita.
“Abang nak... berterima kasih kat Deeqa... sebab sudi terima Abang yang bengis ni... jadi suami Deeqa... dan juga... menghadiahkan Abang... Qesyah dan Eyash kepada Abang... Abang minta maaf sebab...” Nideeqa menutupi mulut Kuzyari dengan jari tunjuknya yang kanan.
“Tidak Abang... Deeqa yang sepatutnya yang berterima kasih kat Abang... kalau Abang tak jumpa dengan Deeqa dulu... tentu Deeqa...”
“Besar juga perancangan Allah kepada kita... Sehingga arwah Mak inginkan satukan kita berdua...”
“Betul itu Abang... arwah Abah pernah berpesan... ‘Kalau itu bukan kehendak-Nya... Dibuat pelbagai cara sekalipun... kita tak akan dapat hasilnya’...”
“Jadi Deeqa nak cakap jodoh kita ni kuat?...”
“Abang... kalau boleh... susah senang... Deeqa nak bersama dengan Abang... Deeqa akan buat apa saja untuk Abang...”
“Betul ke ni?...”
“Betul Abang...”
“Kalau begitu... Abang nak kahwin lagi boleh?...”
“Oh... dah nak kahwin lagi ya?...” Nideeqa mencubit perut Kuzyari bertalu-talu. Cubitan terlalu kuat sehingga Kuzyari cuba mengelak dari cubitan itu.
“Okey... Okey...Maaf... Abang bergurau saja...”
“Ah... tahu takut...” Usik Nideeqa. Kuzyari menarik tangan kanan Nideeqa lalu meletakkan ke pipi kirinya.

“Tamparan ini... adalah kali pertama Abang mengenal Deeqa... dan itu juga hadiah yang paling besar bagi Abang... sebab menyelamatkan Deeqa...”Kuzyari memandang Nideeqa.

“Terima kasih Abang sebab selamatkan Deeqa masa itu...”

“Eh... mana ada Abang selamatkan Deeqa?... Deeqa berlari kat Abang macam sukan Olimpik...” Kuzyari mengusik. Nideeqa memulas telinga Kuzyari dengan manja. Kuzyari hanya bersenyum lebar.
“Bolehkah Abang berjanji dengan Deeqa... susah senang kita bersama?...”

“Baiklah... Abang berjanji...walau bagaimana sekalipun dugaan kita nanti... susah senang kita bersama... untuk menghadapi hari esok...” Kuzyari mengucup dahi Nideeqa dan Nideeqa menyandar di samping kiri Kuzyari.

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience