Keesokan paginya, Puan Kamsyiah sedang dalam perjalanan ke rumah yang tertulis di alamat tersebut. Setelah tiba dirumah itu, Puan Kamsyiah pun mengetuk pintu itu.
“Hmm… Bonda… Bonda buat apa di sini… macam mana Bonda dapat alamat rumah Ari?...”
“Ari?... Bukan ke ini rumah Nideeqa Elmenda… alamat ini ketua penghulu kampung yang beri kan pada Bonda…”
“Betul ini rumah dia… ada hal apa Bonda nak cari dia?...”
“Kalau Ari tahu… Bonda dah jumpa arwah Mak Syiah Ari… Dia ada anak perempuan bernama Nideeqa Elmenda…”
“Okey lah… Bonda masuk dulu.. Ari panggilkan dia…”
Puan Kamsyiah masuk ke dalam rumah lalu duduk atas sofa di ruang tamu sementara Kuzyari memanggil Nideeqa di biliknya.
“Siapa datang Abang?...”
“Ada tetamu… Deeqa turun bawah jemput dia dulu… Abang kejutkan Qesyah…”
“Baiklah Deeqa turun dulu…”
Nideeqa pun turun dari biliknya ke ruang tamu lalu dia terkejut apabila ternampak kelibat Puan Kamsyiah.
“Kau?....” Puan Kamsyiah terpandang wajah Nideeqa.
“Puan?...”
“Eh… kenapa kau ada disini?... Ish… tak serik-serik lagi… Apa tak cukup duit aku bagi?...”
“Bukan Puan… Deeqa tak…”
“Aku tak perduli… Kau berampus dari sini!...”
“Tolong… Puan… Bagi Deeqa jelaskan…” Nideeqa merayu dan memohon pada Puan Kamsyiah.
“Diam!... Kau perempuan tak sedar diri!... Keluar! Sekarang!...” Puan Kamsyiah memulas telinga Nideeqa sambil menampar berterus-terusan. Kemudian dia menolak Nideeqa ke lantai. Dengan perasaan Nideeqa ketakutan bercampurkan trauma, Nideeqa tidak sadarkan diri.
“Mama!...” Elqesyah menjerit.
“Deeqa!..” Kuzyari turun dengan pantas lalu dia pergi ke arah Nideeqa.
“Ya… Allah… Apa Bonda dah buat ini?...”
“Ari masih nak perempuan murah ini?... Mana anak saudara Bonda?...”
Kuzyari tidak hiraukan pertanyaan Bonda-nya lalu dia mengangkat Nideeqa ke keretanya untuk pergi ke hospital bersamaan Mak Esah sementara Mak Mah menjaga Elqesyah di rumah Kuzyari.
“Eh… Ari… nak pergi mana?... Bonda tanya ni… Ish… anak bertuah ni… sanggup pentingkan perempuan itu dari aku…”
“Kau tak tahu ke?...”
“Tahu apa Rahmah?...”
“Perempuan itu... adalah anak saudara kau… sebab itu Ari hantar ke hospital…”
“Apa?!... perempuan yang Ari dukung itu anak saudara aku?...”
“Ya… Anak adik kau… Nideeqa Elmenda…”
“Anak… adik aku?...” Puan Kamsyiah mula terbeliak sambil menutupkan mulutnya dengan tangan kanannya.
“Kau tu… jangan lah buat kesilapan yang sama lagi… Hargailah mereka sementara masih hidup… jangan kau menyesal nanti…”Ujar Mak Mah dengan perasaan yang kecewa itu.
“Ya Allah… apa yang aku buat ni… orang yang aku benci dan hina selama ini adalah darah dagingku sendiri…”
“Sudah lah tu Syiah… kau duduk dulu… ada sesuatu aku nak tunjukkan kat kau….”
Mak Mah pergi ke biliknya lalu mengambil sepucuk surat dari lacinya. Kemudian, Mak Mah beralih ke ruang tamu untuk bagikan kepada Puan Kamsyiah.
“Surat apa ni Rahmah?”
“Baca lah… kalau kau nak tahu…” Mak Mah menuangkan teh ke dalam cawan sementara Puan Kamsyiah sedang membaca surat itu.
“Catatan keperluan Qesyah?... Deeqa tak gunakan duit itu untuk pembelajarannya?... Siapa Qesyah ni...”
“Anak Ari dan Deeqa… Cucu kau…”
“Cucu aku?...”
“Haiz kau ini… aku tak faham… kau boleh mudah percayakan orang luar dari anak kau sendiri…”
“Kenapa Rahmah cakap begitu?... Aku nak tebus balik dengan Ari je... “
“Betul… tapi kau perlu tahu apa yang Ari lalui…Biar lah aku ceritakan...”
Oleh kerana Nideeqa pernah ceritakan semua kisah hidupnya dan suaminya pada Mak Mah, Mak Mah jelaskan tentang kisah Kuzyari semasa Puan Kamsyiah tinggalkan dia dulu dan juga tentang hidup Nideeqa setelah kehilangan ibu bapanya. Sementara itu, di hospital, Kuzyari dan Mak Esah sedang duduk di bangku menunggu jawaban dari doktor.
“Sabar… Ari… Insya-Allah Deeqa selamat…”
“Ari tak nak kehilangan Deeqa... Mak Esah…”
“Mak Esah faham… Mak Esah yakin Deeqa kuat orangnya… kita berdoa… Ari…”Tidak putus Mak Esah memberi kata-kata semangat pada Kuzyari.
Beberapa minit kemudian, doktor keluar dari bilik pemeriksaan itu lalu mencari keluarga pesakit itu. Kuzyari ternampak doktor sedang mencari seseorang lalu dia menyusul pada doktor.
“Doktor… macam mana isteri saya?...”
“Oh… Encik ni suami pesakit?...”
“Ya… kenapa doktor?…”
“Boleh ikut saya ke bilik saya…”
“Boleh…” Kuzyari pun ikut doktor ke biliknya.
“Kenapa doktor?..”
“Oh… sebenarnya… saya mahu bertanya pada Encik memandang kan Encik suami dia…”
“Boleh… tapi macam mana keadaan isteri saya doktor?…”
“Isteri Encik… sedang koma… dan dia mengalami trauma yang menyebabkan dirinya ketakutan dan cemas… mengikut pengalaman saya… Isteri Encik sedang cuba untuk melawan ketakutan itu…”
“Boleh tak isteri saya sembuh?...”
“Boleh… sebab itu saya nak tanya pada Encik bahawa puan Nideeqa ada mengalami kisah silam yang serius?...”
“Sebenarnya ya doktor… Isteri saya telah di halau oleh mak saudaranya setelah dia diseksa dan dera…”
“Baru-baru… ni… ada tak mak saudaranya datang jumpa dengan Puan Nideeqa?...”
“Tak… cuma mak mertuanya datang… dan dia terus pengsan…”
“Saya agar keliru... “
“Kenapa doktor?...”
“Biasanya pesakit ni akan mengalami trauma semula apabila dia melihat seseorang atau tempat yang pernah buat perkara tidak baik terhadap dirinya… saya ingin membantu isteri Encik tapi… saya perlukan kerjasama dari Encik... ”
“Kerjasama macam mana doktor?”
“Kalau… Encik tidak keberatan… boleh Encik ceritakan semua kisah silam isteri Encik… jangan risau… semua maklumat itu akan dirahsiakan dan pihak kami tidak sebar informasi pesakit…”
“Baiklah… Doktor… kalau itu boleh buat isteri saya sembuh… Saya ceritakan…” Kuzyari cerita semua kisah silam Nideeqa. Walaupun Kuzyari kurang selesa, demi menyembuhkan Nideeqa, Kuzyari tabahkan hatinya untuk cerita.
Sementara itu, Mak Esah menjenguk Nideeqa di bilik ICU dari luar tingkap. Sedih hatinya melihat anak angkatnya terlantar di katil dengan tidak sadarkan diri.
“Bangun… Deeqa… Mak Esah rindu kan Deeqa… Deeqa janji nak jaga anak Deeqa bersama-sama…” Mak Esah pun keluar dari bilik itu lalu dia pergi ke surau kecil untuk menunaikan solat hajat.
“Begitulah ceritanya… doktor…”
“Sangat tragis sekali… dari pengalaman saya… untuk permulaan… Encik harus memujuk ibu Encik untuk meminta maaf pada isteri Encik…”
“Kenapa doktor?...”
“Oh… dari apa Encik cerita kan tadi… isteri Encik sudah mula benci kan kedua mak saudaranya walaupun dari luaran tidak menunjuk dan dia tawar hati untuk berdepan. Jikalau dia berdepan, dia mula teringat peristiwa yang mengejutkan…”
“Macam mana saya nak pujuk ibu saya sebab dia sangat susah didengar…”
“Encik… sekeras-keras kerak nasi, kalau tuang air akan lembut… Encik cuba pujuk ibu Encik kalau tidak… isteri Encik akan mula berontak dan takut nak jumpa orang kecuali orang yang dia sayang…”
“Hmmm… Insya-Allah… doktor… saya akan ikhtiar kan… terima kasih doktor…”
“Sama-sama…”
Kuzyari keluar dari bilik doktor lalu dia ke bilik ICU. Mak Esah pun kembali dari bilik ICU setelah solat hajat.
“Ari…”
“Mak Esah… Ari… gagal… “
“Kenapa ni… Ari?…”
“Suami macam apa Ari ni… kalau isteri sendiri tidak boleh lindung…”
“Bawa mengucap Ari… semua berlaku ada hikmahnya… Ari mesti kuat… tengok Deeqa… walaupun keadaannya begitu… dia masih lawan… dan kuat… kita berdoa ya…”
“Mak Esah tolong tengok kan Deeqa… Ari nak jumpa… Bonda…”
“Ari… Ari… ingat pesan Mak Esah… walau bagaimanapun kesilapannya… dia tetap Bonda Ari…”
“Baik Mak Esah...Ari pergi dulu…” Kuzyari mencium tangan kanan Mak Esah lalu dia bergegas ke rumahnya.
Sementara itu, Mak Mah sudah cerita kan semua pada Puan Kamsyiah. Puan Kamsyiah menyesal perbuatannya yang tidak ubah seperti arwah bapanya. Walau bagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur dan Puan Kamsyiah ingin meminta maaf pada Nideeqa.
“Aku berdosa… Rahmah… aku berdosa…”rintihan Puan Kamsyiah tanpa henti.
“Tok Mah… kenapa makcik ni menangis?...”
“Qesyah… makcik ni… Nenda Qesyah… dia sedih keadaan Mama Qesyah…”
“Oh… Nenda… Nenda… Jangan sedih… Mama akan okey…” Elqesyah pergi ke Puan Kamsyiah lalu memeluknya.
“Oh… cucu Nenda… Maaf kan Nenda…” Puan Kamsyiah memeluk sambil menitiskan air matanya.
Tiba-tiba, Kuzyari sampai ke rumah lalu dia menjerit Bonda-nya.
“Kenapa dengan Ari ni… kan ada Qesyah ni…”Tegur Mak Mah
“Maaf Mak Mah… tolong bawa Qesyah ke bilik… Ari perlukan cakap sesuatu dengan Bonda…”
“Baiklah… Qesyah jom pergi bilik Qesyah… kita salin baju ya…” Mak Mah menemani Elqesyah ke bilik Elqesyah.
“Kenapa… Ari?...”
“Ari nak penjelasan dari Bonda… apa salah Deeqa?... Apa dosa Deeqa?...”
“Salah apa?...”
“Ari tak nak derhaka pada Bonda… tapi kalau Bonda masih benci kan Deeqa… isteri Ari… Ari minta maaf… Lebih elok Bonda jangan jumpa Ari sekeluarga lagi…”
“Sampai hati… Ari cakap gitu…”
“Sampai hati?!... Bonda tinggalkan Ari 10 tahun lalu… tak ke sampai hati… Sampai Ari dan Mak Esah hidup merempat… dulu… salah Ari juga?… Ari sekarang tak tahu siapa ibu Ari… macam Mak Esah itu ibu Ari…”
“Ari… Ari.. Bonda… minta maaf… Bonda nak tebus apa Bonda buat pada Ari... “
“Tak perlu… Bonda meminta maaf pada Ari… orang sepatutnya meminta maaf adalah Deeqa… Kalau Bonda nak tahu… Deeqa sekarang koma… Ari tak tahu bila Deeqa boleh bangun…”
“Bonda silap… Bonda bertindak tanpa usul periksa… “
“Bonda… hina Deeqa… caci Deeqa… halau Deeqa… dan orang yang Bonda bencikan itu… adalah anak adik Bonda sendiri… darah daging kita… Bonda tahu tak... sejak Bonda halau Deeqa… kehidupan Deeqa tidak tentu arah dan sedang berbadan dua… Ari bersyukur sebab Allah dah menemukan Mak Mah dengan Deeqa… Kalau takde Mak Mah… Ari tak tahu akan nasib isteri Ari...”
“Cukup… cukup.. Ari… Bonda dah sedar...jangan ingatkan Bonda lagi…”
“Ari tak tengkar dengan Bonda… sebab ada Qesyah dan Ari tak nak Qesyah benci neneknya sendiri…”
“Ari… Bonda nak jumpa Deeqa… Bonda banyak berdosa padanya…”
“Kalau… Bonda betul-betul menyesal dan janji tidak sakit kan hati Deeqa lagi… Ari akan izinkan Bonda jumpa…”
“Ari… Bonda berjanji… tidak mengulangi kesalahan ini lagi…” Kuzyari memeluk Bonda-nya.
Kuzyari pun pergi ke biliknya untuk salin pakaian dan mengambil sedikit pakaian Nideeqa dari almari. Kemudian, Kuzyari keluar bersama Bonda-nya ke hospital sementara Mak Mah tunggu di rumah sambil menjaga Elqesyah.
Share this novel