“Alhamdulilah… Akhir dah selesai juga ujian SPM itu… Aku tak sangka… pejam celit dah cuti sekolah… Mak dan Abah nak ajak aku makan malam hari ni… ish… tak sabarnya aku… Aku mesti balik cepat…”
“Deeqa!... Tunggu…”
“Ada apa Tina?... kenapa tergesa-gesa ni?..”
“Takde… Kawan kelas kita ada makan-makan selepas ni… Kau nak ikut tak?”
“Sori lah Tina… Aku tak boleh ikut korang sebab Mak aku sedang tunggu aku di rumah… lain kali ya…”
“Okey lah… hati-hati tau Deeqa…”
“Ya Tina… kau pun hati-hati.. Aku pergi dulu…”
“Nama aku Nideeqa Elmenda… Aku seorang anak tunggal yang selalu manja dengan Mak dan Abah aku… Mereka yang terbaik untuk aku…”
“Assalamualaikum!... Mak… Deeqa dah balik…”
“Waalaikumsalam… Deeqa… baru balik… pergi bilik… mandi dulu ya… Mak dah simpan kan Karipap dan Nasi Lemak untuk kamu…”
“Baik Mak… Ini Mak aku… seorang wanita yang tabah dan rajin untuk bantu Abah aku… Mak aku pandai masak masakan barat, timur dan utara selain masakan kampung… dia suka jual Nasi Lemak dan Karipap pada waktu pagi … Aku suka Karipap Ikan bilis… Sedap!...”
Setelah Nideeqa mandi dan salin pakaiannya, dia pergi ke meja makan sambil memakan Karipap ikan bilis tanpa henti.
“Perlahan makan tu… nanti tercekik…”
“So… ri.. Sedap sangat Mak… Terima kasih Mak sebab masak kan ini untuk Deeqa…”
“Deeqa pun boleh masak… kalau Deeqa belajar di Universiti nanti… masak lah Karipap ni… boleh hilang rasa rindu Mak dan Abah…”
“Deeqa dah tahu resipi Mak… Mak kan dah ajar Deeqa… Insya-Allah Deeqa akan belajar sungguh-sungguh… Deeqa nak jadi macam Abah… Peguam berhemah…”
“Deeqa, Mak dan Abah tak pernah bangkang pilih kamu… Tapi, pesan Mak… Deeqa kena buat dengan hati ikhlas dan terbuka… selalu ingat pada Allah kerana Dia memberi rezeki kepada kami…”
“Insya-Allah Mak… Deeqa tak kan sia-sia kan jasa Mak dan Abah… Hmm… Abah belum lagi ke
Mak?”
“Abah kamu tu suka pergi pekan sekejap… Nanti sejam dia balik… sementara tu… Deeqa kemas bilik Deeqa dan siap sedia ya..”
“Baik Mak…”
Nideeqa pun mencuci pinggan dan mengelap kan meja makan. Dia pergi ke biliknya untuk mengemas kan beg sekolah supaya tidak bersepah. Setelah itu, bunyi kereta Abah-nya kedengaran dan Abah-nya pun masuk ke rumahnya.
“Deeqa… Abah dah balik…”
“Abah… Abah pergi mana tadi?... Apa dalam beg kertas itu Abah?..”
“Ini hadiah Mak dan Abah untuk Deeqa… Abah sengaja suruh Mak tak bilang Deeqa… nah… “
‘Takpe Abah… Terima kasih… Wah.. jam tangan… Cantiknya Abah… Mesti mahal kan Abah?.. Untuk apa ni Abah? Tak perlu membazir Abah… apa yang Abah dan Mak berikan kepada Deeqa… sudah lebih dari cukup Abah...”
“Kan Deeqa bertungkus lumus belajar untuk ujian SPM… Kami berdua sangat bangga dengan Deeqa… Jadi Abah dan Mak dah nekad nak beri hadiah ini untuk Deeqa… Kalau Deeqa rindu kan kami… Deeqa boleh tengok jam tangan itu...“
“Mak.. Abah.. Terima kasih sangat… Deeqa berjanji… Selepas Deeqa jadi Peguam… Deeqa akan jaga Mak dan Abah…”
“Abah tahu Deeqa ada bakat… guna bakat itu dengan betul… Abah nak pergi mandi jap… nanti 30 minit kita berkumpul ya...”
“Baik Abah… Deeqa pun nak simpan hadiah Mak Abah ni elok-elok…”
“Inilah Abah aku… seorang peguam yang bertanggung jawab, berdisiplin dan bertauliah… Sebenarnya Abah.. Boleh kerja di KL untuk pendapatan besar… tapi dia sayangkan kami sekeluarga… Dia pernah berkata “Rezeki boleh di cari… Keluarga susah nak di cari dan tiada ganti…” Aku bersyukur sangat… aku tak tahu apa harus aku buat kalau mereka tak ada…”
“Deeqa!... Mari sini… Abah kamu dah siap ni...”
“Kejap Mak… Deeqa nak keluar ni...”
“Ah… Baru Deeqa keluar… tadi Deeqa beriya-ya nak pergi… sekarang siapa kena tunggu?...”
“Sori Mak.. Abah.. Deeqa cari tempat istimewa untuk simpan kan hadiah Mak Abah bagi…”
“Okey… semua dah siap.. Jom kita pergi… Abah kunci pintu…”
Nideeqa dan keluarganya sedang perjalanannya ke warung di pekan hujung kampung berdepan dengan simpang. Ketika sampai ke sana, Nideeqa terus mencari meja makan sementara ibu bapanya sedang buat pesanan di gerai. Nideeqa terperanjat apabila melihat makanan yang di pesan oleh ibu bapanya.
“Wah… banyaknya makanan ini… Mak, Abah tak perlu belikan banyak-banyak…”
“Takpe lah Deeqa… Abah teringin nak belanja kamu berdua… Ini lah yang Abah mampu buat untuk orang yang Abah sayang…”
“Deeqa… Memang keluarga kami sederhana… tapi Mak pesan sesuatu… dalam keluarga… kita harus hadapi sesama… baik susah mahupun senang… baru kita rasa tenang dan bahagia...”
“Maaf kan Deeqa… Mak.. Abah.. Deeqa bukan nak menolak… tapi kita boleh simpan kalau perlu…”
“Deeqa… ingat tak pesan Abah dulu?...”
“Hmm… banyak pesan Abah… yang mana satu?...”
“Yang begini… Rezeki boleh di cari… tapi keluarga tak boleh cari dan tiada ganti…”
“Oh.. yang itu… Ya… Deeqa ingat…”
“Dah… lah tu… asyik sembang je… bila nak makan.. Deeqa… tolong Mak capaikan pinggan satay tu…”
“Ya Mak… Nah ini dia...”
Setelah Nideeqa sekeluarga selesai mengisikan perut mereka sambil bersembang, mereka pun pergi ke keretanya lalu mulakan perjalanan untuk pulang. Dalam pertengahan jalan, ada sebuah kereta yang bergerak dengan pantas sambil mengambil alih jalan kereta mereka di depan. Oleh kerana ia terlalu laju, Farouk tidak sempat kawal steering lalu kereta mereka berpusing kiri dan berlanggar ke pokok tepi longkang. Kepala Farouk terhantuk di steering kereta dengan kuat sementara seluruh badan Syamsyiah tidak bergerak akibat kepantasan. Nideeqa masih sempat sadar kan diri dan dia cuba membangun kan kedua ibu bapanya.
“Mak… Bangun Mak… Bangun Mak!… Abah… Bangun Abah… Abah… Jangan tinggalkan Deeqa…”
Nideeqa keluar dari kereta itu dan dia membuka pintu kanan di depan. Dia mula mengambil telefon bimbit bapanya dan menelefon ambulans. Berapa minit kemudian, ambulans pun sampai dan membawa mereka ke hospital yang berdekatan dari kawasan perkampungan mereka. Amat sukar bagi Nideeqa untuk menghadapi situasi ini. Namun begitu, dia pergi ke surau kecil untuk membuat solat hajat. Setelah menunaikan solat hajat, jururawat pun tengah mencari Nideeqa.
“Adik… Adik ni keluarga mangsa kemalangan kan?...”
“Ya nurse… ada apa?..”
“Doktor sedang mencari adik..”
“Okay nurse… Terima kasih…”
“Doktor… macam mana keadaan Mak Abah saya?”
“Adik… Adik kena sabar ya… Ibubapa adik tak dapat diselamatkan…”
“Apa?... Tipu!... doktor tipu kan!... Mak… Abah...” Nideeqa menjerit tanpa henti sambil menitiskan air matanya.
“Sabar adik… Nurse!...”
“Ya doktor… “
“Tolong bawa adik ni ke bilik rawatan untuk rawat tangan kirinya…”
“Baik doktor… Adik… adik ikut Akak jap..”
Share this novel