Babak 15

Romance Completed 10235

Keesokan harinya, Deriz meminta izin dari Kuzyari untuk melawat Nideeqa sebab dia ingin tahu kisah Shafeeqa dan kenapa dia bencikan lelaki.

Sementara itu, sedang Shafeeqa ingin keluar ke hospital untuk berjumpa dengan Nideeqa. Tiba-tiba, jiran Shafeeqa, Mak Mun, tegur dia dari luar pagar.

“Eh… Feeqa nak ke mana ni?…”

“Oh… Mak Mun… Feeqa keluar dari hospital… jumpa… kawan…”

“Oh… jumpa kawan… ingat jumpa suami?...”

“Suami apa benda… Mak Mun… Feeqa… belum kahwin lah…”

“Oh ya ke… habis tu hari tu ke tangkap basah di rumah kamu… apa?...”

“Macam mana Mak Mun tahu?...”

“Erhmmm… aku tahu lah… semua orang dah tahu…” muka Mak Mun kelihatan pucat.

“Mak Mun cakap betul-betul… semua orang tak tahu pun pasal hal ini… kalau mereka tahu… tiap hari Feeqa boleh dengar… kalau Mak Mun berbohong… berdosa tau… Mak Mun sanggup kena azab api neraka?...”

“Erhmmm… sebenarnya… Mak Mun yang telefon pencegah maksiat tu… sebab hari tu… Feeqa keluar waktu 1 pagi dengan kereta orang lelaki…” Mak Mun berkata benar.

“Ya… Allah… aku tertuduh Deriz yang perangkap aku…” Shafeeqa masuk semula dalam rumahnya tanpa hiraukan Mak Mun diluar pagar. Dia cuba menelefon Deriz dengan tergesa-gesa.

Sementara itu, Deriz memasuki bilik wad Nideeqa di hospital lalu dia bertanya pada Nideeqa.

“Nak tanya apa Abang Deriz?...”

“Pasal Shafeeqa…”

“Feeqa? Kenapa?...”

“Hari tu… kami berdua kena tangkap basah… tapi sebelum Deeqa marah… biar Abang terangkan semuanya...” Deriz ceritakan semua perkara semasa Nideeqa sedang koma.
“Oh macam itu… sebenarnya Feeqa ada kisah silam… yang membuat dirinya bencikan lelaki…”

“Kisah silam?... boleh Deeqa cerita kan kat Abang?..”

“Baiklah… aku ceritakan…” Nideeqa terpaksa cerita kan demi memulihkan perhubungan antara Deriz dengan Shafeeqa.

“Semasa kita belajar di kolej dulu… Deeqa berjumpa dengan Feeqa… masa tu… kita baru je kenal… dan Feeqa masa tu dah ada teman lelaki bernama Jefri… Jefri tu dari luaran nampak penyayang dan suka beri kata-kata manis pada Feeqa…”

“Sebenarnya… Jefri itu kaki judi… dia sering pinjam duit dari Feeqa… Deeqa cuba nasihat kan dia tapi… tak berjaya… sebab Feeqa di buta kan dengan cinta si Jefri tu… Jefri suka janji palsu kepada Feeqa sehingga Feeqa mula terpedaya dengan semua itu... “

“Oleh kerana dia sering berjudi… dia berhutang dengan taukeh judi… sebanyak RM50 ribu… disebabkan… dia tak ada duit… taukeh itu kata pada dia… kalau dia ada perempuan cantik… hutang dia akan selesai…”

“Ya Allah… habis tu ...Feeqa jadi mangsa?...” Deriz menyampuk.

“Feeqa hampir kena jual… pada suatu malam… Jefri menelefon Feeqa… dia kata dia kurang sihat dan ingin Feeqa teman kan dia pergi klinik…”

“Jadi… Feeqa pun percaya bulat-bulat?...” Deriz menyampuk lagi.

“Ish… Abang ni kan… kalau asyik menyampuk je… macam mana Deeqa nak cerita?...”

“Okey… Okey… sori Deeqa… Abang cuma nak tahu je…”

“Deeqa dah cuba menghalangnya dari jumpa dengan Jefri sebab Deeqa tidak sedap hati… Feeqa tu… sangat degil… tapi Deeqa mengikut dia dari belakang… tiba-tiba… Feeqa berhenti di tempat sunyi… dan Deeqa tak nampak kelibat Jefri pun… lepas tu… ada kereta buruk datang depan Feeqa… mereka pengsan kan dia dan masuk dia dalam kereta itu lalu mula bergerak ke tempat lebih jauh dari tempat sunyi itu…”

“Deeqa pandu sambil menelefon polis… apabila kereta itu sampai di pondok kecil… Deeqa pantau dari jauh sambil memberi maklumat kepada polis… Apa yang berlaku dalam pondok itu… Deeqa tak tahu… tapi pihak polis berjaya buat serbuan… semua orang yang terlibat termasuk taukeh judi itu telah ditangkap… bila Deeqa datang pada Feeqa… Feeqa peluk Deeqa dengan ketakutan… sejak itu… hampir 2 bulan dia trauma… tidak mahu keluar berjumpa dengan orang… mujurlah bidang kami sama… dan Deeqa sering buat noktah untuk Feeqa sebab dia jarang masuk kelas…”

“Maaf sebab menyampuk… habis tu… Macam mana Feeqa dapat mengatasi trauma itu?…”

“Oh… Feeqa nampak keikhlasan Deeqa apabila Deeqa sedang menjaganya… Feeqa pernah bilang pada Deeqa bahawa… semua kawan yang dia kenal… nak kan duitnya je… bila Feeqa susah… semua yang lari… pasal itu dia teruja dengan Deeqa… disebabkan itu…ada kesan positif pada dirinya dan dia mula bercakap dan kongsi perasaannya pada Deeqa…Feeqa bersyukur sangat sebab mempunyai rakan baik seperti Deeqa… Walaupun dia dapat keluar dari traumanya… dia tetap tidak percaya kan lelaki...”

“Oh… patutlah Feeqa tampar Ari… masa Deeqa koma dulu…?”

“Apa dia?... Feeqa tampar Abang Ari?... kenapa dia buat begitu?..”

“Sebab… Ari pernah mungkir janji bahawa Ari akan lindungi Deeqa walau apa pun berlaku… Jadi… bila Feeqa dapat tahu cerita sebenarnya... Feeqa tamparlah...”

“Abang Deriz… kisah Deeqa dan Feeqa berbeza… mungkin dia nak tahu sejauh mana Abang Ari cinta kan Deeqa…”

“Betul-betul tu… dia tanya soalan pelik-pelik… macam tak percaya kan orang langsung…”

“Feeqa itu… sebenarnya… sunyi… walaupun dia berharta… keluarganya sering sibuk dan tidak luangkan masa untuk dia… kalau Abang Deriz nak tahu… Feeqa sebenarnya suka kan Abang… selalu selepas berjumpa dengan Abang… dia bertambah ceria seperti dulu… Feeqa selalu tanya Deeqa kalau Abang dah berpunya ke belum…”

“Biar betul… tapi… muka dia asyik kentat je…”

“Abang… tak boleh nilai seseorang itu… dari segi luaran je… macam Abang Ari…”

“Ari?... kenapa dengan dia?...”

“Semasa Deeqa mula kenal Abang Ari… muka dia bengis sangat… takut Deeqa nak tegur dia tau… tapi disebabkan sifatnya yang hormati orang tua, ringan tulang… dan bertanggung jawab itu... telah membuatkan Deeqa jatuh hati padanya…”

“Tapi… macam mana nak tahu… kalau Feeqa suka kat Abang?...”

“Abang… Deeqa yakin Abang boleh pujuk Feeqa semula… sebab Abang adalah lelaki pertama berjaya menyembuhkan hati Feeqa yang terluka itu…”

“Baiklah… Abang akan pujuk Feeqa… Terima kasih… Deeqa…”

“Sama-sama… Abang ingat tau… kalau berjaya pujuk nanti… jaga dia baik-baik… kalau tak… Deeqa akan tampar Abang macam mana Feeqa tampar Abang Ari dulu…” Nideeqa bergurau.

“Ish...Deeqa ni… apa cakap gitu pula… apa… Deeqa berani tampar Abang ke?...”

“Apa yang tampar menampar ni?...” Kuzyari masuk dalam bilik sambil menyampuk.

“Ni Abang… kawan Abang ni… kalau dia tak jaga Feeqa betul-betul… Deeqa akan tampar dia macam mana Abang kena tampar dari Feeqa dulu…”

“Deriz… kau dengar tak… apa isteriku kata tadi… jaga Feeqa elok-elok.. Kalau tak aku sendiri tampar kau…” Kuzyari bergurau.

“Kau berdua ni… suka sakat aku je…”

“Memang lah… kita kan suami isteri… dah… tadi Feeqa kol aku… tanya pasal kau…”

“Feeqa?... dia kol kau?... kenapa dia tak kol aku?...”

“Kau tengok telefon kau… dia dah kol kau tapi kau tak jawab… dah lah… kau kol dia balik… kesian kat dia tau…mungkin ada hal penting...”

“Ya lah… aku ‘silent mode’ tadi… aku dapat 30 ‘missed calls’ dari dia… okey… aku kol dia sekarang… terima kasih Ari… Deeqa...”Deriz keluar dari bilik itu lalu dia cuba menelefon Shafeeqa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience