Sesudah Kuzyari dan Puan Kamsyiah sampai di hospital, mereka pun ke bilik ICU. Keadaan Nideeqa yang tidak menyedarkan diri itu membuat Kuzyari terasa risau dan gelisah. Setelah 4 tahun berpisah, dengan keadaan Nideeqa itu, Kuzyari berjanji bahawa dia akan tunggu sehingga Nideeqa bangun.
“Ari… dah lewat malam ni… Kita pulang ya… “
“Baiklah… kita pulang… Ari akan kembali selepas hantar Mak Esah dan Bonda dulu…Bonda tinggal di rumah Ari dulu ya...”
“Baiklah Ari…” Kuzyari menghantar Mak Esah dan Puan Kamsyiah. Selepas itu, Kuzyari terus ke hospital tanpa berfikir panjang.
“Deeqa… Abang akan sentiasa di sisi Deeqa… tolong… jangan tinggalkan Abang…”
Pada waktu yang sama, Deriz menelefon Kuzyari sebab Deriz ingin beritahu berita baik untuk melamar Shafeeqa.
“Helo… Deriz…”
“Helo… bro… kau okey?... suara kau lain sangat…”
“Deeqa… bro…”
“Kenapa dengan Deeqa? Dia lari lagi ke?...”
“Tak lah… Deeqa sekarang koma… dia ada di bilik ICU…”
“Masya-Allah… macam mana dia kena koma?...”
“Panjang ceritanya… nanti aku ceritakan… buat sementara waktu… Aku perlu pertolongan kau bro…”
“Pasal kes kita… kau perlu buat soal siasat pada sesiapa yang terlibat projek itu… kau mesti rekod setiap perbualan kau dengan orang itu…”
“Baik bro… habis tu… aku bagi rakaman itu pada siapa?...”
“Nanti… aku cuba kol kawan Deeqa… yang bernama…”
“Oh… Shafeeqa…”
“Ya betul… aku rasa dia boleh bantu kita… dan bro… aku ambil cuti seminggu dua… kau tolong aku uruskan syarikat itu…”
“Jangan risau bro… aku akan bantu kau… lagipun ini syarikat kita… dah lah… kau relaks… dan berdoa… pasal hal ofis… biar aku selesaikan…”
“Terima kasih bro… aku… tak tahu macam nak balas kau…”
“Bro… kalau aku di tempat kau.. Kau akan buat yang sama bro… jangan risau… waktu-waktu macam gini… isteri kau perlukan kau… nanti bila aku ada masa… aku melawat ya... “
“Terima kasih bro… selamat malam…”
“Kau pun jaga diri… jangan lupa makan.. Bye…”
Deriz pun menelefon Shafeeqa dan beritahu apa yang berlaku pada Nideeqa.
“Helo… Deriz… ada apa awak kol lewat malam ni?...”
“Maaf mengganggu… sebenarnya… saya ada berita buruk…”
“Apa dia?”
“Deeqa sekarang sedang koma dan Kuzyari ada di hospital…”
“Ya Allah.. Deeqa… hospital mana… awak boleh… kasi alamat hospital tu tak?..”
“Awak… kalau nak pergi esok boleh…”
“Deriz… awak tak faham… Deeqa tu satu-satunya kawan saya… kita sama-sama membantu satu sama lain…”
“Okey… kalau… awak nak pergi… saya ikut… tak manis awak pergi sendirian… saya datang di rumah awak…”
“Baiklah… saya tunggu… Terima kasih awak…”
Deriz pun keluar dari rumahnya lalu bergegas ke rumah Shafeeqa. Shafeeqa pun masuk ke dalam kereta Deriz. Tanpa disedari, tindakan Shafeeqa yang ingin berjumpa dengan Nideeqa itu telah menjadi buah mulut orang sebab dia keluar dengan lelaki pada lewat malam.
Setelah sampai di hospital, Deriz memanggil Kuzyari dan Kuzyari terkejut melihat sahabat karibnya dan Shafeeqa datang untuk melawat isterinya.
“Encik Afshah… Deeqa macam mana?...”
“Deeqa masih dalam koma…”
“Ni… bro.. Apa yang berlaku?...”
“Kita pergi kantin dulu… aku akan ceritakan…” Kuzyari mengajak Deriz dan Shafeeqa di kantin. Kuzyari cerita apa yang berlaku pagi tadi sehingga Nideeqa dalam koma. Setelah mendengar cerita dari Kuzyari, Shafeeqa bangun dari kerusinya lalu pergi ke arah Kuzyari dan ia menampar Kuzyari.
“Feeqa… kenapa awak tampar Ari?...”
“Encik Afshah kata… Encik janji nak lindungi Deeqa… kenapa Encik cuai?... Saya nak tanya pada diri Encik… Encik cintakan Deeqa tak?...”
“Feeqa… bawa bertenang… Ari kan…”
“Awak diam… Saya sedang bertanya dengan Encik Afshah ni…”
“Takpe bro… Ya Feeqa… aku sangat mencintai Deeqa… Maafkan aku sebab kecuaian aku… aku faham kau sahabat baik pada Deeqa… janganlah kau menghukum aku semata-mata kecuaian ini…”
“Garang juga minah ini… mesti dia ada sejarah silamnya…” Deriz berfikir.
“Sori.. Encik Afshah… saya tak suka orang memperlekeh kan kaum wanita macam kami… kalau dah berjanji… mesti ditunaikan…”
“Maafkan aku Feeqa… sejujurnya… aku sudah cuba sedaya aku… sekarang aku akan tebus balik kesilapanku… tak payah panggil formal sangat… panggil Ari je...”
“Hmmm.. Deriz… saya minta maaf sebab meninggikan suara kat awak…”
“Takpelah… saya faham… itu kawan awak… awak cuma mempertahan kan kawan awak…”
“Oh… ya pasal kes Ari… saya akan mengganti tempat Deeqa bantu kes awak.... Tapi awak mesti janji dengan saya…”
“Janji apa Feeqa?...”
“Ari mesti janji dengan saya yang awak akan sentiasa di sisi Deeqa dan hargailah Deeqa… Deeqa sudah banyak merana sejak di kampus dulu…”
“Baiklah aku berjanji… terima kasih… Deriz… Feeqa… sebab sudi datang melawat Deeqa…”
“Saya pun minta maaf sebab tampar Ari tadi….”
“Takpe… apa yang kau cakap itu… betul… Terima kasih Feeqa…”
“Okey… bro… kita kena pergi dulu… jaga diri bro…”
“Okey… korang baik-baik jalan…”
Hari demi hari, Kuzyari tidak putus berada di hospital seolah-olah itu rumah keduanya. Dia sering menukarkan bunga dalam pasu, mengaji, dan melihat wajah isterinya itu. Sementara itu, Deriz dan Shafeeqa sedang membuat siasatan mengenai kes pecah amanah itu.
Shafeeqa akhirnya mendapat bukti bahawa syarikat Merpati Biru Holdings itu telah di sabotaj oleh wanita misteri setelah seminggu membuat soal siasat dengan pekerja-pekerja yang terlibat dari projek tersebut. Wanita misteri itu telah upah dua pekerja Kuzyari untuk menjatuhkan prestasi Merpati Biru.
Demi menjaga nama baik syarikat itu, Deriz berhentikan pekerja tersebut dan dia akan berwaspada apabila mengambil pekerja baharu. Namun begitu, mereka masih mencari wanita misteri itu dan mereka percaya bahawa wanita tersebut masih berada di Kuala Lumpur. Deriz sedang mengupah penyiasat bersendirian untuk menjejak keberadaan wanita itu.
Sejak Deriz dan Shafeeqa bekerjasama, mereka saling mesra dan Shafeeqa mula jatuh cinta dengan Deriz sementara Deriz ingin melamar Shafeeqa sebab keluarganya suka dengan Shafeeqa dan Deriz terjatuh cinta sejak kali pertama tetapi dia malu kalau Shafeeqa menolaknya lamarannya itu. Sebenarnya, Shafeeqa mempunyai sejarah hitam yang menghantuinya dan dia berasa takut untuk bercinta dari mana-mana lelaki.
Pada suatu malam, semasa Shafeeqa sedang melawat Nideeqa selepas bekerja dan dia ingin menjaga kawannya, Shafeeqa pulang dari hospital pada pukul 11 malam. Ketika itu, Deriz pun ada dan dia ingin menghantar Shafeeqa pulang sebab kereta Shafeeqa masih di bengkel untuk diperbaiki. Shafeeqa pun setuju lalu naik kereta Deriz.
Setelah sampai di rumah, semasa Deriz mengucapkan selamat malam, ada orang sedang mengetuk kedua belah pintu kereta. Shafeeqa terperanjat apabila melihat ahli pencegah maksiat diluar pagar rumahnya.
“Ada apa ni Encik?...” Deriz bertanya.
“Maaf menganggu… kami mendapat aduan bahawa kamu berdua berselidukan… boleh saya tengok surat perkahwinan kamu?...”
“Tak Encik… ni semua fitnah… dia cuma hantar saya dari tempat kerja…”Shafeeqa cuba jelaskan pada mereka.
“Maaf… Encik dan Cik… sila ikut kami di balai…”
Deriz terpaksa menurut arahan oleh ahli pencegah maksiat itu. Semasa berada di balai polis, Shafeeqa terpaksa menelefon ahli keluarganya untuk menjemputnya pulang. Sementara Shafeeqa menunggu ketibaan ayahnya diluar balai, Deriz terus keluar lalu memanggil Shafeeqa.
“Feeqa… Feeqa!...”
“Awak nak apa?...”
“Saya nak…”
“Nak apa?... Nak beritahu awak panggil mereka untuk buat kerja ni?...”
“Eh… tak lah… Saya cuma meminta…”
“Minta apa?… Awak boleh tak cakap itu cepat sikit…”
“Saya minta maaf je…”
“Oh… minta maaf... saya rasa… kita dah tak apa-apa kaitan lepas ni….”
“Feeqa.. Saya tak buat begitu… percayalah…”
“Ah… Semua lelaki macam itu… bila perempuan dah mula percaya dia orang… suka mengambil kesempatan… Saya tak nak jumpa awak lagi…”
“Feeqa… Tolonglah… Saya bukan lelaki macam tu… tak kan saya nak menconteng arang muka keluarga kita…”
“Sudah...lah… Cukup!... mulai saat ini… Awak jangan jumpa saya lagi!... Saya benci awak!...” Shafeeqa masuk kereta ayahnya. Air mata Shafeeqa berlinangan.
“Feeqa… Feeqa… Feeqa...” Deriz mengejar kereta ayah Shafeeqa separuh jalan.
“Tergamak kau buat aku macam gini… Apa salah aku? sedangkan aku dah mula jatuh cinta pada kau…” Fikiran Shafeeqa runsing.
“Feeqa… aku cintakan kau… tak kan aku nak buat perkara macam tu… Tolonglah… jangan tinggalkan aku…” bisikan Deriz dalam hatinya sambil melihat cincin dalam kotak kecil berwarna merah jambu.
Share this novel