Babak 7

Romance Completed 10235

Mak Esah pun tumpang bahagia dengan Kuzyari dan Nideeqa. Walaupun bukan anak kandung dan cuma majikannya, dia menganggap Kuzyari seperti anak sendiri dan pada Kuzyari saja, dia dapat menumpang kasih. Dia pun simpati akan nasib Nideeqa kalau Kuzyari tidak jumpa dengan Nideeqa. Mak Esah pergi ke biliknya sambil mencari kotak buruknya lalu membukanya.

Dalam kotak buruk itu, terdapat barang kesayangan keluarganya yang diusir sebab kan Mak Esah lembab dan punca kematian ibunya pada 26 tahun yang lalu.Mak Esah mula terkenang kan peristiwa yang dia diusir dan bagaimana dia bertemu dengan Encik Daud. Mak Esah sebenarnya dari keluarga ladang yang termasyhur.

Beliau mempunyai seorang adik bernama Shikin. Adiknya sangat bijak dan keluarganya mengambil perhatian terhadap adiknya. Bapa Mak Esah tidak suka Mak Esah sejak dia buat kerja sembarangan. Mak Esah sering dicaci dan sindir oleh bapanya. Namun begitu, dia kuat kan hati dan terus berusaha agar dia buat kerjanya dengan betul.

Oleh kerana Mak Esah tidak boleh belajar, bapanya jodoh kan dia dengan anak kawannya, Izwan semasa Mak Esah berumur 22 tahun. Izwan sebenarnya sudah bernikah tapi tidak beritahu pada keluarganya.

Dia terpaksa berkahwin dengan Mak Esah semata-mata ingin mengambil harta Bapa Mak Esah. Perkahwinan Mak Esah tidak kekal sebab dia sering dipukul oleh suaminya untuk melepaskan geram. Mak Esah beritahu pada keluarganya tetapi Bapanya lebih percaya kan Izwan daripada anaknya sendiri.

Pada suatu hari, selepas dua bulan berkahwin, apabila Ibu Mak Esah datang ke rumah Izwan untuk melawat Mak Esah, Ibunya ternampak Mak Esah di rotan dan dipukul teruk-teruk di ruang tamu. Ibunya cuba menahan Izwan namun Izwan menolaknya. Ibu Mak Esah mempertahankan anaknya yang sedang cedera itu. Izwan semakin nekad untuk luka kan Mak Esah lalu dia mengambil batang logam dan dia merotan kan Mak Esah.

Ibu Mak Esah cuba memukul Izwan dengan pasu tetapi Izwan dapat mengelak dan Izwan menolak Ibu Mak Esah dengan sekuat tenaganya. Ibu Mak Esah mula rebah dan kepalanya terhantuk di meja. Darah di kepala Ibu Mak Esah masih mengalir tanpa henti. Mak Esah pun pergi arah ibunya sambil meratap. Izwan pun pergi ke bilik sambil terasa serba salah.

Kemudian, Bapa Mak Esah pun tiba untuk menjemput Ibu Mak Esah pulang dan dia terlihat isterinya terlantar di lantai. Bapa Mak Esah berulang-ulang kali menanya Mak Esah apa yang berlaku. Mak Esah tidak mampu berkata sebab apa yang di katanya mungkin Bapanya tidak percaya.

Apabila Izwan terdengar suara Bapa mertuanya, dia pun keluar sambil mengeruhkan keadaan. Dia beritahu Bapa Mak Esah bahawa Mak Esah yang tolak Ibu Mak Esah sebab Mak Esak tak suka Ibunya datang di rumah Izwan. Bapa Mak Esah mula naik darah lalu dia menampar Mak Esah. Dia malu mendapat anak yang tidak mengenang jasa lalu meminta maaf pada Izwan atas tingkah laku Mak Esah dan memohon pada Izwan agar cerai kan Mak Esah.

Pada keesokan hari itu, Bapa Mak Esah mengusir Mak Esah dengan sehelai pinggang dan dia tidak mengaku Mak Esah anaknya. Izwan pun sudah cerai kan Mak Esah dengan talak tiga. Malang sungguh nasib Mak Esah yang tidak mempunyai sesiapa yang membantunya dan hidupnya seperti meninggalkan puntung suluh di tangga terhadap keluarganya.

Dengan hati yang tabah, Mak Esah meneruskan perjalanan hidupnya dengan menaiki bas ke KL. Tiba di sana, dia mula terperanjat dengan keadaan sekitar KL yang jauh berbeza dari kampung halamannya. Mak Esah berjalan tanpa arah tujuan sambil mencari kerja. Sudah 5 gerai makanan dia memohon kerja namun tidak berjaya dan hari pun semakin senja. Mak Esah tidak tahu mana nak tidur dan dia cuma berdoa pada Allah agar dia dapat pelindungan.

Setelah lelah berjalan, Mak Esah ternampak sebuah bangku kosong lalu dia duduk kemudian dia cuba baring. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang sedang mabuk muncul di hadapannya. Mak Esah terperanjat lalu dia bergegas bangun dan melarikan diri dari lelaki itu. Lelaki itu pun kejar Mak Esah sebab ada niat tidak baik terhadap Mak Esah. Mak Esah mula buka langkah seribu sehingga dia hampir terlanggar oleh sebuah kereta biru gelap. Pemandu kereta itu keluar untuk melihat situasi tersebut.

“Pak Mail… Apa yang berlaku?...” Tanya Encik Daud.

“Tuan… ada perempuan pengsan… nampak macam dia di pukul orang…” ujar Pak Mail.

“Kesian.. Pak Mail angkat perempuan itu… kita bawa dia ke rumah… nanti saya telefon doktor....” Encik Daud mengambil telefon bimbit lalu dia menelefon doktor agar datang ke rumahnya sementara Pak Mail membaringkan Mak Esah di belakang duduk kereta.

Selepas sampai di rumah Encik Daud, Pak Mail mengangkat Mak Esah lalu dia berjalan ke ruang tamu sambil meletakkan Mak Esah di sofa sementara Encik Daud sedang menunggu doktor. Mak Esah masih tidak sadarkan diri ketika doktor sedang merawatnya. Setelah beberapa minit merawat Mak Esah, doktor memberitahu Encik Daud keadaan Mak Esah bahawa Mak Esah kurang pemakanan dan kesan-kesan bengkak di badannya membuat diri Mak Esah lemah jadi doktor sarankan agar Mak Esah perlu berehat. Encik Daud setuju dengan saranan doktor lalu dia menyuruh Pak Mail mengangkat Mak Esah ke bilik tetamu dan biarkan Mak Esah berehat. Mak Esah terbaring atas katil tidur mati sehingga pagi esok.

Keesokan harinya, Encik Daud dan Pak Mail pergi ke bilik tetamu lalu Encik Daud bertanya.

“Anak ni… kenapa pengsan?... apa yang berlaku?...” pertanyaan dari Encik Daud.

“Saya… dihalau oleh bapa saya… Saya datang KL… nak cari kerja… Saya.. takde sesiapa di sini Encik… Macam mana saya ada di rumah Encik?...”

“Kesian kamu ni… Pak Mail jumpa kamu pengsan di tengah jalan… nasib baik tak langgar kamu… Kamu nak kerja?...”

“Ya… Encik.. Saya perlu kan kerja untuk sara hidup saya…”

“Apa kata kamu jadi pembantu rumah Encik ni… lagipun kamu tidak tempat tinggal… macam mana?...”

“Boleh… Encik…”

“Bagus… siapa nama anak ni?...”

“Nama saya Zaneesah… Panggil Esah je…”

“Saya Encik Daud Mukriz… yang ini Pak Mail... Esah pergi makan dulu… dan berehat… besok mula kerja boleh?...“

“Boleh… Terima kasih Encik… Pak Mail…”

Mak Esah bersyukur dan terhutang budi pada Encik Daud. Pada waktu malam itu, Encik Daud memperkenal kan Mak Esah pada kedua-dua anaknya, Kamsyiah dan Syamsyiah. Kamsyiah sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki, Kuzyari, berumur 2 tahun.

Suami Kamsyiah selalu sibuk di luar sehingga tidak ada masa nak pulang dan kadang-kadang, suaminya ada kerja di luar negara. Syamsyiah pun baru belajar diploma khusus masakan luar negeri dan tempatan selama 2 tahun sebelum dia sambung belajar di universiti selama 4 tahun.

Syamsyiah selalu suka mengongsi hidup sehariannya pada Mak Esah. Sejak Mak Esah bekerja di rumah Encik Daud, dia tidak berasa bahawa dirinya orang asing malah anak-anak Encik Daud terima Mak Esah seperti keluarga sendiri.

Begitu kisah Mak Esah yang senasib dengan Nideeqa. Sama tapi tak serupa. Justeru itu, Mak Esah boleh memahami apa yang Nideeqa lalui setelah diusir. Setelah mengenang kan nasib Mak Esah, Mak Esah menyimpan kan barang kenangannya dalam laci lalu dia pergi tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience